Budget Trip New Zealand : Part 5

Bersambung kembali untuk episod ceritera Hols Hols di New Zealand. Untuk post nie, aku nak bagitahu awal-awal yang ianya sangat panjang sebab dipenuhi dengan gambar-gambar yang ada umpppphhhh! Bukan sebab aku punya camera or style amik gambar yang ke laut itu. Tapi sebab the place itself memang photogenic. So, memang aku nak bawak korang rasa apa yang aku lihat di New Zealand itu. Jom layanzzzz :

Tido tak lena di Te Anau membuatkan kiteorang bangun agak awal pagi tu. Semuanya sebab cuaca yang sangat sejuk sampai ke tulang beb! Dahlah toilet kat luar, mencicit lah kami berempat berlari ke toilet yang terletak di bangunan sebelah. Weyyy, sejuk tau! Dah lah paling awal mandi. Nasiblah air panas memang ado, so dapatlah memanaskan badan yang menggigil ni ha.

Siap-siap segala, aku dan yang lain terus menuju ke receptionist untuk drop key. Temanya macam biasalah, letak sajok dalam box. Keluar aje dari Top 10 Holiday Park, kami harus melewati pekan Te Anau dulu sebelum menuju ke Piopiotahi atau nama meletop-nya : Milford Sound. Senang je nak ke Piopiotahi ni haaa…jalan ada satu ajooook. So, kalau GPS takde pun, korang memang tak sesat punya. Don’t worry hokey!

Masa kiteorang bertolak, jam menunjukkan pukul 6.30am & keadaan memang gelap diselubungi kabus. Namun bagi kiteorang, it’s better to gerak now dan sampai sana a bit awal untuk catch earliest Milford Sound cruise-9.15am. Okay, meh sini aku cerita sedetail-detailnya tentang jalan menuju ke Milford Sound. Mungkin ianya dapat membantu anda yang akan merancang perjalanan ke sana. Sebab time kiteorang nak pergi, ramai yang cakap jalan ni sangat bahaya untuk memandu sendiri especially orang yang first time datang NZ.

Okay mari aku tolong korang imagine camne kah suasana memandu di sana. Mula-mula, masuk je jalan ke sana dari Te Anau, korang akan rasa macam lalu jalan lama ke Pahang, Perak or Kelantan segala. Kiri kanan hutan but ada je kereta cam jeep lalu lalang. Tapi satu je meks puji, condition jalan memang tip top. Then, bila dah 15 to 30 minit driving tu, korang akan mula nampak cahaya matahari memancar di sebalik gunung-ganang. Even berkabus sedikit, but the view memang lawa habis. Time nie, please snap photo banyak-banyak tau. Awesome walaweh!

Sesuci di kala subuh sunyi *fefeling Sesuci Lebaran sikit*

Di suatu pagi, jalan menuju ke Milford Sound

Kami teruskan perjalanan sampailah hari mulai terang benderang. Pilot haritu haruslah my BFF Kak Mah, wanita besi New Zealand. Memang gigih wanita nie. Hahaha! Aku sebagai co-pilot temankan lah beliau sebab aku tahu bila kite bangun pagi-pagi then kene pulak drive long journey, haruslah mengantuk sakan. Yang passenger belakang? Dah ke laut tidooo. Macam-macam posing dapat aku lihat. hehhehe… Penat sungguh lah tu 🙂

Driving tanpa ku sedari hari semakin terang

Jalan memang tip top. Smooth!

Awan memang sangat marvelous in NZ


Sesekali kami akan melewati kawasan hutan yang seakan cerita Twilight tu ha. Then tak sampai beberapa minit, nampak pulak gunung ganang. Then hutan balik. Gitulah view yang dijamah sepanjang perjalanan ke Piopiotahi. Namun, apabila semakin menghampiri destinasi impian, kami dijamu pulak dengan snow-capped mountain yang sungguh meruntun jiwa raga meks sebagai pencinta New Zealand. Rasa cam dalam lukisan kat dinding rumah tau. Tapi nie ori punyaaaaaaa! Percaya ke tidak? Sila tepuk pipi then you know it’s real.

Abang Edward, cicit tumpang lalu ye

Macam at the end of jalan, kita ‘dush’ masuk gunung

Tapi tak lahhhh! Kita nampak view gini

Mana 1 awan? Mana 1 snow?

Close up sikit

Sambil duk khayal layan view yang you-are-awesome-blossom bagai tu, kami lalu pulak di kawasan lereng bukit yang sebijik macam jalan ke Cameron Highland ikut Tapah. Peluk bukit then satu lorong. Kat situ, korang kene kongsi jalan tau. Muat ke tak muat, belakang cerita yang penting, YAKIN! Time kami lalu, mungkin pagi lagi. So tak banyaklah kereta nak berpusu-pusu kan. Dan, aku and Kak Mah berpesan-pesan supaya ingat lorong nie kat mana bagai. At least time balik, kiteorang boleh plan and tak panic lah nak lalu kawasan yang sama.


Dan akhirnyaaaaaaa, after 2 hours (plus plus) driving, we are approaching Hommer Tunnel yang seriously wow! Bila dah sampai je kat sini, korang janganlah main jalan ajok masuk tunnel tu. Big NO-NO ye…Ni bukan Smart Tunnel ye. This is different case which is korang kene tunggu turn korang jalan. Just for your information, this tunnel memang only serve one lane. And sangatlah sistematik di mana ada censor yang akan jaga keluar masuknya kereta tu dalam terowong yang gelap gulita ini. Di luar pintu tunnel nie, akan ada lampu isyarat yang directly inform bilakah turn korang untuk jalan.

Hampir sampai di Hommer Tunnel

Tunggu turn dulu. Lihat lampu merah

Ayuh posing sikit sementara tunggu

Luckily for us, time pergi dan balik, kami jadi ketua konvoi import khas dari Malaysia tau. Both ways pon kiteorang yang mulakan jalan dulu. Sentiasa alert dengan lampu isyarat dan waiting time yang appear dekat Hommer Tunnel. Memang sesuatu yang sangat baru buat kiteorang. Kesempatan yang ada semasa di Hommer Tunnel kami gunakan sepuas-puasnya dengan menuju keluar ke kawasan sekitar untuk bergambar. Bukan selalu dapat menuju puncak camnie. Dah lah journey jauh. At least dapatlah terubat bila nampak view awesome macamnie ada betul-betul depan mata. Sapa yang tak nak woi?!

Masa yang ditunggu-tunggu tiba sejurus selepas lampu hijau bertukar menandakan turn kami untuk masuk ke dalam terowong nie. Before masuk, jangan lupa nyalakan lampu tau. Dalam tu, takde lah gelap macam orang tutup mata korang time jungle trekking memalam zaman Pengakap. Cumanya, die tidaklah seterang semua terowong di Malaysia. Dan korang tak perlu lah risau sokmo bila masuk aje dalam tu. Ini adalah kerana jalan dalam tu lurus sahaja. So, teruskan tekan minyak and pegang stereng elok-elok.

Bila masuk je dalam tu, satu yang buat aku cam amaze dengan terowong nie. Permukaan dinding die still lagi batu gunung-ganang tau. And paling best, korang boleh nampak aliran air lagi uols. Seriously macam masuk gua pon ado tapi dalam kereta la temanyaaa. Dalam duk focus memandu, kami akhirnya sampai jugak di pintu keluar yang pastinya memberi sedikit cahaya terang menuju ke Milford Sound. Phewww legaaaa jugak bila dah melepasi terowong yang dikatakan seram itu uols!


Namun, toksah nak lega sangatlah. Sebab jalan yang sebenarnya menguji jiwa raga minda dan rohani rata-rata pengunjung di sini ialah selepas Hommer Tunnel nie ha. Untuk sampai ke Hommer Tunnel, korang haruslah mendaki seakan gunung jugak. Dan bila dah melepasi terowong tu, korang kene pulak turun bukit tau. Kiranya, untuk datang ke Piopiotahi nie, satu-satunya penghubung jalan ialah laluan bukit. So, untuk sampai ke sebelah sana, korang kene naik bukit and turun balik. Phewwww, penat jugak nak gambarkan keadaan jalan kat situ.

Dan, di sinilah korang harus berhati-hati especially condition kereta korang. Make sure brek kene tip top sebab tiada penhadang jalan ye. Jalan memang layan corner tajam dan sempit pulak tu. Korang bawak aje slow-slow. Then, stay focus. Itu sajok. Seriously, cannot imagine camnelah bus and caravan boleh gigih lalu jalan cam gini. Memang agak susah untuk yang tak biasa namun satu je yang korang harus ingat, YAKIN dan TAWAKAL. Insyallah, everything will be okay, buddyz 🙂

Tak lama pun duk lalu jalan yang aku namakan ‘Snake Corner’ tu. Tak sampai 5 minutes pun. Then, everything back to normal sajok. Laluan seterusnya, memang macam biasa tapi korang akan mula nampak view gunung yang ala-ala bau bacang dengan Milford Sound. Oh indahnya dunia nie. Cantik kiri kanan, menganga terus tengok dari cermin kereta. Kalau ikutkan hati, nak je keluar dari kereta and terus enjoy je view nie. Tapi apakan daya, masa tak cukup tau. Kene kejar masa dan sampai tepat pada masanya di Milford Sound.

Few minutes after that, tibalah kami di Milford Sound. Sampai je terus park kereta and berlari carik toilet. Habis urusan di tandas, kami hanya nampak 1 counter ticket je, iaitu Southern Discoveries. Weols nak naik Orange nye company. Dengar cite cool teruks and murah pulak tu. So, dengan tak malunya, aku tanya lah kat staff Southern tu, kat mana letaknya company paling popular iaitu JUCY. Ahaaa, nampak tak permainan di situ? Bukan apa, kang kalau cakap orange tu, takut tak kenal lagi. Kan? So, gunalah company JUCY.

Park our car *FREE*


Information on Milford Soung

Habis beramah-mesra, staff kat situ bagitahu yang kami perlu berjalan beberapa minit untuk ke kaunter tiket. Oooooo! Baru tahu uols. So berlari anak lah kami ke kaunter tiket yang ditunjukkan. Since lagi 2 orang masih lagi di toilet, so aku dan Kak Mah pergi dulu. Nak beli tiket siap-siap, at least apa-apa jadi, dah ade tiket kan? Duk jalan tu, aku tengok jam dah hampir pukul 9am. Alamak, sempat ke ni? Elok pulak sampai tu, kaunter Go Orange betul-betul sebelah Jucy. Tapi, Go Orange nak bergerak jam 9am. Sempat gak aku intai-intai kat pintu utama kalau-kalau batang hidung Shaz and Kak Mas adooo…Hmmm, nampaknya tak sempat. Dun wanna take any risk.


Ikut jalan nie untuk beli tiket ferry Jucy, Go Orange dan lain-lain


So berpindah lah kami ke kaunter Jucy yang akan berlepas jam 9.15am. Okaylah, nak tak nak. Naik je Jucy, satu jalur aje kan? Okay set! Elok je aku beli, dorang berdua pun tiba kat kaunter. Alahai, memang rezeki kiteorang kat Jucy lah nampaknya. So tunggulah kami 15 minit di luar jetty sambil duk bergambar di hadapan cruise JUCY. Tak lama kemudian, pintu pun ferry pun dibuka oleh staff Jucy. Aku yang beratur di bahagian depan menyerahkan tiket dan berlari masuk ke dalam ferry. Ini semua excited punya pasal. Nak grab area paling atas and paling depan untuk snap bombastic photos temanya.

Ha sila pilih!


Ours was Jucy


4 boarding passes


Sementara tunggu ferry berlepas, ayuh snap snap


I’m not Lucy

Ferry yang akan membawa kami


The view


Pagi tu cuaca agak tenang dan redup gitu. Mungkin ramai yang pernah ke sini tahu di mana Milford ini merupakan kawasan paling lembap di New Zealand. Purata hujan yang tinggi menjadikan ianya satu tempat sukar diramal bilakah cuaca terbaek dan non-baek. Bagi aku, as long as tiada hujan kat sini, everything is the best.  Sebab nya bila hujan, korang kene duduk aje dalam ferry, takleh keluar. Nanti basah, kalau demam acane? Dah lah cuaca kat sini, haiyooooo! Sejuk giler hokey. Berlapis-lapis cam ‘kuih pink putih’ pun takleh buat apa, kan?

Oh ya, lupa lak nak bagitahu kenapa kami prefer ferry paling pagi untuk cuti-cuti Piopiotahi ney? Sebenarnya, bila korang buat road trip ke Milford Sound, korang memang kene pikir pasal journey yang agak jauh and a bit isolated from other NZ towns. If I’m not mistaken, in Milford Sound ni memang accommodation a bit hard to find and yang ade pun, sure mahal. Ada jugak servis bermalam dalam ferry yang disediakan jika korang berminat. But for us, with tight budget and limited time, stay in Te Anau would be the best option.

Tips :- For accomodation, maybe korang boleh check this out http://www.milfordlodge.com/. Or untuk yang bercaravan, ade sajok tempat untuk camping along the way tu. So tak yah la stay kat Te Anau 🙂 Lagi dekat kalau halfway kan?

As per planned, kami stay di Te Anau satu malam. Pagi-pagi kene bergerak ke Milford Sound dan ambil the earliest tour. Sebab need to bear in mind, tour tu ambil masa lebih kurang 2 jam. So by 12 gitu, korang baru habis and terus nak bergerak pulang ke Te Anau, seterusnya sambung pulak ke next destination – Queenstown (itu itinerary weols lah temanya). Definitely long journey as :

Milford Sound to Te Anau – 2 hours
Te Anau to Queenstown – 3 hours

Itu journey kalau korang non hado stop kat mana-mana. Dan untuk pengetahuan anda sekalian, adalah wajib ye untuk at least stop kat few places yang ada between Te Anau-Milford- Te Anau. Seriously view die sangatlah awesome. Even tepi jalan pun, tetap menawan sekali ye. Itu memang meks akui, kiteorang jadi perempuan yang menganga je sepanjang journey balik. Semuanya spectacular marvellous!

Baiklah, aku rasa better kite layan aje gambar yang sempat aku snap sepanjang Milford Sound tour nie. Cerita panjang-panjang susah uols sebab bak kata Uncle Rudyard Kipling,  Milford Sound is often described as the 8th Wonder of the World. Caya ke tidoookkk? Ayuh kite layannzzzz :


Okay, first glance 🙂

Let’s start to explore this magical place

Finally, this is Lucy 🙂

Me and iconic mountains


Heaven on earth

If ada background music, I would choose – What A Wonderful World 

Rare natural beauty

Incredible views hanya di depan mata hokey

*iklan* – belakang tu muka cam Aamir Khan hokey!

Continue our journey 🙂


Judge yourself

But you really need to come here to witness this

Matahari kat atas sana


Di kejauhan…waterfall


Cepatlah ferry…Nak pergi nun sana tuuu

Almost


Waterfall… Really a wonderful place kan?

Seals colony


Tak banyak sangat during that day

Semua dan masuk dalam air untuk swimming

Tinggal lah Along kawasan

Approaching Tasman Sea

Me+Kak Mah on board

Okay berpusing kita ke sebelah sini pulak *kata captain ferry*

Say Hi sikit kat jiran kita di situ

Say Hi sikit kat jiran kita di sinun

Say Hi pulak kat waterfall

Semakin dekat neyyy!


yeehaaaaaa 🙂


Okay this is really close to us

Finally! Crystal clear gitu

But first, let me take a selfie

And again 🙂

Say bye to waterfall and hello to snow capped mountain

In case emergency 


Ayuh pergi ke sebelah sini pulak

Toleh belakang 


Oh air terjun…Uols memag hebat keluar di sebalik gunung di depan mata tauuu


Me and Lucy sikit


Kak Mah and Shaz new friend, Germany guy *hadek hadek*

Since sejuk gilos, masuk dalam sikit

Minuman diberikan sekali pakej

3 of us lepak dalam sebab sejuk menggila. Pakai berlapis-lapis pun tetap sejuk


Cabut topi, then kite posing betul-betul ye

Alaaaaa, nak balik dah 🙁

Adiossss baby 🙁

Habis berferi sakan, kami cepat-cepat pulang semula ke kereta dan meneruskan perjalanan pulang ke Te Anau. Ada jugak kami berhenti kat few stunning spots before approach Te Anau. Time kami balik, banyak pulak bus yang membawa pelancong menuju ke Milford Sound. Cannot imagine camne dorang lalu kawasan yang dikatakan agak bahaya untuk muatan berat uols. Namun, if kalau dah ini je laluan dorang hari-hari, takde masalah kot bagi aku.


Jom kite pulang ke jalan yang benar


Before pergi carpark, kite snap dulu 


Last viewof Milford Sound

Driving back


Same view but slightly better weather


Sunyi kan?


Hommer Tunnel the other side

Kami jugak sempat singgah di Mirror Lake yang katanya cantik sangat. Kekdahnya…tasik tu cam cermin. Ada pantulan dekat dengan tasik. Keles ke tidak tu? Memang wajib singgah. Bagi aku, better korang singgah time balik so that korang takdelah tergesa-gesa kejarkan cruise tu kan?


Stop sebentar untuk pergi cermin muka sendiri


Awan kat sini memang suka betul kawan dengan mountains


Tasik cermin

Spectacular

Gunung ganang yang terbentang indah

Sekitar Mirror Lake

Tenang nya tempat nie. Macam lukisan right?


Reminder : Ini bukan Kundasang hokey!


Baru perasan ada signboard nun di bawah sana


Ha nampak tak cermin dah mulakan tugas?

Mirror Lake memang femes dikalangan pelancong


Park sajok tepi jalan *parking dalam kotak yang disediakan*

Start dari Mirror Lake, aku ambil pulak tugas sebagai pemandu. Jalan yang sama ajok. So don’t worry okay. Confirm tak sesat. Sampai sahaja di Te Anau, kami drop Kak Mas and Shaz di toilet dahulu sebelum pergi topup minyak kasi full tank. Untuk kereta kiteorang, hanya half tank je ditelan untuk perjalanan pergi dan balik Milford Sound dan Te Anau. So, topup la lagi 55NZD untuk sambung journey ke Queenstown. Sempat jugak auntie petrol pump tu cakap, kalau kat town nanti minyak lagi mahal. PASRAH aje lah!

This view is among my favorite

Tengoklaaaa….so calm kan?

Kite buat gaya santai dulu


Menghijau di kiri dan kanan

Watson Nyambek in action katanya *this is behind the scene of my next picture*
Hasilnya : Kita dapat melompat tinggi-tinggi

Post result : Happy tak hengat!


Okay kite bagi chance Kak Mah pulak. Peserta lumba lari kedek-kedek.


Hasilnya : Penari Ballet cawangan Sungai Gadut ajokkk


Okay, jangan bazir masa, ayuh teruskan perjalanan

Kami bergerak menuju ke Queenstown around 2.30pm. Sepanjang perjalanan memang cuaca sangat cantik. Matahari terpacak! Dapatlah kiteorang menikmati view yang meruntun jiwa katanyaaaaa….Selepas 3 jam kemudian, kami hampir tiba di Queenstown apabila kami melalui jalan-jalan lereng-lereng bukit. Tepi bukit pulak tasik Wakatipu. Time lalu kat sini, aku memang bawak agak slow lah since banyak betul corner-corner yang mencabar minda.

So, bila dah beratur kereta kat belakang, sila-silalah bagi signal ke kiri untuk bagi hint suruh dorang potong. Rata-rata memang hormat ajok dengan cara kami memandu. Sebab dorang memang bawak kete laju giler tau. Aku dapat rasa dorang nie exceed je 100km/j. Tapi…takde pulak polis duk tahan ke…roadblock ke? Mungkin ada kawasan-kawasan yang memang ada cuma kiteorang tak lalu kot?


Bukit ni giant terukkk!


Memang view yang hampir sama


Teruskan berjalan


Queenstown here we go


Kampong-kampong

Our first view of Lake Wakatipu


Kat sini ramai betul suka bawak laju

Tapi sebagai pemandu berhemah, saya abaikan segala ajakan untuk drift bersama itu

Bai, uols jalan dulu, nanti jumpa kat Queenstown!

Yeayyyyy! Hampir sampai ni


Tadaaaaaa!


Kami mula memasuki Queenstown selepas melalui Lake Wakatipu. Masuk je, terus kami dibawa ke bandar yang sangat cute bagi aku. Kebanyakkan jalan hanya sehala ajok. So, senang gaklah nak mencari jalan yang benar gitu. Untuk accomodation di Queenstown, kami booked di Butterfli Lodge yang terletak kat atas bukit sikit. Untuk yang pemalas nak jalan, better carik je kat tengah-tengah town tu ha. Tapi untuk yang macam kiteorang, bangun je pagi, menghadap The Remarkables, sila-lah book kat sini. View awesome!

Our stay in Queenstown

View parking kami *ha, parking pun ado view hokey*

Parking a bit limited

View reception area kami


Bilik Shaz and Kak Mas

Jimmyyy, wake up, I’m here for you! 


Selesai urusan check in, kami berempat berpecah as bilik kiteorang asing-asing. Pair by pair. Kami kat atas, Kak Mas+Shaz kat bawah. Bilik memang selesa. Bathroom kat luar tapi aku+kak Mah nye bilik memang depan toilet je pun. So, strategik giler. Tak payah la nak berlari sakan kalau pagi-pagi tu ha.

Bilik bawah

Bilik atas

Di Queenstown, kiteorang akan spend 2 hari kat sini. Memang sengaja aku allocate more time di sini compared to other places. Ramai yang kata, Queenstown memang Queen of New Zealand tau. Terbaek! Dan aku memang setuju giler! I love Queenstown. Banyak gile tempat yang cantik kat sini. Termasuk orang-orang kat sini yang friendly habis.

Tak lupe jugak untuk extreme sport fans, this is your place. From bungy, skydiving, luge and many more, Queenstown has everything you could dream of. Tak about town die pulak, alahai, bangunan-bangunan kat sini sangatlah European style. So fefeling jugaklah aku kat sana. Dan 2 hari yang kiteorang allocate kat sini sebenarnya tak cukup pun tauuuuuuu…How I wish I could spend more days here and explore Queenstown.

Okaylah, berbalik pada stori mori tadi. Sampai je kat hotel tu, kami terus keluar balik untuk jejalan bandar. Memang taknak bazirkan masa langsung kat sini. Jalan from hotel ke bawah adalah dalam 5-10minit. Time kiteorang sampai kat town tu pun dah nak gelap uols. Jadi, sambil jejalan tu, kami try jugak carik Fish N Chip yang boleh kami makan kat town. Dan habis pusing-pusing, akhirnya jumpaa weyyyy!

DF Souvenirs yang menjadi kegilaan penggemar Untung Orang Ramai *term gunakan untuk mereka yang suka beli banyak tapi untuk orang ramai, tapi untuk diri sendiri NON HADO*

Cookietime is a must visit cookie shop! Fresh from oven


Us with Cookie Masscott



Kedai yang dicari-cari dah jumpa


Fish and Chip dalam kegelapan


Tips : kedai nie terletak kat tepi tasik tu. But korang kene carik Church Street dulu, then tepi tu adalah kedai die. Time kiteorang datang, anak beranak ajok yang usahakan bisnes tu. Die jual seafood only.

Time nak order tu, die ada cam meal yang boleh makan untuk 4 orang berharga 20NZD. So jimatlah weols. Takyah beriya nak spend dollar beriya sangat. Sebenarnya kan, tukang jual nie, which is anak die sangatlah sesuatu tau. Die boleh panggil customer, macam gangster jeee. Guna jari telunjuk and point to customer untuk amik order. Gangster habis weyyyy!

Bila turn aku, aku cam buat-buat relax jelah dan bagitahu order aku. Habis order, aku hulur duit kat die – 50NZD. Then, die boleh bagi balance kat aku 10NZD ajok. Eh? Takkanlah aku salah order kan? So, aku tanya lah die balik tau. Die cam marah-marah meks hokey. Wey, tahulah uols Kak LONG New Zealand, tapi takyah lah marah meks depan orang lain. Mek ada maruah hokey!

Since kiteorang cam dalam dilema sapa salah sebenarnya, aku panggil Kak Mah. Konon bawak membe back up lah. Baru rasa kuat sikit nak gaduh. Chewah! Then, aku explain lah kat die pelan-pelan, I ordered 20NZD Fish n Chip, gave you 50NZD but you returned 10NZD? Should be 30NZD right? Die cam pikir-pikir jugaklah uols. Wey, aku dah buat kelas Math pun uols still rinsa lagi ke? Aiyoooo! Takkan nak bagi air penerang hati baru boleh pikir?

Customer lain dah pandang-pandang jugaklah. Dorang pun tak tahu situasi meks kan? Aku cam hmmmmm…Camne ni wey? Kalau tahu nak jadi gini, memang aku siap bawak calculator yang selalu orang gi Bandung bawak untuk shopping kain tu. Memang senang aku luku sekali kasi paham sikit. Belum sempat aku bukak mulut sekali lagi, tetiba die terus cakap OMG, sorrrryyy! My baddd..Sorrryyy…

Akhirnyaaa, pandai jugak die kire kan. Aku cam errrr…Nasib baik aku tak libas shawl ke tepi, sinsing lengan baju, amik seru Siti Sifir. Kalau tak, naya budak nie duk dengar aku ber-sifir bagai. Dalam die duk mintak maap tu, die hulurkan jugak duit aku lagi 20NZD. Elok pulak Fish n Chip aku dah siap. Ha memang terbaeklah, amik sekali. Takyah lama-lama aku duk drama Matematik depan kaunter tu. Amik food, aku terus duduk dan ajak teman-teman gua makan.

Dalam duk aku nak kunyah chips yang ado, tetiba die muncul sekali lagi mintak maaf sambil pukul-pukul tangan die. Kononnya, tangan die salah kire. My bad…my bad… Aku memang tak tahu nak cakap apa. Dalam duk senyum dengan kerenah die tu, nak jugak aku tanya, uols ni laki ke pompuan hey? Dari tadi pening aku duk pikir jantina uols. Sesuatu sangat. *tetiba*

Sememangnya Fish N Chips ni sangatlah besar portion nya. Even 4 orang makan pun, aku rasa tak habis-habis jugak. Maybe sebab takde Chilli Sauce kot. Tu yang agak terbantut sistem craving makanan meriah kiteorang. Settle hal dinner di Queenstown, kami terus berlalu berjalan kaki menuju ke beberapa kedai yang sememangnya menjadi tujuan utama kami ke sini. Kebanyakkan kedai-kedai di sini masih lagi beroperasi even jam dah pun menunjukkan 8.30malam. Wah, ini barulah life, gitcheww!

Okay, jangan nak gitchew sangat. Sebenarnya, malam tu by hook or by crook kiteorang kene jugak carik kedai yang menawarkan aktiviti idaman kami. Survey punya survey, hati kami memang tertarik dengan Happy Travel yang sangatlah sesuai dengan promoter kat situ. Masuk je kedai, rasa betul aura happy nak melabur duit kat sini. Promoter yang sudi melayan kerenah kami pada hari tu ialah Luis. Die ni sangat bagus buat marketing. Cara die explain setiap aktiviti tu buatkan kiteorang terus book tanpa pikir banyak kali.

Luis the storyteller *elokkk orangnya*

Kutip jangan tak kutip


Mana satu nak pilih nie?


Pada asalnya, kedatangan aku ke NZ ni jugak adalah untuk merealisasikan impian ber-skydiving uols. Keles ke tidak tu? Haruslah nak tunjuk kat orang kampung camne posing Superman meks….Namun, apakan daya kan. Keranamu air pocket! Terus batalkan sajok segala-galanya. Jadi, sebagai alternative aku ambil keputusan untuk buat paragliding di mana ianya more relax and for sure awesome experience. Harga yang ditawarkan untuk pakej tersebut ialah 210NZD. Aku + Kak Mas terus okay! So kami berdua, settle dengan aktiviti esok hari.

What about the other girls? Ahaa…dorang pulak decided untuk ber-bungy jumping. Dare enough to do? Okaylah tuuuu…Ada jugak wakil dari Sg Gadut yang sanggup lompat tinggi-tinggi kat New Zealand dan sandarkan nyawa hanya pada tali yang hado. Bak kata Luis, only 2 seconds saje. So, apa lagi beb? Bayar and TAWAKAL. Set!

Selain dari aktiviti-aktiviti tersebut, kiteorang gak ada amik cable car and luge. Pakej 3x luge and cable car pergi balik. Only 45NZD sajok untuk seorang. Jadinya, untuk sehari kami bantai semua aktiviti yang dirasakan berpatutan mengikut kemampuan poket yang menipis. Apa-apa pon, kite jangan pikir berapa yang dibazirkan untuk benda-benda gini. Kalau mak ayah kat kampung tahu, memang terang-terang kene amput ye. Tapi, sekali sekala je habiskan duit benda-benda gini ye dak?

Kami dah bersedia untuk segala pancaroba esok hari


Kami berlalu meninggalkan kedai Happy Travel dengan hati yang paling girang di Queenstown. Lepas je Luis bagi semua details pasal acitivities kiteorang, kami pun jalan perlahan-lahan menuju ke Butterfli Lodge. Untuk naik ke atas bukit tu, agak sunyi jugak. Maybe sebab orang-orang kat sini dah keluar berparti or ada yang prefer duduk rumah. Takpelah, kite jalan perlahan-lahan and banyak-banyak doa supaya semuanya okay sajok.

Sampai di hotel, kami terus ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri, tunaikan segala yang wajib before kite tido. Aiyooo, esok nak kene bangun awal, siap-siap segala benda untuk enjoy di Queenstown. Yang paling penting, paragliding menanti uols. Kalau korang nak tahu betapa awesome-nya perasaan bila terbang sambil lihat view yang terlalu santek, jangan lupa nantikan episod seterusnyaaaa…Yeah! See ya 🙂

2 thoughts to “Budget Trip New Zealand : Part 5”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *