Singapore Kami Datang!

Pernah tak sekali je dalam hidup korang, buat something yang dianggap giler? Kalau giler tu bukanlah maksudnya korang jadi biul ke apa…Cuma, idea itu tak dirancang tapi pop-out from nowhere. Ha…mesti korang pernah punya! Kalau korang tanya aku, aku memang banyak kali dah buat benda-benda yang dianggap ‘giler-giler’ nie. Sumenya unplanned sebab aku memang paling benci ikut plan-plan nie. Confirm aku akan rasa rimas and sedeh if kita tak capai apa yang kita hajatkan. Betul tak?

Kalau korang penah dengar ayat nie, “All you need is 20 seconds of insane courage and I will promise you something great will come of it”. Haaaaa, mesti korang cam terpikir, apa yang nak buat nie. Bagi aku, quote nie sangatlah benar kalau niat di hati itu baik dan murni. Ha gitu! So disebabkan ayat nielah aku berani nak buat kerja giler-giler lagi aahahhaha! But, normally aku akan ambil masa lebih dari 20 minutes, itu yang pasti! *tak yakinlah nak menggiler sangat kan* So, nak tahu apa yang aku buat sempena cuti Agong yang lepas? Inilah sebabnya aku tanya korang pasal benda giler-giler tu.

Aku namakan trip nie sebagai main redah aje…. Nak tahu kenapa? Sebabnya aku plan untuk ke sana pada Khamis (tengahari) dan bertolak pada Jumaat esoknya. Memang tak plan satu apa pon especially tentang accomodation and transport bila di sana. Cuma apa yang aku sempat buat ialah aku maklumkan pada Own (kawan aku di JB), yang kami nak datang sana untuk melawat beliau yang dah hampir setahun lebih menjadi perantau. Mampu kah begitu?

Nasiblah Ah Chong memang okay je dengan plan serkap jarang aku nie. Even die baru sahaja balik dari ber-backpacking ke Indonesia, die tetap supportive dengan last minute plan aku nie. So, since semua pun takde masalah nak join trip nie, kami pun beli tiket ke Larkin (RM62/return) di Terminal Bas Selatan (BTS). Perjalanan dari KL ke Johor mengambil masa selama 4jam. Sampai di JB, Own selaku ‘YB Nusa Jaya’ telah menjemput kami dan membawa kami terus ke rumah auntie Ah Chong. Al-maklumlah, nak sangat buat kerja giler, so segala benda hotel semua tak sempat nak book. Tapi kami bersyukur sebab Auntie Ah Chong sudi tumpangkan kami nie. Thank you Auntie (nasi goreng Auntie marvellous).

To cut it short, esoknya, kami telah diseret oleh Own untuk pergi ke kenduri kahwin sebelum ke Singapura. Muka kiteorang memang dah masam je, kalau boleh biarlah masuk Singapore pagi-pagi then jalan lah sampai puas. Tapi, ada hikmah jugak datang ke kenduri nie. Dapat aku merasa Kambing Masak Merah yang awesome giler. Memang rezeki kami berkenyang-kenyangan before masuk ke Singapore. At least sampai sana, takyah makan dah. Jimat dolls!

Dalam pukul 12 tengahari, kami pun bergerak menuju ke Singapura, negara jiran Malaysia yang pernah dikenali sebagai Temasek. Elok pulak jalan jam nak masuk ke Tuas Checkpoint tu. Memang betambah lambatlah kami nak sampai ke dalam Singapura nie. Katanya, time weekend memang macamni..Agak sesak dekat checkpoint nie. So better masuk awal sikit, kan Own? Hahahah….

Okay, untuk yang nak bawak kereta masuk ke dalam Singapore, korang perlu ada Auto-pass (ala-ala Touch n Go) tapi versi mahal sebab currency berbeza. Jangan lupa isi ‘white card’ before masuk ye..So urusan di kaunter imigresen taklah lama sangat nanti. Nasiblah kami ada kawan yang kerja di Singapore, so semuanya memang dah siap sedia dalam kereta. Kami tunggu nak isi aje and pass terus ke pegawai yang bertugas.

Dalam beberapa minit kemudian, kami pun apa lagi…Vroom vroom lah masuk ke Singapore. Yes finally! Dapat jugak menghirup udara di Singapura kan…Motiflah sangat! So, perkara pertama yang kiteorang kena buat ialah park kereta kat office Own. Then, dari situ, kiteorang ambil MRT ke Orchard Station. Orang kata kat sini happening dengan shopping malls yang memang menggila! So aku pun nak lah jugak tengok keadaan kat sana kan. Bila dah sampai tue, memang terasa happening jugaklah suasana kat sini. Saling tak tumpah macam dekat area Pavilion.

Kalau korang ke sini, satu je aku pesan… Please beli ice cream yang dorang jual kat tepi-tepi tu. Sedap giler tau. Only 1SGD sahaja! Memang berbaloi-baloi kalau makan time musim panas! Terbaik lah…Habis berjalan kat situ, kami terus menaiki semula MRT dan bergerak pulak ke destinasi seterusnya iaitu – Universal Studio Singapore yang sangat fofular di kalangan rakyat jelata di sini.

Lagak si pemandu pelancong dari Jay-Bee yolls!


Bukit Batok MRT station


Better korang ambil 1 day Tourist Pass if nak jalan-jalan guna MRT
The map

Photographer in action, click..click


“Penatnya layan bini I yang mengandung sebelah nie, tak lahir-lahir pulak anaknya”

Keluar from MRT nampak nie


Now kena jalan untuk nampak street yang betul-betul jadi simbol Orchard Road


Ahaa…there you go


Beratur nak makan ais krim
Anak Maori melewati jalan di Singapore


Redup je hari


Awesome ice cream

Tips: Naik MRT ke Harbourfront and naik ke tingkat 3 ViVo City Shopping Mall. Kat sini korang kena beli Sentosa Express ticket train 4SGD (termasuk admission ke Sentosa Island).

Memang kiteorang hanya bersandarkan pada orang-orang di Singapura je untuk ke sana ke mari. Inilah dikatakan non hado research, non hado tahunya… Please jangan buat macam kiteorang nie ye 🙂 Sampai sahaja di Sentosa Island, kiteorang terus turun di station Universal Studio. Niat di hati takdelah nak masuk pun, just saja-saja nak bergambar depan globe tu ha…Dengarnya, ramai betul yang bergambar kat sini. Kalau takde gambar kat sini, takdelah bukti yang korang dah sampai ye dak…

Dalam Sentosa Island Express Train


Susahnya nak dapat picture yang takde manusia kecuali aku kat sini


Akhirnya *nak jugak*


Own

Kiteorang hanya jalan-jalan dan ambil gambar apa-apa yang patut. Since tekak pun dah kering kontang, kiteorang pun singgahlah di Starbucks. Rupanya, Starbucks nie baru aje launch semalam, 31 May 2013. So, memang semua barang dalam kedai bau ‘BARU’ uols. Tapi yang tak bestnya, punyalah ramai umat manusia yang beratur mengidam nak minum SETARBAKS nie ha…Tak tahulah kenapa ramai betul yang teringin nak minum kan…Mungkin sebab ada rasa BARU jugak kot dalam kopi die. Hahaha! Acah je…


Berehat di Starbucks


Aku hanya temankan kawan-kawan aku minum je. Entah kenapa, aku bukan dalam mood untuk ber-starbucks nie. Mungkin lebih selesa makan kuaci sambil baca magazines. Ha…Cakap pasal kuaci, nasiblah kat sana takde undang-undang makan kuaci kena saman, kalau tak, memang sedih lah kehidupan aku. Aku memang takkan boleh travel tanpa kuaci idaman. Even nak balik kampung pun, mesti kena ada kuaci sebungkus. Itulah namanya, teman membuang masa kan!

Habis bersidang di Starbucks, kami terus pulak menuju ke Sentosa Island. Nak jugak tengok bahagian pantai buatan tue ye dak. Untuk ke sana, korang boleh aja nak berjalan kaki, tapi nasib kami kurang baik. Sebabnya, hujan turun renyai-renyai yang menyebabkan kiteorang choose untuk naik aje train express yang hado tu. Bila dah sampai, kami sempat berjalan-jalan ke sekitar kawasan THE BEACH. Bagi aku, suasana memang tip top. Sangat terbaik untuk lepak dengan kawan-kawan disebabkan oleh cafe yang memang da bomb! Cantik tau!

Nak gi Beach tak? Beratur cepat!


Yeehaaa…sampai jugak tapi hujan 🙁


Nak main pasir?
Love to see something like this

Cuma, pantai tu aje lah yang aku rasa hanya sebesar 2x kolam renang saja. Agak kecil dan permandangan pantai tue pun adalah kapal-kapal yang berlabuh. If 1 hari nanti, Perhentian ada environment yang macamni, memang aku rasa, terus naik jadi pulau no.1 tercantik di dunia. Memang sesuai sangat untuk Perhentian *eh eh nie kenapa citer Perhentian pulak kuar Mak Jemah oiiiii* Back to the story, aku hanya lepak ambil-ambil gambar dan terus menuju ke tempat idaman Ah Chong nak beli camera. Plaza apa entah yang die nak tengok sangat. So sebagai kawan sejati, kenalah temankan sahabat tabah nie kan.

Inilah pantai yang terbentang indah


Ada jetty lagi tau


Ada cafe jugak tau


Picnic dolls

Bila dah sampai sana, plaza tu hanyalah tempat lepak orang Myanmar. Adoi, scary tau tengok dorang punya plaza nie. Sebijik macam kat Myanmar. Mungkin Ah Chong nak bagi kiteorang melawat 2 negara dalam 1 masa nie. Singapore and Myanmar. Kiteorang memang teruja habislah kalau niat begitu hahaha… Tak lama kemudian, kiteorang terus berlalu untuk ke Bugis Street. Kalau sebut pasal Bugis Street nie, tak payah nak imagine lama-lama. Tempat nie sebijik macam Petaling Street tu ha. Aku and Ah Chong hanya beli fridge magnet je. Then terus chow untuk ke Marina Bay pulak. Katanya kat sini cantik bila malam-malam….Jeng jeng jeng!

Bugis Street


Sempat rembat 5 for 10SGD

Untuk ke Marina nie, Own telah mengalami gangguan ingatan yang terlampau. Even keja je dekat Singapore, tapi Marina Bay pun tak tahu macamane nak pegi. Aiyoooo! Nasiblah memang destinasi last kiteorang, kalau tak botingkek-tingkek aku ketuk si Own. Ada pulak boleh lupa kan? So, kami pun menaiki train sampailah ke station Bayfront MRT station (CE2, Exit B, C, D, E). Turun je kat situ, kami terus jumpa signboard menghala ke Marina Bay Shopping Mall.

3 Idiots katanya..Kepancitan bersama


Oh the view 


Lepak-lepak di sini


Kat belah sana tu ade iconic lion of Singapore


Dalam shopping mall

Hasil tangkapan orang penat sebagai kenangan weols


Kami sempat berjalan-jalan sekejap je sebab kawan aku, si Ah Chong dah pancit habis hari tuh. Siap naik macam-macam benda merah kat lengan die. Naik seram pulak aku dengan Own tengok. Since condition Ah Chong pun very the clueless, kiteorang mampu duduk saje kat luar Marina Bay tu. View memang toksah nak cakap lah, oh so awww-some! 

Sampaikan kiteorang rasa hilang sekejap penat kat sini. Habis je melepak, kiteorang pun apa lagi… berlalu dari situ untuk ke MRT station. Inilah masa yang terbaik untuk pulang ke JB. Udah-udah lah tu berjalan malam-malam camnie. Kat negara orang pulak kan…Dalam MRT, Ah Chong memang siap keluar statement yang die memang kena duduk. Tak boleh nak bagi orang duduk. Sebab die pun dah macam zombie lidah terkeluar gitu. Hahaha!


Muka nak otak – Zombie


So bila naik MRT, kami terus duduk dan tidor. Perjalanan ambil masa 1 jam uols. Saje ikut jalan jauh sebab malas nak keluar-keluar dari train. Kami turun di station Bukit Batok dalam pukul 10.30 malam. Weyyyy, sunyi giler time tu ye. Punyalah concious giler dengan environment camtu sampai kami lupa yang kawan aku, si Ah Chong tu dah ‘tenat’. Sampaikan jalan pegang-pegang dinding siap cakap, korang jalan slow-slow sikit. Hahahah! Time tu Own gelak giler. Tak penah tengok anak Maori sorang nie ‘flat’ sampai camnie. Sampai kat ofis Own, ambil kereta dan terus ke JB. Nasiblah Own tak penat sangat. Ah Chong? Tumbang kat seat belakang! *tulah sapa suh gi Indon tinggal kiteorang ahhaha*

Sampai di area JB, Own bawak kiteorang pergi makan di kedai fevret die. Memang awesome jugak foods kat sini. So kiteorang pun layan jelah sambil dapat rest-rest sikit. Lepas makan, kiteorang bawak Ah Chong pergi klinik pulak. Inilah orang kata dah bersuka-suki, akhirnya kena visit clinic pulak uols. Nasiblah takde apa-apa yang serious, kalau tak, memang kena bawak balik KL malam tu jugak lah.

Bila semua dah settle, kami pun pulang ke rumah makcik Ah Chong untuk berehat-rehat. Esok dah nak balik KL, so haruslah dapat tidor yang cukup. Good for our tiring day in Singapore. Lenguh kaki!

Esok pagi, habis packing barang and breakfast, Own jemput kiteorang untuk ke stesen bas Larkin. Tapi before sampai ke Larkin, kiteorang still have plenty of time to hangout. So, Ah Chong suggest pergi makan besar dekat Kampung Melayu Majidee.

Wey kat sini, ABC die memang da bomb! *dahlah time type ni tengah berpuasa* Memang boleh buat terliur lah kalau ingat balik. Siap ice cream melimpah ruah tau. Semua jenis air gula ada. Sampai tak tahu nak makan yang mana satu…Apa-apa pun memang teringat-ingat until now.

Around 2.00pm, kiteorang pun naik bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Phew! Short but awesome trip. Sememangnya, kalau ada kerja-kerja giler camnie lagi, aku akan say OKAY saje. Suka trip-trip yang macamnie. Okaylah, before kita habis berceloteh, jom kita layan photoshoot Ah Chong guna film camera yang terus membuatkan aku jatuh cinta nak ber’filem’ camera pulak.






psst : Kalau nak tengok koleksi gambar yang dirakamkan kawan saya nie, korang boleh pergi kat Flickr and search for hahazahir

6 thoughts to “Singapore Kami Datang!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *