Backpacking to Beijing Part 1

Sebenarnya dah balik dari Beijing dekat seminggu lebih (the moment I wrote this post). Al-maklumlah, penat balik dari Koh Lipe pun tak hilang lagi, dah nak ke China pulak.Tapi memang busynya selepas balik tu, Tuhan saja yang tahu macamane. Sampaikan masa untuk memanjakan diri pun tak ada ye. Dengan wedding teman-teman baik, dengan kes banjir kat parking office and tak masuk lagi dengan kes my family member patah kaki kat Ipoh. wow! Memang hebat sungguh dugaan selepas ber-Beijing ni.

Tapi takpelah, orang kata sometimes bila kita berseronok-seronok, akan ada time yang tak seronok ye dak? Itu semua untuk beringat-ingatlah kan. Okaylah, Makcik Sapoora nak tutup ceramah sampai kat sini jelah. Kang kalau panjang berjela-jela terus semua tertido pulak. 


All right, jom kite mulakan cerita journey to Beijing ni. Meh duk rapat- rapat, nak mula cerita dah ni heheh. Baiklah, plan to Beijing ni sebenarnya dah lama kiteorang rancang. Bayangkan since February dah beli tiket. Gigih katanya nak murah, so lagi bagus beli awal-awal, at least kiteorang ada masa untuk plan ‘slowly’ ahhahah. 


Memang takde pon teringin nak pergi Beijing ni, tapi my sis, nak sangat beli jade kat sana. Al-maklumlah kan, mak-mak nye perangai memang camtu. Nak g shopping je die tahu. Tapi sebenarnya, Beijing is not a shopping heaven. Entah blog mana lah yang die refer ada kata, Beijing tempat shopping best. Memang misleading sungguh Kak Yong ni.

Jadi, berbekalkan impian jade die tulah, aku, Shima,Along (brother in law) and Kak Yong berempat cekal dan gigih merayap-rayap di Beijing. Bunyi macam funny, tapi itulah nak cerita macamane datangnya idea nak menjelajah negara China ni.Tapi, bila kitaorang dah beli tiket ni, mestilah nak explore benda-benda lain jugak right? Dah alang-alang pergi sana, macam- macam tempatlah yang perlu dimasukkan dalam itinerary.

And kiteorang ni memang dah plan nak buat backpacking style. Lagi bebas and fun. Kite boleh plan time and budget kita. Tak payah nak fikir pasal orang lain, beli ubat-ubatan, pasal sarang burung, kena maki dengan penjual lagi. So ini trip, kiteorang yang punyelah. Tapi..tapi… apa yang diperlukan ialah, kekuatan kaki yang bernas dan saksama. Bila berjalan dalam cuaca -1 degrees ni, lain ye compared to jalan di bawah matahari yang terik. Memang harus kuat dan cekal gitu. Kalau tak, mau surrender awal-awal duk dalam selimut kat bilik. 


Akhirnya, 28 November 2012, hari yang kiteorang tunggu-tunggu datang jugak. Pagi tu ambil half day sebab commitment pada kerjaya yang tercinta. Tapi few days before nak gi tu pon, boleh tahan busy. Sampaikan Shima yang kena pergi tukar duit Yuan. Tak pernah lagi pergi mana-mana before this, suruh orang lain tolong tukarkan duit. Sebab bila kite yang pergi sendiri, barulah rasa teruja yang amat sangat.


Our documents



And finally… 


Tapi takpelah, teamwork Beijing katenya. Dapat jugak Kak Mah tukarkan duit and bile dah sampai sana, barulah dapat pegang sendiri duit Yuan tu heheh. Okay nak cite pasal flight ni. Flight kiteorang delayed 40 minutes. So bila dengar tu rasa lega sangat sebabnya kiteorang akan sampai lewat kat Beijing International Airport. Yelah mana taknya, plan kiteorang nak tido kat airport je. Malas nak book mana-mana hostel sebab bapa jam je pun kan nak siang.


Flight memang penuh dengan rombongan Mak Jemah dan jugak orang-orang China yang nak balik kampung halaman. Memang tak dapatlah nak tido dengan aman & selesa. Takpela, mungkin kat airport nanti boleh tido lama-lama *sedapkan hati, kekdahnya*. Apa yang kiteorang tengok, semua flight AirAsiaX akan sampai around 2-3am. Bagi sesiapa yang memang plan nak naik AirAsiaX tu, kenalah plan time korang if sampai time-time cam kiteorang jugak. For us, tak kisah pun tido kat airport, barulah adventure katenya…


We’re ready to depart


Kiteorang selamat sampai di Beijing around 3.00am dengan bercuacakan 3 degrees sahaja. Time baca forecast kat Internet, katanya 5 degrees, so macam berangan-anganlah boleh tahan kot. Tapi tidak ye…Sepanjang kiteorang kat sana, 4 degrees je paling tinggi. Jadi, bila kiteorang dah balik ni agaknya, terus meriah negative degrees kan.. Tak sangguplah!


Sampai je kat Beijing Airport, custom semua takde masalah. Berjalan lancar. Collect baggage kiteorang and terus menuju ke waiting area. Kiteorang dapat spot few tempat yang boleh tido, jadi apa lagi siap-siap amik trolley, letak bag and sandar kaki. Tidolah kiteorang di kerusi airport. Cuaca time tu tak payah cerita, memang sejuk sampai rasa nak balut satu badan dengan semua baju-baju yang kiteorang bawak. Tapi tak mampu dah, kang mau lemas, sapa pulak nak bagi CPR…untunglah kannn.


Suasana tido kat airport takde lah scary sangat pun. Ramai je yang buat cam kiteorang. Semuanya nak tunggu Airport Express Train bukak tu.. As for your information, train tu mula beroperasi setiap hari bermula pada pukul 6.35am till 23.10pm. Jadi, senanglah nak kunci jam, nak bangun pukul berapa. And kat airport tu pun, ada disediakan air panas jugak, jadi kalau korang pergi sini pada musim sejuk, better bawak flask thermos. Senang nak buat air panas… Minum pulak bercuacakan angin-angin pilu, memang terbaiklah.

Me and Shima tido in airport while waiting for Airport Express


Bila jam pun menunjukkan pukul 6.30am, kiteorang terus bergegas ke level 2A kalau tak silap. Naik je lift nanti ada direction. Ticket die hanya 25 Yuan. Then terus sampai ke subway station Line 2. Dari Line 2, kiteorang pergi ke station Jianguomen untuk interchange ke Line 1 : Wangfujing di mana letaknya hostel kiteorang.

Look like a Giant lady 


Baca map… Kak Mah katanyaaaaa

Tried our luck to buy tickets using machine… Unsuccessful 🙁

On the train to Wangfujing

Change to line 2 at Jianguomen to line 1-Wangfujing


Before pergi, memang dah survey hostel ni tau. Baca review kat TripAdvisor yang memang meletops membuatkan kiteorang yakin untuk stay selama 4 malam kat sini. Price die not bad for double bed with private bathroom. Total dalam duit ringgit hanyalah RM198/pax untuk 4 malam. Quite okay right? Murah and service tip top siap ada HEATER lagi. Itu yang paling penting. Nanti nak cerita pasal HEATER ahahhaha… Memang nampak sangat cik pong kiteorang ni…

Berbekalkan map ni untuk ke Sunrise Hostel

Bila sampai kat Wangfujing, kiteorang memang dah tahu nak kene exit kat C. Map and direction dalam Chinese pun memang hostel ni bagi siap-siap. Kiteorang memang print bagai, al-maklumlah, kesesatan itu memang habit kiteorang. Sedangkan kawan sendiri, Shima nak datang rumah pun boleh sesat inikan nak cari hostel kat Beijing.

Exit C Wangfujing and the journey begins


Serkup Opah menjadi protectionku


Tapi kiteorang tak sesat ye! Sebabnya kiteorang mintak tolong kat sorang auntie yang baik sangat-sangat. Even bahasa merupakan masalah utama bila nak communicate, tapi keikhlasan hati die nak tolong tu yang terbaik. Dia siap suruh kiteorang ikut die, sebab dia nak tunjukkan jugak jalan nak ke hostel. Then, siap jumpa kawan dia kat tengah jalan and kawan die pon sekali ikut tolong kiteorang. So gigihlah bawak bag 10kgs/each, hangkutlah ikut auntie-auntie ni. Akhirnya, tarik nafas lega bila nampak signboard jalan Ciqiku Hutong and masuk lorong kiri, terus jumpa Sunrise Hostel (Tiananmen). Sebelum auntie tu beredar, kiteorang ucapkan terima kasih banyak-banyak kat die and her friend sebab sudi tunjukkan jalan.


This auntie was so kind and nice to us… 


We’ll follow you


Not just the auntie who helped us, but her friend too

and finally we arrived at Sunrise Hostel. Thank you Auties


Kami sampai hostel around 9.00am. Terus tanya boleh check in awal tak.. and surprisingly they allowed us to enter our rooms. Thank you Sunrise Hostel. Awesomelah korang ni! Habis je settle semua payment kiteorang disapa oleh 1 senior citizen couple from our home, Malaysia. Die tegur and borak panjang jugak. Umur die dah 70+++, travel with his wife from Penang-Beijing-Macau-Hong Kong-Penang. Oh my oh my… Boleh tak, nak ada soulmate macam tu jugak? Grow old together and travel around the world like we own it. Veranganlah kan….


Me in front of Sunrise Hostel….Awesome hostel 🙂
Tips for beloved guests

Memory with uncle and his wife *K.yong and Along tak mau publisiti katanyaaa*


Time borak-borak dengan uncle tu, die ada tunjuk cara nak pergi Forbidden City and Tiananmen Square by walking aje. Haa…memang dekat sangat hostel kiteorang tu dengan tempat-tempat menariks. Bukan Forbidden City je, tapi dekat dengan Wangfujing, Donghuamen night food market and yang paling penting 10 minit aje berjalan kaki ke subway. Itu antara sebab kenapa kiteorang prefer hostel ni. Memang terbaik dari ladang lah!


After masuk bilik, kiteorang bersih-bersih kan badan dulu. Start pakai baju 2-3 lapis sebab cuaca makin sejuk even matahari atas kepala. Bilik yang kiteorang dapat pun, cukup-cukup untuk laluan badan-badan molek macam kiteorang ni ha..kalau besar lagi sikit, alamatnya kena ambik nombor lah untuk jalan heheh… But for us, everything definitely worth it. Ada TV, 2 katil, towel, blanket, blanket tebal, pillows, HEATER and air panas yang penting. Itu pon dah lebeh dari apa yang kiteorang expect.


Our basic room 

Keluar je dari bilik, kiteorang terus bukak map yang ada uncle tu bagi before die check out. So kiteorang ikut je map yang die bagi from our hostel. Memang jalan dalam 5 minit terus sampai kat Forbidden City. Kiteorang ikut from satu lake yang dah beku and jalan terus ke tempat laluan orang menuju ke satu tempat. Kiteorang yakin yang jalan tu mesti menuju ke counter ticket Forbidden City. Tapi before sampai tu, inilah time nak snap-snap gambar kat tepi tasik. Harapkan camera je lah yang boleh amik gambar, sebab kalau guna phone, payah sikit nak cabut glove bagai, sejuk beku. Touch screen kekdahnyaaaa. Itu yang susah sikit. 

On our way to Forbidden City



Cycle around town?


Near Hotel Kapok. I just love all buildings in Beijing


While crossing the road, sempat lagi

The lake, oh my favorite

We thought we already in Forbidden City

Orang memancing di tasik yang membeku

Look at the view. Oh-So-Ah-mazing

Bila dah puas ambil gambar, sambung lagi berjalan sampailah jumpa pintu besar nak ke Forbidden City. Tapi kiteorang nampak ramai sangat orang berjalan dari arah kiri kiteorang tau…Ingat macam nak pergi sana tengok apa-apa yang boleh ditengok lah kan… Tapi ramai pulak orang berpusu-pusu. So kiteorang batalkan niat and terus masuk ke Forbidden City dengan bayaran 40Yuan/RM20 sahaja. Dengan itu, bermulalah journey kiteorang selama sejam.

Ticket to Forbidden City 40 Yuan


Me and Shima

Personally I think, Forbidden City has its own uniqueness. Kalau nak lebih memahami dan menghargai tempat ni, untuk backpackers, better korang sewa audio kat situ. So, korang semua boleh tahu lebih detail setiap tempat yang korang singgah kat dalam tu. Macam kiteorang, just baca je semua tulisan yang ada kat situ. 

Our shadow showed how excited we were


Touch this and you’ll be lucky

Lagi satu, tempat ni besar sangat-sangat. Lagi besar dari stadium bola kat Malaysia ni haaa. Bayangkanlaaa, sejam jugak berjalan kat dalam tu. Itupun kiteorang tak cover semua tempat. Especially tempat yang boleh pakai baju tradisional Chinese. Untunglahhh Kak Mah ajak tukar-tukar baju pulak. Bukan apa, itu boleh menimbulkan cercaan oleh rakan-rakan gaytewww ku selama berkurun lamanya. So better tengok je orang yang tukar-tukar baju tu. Takpe Kak Mah, nanti kalau kawen nanti, Shima pakai lah camtu. But jangan upload kat Facebook lak. Mau akak orang 1st yang komennyaaa heheheh…

Petite Kak Mah near Forbidden City entrance. it’s huge!


Me.Me.Me


Let’s discover the place until …. hmmm, tired I guess


Crowds.Full.


Berehat sebentar bersama Kak Yong

Required quite a lot of determinations to sit 

One sweet day! I will be like the old couple beside me

Frozen.Face

They called it a door to toilet. I don’t care. I’m definitely gonna have picture with it

Looking at rare tree

The shops

Door to the rooms

Me and Shima

No matter what do you think of this tree, I must say it’s unique

Just love the patterns


Habis je tour dalam Forbidden City, kiteorang keluar ke arah Gate of Divine Might yang betul-betul menghadap ke  Jingshan Park. Time keluar tu, korang jangan terkejut pulak. Sebabnya, kat situ ramai gile peniaga-peniaga yang ajak naik trishaw. Tapi staff-staff hostel kiteorang dah pesan jangan sesekali terpedaya dengan dorang ni. Sebab banyak penipuan dari yang ikhlas dan fathanah. Better avoid them.


Since tak boleh lintas, kiteorang ikut lah jalan bawah tanah nak pergi ke Jingshan Park. Time nak lalu bawah tanah, ada pulak orang jual penutup telinga berbulu-bulu tuuu…Time kat Malaysia, setiap minggu pergi kedai Daiso RM5, tapi taknak langsung beli penutup telinga tu. Bila sampai sana, hazabbb sungguh kalau takde benda tu. Nak taknak kena beli jugak sebab dah tak tahan sejuk yang menusuk-nusuk. So beli jugaklah dekat auntie-auntie tu dengan harga RM5 sahaja. Even harga sama, yang penting Made in pure China itu yang diharapkan heheh…


Sampai je kat Jingshan Park tu, jangan terkejut bila ada jugak orang-orang yang ajak naik trishaw tu ikut korang. Normal katanya. Marketing dorang ni pelik sikit. More to pushing consumers. Kalau jadi cmtu kat negara kita, mau kena baling dengan sengkuang je jawabnya… Baru stop ikut-ikut orang ni… Okay, sambung balik heheh *banyak no membebel*… Bila sampai kat Jingshan Park tu, kiteorang beli tiket dengan harga 2Yuan sahaja. Bayangkanlah RM1 je masuk park yang seriously cantik bangat! 


Kiteorang masuk sini pon sebabnya tak tahu macamane nak balik ke entrance Forbidden City. And janganlah korang pikir nak jalan kaki macam kiteorang pikir… Jauh gile and tak worth it. Sementara memikirkan cara-cara nak pulang ke situ, kiteorang round-round dulu dalam Jingshan Park. Bila jalan dalam tu, korang kena panjat tangga-tangga yang ada kat situ and will arrive at 5 different peaks. Yang no.1 tu nama die Pavilion apa entah. Tapi dari situ, memang boleh nampak seluruh Forbidden City. Memang terbaik.


Terbaik, terbaik pon, jangan ingat senang nak dapat view yang terbaik. Kiteorang kene hiking around 5 minutes jugak dengan melalui stairway yang ada disediakan kat situ. Kalau tangga-tangga dia tu ala-ala tangga escalator takpelah, ini ada yang tinggi,pendek, lebar, sempit, rendah…Suma cukup… tambah pulak hiking dalam cuaca yang sungguh tidak sihat kann. Jadinya, semua tercungap-cungap sampaikan ada geng-geng akak Tibet tengah makan jagung gelakkan kiteorang berempat. Gelak, gelak jugak kak, jagung kat mulut tu lap sikit, jangan nak bawak bekal sampai pavilion yeeee….


Sampai je kat atas, K.Yong and Shima terus duduk macam tak cukup nafas. Yang aku pulak,memang budget fit katanyaaa…Control-control nafas gitu, so takde la nampak penat sangat. Takut jugak tengok muka dorang pucat. Elok pulak geng-geng Tibet ni sampai sekali dengan kiteorang, siap gelak-gelakkan lagi tengok dorang dah tersadai cam dugong hanyut. Hahaha… Takpela, orang-orang Tibet ni memang fit kalau compared to Kak Mah and Kak Yong… Mana taknya, made in Malaysia- Nasi Lemak, Roti Canai, Burger Bakar semua angkut sekali naik atas. Muatan berat lah jadinya…Takpe, ini semua training untuk hiking kat Great Wall esoknya pulak.


Jingshan Park Pavilion view from Forbidden City exit door


Poco-poco time



90’s style

Feeling student oberseeee

Bila dah naik kat atas tu, kiteorang pun dapatlah tengok awesome view of Forbidden City yang seluas-luasnya itu. Sesungguhnya view akan jadi awesome kalau bukan winter season. itu je dapat aku rumuskan kat sini. Dah duduk agak tinggi dari orang-orang kat bawah ni, makanya angin yang bertiup, bawak pulak kesejukkan yang terlampau…Hanya ketabahan je lah mampu protect kiteorang berempat. 

Kat atas ni ade macam 5 peak points. Memang ada keunikkan tersendiri. Kiteorang hanya mampu stay around 1 hour je kat situ before beredar jalan kat bawah pulak. Kat bawah ada taman-taman yang cantik. Kat situ jugak ada ramai sangat senior citizen yang habiskan masa dengan geng-geng dorang main cards, caroms, aerobic, tai chi dan macam-macam lagi. That’s why sepanjang pemerhatian kiteorang kat sana, memang ramai sangat warga-warga emas kat Beijing habiskan masa dengan cara dorang tersendiri. Even dah menjangkau usia suku abad, tapi itu bukan alasan untuk uji minda right? So ini merupakan contoh yang terbaik untuk kita!


Oh finally! I’m up up up 


Keluar je dari park tu, orang yang offer naik trishaw tu still ade lagi kacau-kacau kiteorang. Annoying sangat-sangat ye… Tapi kita kat negara orang kan, so kene redha jelah. Since idea asal masuk Jingshan Park tu tercipta sebab nak pikirkan macamane nak balik ke entrance Forbidden City, sampai ke sudah tak jumpe idea camne nak balik. So kiteorang return to exit Forbidden City untuk sambung pikir lagi…


Dah penat time ni


Bila dah sampai kat exit Forbidden City tu, kiteorang try tanya orang kat situ… Dorang kate kene naik bus No.1 untuk balik semula ke entrance. Nasiblah jumpa yang pandai bagi direction even we lost in translations katanya. Since the Chinese lady tu pun dah tunjuk kat mana nak tunggu bus, kiteorang bergegas terus ke bus stand tu.


Time nak jalan masuk ke bus stand, Shima tersalah masuk tau, tetiba ada mamat ni cakap, Oi! Oi! asbabdbhrndnsir!!hsh@@@…. Dalam bahasa die, terus maki Kak Mah. Kiteorang memang terkejutlah time tu. Rupanya die nak bagitau yang kiteorang salah masuk. Untunglah, nak tunjuk arah yang betul pun kiteorang kena marah huhu… Tapi sebenarnya attitude dorang memang macamtu…Suke cakap dalam nada marah kekdahnyaaaa….

Lebih kurang 10 minit tunggu, bus pun datanglah. Apa lagi sesi berebut-rebut itu menjadi kewajipan kami dan tidak lupe kepada mereka. Dengan hanya 1Yuan/RM0.50 korang boleh naik bus untuk menuju ke Tiananmen Square. Memang betul cakap orang trishaw tu, jauh sungguh kalau nak jalan kaki. Mau keras tak bergerak kalau nak berjalan jugak. Dalam 5 minit perjalanan, sampai jugak kat depan area subway station Tiananmen Square


Macamane kiteorang tau itu Tiananmen nye stop… Senang je, nampak orang turun ramai-ramai. Apa lagi ikut jelahh…Huhu…

Me in the bus to Tiananmen Square


Time turun tu, memang ramai sangat orang depan dataran Tiananmen tu. Kiteorang sempat snap 2-3 gambar then terus bergegas berjalan ke Forbidden City. Cuaca memang makin sejuk. Jadi, nak berjalan tu pun agak slow sikit. Bila sampai kat entrance Forbidden City, kiteorang terus naik ala-ala taxi yang dorang provide untuk bawak ke hujung jalan untuk menuju ke Nanheyan Dajie.


Tried my best to copy security style at the back

Football field

Looks yummy but sadly I didn’t tried

Trolley to Nanheyan Street

Bila dah ade kat area Nanheyan Dajie, perut pun dah rasa lapar. Just nice je time tu sebab ade kedai Muslim yang betul-betul terletak kat area situ. So kiteorang pun apa lagi, terjah je. Time masuk dalam kedai tu,semua mata terpana tengok kiteorang berempat. Die nye situation time tu,macam Britney Spears datang masuk bawak dancers and perform lagu Hit Me Baby One More Time. Tapi tak sempat habis perform, Britney dah lapar and nak sangat makan. Ha gitulah cara dorang tengok kite katanya. 

Kiteorang try abaikan cara dorang tengok kite. Biasalah tu bila kita datang tempat orang, memang akan ade respond yang macam tu kan….All of us terus cari tempat duduk and terus tunduk je. Takpela uols, I memang rela ditatap sebegitu rupaaaa…Tak lama lepas tu, owner kedai datang bagi menu.Tapi aku terus panggil balik orang tu sebab menu yang die bagi semua dalam bahasa cina. Nasib baiklah owner die pandailah sikit-sikit cakap English, so kiteorang just mintak apa yang kiteorang nak. Macamane kiteorang boleh tahu apa yang kiteorang nak makan, senang je. Tengok orang sebelah and just tunjuk je nak makan apa…


They all masak pun tak lama, kejap je. Then makanan pun sampailah kat meja kami berempat. Sekali tengok, fuh memang banyak gile portion die bagi. Ini confirm tak habis ni. 1 plate can be shared for two. So next time kiteorang pergi, memang 1 plate je lah. Apa yang aku perhatikan, makanan die memang sama sebijik macam kedai Mee Tarik kat Sungei Besi tu. Owner kedai tu pun cina Muslim jugak. Jadi takdelah culture shock sangat bila dapat food tu. Kirenya boleh makan dengan tenang tanpa sebarang complaints. Average price untuk seorang makan ialah RM10. So worth it lah sebab kiteorang makan pun sekali sehari.

Portion untuk seorang
Keluar je dari kedai tu, kiteorang perlu berjalan dalam 5 minit untuk ke Sunrise Hostel. Time sampai hostel pun dah around 2.00pm. Tujuan kiteorang balik hostel tu pun sebab nak tambah lagi tambah ketebalan baju, scarves and socks huhu…Sebab mesti lepas ni lagi sejuk kan? Gitu, dah macam kek lapis Sarawak dah kiteorang ni.

Around 2.30pm tu, kiteorang keluar bilik and terus ketuk bilik K.Yong, yang letaknya sebelah aje dengan bilik kiteorang. Ketuk lama jugak sampailah K.Yong cakap, “Sorry, aku tertido lahh”. Wahhh! Patutlah lama sangat nak bukak pintu. Last-last kiteorang cakap, “Aku and Shima tunggu kat lobby.” Tak lama lepas tu, K.Yong datang kat lobby and die cakap die tak dapat nak ikut atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Makanya, aku and Shima lah berdua berjalan beriringan untuk ke destinasi seterusnya : Temple of Heaven. Dah macam Destinasi Cinta lah pulak kan, pergi berdua-duaan hahahah! Takpelah, nak buat macamane right? So dengan berbekalkan doa dan map yang ade, kami pun berjalan lah menuju ke station Wangfujing. 

Tapi bila pikir balik, berani betul Cik Pora and Kak Mah berjalan berdua kat negara orang ni kan? Kalau ibu tahu ni, mau kena bebel 2 hari 1 malam tau! Tapi sometimes negara sendiri pon kami tak berani camtu…Cuba kalau kena gi jalan sorang-sorang kat Chow Kit, mau awal-awal lagi dah reject taknak pergi. Bukan apa, manusia sekarang ni makin ganas. That’s why kena berhati-hatikan. Dan bila berada di negara orang ni, satu jelah yang kami amalkan iaitu, berTAWAKALlah!. Sesuai kan dengan nama travel agency verangan kiteorang, Tawakal Agency.

Cuaca time tu memang semakin sejuk seperti yang dijangka. Kiteorang paling takut kalau sesat sebab time pun dah menunjukkan pukul 3.00pm. Temple of Heaven pulak tutup pukul 5.00pm. Takutlah kalau tak sempat nak masuk, setakat tengok dari luar je… Penat lah kiteorang jalan dalam cuaca yang sejuk giler tu kan.

But kiteorang tak sesat pun. Turun je dari station Tiantan Dongmen Subway Station Line 5 and terus menuju ke Exit A, terus nampak entrance Temple of Heaven. Pendek kata, bangunan ni betul-betul sebelah subway station. Jadi, takde masalah untuk naik subway. Memang senang je nak pergi.

Bila dah sampai sana, kiteorang bayar 20Yuan/ RM10 untuk tiket. Mungkin tiket RM10 ni hanya untuk berjalan-jalan dalam ni je. Sebab kalau nak masuk dalam kawasan temple ni, kite kena bayar harga lain which is aku lupa harga tiketnya. Kiteorang pun memang taknak masuk area temple tu sebab dah lewat sangat kan. Kang kalau gelap, sesat pulak, mau nangis duk tepi jalan dua-dua orang ni haaaa…

Ticket to Temple of Heaven

Masuk je dalam kawasan ni, korang akan dihidangkan dengan suasana yang taman yang sangat romantik tau…Kawasan die besar and cantik sangat! Untuk pengetahuan korang, temple ini dibina pada tahun 1406 hingga tahun 1420 sewaktu zaman pemerintahan Maharaja Yongle. Beliau jugak bertanggungjawab untuk melaksanakan pembinaan bagi Forbidden City, Beijing.

Me.at.ThePark.

The Sun.

Can you spot something at my back?

Dalam kawasan Temple of Heaven tu terdapat 3 jenis temple utama seperti Temple of Sun, Earth and Moon. Temple ni jugak turut tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site pada tahun 1998.Jadi memang worth it untuk melawat Temple of Heaven ni jika anda semua berkesempatan berada di Beijing.

Apa yang diperhatikan di Temple of Heaven ni, ramai sangat warga-warga emas yang datang untuk habiskan masa bersama geng-geng emas dorang dengan bermain cards dan juga bersukan.Terus terpikir betapa bagusnya dorang ni sebab habiskan masa petang-petang yang sejuk ni dengan aktiviti yang berfaedah. Kalau kat Tasik Permaisuri tu, dapatlah kite tengok 30% of visitors yang beriadah. yang selebihnya, apa lagi duk makan keropok, sengkuang, steamboats, kebab dan macam-macam lagi.Berbeza culture kita dengan diorang ni sebenarnya 🙂

Senior citizens at the park

Colourful cards

Me and Shima


Sepanjang kiteorang kat dalam tu, banyak masa yang kiteorang spent untuk enjoy view and moment yang memang susah nak dapat kat Malaysia. Dan apa yang paling best, kat sepanjang jalan yang kiteorang lalu tu, die akan mainkan muzik yang romantik gitu.Biasalah, kiteorang ni kan memang kaki sibuk sikit. Ada je benda yang menimbulkan kesangsian bersama…
Time dengar muzik tu, ada jugak terpikir yang bunyi tu datang dari speaker yang boleh cover semua kawasan dalam park ni. Tapi takkanlaaa dalam satu masa, speaker ni boleh tukar-tukar lagu ikut kawasan mana yang kiteorang lalu. Maksudnya, bila kat depan Hall of Prayer for Good Harvests, keluar lagu lain. Dekat tempat lain lagu lain… Tak mungkin right?

Lepas kiteorang buat research katanya, barulah perasan yang setiap tiang lampu kat situ ade speaker… Jadi memang logikla bila muzik tu main ikut tempat yang kiteorang pergi… Canggih laaa tu kann…Pandai betul nak create something romantic dengan cara yang paling best!

Dah habis tawaf satu kawasan, hari pun dah semakin gelap even time tu baru menunjukkan tepat pukul 5.00pm. Kiteorang takut jugak, tempat tu tutup and tinggalkan kiteorang dalam tu 2 orang. mau jadi snow women lah kiteorang. Tak larat dengan sejuk yang melampau. Time tu kalau nangis pun, memang tak kuar nyeee. Dah beku!

The View

Before keluar tu, kiteorang sempat singgah toilet kat situ. Apa yang best, toilet die ade 3 jenis. Means diorang provide toilet untuk Male, Female and Unisex. Kalau toilet kat Malaysia camni,takde epok-epok and pengkid masuk toilet jantina asal segan and malu-malu gitu… *peace*

Kami berjalan pulang untuk menuju ke hostel di Wangfujing area. Sampai je kat situ, kiteorang amik exit C seperti biasa. Of courselah time tu dah gelap gelita kan. Tapi time berjalan keluar tu, we ols ternampak banyak sangat lampu meriah macam kat depan Pavilion. 

Jadi tanpa berlengah lagi, terus jalan gi kat area tu. Kiteorang expect ni mesti Wangfujing Street yang famous dengan shopping heaven tu. Yes, we were right!Kat sini memang macam-macam ada. But mostly, semua barang high end gitu. Tapi yang paling unik, ada Night Market near Donghuamen Street yang jual makanan-makanan exotic uols. Macam-macam jenis ade, cuma korang tahan dengan bau die atau tak, nasiblah kannn…

This is Wangfujing street


Exotic snacks, anyone?
Kat sini jugak ada pharmacy tau. Mesti ramai pelik, apa lah masalah gi negara orang cari pharmacy. Al maklumlah, kiteorang ni tak pernah merasa backpacking dalam cuaca sejuk terlampau ni ha. Jadi, untuk re-energize balik kaki, Kak Mah memerlukan koyok yang berkotak-kotak. Kalau tak, camane nak tunjuk gambar *peace* di Great Wall nanti kat orang-orang kampung kan? Tapi bagus jugak beli koyok tu, sepanjang kat sana, memang Kak Mah ratu koyok wakil dari Malaysia lah. Takde sapa boleh challenge bau koyok die ahhahaha… Jangan marah babe!

Dah habis membeli belah di pharmacy,kiteorang singgah pulak kat Starbucks. Bila cuaca sejuk ni, air panas jelah yang mampu menghilangkan kesejukkan satu badan ni ha. Jadi apa lagi tapau coffee satu and terus balik. Kiteorang ni sebenarnya nak explore jalan shortcut balik hostel. Malas nak patah-patah balik ke subway tu. Since dah half-way to hostel kiteorang pun. 

Jadi kiteorang main teka je jalan mana yang agak-agak macam betul. Tapi please janganlah tiru perangai kiteorang. Bahaya. Sebabnya jalan yang kiteorang lalu tu, sangatlah gelap and non-hado orang. Jalan pulak berdua.perempuan.suci.lagi *motif???ahhahah* So memang bahaya sangat-sangat. Time lalu tu, memang kiteorang gunakan speed yang paling maksimum sebab dua-dua takut sebenarnya. Yelah, kalau jumpa yang loncat-loncat, bolehlah amik receipt Starbucks tadi, tampal je. Tapi kalau orang, camane? Dah lah tak paham bahasa die, mau menangis la dalam bahasa cina. Boleh ke?

Time jalan tu, kiteorang rasa lega sikit bila nampak simpang kecik. So kami pikir, even kiteorang lost pun, kiteorang takdelah takut sangat. At least ada lampu and orang, takdelah takut sangat nak pikir mana jalan yang betul. Tapi bila tengok lama-lama jalan tu, aku and Shima rasa, jalan ni macam betul. Cuma ni kan first time kiteorang bergelap kat area sini. So it looks so unfamiliar gitu.

Dan syukur sangat takde apa-apa jadi time tu. Sebab kiteorang tak sesat pun. Lintas je jalan, terus cakap, jangan la ikut jalan tu lagi. Scary gile weyyyy! Sampai je hostel, terus bersihkan diri and buat sume benda yang wajib. Plan untuk esoknya pun, kena baca jugak. Directions, line apa nak turun, timetable train and keperluan untuk cover diri dari sejuk yang amat sangat. Bila susun semua baju atas katil, terus terasa diri cam hanger baju uols. Berlapis-lapis. Untunglahhhh kan!

Memang baju and seluar kiteorang kena prepare awal-awal. Letak atas katil siap-siap. Nak tahu sebabnya? ahhahah! Bersedialah tengok kiteorang atas bawah. Okay. 1st sebab cuaca sejuk yang teramat sangat. So kiteorang siap pakai baju dalam blanket uols. Tak tahan gile menahan sejuk tu. and 2nd. Kiteorang rasa sejuk yang terlampau adalah sebab kiteorang tak tahu tentang kewujudan HEATER kat dalam bilik tuuuuuu….Okbai!

Hahaha,memang aku dah try on heater tu, tapi disebabkan setting dah lari. Jadi heater dalam bilik tu memang tak panas langsung! Makanya, kami bersejuk-sejukan dan menggigil lahhh dalam bilik sepanjang 2 hari yeeee…Haha, memang award gadis-gadis gigih di Beijing dapat kat kiteorang!

Malam tu, sebelum nak tido dalam 2 lapis blankets, sempat jugak layan satu drama pasal perempuan kaya kahwin dengan lelaki kampung kat channel dorang. And citer tu jadi favorite kiteorang tiap-tiap malam ye…Nama cite tu kalau tak silap – Dongxe Fuqi. Memang layan gile cite tu. Even takde subtitle,takpe. Kiteoranglah director and script writer nya. Yang penting cite ni buatkan kiteorang tidur lena setiap malam…


Bersambung lagi tau….


One thought to “Backpacking to Beijing Part 1”

  1. hi…saya plan nak pi beijing n airasia x landing mmg tgh mlm kan, so selamat la ye tido kat airport ? And lagi satu, takde snow ke time korang gi beijing ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *