Hello Lombok : Budget Trip

Lombok. Bila sebut sahaja di kalangan orang kita, pastinya benda pertama terlintas, tak takut kene culik ke? Especially kalau perempuan yang pergi. Macam-macam ditanya-nya woi. Nak jawab pun tak tahu macamane sebab aku tak pernah sampai sana lagi and selama nie kita dengar pon daripada media massa sajok. Sahih atau tidak, aku sendiri pun kurang pasti. Ade jugak aku dengar rumors katanya Lombok nie satu tempat yang sangat cantik. Ahaaaa…Itu aku sangat suka dengar. Untuk mencari kepastian, meh sini nak lah stori-mori cerita aku sepanjang berada di Lombok yang sangat indah dan permai gitewwwwww!

Kalau selama ni, tengok aje tiket kapal terbang untuk ke Lombok, pastinya harga RM600 and above. Dahlah satu-satunya airline direct yang membawa penumpang ke Lombok adalah Airasia, so bersarang jugaklaah mata duk tunggu dapat tiket murah. Memang payah jugak nak dapat harga idaman ini.

Tetapi berkat tangan luck Kak Zee, die berjaya dapat tiket RM221 return ke Lombok 3 weeks before departure date. So, apa ditunggu lagi ye? Ayuh kite grab peluang yang ado. Tema-nya nak buat farewell celebration di Lombok sempena hari-hari terakhir aku di office la tu. Keje kat Malaysia, celebrate farewell in Lombok, memang gediks habis tema-nya.

So, upon keberangkatan kami ke sana, kami cepat-cepat survey hotel yang meletop-letop di Gili Trawangan dan di area Senggigi. Oh anyway, kalau korang nak ke Lombok, sebenarnya Lombok ni macam Bali jugak, die ada banyak tempat. Korang boleh ke pulau, ke mountain, ke bandar, ke Australia atau ke NZ? Uuuuuuuuuuu semua ada nampaknya kat Lombok ni. Tapi seriously memang Lombok mampu memberi kepuasan mata kerana bisa menjamah kepelbagaian ekologi.

Baiklah, mari kite mulakan corat-coret di Lombok yang meriah sekali. Flight kami pagi tu, tak penuh pun, so mostly ramai je gi tapau 3 seats terus untuk tidor. Al-maklumlah, flight 3 jam tau, mau muntah jugaklah lama-lama dalam flight kalau duk sembang je kan. So, tido la sikit-sikit tema-nya. Oh lupa nak habaq mai, yang sekarang ni Indonesia dah mansuhkan airport tax. Lepas ni semuanya masuk dalam flight ticket. And for us yang tak kene charge kat tiket. So, apa yang jadik ialah time nak boarding dorang mintak RM50 kiteorang bayar cash on the spot. Memang haru and kabut jugak. Namun, abang yang kerja tu memang sempoi habis. Pandai die manage segala benda.

Kami sampai di Lombok International Airport pada jam 12.30pm. Segala urusan kastam semuanya okay. So, sekarang misi untuk cari supir kami yang bernama Yogi. He’s from Lombok and speaking meletops. Segala Lombok accent semuanya keluar weyyy…Memang tip top English speaking rata-rata orang di Lombok ini. Salute habis. Anyway, Yogi gigih menanti kami di pintu airport. Biasalah bila keluar je dari airport tu korang pasti akan fefeling dikelilingi papparazzi gitu. Tapi, semuanya macam nak terkam untuk suruh korang amik service supir dengan dorang.

CFC restaurant


Sementara menunggu jejaka ke kamar kecil punyaaaa


Untuk senangkan korang, better book awal-awal supir korang and bargain kaw-kaw. Standard price from airport to city (Mantaram) to harbor (port) is Rp700k satu van. So, kalau korang dapat murah dari itu, just great deals for you guys. As for us, Yogi memang bagi special price as recommended by my friend. So who knows in the future, kalau korang sebut nama “Indah”, confirm dapat harga terbaek punya.

Naik je van Yogi, kami terus menuju ke city centre untuk makan tengahari. Basically, journey from airport to Mantaram is 1 hour. Kami makan Ayam Taliwang di Mantaram dan kat sini aku rasa memang restoran wajib yang supir akan bawak sebab dalam restoran tu semuanya orang yang satu flight ngan kiteorang. Just nice lah makan ramai-ramai uols. Lain meja lah. So, kami memang order ayam eliwang bakar, ikan, udang and macam-macam lauk yang meriah. But to us, just biasa-biasa sajok rasanya. Mungkin too touristy I guess.


Penat abang explain segala benda


Me and Kak Zee always


Nasi udah sampai bersama sambel


Dessert


Ayam bakar dan ikan garume


Selepas siap makan, kami terus bergerak ke Harbor yang mengambil masa selama 45 minit dengan van Yogi. Kirenya, first day kami kat sini, terus shoot ke Gili Trawangan, spend 2 nights there and chow terus ke Senggigi untuk 1 malam sahaja. Too short kan? Seriously memang tak cukup pun masa uols. Kalau diberikan masa, memang aku nak spend lama sangat kat area Senggigi, Kuta dan area-area situ. Gili tu kalau korang memang ‘kaki pulau’, worth stay longer. Untuk yang seeking for new adventure like me, I would say 1 night okay dah.

Sampai sajok di harbor (jetty untuk boat laju), kiteorang terus naik speedboat yang telah pun tersedia. Okay, meh sini nak bagitahu sikit. Ade je slow boat yang angkut sekali dengan barang-barang orang di Lombok. Kirenya boat tu memang la murah but korang kene tunggu orang semua penuh and journey will take about 45 minutes. For me, better amik je speed boat yang hanya makan masa around 10 minutes. And it’s very flexible in terms of timing. Cos korang boleh gerak anytime korang nak. Ahaaaa…better deal for Rp200k.

Tiba sudah di jeti speedboat


The view area harbor


Pak polisi dong


Harus melintas boat kuning sebelum masuk ke dalam speedboat kami


Bye bye darat – kami akan ke pulau


3+ driver tau yang escort kami, kalau tak artist jugak tak tahu lah *aching2*


10 mins and we are here


Clear sangat

Once we reached Gili Trawangan, kite kene naik Cidomo (sejenis Kuda yang boleh membawa anda merata-rata tempat). Tiada kereta di pulau itu. So, kalau nak senang, better amik sahaja service Cidomo atau sewa basikal di chalet yang ado. Lagi mudah and murah. Sebab naik cidomo mahal hokey. Especially macam kiteorang yang duduk hujung belantara ni, confirm kene naik cidomo untuk ke town. Menangis jugaklah if nak jalan kaki. Satu cidomo, 4 orang sahaja dibenarkan. Kalau tak, owner cidomo kene hamun.


Kudaku setia menanti kedatangan kami


Snap snap before boarding gitchewww


Penumpang gigih – not a stable ride tau sebenarnya tapi takde choice okay!


Kuda paling gigih sebab terpaksa angkut kami + bag berat gile


Sekitar area Gili Trawangan


Surau di Gili Trawangan – time kami lalu di sini, azan sedang dilaungkan


Kuda liar


Pepohon kelapak


Cidomo ride to our beautiful nest ‘Le Pirate Club Beach’ adalah dalam 20 minit. Jauh jugak weyyyy! Cuma bila sampai tu, terus korang cam nganga tengok tempat tu. Memang walaweh cantik meletops-letops. Kiteorang amik bilik yang dalam RM187++/ night. Not bad for 2 pax in 1 box gitu. For me, if you need privacy and want to run from all hustle and bustle of big city, this is perfect place for you. Tapi, kene lah ade ongkos banyak so korang tak perlu bersusah payah untuk ke town mencarik makan yang murah-murah. Dan satu yang nak ingatkan juga, di sini ada serve pork. So kalau korang nak makan, sila ke town. Kat sana memang ada food Halal yang murah dan mahal. Up to you!

Urusan check in mudah, bilik tersedia dengan aircond dan bilik air yang open gitu. Terasa diri Embun (Umie Aida) sangat bila nak mandi hahahah! Bak kata membe aku, kalau ade orang Google Maps Street View tempat nie, elok pulak ada yang tengah mandi, memang viral teroks laaaaa…And nak lebih gempak lagi bila ada orang tengah joget “Senam yang iya iyalah”, meletops Kak Pora lepas tu. Okay dah, jangan berangan nak bahan!

Kami masuk dalam bilik dan berehat sebentar before keluar untuk lepak-lepak di waktu petang. Selepas bertanya kepada reception jalan ke Ombak Sunset Villa yang dikatakan letaknya buaian yang femes giler itu. Kat situ sebenarnya ade hotel dan korang boleh lepak-lepak minum sambil tengok pelbagai ragam manusia especially golongan Mat Salleh yang bersuka ria sampai tak hengat dunia. Cuma takde luck untuk kami bile sunset pada hari tersebut agak segan untuk munculkan diri. So, takde lah meriah sangat penampakkan sunset pada haritu.


Little hut


Pasti ada cidomo yang akan menunggu pelanggan Le Pirate Beach Club


The pool – ada 2 pools sebenarnya


Sea view dari reception


Sementara yang lain angkut bag, kite se-round posing dulu

Kitchen pun letops


Too cute for us

Bathroom pun comel bangat

Memang sepi, ni kalau sapa Jiwa Kacau (JK), molek sungguh untuk anda


Bersidai sampai legam

Ke Ombak Sunset kite – kosong time ni, semua malas nak basah-basah baju semata posing kat boyan

Selepas berlibur di Ombak Sunset, kami amik cidomo pergi pulak ke town untuk makan malam. Rezeki kami berjumpa dengan family Shamin yang turut berada di Gili Trawangan pada malam tu. Jadi, kami dinner di restoran yang sama family die makan. Buffet lauk pauk meriah. Murah jugak uols. Dalam Rp60,000 sahaja untuk seorang. Lauk banyak gile dihidangkan secara ‘dome’ untuk kami berlima. So, itu malam perut kenyang, jalan-jalan, pulang ke chalet and lepak pandang langit sambil kira bintang. Memang boleh tido atas bean bag and lena bertemankan angin bayu laut Lombok. So, malam pertama di Gili kami hanya lepak di chalet je. Takpe, what happened in Gili stay in Gili okay!


Beautiful night in Le Pirate Beach Club


Penampakkan abang Lombok baju putih nun di sana


Kami bangun pagi-pagi untuk fefeling amik gambar dekat area chalet. Bila dah melengas satu badan, aku dan Norzi akan lepak makan rambutan and manggis yang sempat kami beli di Mantaram semalam. Boleh tahan rasanya…Harga sama sajok dengan harga di Malaysia. Bila semua dah bangun, kami bergerak ke town untuk makan tengahari. Hari nie, hanya aku dan Norzi sahaja yang akan round-round Gili naik basikal sebab lagi 3 sekawan akan pergi diving for fun itu. Aku dan Norzi pilih untuk round-round naik basikal sebab malas lah nak ber-tan-tan kan skin yang memang original dah tan ini.

Our playground for today


Coz boyan is always our best memories together


Air tak berapa clear compared to previous day. For those yang taknak basah-basahan sangat, korang boleh datang pagi time air suru


Di area city – Gili Trawangan

t

Untuk yang nak santek, boleh la try buat yoga kat sini *tiada kene ngene dengan abang itu*



Jeti tempat kami naik boat semalam


Tenang sajok di sini kalau compared to other places


Basikal kiteorang tak letops, so time kami park untuk tengok souvenirs, nampak pulak basikal orang lain, apa lagi feeling lah


Resort yang tenang and cantiks


Sapa nak bite?


Aku target kalau pergi time High season lagi cantik view die


Kuda bar ni memang creative sangat


Ibu and anak


Chalet ni agak sunyi tapi kalau malam-malam, dah macam party black metal pon ade. Duk keliling api ramai-ramai. Serammm!


Kami lebih rela round-round area Gili sebab kawasan die agak redup dan jalan kat area sini mudah. Pulau kan selalunya bentuk bulatan sahaja. So, takkan sesat punya uols. Lebih rela berkayuh-kayuhan di mana korang boleh berhenti sesuka hati. Tapi untuk yang tidak reti kayuh basikal, it’s okay. Ada je servis cidomo yang akan bawak korang round-round satu Gili. Nicest way to explore Gili jugak.

Tips : If korang ada penutup mulut and memang plan nak naik cidomo je, please bawak wey. Sebab jalan agak berhabuk dan bila kuda tu jalan, memang habuk bertempiaran la temanyaaaa…

Lepas weols dah round-round Gili, kami balik bilik, berehat sambil feeling fresh juice dihantar ke bilik. Selebihnya aku tak ingat dah sebab terus tidor. Kesian Norzi duk lah kejut aku sebab cam rugi tau gi holiday then tidor beriya pulak dalam bilik. Disebabkan jam pun dah menunjukkan pukul 5pm, aku terus basuh muka, touch up muka bangun tido and terus duduk makan manggis sambil tunggu Norzi siap. Tahu-tahu je aku kunci bilik and terus kayuh basikal untuk lepak di Ombak Sunset.

Aku tak tahu apa news pasal lagi 3 sekawan itu. Sebab kami tak roaming phone so tak tahu apa terjadi kat dorang bertiga. Yang penting kiteorang kene bergerak sendiri ke Ombak Villa sebab tak tahu nak lepak mana lagi. Kalau boleh nak tunggu dorang, gerak sesama ke town nanti. Kami park basikal tepi pantai and terus enjoy sunset di area pantai Ombak Villa. Tenang temanyaaaa….



Abang kawasan naik beskal woi


Romantika Cinta ke tidak tu?


Today’s sunset is slightly better than yesterday


Enjoying my smoothies with sunset

Kami pulang semula ke bilik dan terus connected to Internet. Dapat Whatsapp dari Shamin cakap yang diorang dah pergi town untuk makan malam. Alamak, kiteorang tertinggal la ni jawabnyaaa. So, nak taknak kiteorang kene jugak redah kegelapan malam area Le Pirate untuk ke town menaiki basikal. Mula-mula cam nak amik je cidomo, tapi kalau pikir balik, alahai ruginya…Dah sewa basikal, then nak bayar cidomo yang mahal tu lagi, so better redah je lah. Tawakal sajok.

Elok bila kami nak keluar tu, kami terserempak dengan 2 lagi girls from Jakarta yang sama-sama nak redah kegelapan malam jugak. Terus aku tegur dorang and cakap yang aku nak ajak dorang konvoi together sebab macam bahaya je nak bergerak berdua. Lagi ramai, lagi bagus sebenarnya. Nasiblah dieorang pun okay, so terus lah kami jadi kengkawan konvoi ke town. Sememangnya, jalan dari hotel kami untuk ke town sangatlah gelap. Kekadang ada lampu and kekadang satu part tu takde lampu langsung. Memang seriau jugak lah kalau nak kayuh berdua gelap-gelap camtu.

Alhamdulillah, kami berjaya jugak redah malam-malam. Girls power sangat. Bila dah sampai town tu, kiteorang ucapkan terima kasih and terus berlalu mencari kedai makan. Nampaknya, kiteorang kene carik makanan sendiri sebab dorang bertiga dah habis makan. Sebenarnya aku cam tertarik dengan Night Market di Gili yang tiap-tiap malam penuh dengan geng Salleh. Teringin betul aku nak makan kat situ. So, aku pun ajak Norzi untuk makan kat area situ.

Kiteorang buat pusingan satu round nak survey mana yang sedap padahal tak tahu tau mana satu yang sedap nyahhhh! First time kat sini. Nak tanya pun, tak tahu nak tanya apa. Takkan nak jerit kuat-kuat, Woi kedai mana satu yang sedap??? Memang tak lah tahu kan. So, apa kiteorang buat, tengok mana yang ramai orang and terus beratur sekali ngan yang lain. Ternyata makanan kat sini memang unik and lagi terbaik dari Ayam Taliwang itu. Just bagitahu korang nak ayam and seafood yang mana satu, terus letak dalam bekas and dorang akan bakar for you. Then, sayur, sambal, telur segala semua free. Korang just beli lauk-lauk besar tu je laaaa… Harga murah sajok – Rp139k for 2 pax. Makan tak habis.

Makan pun ala-ala tempat marhaen sangat sebab kite kene kongsi meja cam kat asrama gitu. Time kami lepak tu, sempat jugak kenal ngan sorang mamat Lombok yang bekerja as bartender. Die order Ayam Lalapan yang sampai sekarang kiteorang ingat sebab nampak sedap giler wey. Die siap cakap even makan kat hotel tu macam-macam jenis, tapi takkan boleh lawan rasa makanan kat Night Market. Haaaa…Dengar tu, orang Lombok pun suggest makan kat situ.

Kalau korang masuk ikut pintu belakang, carik kedai abang ni, memang sedap. Selalunya orang ramai je


Apa pandang-pandang? Mau makan ke tak?


Marvellous!


Terang Bulan siap ada Tobleron


Lama gak kiteorang borak dengan mamat Lombok itu. Dan yang paling unik, kiteorang speaking teruk dengan die. Rasa cam first time pulak aku travel jumpa orang kita and berabok habis English kiteorang. Habis semua accent keluar. Sampai aku pun dah speak Lombok accent weyyy! Kuat betul pengaruh orang sana. Aku ada jugak tanya, mana lah dorang ni belajar cakap English berabok ney? Die cakap die born like that. Hawau caruts! Verangan lahir-lahir terus speaking. Sebenarnya dorang belajar sebab kene keje dengan mat salleh kan. So, dorang belajar sendiri sajok. Baguslah effort dorang ni sebenarnya. Something I learned about life. Anything possible if we work on it.

Habis dinner, kami terus carik geng kami di Pesona Shisha. Nasiblah Shamin awal-awal dah text nak lepak situ. So, kami pun terus carik dorang kat area Pesona Resort. Lepak sekejap je. Siap jumpa orang Malaysia then borak-borak, gelak-gelak terus pulang ke Le Pirate Club. Kaum lelaki naik basikal manakala perempuan naik sajok cidomo. Seram jugak bila diorang ni bawak ikut jalan dalam yang gelap gile. Dalam hati sumpah nervous teruk. Tapi mengikut kata orang bawak cidomo tu, kadar jenayah kat sini adalah sangat rendah. Kalau boleh dorang memang tak kacau tourist. Sebab itu kan sumber periuk nasik dorang. Good to know this!

Tips : Hotel Pesona Resort agak strategik dan katanya murah jugak (book kat Agoda). Memang worth it if nak try – http://www.pesonaresort.com/

Malam itu, kami balik bilik and terus tido. Itu sajok activity kami di Gili Trawangan. Esok nya kami akan pulang semula ke Senggigi untuk berlibur di sana pulak. Kami naik speedboat around 10.30am. Since boat lambat sedikit, kiteorang pun apa lagi gi carik makanan dulu untuk lunch. Nasi Minang with lauk favorite saya wajib ada. Hanya Rp30k sajok sepinggan. Kami makan di area Night market semalam. Lauknya sedap woiii!

Pagi-pagian sekali lagi


Morning view tema-nyaaa

Buaian kosong sajok


Norzeee feeling


Antara hotel yang ada


Air membiru


Gili mart, kalau nak masuk sila bukak selipar


Saja snap untuk yang berminat nak snorkeling


Mana boat neyyy?


Lauk pauk tersedia sementara tunggu boat sampai


RM9 tak silap


Here we go


Same view from jetty


Ini kali 4 orang pulak


Boat tiba dan kami terus bergerak menuju ke harbor. Kami disambut oleh Pak Adie. Ada jugak bertanya, mana Yogi, Pak Adie bilang die agak sibuk di kantor. Mungkin petang sikit baru die datang untuk bawak kami jalan-jalan. So destinasi pertama kami adalah Batu Payung yang memang menjadi idaman hati kami. Nak sangat gi sini weyyy. Cantik teruk. Itu lepas aku Google 2 days before gerak ke Lombok. Dan bila dah pergi pun, memang cantik gile tauuuuuu!

We asked our supir to stop as I saw beautiful mountain view

And inilah die


Tadaaaaaa


Biru sajok, sejuk mata tengok


Safura pun taknak terlepas berposing


Salute! Kalau nak bisnes, non kira usia


Kami tiba di area Kuta selepas 1 hour ride and cuaca agak panas at that time. Untuk naik boat, kami perlu bargain dengan orang boat tu. Memang die sangat susah nak bagi best price. Asyik nak tekan jeeee tahu. Namun, rezeki kami dapat charter 1 boat pergi 2 tempat dengan harga Rp450k. Okay lah tu eventho kami cam rasa boleh murah lagi. Ternyata view kat sini cantik sangat-sangat weyyy.. Tak tahu nak cakap camne dah sebab bila ada depan mata, macam tak percaya yang Lombok ni sebenarnya cantik meletop!

Time aku naik boat tu, terus rasa cam alaaahai paradise sangat this place. Mungkin baru-baru ini je orang tahu tentang kewujudan tempat nie. Thanks to Internet for making us updated with all info on Lombok. A must go place in Lombok. Dah tak yah nak puji berabok sangat lah. Mari lah kite tengok gambar-gambar yang sempat aku snap untuk tatapan anda semua :

Menelusuri kawasan Kuta pulak


Abang ni kenal Amy Search siot – Pernah kerja di JB, suka sangat dengan Malaysia, dapat jugak kami bargain


This is the best view in Lombok


Boat memang dah lama menanti customer


Tenang sangat tempat ni


Such a hidden gem


Ayuh kita teroka apa yang masih belum diteroka

First view – Bukit bukau terpukau teruk


And it reminds me of Australi *feeling speaking Hindon sikit*


Sudah hampir kelihatan


Biarkan mereka jalan dulu, kite snap sajok

Inilah Batu Payung  yang menjadi idaman kalbu


Antara pemandangan yang ada di sekitar Batu Payung


If nak view lagi awesome, sila panjat naik ke atas bukit tu

Kita bagi Abang Long naik dulu kasi check apa yang ada

And this is what we got


Ada persis New Zealand tau…So, silalah intai-intai tiket ke Lombok


Boleh tengok bukit depan tu clear punya


And this view jugak. Tema memang aku snap 360 punya


My shadow


Overlooking Twelve Apostles *oh aching teruks, this is Lombok tau*


And to this view pun, memang buatkan korang cam aaaaaaaaa *meraung*


Lautan. Langit. Semua membiru

So I stand where I belong 


Ini bukan Jiwa Kacau tau


Kasi adik-adik posing sikit


Then, we back to my favorite view ever


Ayuh kite turun dulu. Lama jugak rasanya bersidai kat atas ni


To Batu Payung we go


Bersepah mintak teduh bawah batu. Ibarat payung katanyaaa


Betul-betul tepi laut


Air jernih tapi takde pulak orang mandi


Batu buat photoshoot memang meletops


Kasi memori sekali lagi 


Perfect photo for 5 of us


Yuk pulang


Sempat teduh jugak


Batu-batu kat sini memang unik habis tau. Siap abang boat tu cakap, if kalau nak bawa balik, bawak je. Untunglaaaa


Ini favorite saya

Bye bye Batu Payung


Bukit menghijau


 
Abang boat survey tempat tengok line clear ke dak


Singgah sekejap sajok


Tempat ni pun nice


Ada lembu naik bukit dengan pengembala


Sini port kalau nak mandi quite okay


Kalau rajin panjat bukit, dapatlah view awesome


Penuh rumput yang panjang


King of Langkasuka datang buat site visit


This is perfect view as we heading back to our van


View letops tapi hari macam mendung sajok


Awan Nano dah muncul


Panjat Tanjung Aan untuk dapat view ini


Dan ini jugak

Balik dari Batu Payung, kami singgah makan di restoran di depan signboard Kuta Lombok (don’t get confused with Kuta, Bali) Totally different wey. Hanya satu sahaja yang sama = MAHAL. Itu Yogi yang bagitahu. Lepas pulang dari Batu Payung, kami terus ke airport untuk hantar Muiz and King (2 jejaka) yang ikut trip kami ke airport. Dorang terpaksa pulang awal dari kami kerana ada kerja di Kuala Lumpur gitu.

Anyway, bila dah selamat hantar dorang di airport, kami perlu check in hotel di Senggigi – Bumi Aditya (kiteorang dapat RM52.30/ room – sumbat 3 orang terus). Sebelum tu, kami try carik lalapan untuk dinner dan malam tu kiteorang pergi karaoke. Actually, malam tu, Agnes Monica ada show di Senggigi. Kalau nak pergi, kena bayar Rp200k per pax okay. Tapi, taknak lah. Tak keminatan dengan Agnes Monica. Better kiteorang layan karaoke sikit. Nyanyi beriya lagu Sakitnya Tuh Disini gitu. Malam tu, kami balik awal sebab mengantuk habis. Maybe, tak cukup rehat kot. Then, esok nak pulang sudah. Di airport, kami sempat beli fridge magnet and makan before boarding.

Sate Bulayak woi – biasa biasa sajok bagiku

Pakcik ni baru bukak kedai terus kene serbu tapi satu pun tak beli


Bila lah segala flavor ni nak masuk Malaysia


Aku try make as simple as I can for this trip sebab basically aku tak organize pun trip nie. Just ikut sajok. Aku pun takde research sangat pasal apa yang menarik kat Lombok kecuali Batu Payung tu. Yang lain aku ikut je plan rakan-rakan tercinta. Akan tetapi, kalau diberi peluang untuk pergi sekali lagi. Memang aku nak panjat Rinjani tu and spend time kat area Lombok sahaja. Taknak lah spend kat Gili Trawangan dah. Then, kalau nak gi sangat pulau, aku prefer nak cover Gili Lawa, pantai Pink segala. Memang nak sangat datang and tengok! Okay lah, sampai di sini sahaja. Daaaa…..

p/s : Segala budget untuk trip Lombok aku dah masukkan dalam stori. So harap jadi panduan ye.

Untuk booking supir – Please cari Yogi Gagah dalam Facebook. Dia lah yang membawa aku dan rakan-rakan keliling Lombok. Ahaks! 

32 thoughts to “Hello Lombok : Budget Trip”

  1. Ape2 yang kak pora post mesti tergugat iman..aritu trip kalibo iolls dah berjaya rembat tic,ni tgk entri ke lombok aihhh #kelombokkeiollss hahaha..nway if solo selamat x kak pora

  2. Dear, boleh kongsi x, nek beskal dr ur hotel g night merket tu jauh x.agak2 bpe lme nk smpei. Pastu snkeling trip tu bpe herge dye eh.plus trnspot awk amik tu bpe eh. klu turun2 apot ade x! Mhei x?

  3. Very nice lombok post. I visited lombok too 1 year ago but didn't manage to visit as much like you. We spent 2D1N in mount Rinjani instead.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *