Budget Trip ke Phuket and Krabi Part 2

Pagi tu, aku kejutkan semua orang pagi-pagi sebab bila duk ramai-ramai and toilet pulak 1 bilik 1 je, mestilah sorang sejam kan? Jadi, solutionnya, sapa paling suka duk dalam bathroom berjam-jam, silalah mandi dulu 🙂 Before pergi tu, sempat breakfast roti dan sambal ikan bilis from Cik Diba. Kenyangggg+sedap. Bila sume dah siap make-upkan muka dengan sunblock, kiteorang pun turun and nampaknya kami hotel pertama yang van pick up. So early! And kiteorang pulak yang lambat.

Naik van dan macam biasa drop by few hotels untuk pick up other people. Perjalanan ke jetty mengambil masa hampir 1 jam from Phuket. Semua perlu ke jetty ni untuk naik ferry menuju ke Phi Phi Don yang merupakan pulau milik Krabi. Ha mesti ramai tak tahu kan? Tapi itulah faktanya!

Van ni dah tunggu kami lama sebenarnya. Sabarlah!

While waiting for others, camwhore dulu

After 1 hour journey *plus minus*, sampailah di jetty untuk ambil ferry ke Phi Phi Don. Korang akan diberikan sticker berwarna according to your group. Actually, itu semua depends on bayaran korang ye. Since kiteorang amik yang paling sendu, so sticker kami kaler hijau je…hehehe

Yay! Sampai sudah

Dah sampai di jetty, kakak di situ bagi sticker and suruh kami naik ferry

Turun dulu and baru naik ferry

Ready babeyh

Boleh duduk di atas if tak sabar nak tan kan kulit

Posing dulu


Seat outdoor dah penuh time dalam ferry, jadi kami masuk menjengah ke dalam. Wah ada aircond, so apa lagi inilah time untuk tapau tidur. Al-maklumlah, malam tadi tido tempat baru so memang tak boleh tido dengan nyenyaknya…Jadi inilah masa yang paling sesuai…Zzzzzzz

Indoor seats

Bukit dah nampak tapi bila nak berhenti?

Private yatch

The view

Bagi aku perjalanan memang lama giler, kalah naik ferry ke Langkawi. Almost 1hour and 30minutes tau! Tido bangun balik pun tak sampai-sampai. Even nampak dah macam-macam bukit seakan-akan Maya Bay, tapi tak jugak sampai. Penat sungguh menunggu untuk sampai. Bila ferry stop pun, diorang hanya benarkan mereka yang nak turun di Phi Phi Don untuk transfer ke pulau lain. Kami? Still tunggu dalam ferry untuk ke Maya Bay pulak.

Nampak tak journey kami dari Phuket ke Phi Phi Island?

Ferry dah stop. We are in Phi Phi Don; turunkan other passengers



Dan akhirnya bila captain ferry buat pengumuman yang kita akan berhenti snorkeling di Maya Bay, aku mampu menarik nafas lega. Tak boleh tahan dah lama-lama duduk dalam ferry ni. Penat! Since kami semua akan ber-snorkeling,  kami semua dikehendaki beratur untuk ambil mask and goggle. Semua penumpang dikehendaki mengisi nama hotel dan bilik. In case, kalau you guys tak pulangkan ke kan… Ingat tau, jangan hilangkan equipments ni, nanti korang akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.

Die tulis nombor kat tangan kite. Macam cow nak kena korban, ada number gitu



Dah nak sampai

Abang beachboy yang sexayyyyy

Turunkan dulu anchor…Chewah!



Bila dah siap-siap nak turun bersnorkeling, tengok je dalam air, punyalah ramai umat. Dah macam ikan dapat roti kekdahnya… Dengan suara-suara bising gitu! Aku malas nak tunggu lama-lama, terus terjun and ‘try’ buat kuak kupu-kupu motifnya. Tapi sekali buat, tangan kiri terkena pulak badan orang sebelah, yang lengan kanan, dah hempuk badan orang lain. Siap terlanggar kepala ngan orang kat depan.

And suasana sangatlah bising. Terus terpikir, if ada emergency ni, memang lifeguard pun tak dapat trace whether orang tu jerit minta tolong or excited jumpa ikan kan kan kan? Ha gitulah excitednyaa mereka ini! Adoi spolit sungguh moment-moment macamni tau! Baru je nak beramah mesra dengan ikan-ikan Siam. Tapi terus potong. So aku naik ke atas ferry dan bersihkan badan. 

Ha lihatlah manusia bersnorkeling

Emerald green water

Looking from the ferry

Sana tu nyaman je

Cuci badan sebab dah kena air laut

Naik naik…Ferry nak jalan dah



Since dah takde choice, aku pun lepak atas ferry sambil tengok mereka-mereka yang have fun kat bawah tu. 
Tak lama kemudian, bila semua penumpang dah naik ke ferry, kami pun bergerak ke Phi Phi Don untuk makan tengahari. Jangan risau, semua makanan di sini adalah HALAL. Tapi jangan lupa bismillah sebelum makan ye… And bayaran sebanyak 20BHT akan dikenakan sebagai entrance fee.

Habis makan, kami buat sendiri punya tour ke tempat-tempat lain. Al-maklumlah, Phi Phi Don ni antara tempat yang paling teruk diancam ombak Tsunami suata masa dulu. But now, tempat ni dah fully okay. Pada sesiapa yang nak stay di sini, ada banyak hotel yang dibina untuk penginapan. So make your own choice ya 🙂

In Phi Phi Don *again*

Pay 20BHT to keep Phi Phi Don clean

On the way to food court

Map in Phi Phi Don

Welcome to Phi Phi Don signage

Sila ikut sini lai lai lai

The menu…Fried chicken die yummy!

Phi Phi Don beach

Only me and Azlina. The rest dah merayap asing-asing

Percutian bersama Kak Pah gitu

Ada je couple tu…Dari tadi tak habis snap lagi

Bersidai time

After looking at this picture, baru realized beli postcard Krabi in Phuket

Send postcard

Ferry schedule



Kami spent time kat situ about 1 hour before depart to Phuket. Weyyyy, terus confused. Sekali je ke, snorkeling nye? Dan selepas confirmed kan dengan staff ferry tu…YES! Memang sekali sahaja. Memang tak paham dengan pakej macamni…Ke memang macamtu ye? Jalan jauh-jauh dapat snorkeling sekali je ni. Walaweh, tak syoknyaaa…Kalau ikutkan mahal jugak bayaran tu. Tapi according to kawan Arda yang ada sekali dalam ferry tu, dorang beli pakej ni dengan harga RM130 di airport. Kami kire lucky jugak since dapat RM85 je. So kalau boleh avoidlah beli kat airport.

Perjalanan ferry balik ke Phuket hazab uols. Seat semua penuh since dorang tumpangkan jugak orang-orang yang memang dah beli tiket untuk ke Phuket. So seat kami adalah di tepi abang-abang beach boy. Ahaa…Jangan salah paham di situ. Bukan duduk tepi beach boy tau. Tapi kami ambil seat beach boy yang duduk kat area deck tu. Keles tak? Beach girl in the house lah…

Beach girls

Complimentary of juicy pineapple

Panass panass


So sepanjang 1 jam++ tu, kami duduk dalam keadaan yang tak selesa. Since dah macam penat sangat, aku tido je kat atas lantai ferry tu bersandarkan palang tepi deck. Ingatkan aku sorang je, tapi Diba,Arda and Fifie pun join jugak. Memang letih sangat time tu. So kalau sapa-sapa yang terlihat gaya bebas tido berkumpulan tu, harap abaikanlah eh. Buruk benor rasanyaaa hahahah…

Sampai di Phuket, kiteorang terus balik ke guesthouse dan berehat. Penat giler! Bukan apa, kiteorang ni penat sebab perjalanan jauh macam nak pergi Melaka from KL tapi bila dah sampai,just singgah station minyak untuk gi toilet and terus balik. Ha macam tulah perumpamaan die. Kami hanya pergi Phi Phi Don untuk snorkeling selama 5 minit gitu. Ha mampu? 

Since tak paham dengan trip ni,balik je bilik kiteorang rehat-rehat sambil dah pasang angan-angan nak sewa scooter untuk round the town! Boleh kan? Since before sampai Phuket lagi, aku memang teringin sangat nak bawak scooter instead of naik tuk-tuk. Kiranya ini pengalaman yang berbeza compared to trip-trip sebelum ni. Naik motor round-round satu Phuket gitu!

Jadi, di atas sokongan rakan-rakan dalam ‘merealisasikan’ impian Safura’…Mereka pun setuju untuk sewa 3 motor. So yang tukang bawak adalah aku, Diba and Fifie. Yang lain setia di belakang sebagai penumpang yang lentik gitu…Nasib baiklah bawah guesthouse kiteorang tu memang ada tempat nak sewa motor. Bila tanya apa document yang diperlukan…Harus diingatkan most of scooter rental shop akan mintak passport sebagai deposit. Mula-mula tu memang takut jugak nak bagi *sapa tak takut kan*, tapi bila mintak advice from owner guesthouse kami, dia cakap memang semua akan mintak passport.

Since tak yakin jugak, kiteorang survey tempat lain and confirmed! Memang semua mintak passport except ada 1 kedai ni dia kate boleh bagi deposit RM100. It just die cuma ada 2 motor je..So tak bolehlah! Malas nak tanya-tanya dah, kiteorang pun terus settlekan booking dengan tempat yang first kami tanya. Staff die pun macam malas sudah nak layan kami yang banyak tanya ni kan…

After bayaran semua dah settle, kami dikehendaki mengambil gambar untuk semua calar balar yang sedia ada pada motor tu. Ini adalah penting since kalau die cakap korang yang buat motor ni rosak or scratch, korang ade bukti. Betul tak? 

Ini antara tips untuk sewa motor di Phuket : 

1) Passport sebagai deposit
2) Snaplah gambar passport korang time bagi die simpan tu. In case katanyaaa…
3) Pilih motor yang sesuai dengan korang. 
4) Snap gambar conditions motor tu, even satu scratch pun, snap jugak. Barulah pengguna yang bijak!
5) Try bawak dulu untuk tengok keadaan break, tayar and macam-macam lagi.
6) Isi minyak.Sebab selalunya dorang akan bagi motor dengan tank yang hampir kosong. RM4/litre for gasoline.Tak silap full tank RM22 ye 🙂
7) Kalau boleh mintak FREE map so senang nanti nak cari jalan
8) Dan last sekali, pakai helmet. Kalau kena saman, menjawablah and jangan lupa bawak motor berhati-hati. 

Snaplah gambar scratches itu seperti gambar di atas

So bila semua dah ready untuk jadi bikers sejati di Phuket, kiteorang pun mulakan vroom vroom kiteorang ke Bangla Road. Plan nak ambil pakej ke Phang Nga Beach tengok James Bond Island, tetapi memandangkan budget yang semakin susut, kiteorang pun cancel plan tu. Jadi, tujuan ke Bangla Road hanya untuk mencari pakej FantaSea Show. Dengarnya, anda tak akan berada di Phuket jika tidak menyaksikan show ni? Betulkah? Nanti kite review.

My yellow bike


Bikers are ready to vroom vroom and the Phuket town

Round the town with our scooters

Awesome experience



Tapi time on the way ke Bangla Road tu, kiteorang tersalah masuk simpang yang menuju ke masjid. Kire tak jauh dari Bangla Road, tapi tak berapa nak yakin untuk masuk ke simpang yang sebenarnya betul. Al-maklumlah first time kan..Pastu boleh pulak sewa motor time malam kan…Ha memang confirm semua lupa jalan. Dan apa yang aku perhatikan, jalan di Phuket banyak yang one-way. So kalau dah salah masuk tu, silalah tawaf lagi sekali ye. Along the way area masjid tu, nampak beberapa deretan kedai Muslim. Since semua pun dah lapar, apa lagi, bagi signal, terus parking depan masjid.

Time tu, kami nampak jugak restaurant famous di kalangan orang Malaysia, Saveena. Tapi kami terdetik nak try kedai yang takde signboard betul-betul berhadapan dengan masjid. Nampak macam ramai, mesti sedap lah kan? Time order tu, memang confirm pakcik tu hanya  tahu berbahasa Thai je. Nasib baik ada anak die (agak je). Pandai berbahasa Melayu. So sume order mintak kat die sajelah.

Ternyata jangkaan kami tak silap. Masakan pakcik ni memang ada umphhhhh! Sedap giler. Orang kate kalau di Phuket portion untuk seorang boleh mencecah RM15. Tapi dengan uncle ni hanya RM8 in average. Sedap dan confirm-confrim Muslim kan. Sementara tengah enjoy makan, tiba-tiba ada sorang lelaki memakai short berlari keluar dari masjid sebab orang masjid pukul beliau dengan kayu besar gilos. 

Terkejut jugak tengok mula-mula. Adakah sebab laki tu tak menutup aurat. Tetiba teringat kes kat Narathiwat semua kan…Aaaaa scary okey. Orang masjid tu marah sangat-sangat kat mamat tu. Seluar pendek die bukan macam biasa tu. Tapi yang stock swimming trunk ye…Giler pendek. Disebabkan perasaan kepochi tu tak pernah tinggal even datang ke Phuket pun. Kiteorang tanya pakcik tu, then anak dia translate kan… Katanya, lelaki tu minum arak dalam masjid. Haaaaaaaa…No wonderlah kau kene sebat ngan kayu tu. Layak sungguh. 

Kedai makan yang memang sedapppp


After semua dah habis menjamah selera di warung pakcik tu, kiteorang pun terus mulakan balik perjalanan mencari Bangla Road. Kali ni tak payah sesat, memang from masjid boleh jumpa Bangla Road tu. Jadi, dari situ nampaklah macam-macam night club. Wah meriah betul suasana kat sini.

Since kami bikers yang berkonvoi, haruslah tunggu semua ade baru berhenti kan. Jalan kat situ malam-malam memang mencabar keimanan. Jam kaw-kaw. Dengan tuk-tuk yang dah bermacam-macam jenis. Bus, kereta, taxi sume tak payah cakaplah. Serabut sungguh. Bila nampak ada parking yang betul-betul depan Bangla Road, try bagi signal and berhenti untuk park kat situ.

Tapi hanya kami an motor Fifie je yang berhenti. Lagi 1 dah terlepas since tak nampak aku berhenti. Nak tak nak, kenelah kejar motor Diba and Ain. Dah macam Siam Menjerit dah kiteorang mengejar. Tapi takpe, semangat setiakawan katanya. Bila dah jumpa, haruslah jerit-jerit so that dorang boleh perasan kiteorang. Apa lagi berhenti tepi jalan and advise suruh motor Diba and Ain duduk tengah-tengah while Fifie and Azlina duk belakang sekali. Ha barulah senang sikit nak nampak 2 motor di belakang ni.

Since dah terlepas Bangla Road buat kali ke-2, kami pusing balik ke Patong Beach and decide untuk park kat depan Patong Beach aje. Dapat spot parking yang terbaik, terus kunci motor and snap gambar. Bukan apa, risiko untuk tertukar motor tu sangat tinggi. Semuanya nampak sama tapi bukan sebenarnya…Jadi inilah langkah berjaga-jaga. 

Kami mulakan aktiviti berjalan kaki sepanjang area Patong Beach dan Bangla Road. Jam pun dah menunujukkan pukul 10malam. Jadi kena cepat-cepat dapatkan pakej untuk ke FantaSea show malam tu. Takut kedai tutup pulak nanti. Dahlah book untuk esok sahaja, buatnya full, ha sudah. Masalah pulak nanti kan. Lepas jalan dari satu kedai ke satu kedai, ternyata harga di sini lagi better dari tempat lain. Bagi aku, better korang dapatkan aje pakej-pakej ni semua di Bangla Road. Memang harga sangat berpatutan!

Since kata sepakat membawa berkat telah dicapai di mana no James Bond Trip. Jadi kiteorang gunakan duit tu untuk berjimba dan pada mereka yang ada masalah sakit-sakit belakang, boleh juga ber-massage kan…
Dan akhirnya, selepas survey beberapa kedai, kami pun dapat bargain good price untuk ke FantaSea show dengan hanya RM135 seorang. Normal price katanya RM150. 

Seats pon memang terbaiklah. Belakang Gold Seat since tak mampu nak bergold-gold bagai kan. So tumpang belakang jelah. Kakak yang kerja kat situ memang baik. Dah alang-alang dapat good price, kiteorang terus tanya pasal transfer nak ke Krabi. Tanya-tanya dapat harga RM50 *as what we budgeted*. Dia akan hantar kami sampai ke Ao Nang. So terus booked dengan kakak ni untuk semua tour dan package. Malas nak pikir dah sebenarnya…One shot terus settled semua. 

Dah hamik receipt and buat semua pembayaran, kami terus bergerak menuju ke laluan yang dianggap syurga buat lelaki. And because of that, I understand why semua guys suke sangat ke Phuket. Your secret has been revealed hehehe…Meriah layan semua tu ye. Wow! Memang takkan dapatlah semua ni di Malaysia secara terbuka. Tapi I’m so glad yang kite takde semua ni. Or else memang tak tahulah nak cakap….

Survey money exchange

Bangla Road

People in Bangla Road

The entertainers

The girls 🙂



Selepas dah menjamah mata dengan pelbagai jenis manusia di situ, kiteorang pun slowly nak chow from this area. Hari dah lewat kan *baru sedarkah?* Tapi yang lain nak pergi massage-massage dulu before balik ke bilik. Jadi, tinggal aku and Azlina je yang akan pulang ke bilik. Nak tak nak, aku try je bawak motor tanpa map dan orang kata tu, lebih kepada ikut kata hati.

Kami berdua memang agak-agak je ikut jalan nak balik ke Nanai Road. Tapi sememangnya aku bersyukur yang kami tak sesat pun. Maklumlah dah malam, kat negara orang, bawak motor pulak tu…cuba kalau kat negara sendiri, kol 8 pm dah tak berani nak keluar bawak motor nyaaaa… Jadi, bila tak sesat tu, kami berdua menarik nafas lega. Park motor depan guesthouse and terus naik ke bilik. Balik bilik je, buat apa-apa yang patut and tido…Plan untuk esok pulak ialah round the townnnn. Yahooooo!!!!

6 thoughts to “Budget Trip ke Phuket and Krabi Part 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *