Euro Trip : Brussels Part 2

Jom kita bersambung siaran Euro trip ke destinasi seterusnya. Moh kite!

Pada pagi kedua di bumi Eropah, kami keluar palin awal dan terus check out dari Smart Place Hostel & Hotel. Pagi-pagi kami berjalan ke train station sebab nak catch Thalys train to Brussels around 6.50pm. Jalan kaki sajok. Mudah. Pagi-pagi lagi dah gigih redah kesejukkan pagi di Paris. Hujan rintik-rintik tapi gigih jugak seret bag beriya. Dan kami tiba awal pulak di train station. Nasiblah kaunter Thalys tu dah bukak, so bolehlah kami double-check platform mana yang perlu kami tunggu untuk train ke Brussels. Bila die dah bagitahu number platform bagai, kami sempat bukak ikan bilis and roti untuk quick breakfast. Lapar betoi! Orang kiri kanan mampu tengok je lah eh.


Pagi-pagi dah buat perangai

Kite sergah sikit kaunter Thalys 

Platform 8 untuk train kami

Hard copy ticket


Bila jam pun dah menunjukkan hampir pukul 6.50am, kami terus bergegas berlari disebabkan train tersebut sudah tiba di platform yang diberitahu. Oh ya, lupa nak habaq, time nak beli tiket Thalys ni, aku dapat harga yang agak murah tau. 22 EURO sajok per person kawwwww, straight dihantar ke Brussels. If korang nak murah habis, book awal-awal. At least 60/ 90 days before. Confirm korang cam rasa wah murah sekali ye. Akan tetapi, bila murah ni paham-paham saja lah. Number gerabak korang…Haaaa… Nombor last sekali. So gigihlah aku berlari dalam hujan tu menuju ke train nombor 9. Tapi apa kesah kan. Nama pun travel budget. Semua ni lah antara tips-tips untuk jimat cermat uols. Train nie ada number seat tau. So, jangan main duduk je tempat orang okay.

Keselesaan di dalam Thalys

Tepat 6.50am, train jalan terus tanpa toleh ke belakang. Kat Europe tolonglah jangan lenggang kangkung seikat RM2.00 NSK sangat eh. Super please. Dorang sangat tepat mampat dan padat. That’s why aku sarankan kalau boleh kita sampailah awal di station. At least jika ada apa-apa pertukaran nanti, korang boleh get ready. And dorang sangat punctual. Lari-lari kejar train tu nanti dah macam rutin pulak ketika di Europe. Ingat tu, if buat travel in budget style ni (no tour or pergi dengan kawan yang stay kat overseas), tak kire lah backpack ke, luggagepack ke, yang palin penting travel light and comfortable. Kasut tu, cariklah yang palin selesa okay. Tinggalkan sajok kasut fancy-fancy tapi akhirnya membunuh. No need. Orang sini tak pandang pun kasut korang tu. Keselesaan korang itu yang paling bermakna. Dan kaki kau sendiri yang akan berterima kasih jika korang selesakan dengan kasut yang sesuai. Tak caya? PERCAYALAHHHHH….Kasih mu lama …. (Ha kan chorus Tok Ti dah keluar).

Anyway, semasa dalam train, bag kami memang berat-berat uols. Dan disebabkan nak jugak letak kat compartment atas, ada saja abam-abam sado Europe yang akan membantu. Terima kasih ye. Baik sungguh. Perjalanan dalam Thalys train ni memang selesa. Kerusi merah ala-ala rancangan Astana Idaman Kak Nita sangat. So, feeling sajok duduk dalam tu sambil duk layan view tepi tingkap. Nice and peaceful. Beruntungnya dorang ni kan. Negara sebelah-sebelah. Dekat je if rasa nak keluar negara. Sejam je uols. Ala-ala pergi Port Dickson, dah sampai. Ha gitu lah konsepnya. Apa-apa pun, bagi kami, Thalys ni memang selesa.

Me and bestie

Okay jangan kacau Kak Nita. Kak Nita nak rehat


Tips : Actually lepas korang beli tiket Thalys (online), korang boleh je terus print tiket tu dalam versi hard copy. Tapi macam haritu, tiket Kak Mah entah hilang ke mana entah. Nasiblah dalam train ade free wifi, so kiteorang bukak sajok email and dorang scan from email tu je. Segala urusan check tiket selalunya dilakukan dalam train itu sendiri. Aku suggest korang subscribe newsletter Thalys. Sometimes die ade buat sale. Berbaloi-baloi – https://www.thalys.com/be/en/

Kami tiba di station Brussels Midi (sometimes dorang eja gini – Bruxelles Midi) dalam pukul 8.10am. Masa memang tepat sajok. Sampai je station tu, terus carik locker untuk simpan semua bag yang hado. Murah jugak locker sini. Bag kami ada dalam 5pcs (2 luggage, 2 backpack, 1 bag peti ais simpan foods), muat 1 locker dengan cas 5 EURO untuk 24 jam. Urusan pun mudah dan pantas. Self service sajok. Lepas simpan segala benda, kami terus ke kaunter untuk beli tiket terus ke Bruges. Harga yang dikenakan ialah 28.20 EURO/ person. Itu tiket return ye.

Di information screen ada dipaparkan masa departure, so korang boleh plan segala trip anda dengan lebih efficient. Macam kiteorang, yang sempat pun pukul 9.20am dan perjalanan ke Bruges dari Brussels amik masa lebih kurang 1 jam. Memang agak rushing untuk kami explore Bruges dalam masa yang sangat singkat. Yelah, bus kami ke Amsterdam dari Brussels akan bertolak pada pukul 5.30pm. Nak explore Brussels lagik, aiyoooo rushing nooooooo….Kalau boleh jangan ikut cam plan aku ni, memang kejap je nanti korang dapat enjoy satu-satu tempat tu.

Ambil yang paling besar – 5 EURO sajok

Sebelum bertolak, sila baca dulu departure time anda

Untuk yang nak bayar cash, sila beli tiket di kaunter. Machine hanya terima kredit kad sajok

Yeah jom kite tunggu train secara berjemaah

Cari yang tak ramai orang, baru lah nyaman perjalanan

On the way ke Bruges, tetiba nampak ni. Alahai makin excited

Train ke Bruges sampai tepat pada masanya dan permandangan dalam train sangat cumils. Bestlah negara Belgium ni. Dorang cam indah semacam. Kami tiba di Bruges around 10++ am. Sebelum bertolak ke Old Town di Bruges, kami sempat singgah di Tourist Information kaunter untuk bertanyakan macam-macam soalan. Map segala itu adalah wajib untuk kiteorang kutip tema-nya. Die punya pekerja di situ pun agak friendly untuk bantu kami. So, everything just nice sajok.

Macam-macam ejaan kan? Don’t confused udahlah

Map yang diberikan secara PERCUMA

Ke manakah anda? Jom Centrum


Sampai di Old Town tu, kami akan melalui tasik yang sangat sangat romantissss. Remember I told you about place yang lagi romantik dari Paris? Ha inilah tempat nya weyyy. Serious tak tipu. Bila aku berjalan kat tepi tasik tu, even penuh dengan geng makcik Tanah Besar ca=ya=nun=alif, aku cam tetap terpesona dengan kecantikan dan ketenangan tempat ni. Tasik yang dikelilingi rumah-rumah gitu. Siap ada swan lagi kat tepi tasik. Dengan cuaca yang sangat marvellous time tu, ni kalau orang ajak dance pun aku sanggup tau. Sebab too lovely tempat ni.


Hari yang best untuk kite berjalan-jalan

Menelusuri tasik dikelilingi pepohon

Sesuai untuk study aching-aching

Tenang kah anda?

Bangunan yang sangat old school

First glance

Kita kasi close up sikit

Nak dapat gambar ni, kene lah berebut ngan makcik-makcik Tanah Besar. Ingat memory card die je ke yang besar? Kite pon nak jugak


Aku dan yang lain terus berjalan di sekeliling kawasan di Old Town. Bagi aku, pergi lah sudut mana pun, tetap cantik tau. Tenang sangat. Sangat English concept. Bila tengok orang naik boat, lagi lah rasa cam aaaaaaaaa…. Indahnya moment camni. Memang boleh jatuh cinta terok punya dengan Bruges ni. Ditambah pulak dengan tak ramai tourist pada hari tersebut, terasa cam Bruges ni Cik Pora yang punya. Okaylah, toksah duk cakap banyak sangat, apa kate kalau korang berkesempatan ke sini, drop by la at least 4 hours. For sure, korang akan bersyukur dapat datang ke sini.

Tips : Bruges/ Brugge ni adalah persis Venice sedikit tapi versi kecik-kecik sajok. Korang tak perlu naik public transport apa-apa pun kalau dah sampai Old Town tu. Just jalan kaki pun will do. But if korang spend more than 1 day maybe boleh explore tempat lain jugak. 

I can’t imagine kalau time autumn

Tak sure ni building apa, but sangat blend dengan sky

Walkable town

Ade juga yang berbasikal

Mentari sudah nampak nun di sana

Untuk yang nak naik boat, silakan. 

Saya hanya seorang pengembara poket nipis – Ha nampak tak ayat di situ?

Kite pose dari belakang pulak

Too beautiful 

Sunyi je town die. 

Kejadian yang hanya kami bertiga paham

Shhhhh! Senyap sikit bai

Kawasan ni memang sunyi sangat. Hanya bunyi angin saja kedengaran

Tempat ni memang kalau suara speaker masjid, memang aku yakin pasti ada yang datang nasihatkan

Nak posing pun senyap-senyap sajok. Sebab ada signboard suh respect this place. Sambil posing, hanya bunyian krik krik jelah

One day, kite berdua pulak ye. Feeling jew!

Yeahhhh! Sesuatu yang sangat aku tak sangka. Ramai yang mintak jasa baik suruh jangan buang sampah merata. Namun, Bruge mintak senyap sikit.

Brugge why you do this to me? Too romantic

At least you have to experience Bruges by yourself, then you know!

Aaaaaaa indah!

Swan pun bersepah kan?

Even nampak panas, but the wind sangat sejuk

Always #akuyangtravelkoyangpanas pulek


Dah duk berjalan jauh-jauh ni, kami singgah la kat kedai buat waffle. Al-maklumlah, kalau ke Belgium, selain chocolate, memang dorang femes dengan waffle yang marvellous itu. Maka, kami pun try lah. Beli 1 sajok = 3 EURO. Kongsi 3 orang. Memang terus berhenti duk ngadap waffle dorang. Kenapa sedap sangat nie weyy? Siap pejam-pejam mata lagi sambil kunyah. Itu kononnya palin sedap lettew. Tapi memang sedap tau.

Masuk ke kawasan kedai-kedai

Beskal

Oh kuda, memang sangat mood-mood cinta! Bukan dengan kuda la kan

Pilih sajok mana yang anda mauuuu

Kami pilih ini. Simple tapi sumpah sedap

Lepas settle makan waffle, kiteorang pun bergerak meninggalkan Old Town dengan hati yang sangat berat. Alaaaa…Kalau tahu Bruges ni gini, memang aku sanggup stay beberapa hari untuk enjoy moment yang romantik katakaawwwwww! Indah betul moment gini. Itu baru pergi dengan kakak and kawan baik, kalau pergi dengan kesayangan, mau longlai kaki. Okay tu aching je.

Before balik, pandang belakang sekali lagi and snap!

Okay, Cik Pora pasti merindui Bruge. I love you!

Thanks Bruge, it was short trip and the sweetest!


Sebenarnya, kami siap-siap beli tiket pergi balik untuk Bruges. So mudahlah untuk kami plan trip kami. Even time turun train tadi, awal-awal dah tengok next train yang akan bergerak semula ke Brussels. Kami pulang semula dalam pukul 1pm camtu. Semasa kami di train station, punyalah cik pong habis duk cakap Bahasa Melayu kuat-kuat. Sampailah kami ditegur oleh seorang uncle from Malaysia yang duk perhatikan kami.

Bila dah berborak tu, die siap tanya aku, camane boleh tahu Bruges ni? Sebab die kata die stay sini, tak jumpe langsung orang Malaysia sampailah di jumpa kami kat station. Aku cakaplah, aku research kat Tripadvisor pasal Bruges. Memang dah lama aku duk pasang angan-angan nak sampai sini. Alhamdulillah dapat jugak tengok in real. Die siap cakap good. Muda-muda dah explore tempat yang not too mainstream. Die cakap kawan die yang suggest kat die suh datang sini. Kawan die siap cakap, tempat ni paling cantik kat Belgium.

Uncle tu pernah belajar kat Europe, so die memang paling suke ke Europe. Siap sembang-sembang pasal next destination kiteorang. Die memang salute habis kiteorang boleh plan sendiri sebab katanya selalu orang guna tour and pergi dengan kawan yang dah duduk Europe. Aku hanya mampu senyum je. Even Europe nampak mahal, tapi bagi aku, sebenarnya if korang set kan objective yang clear pasal Euro trip and pandai organize budget, memang Europe mampu milik lah.

Bila train dah sampai, kami pun say goodbye and have a pleasant journey kat beliau and family die jugak. Kami tiba di Brussels sejam selepas tapi kami tak turun di Brussels Midi, in fact kami turun di Brussels Centrale untuk explore Grand Place Brussels pulak. Tiket yang sama boleh guna untuk turun di Centrale even dalam tiket Brussels Midi. Don’t worry. Kakak kaunter dah bagi greenlight. So no worries.

Train ni 2 tingkat. Padahal kat Sydney ada tau, jakun tetap!

Di Brussels Central, kami duklah mencari Grand Place tapi cam tak jumpa. Sampailah kami jumpa seorang makcik ni, beliau hanya paham bila kami cakap Grand Place or Grote Markt. Kalau tak, sepatah haram pun die tak cakap English. Die tetap bercakap dalam bahasa beliau tapi dalam masa yang sama beliau ajak kiteorang follow die. Untunglah ayam dan itik berbicara. Tapi paham-paham sendiri sudah kan. But die tetap gigih nak tunjukkan jalan kat kami. Baiknya lah manusia di sini. Terharu meks!

Brussels Centrale

Jom kite melintas

Tapi Grand Place arah sana la nok

Kak Mah gigih lead sama dengan mami angkat baru

Auntie lah makcik palin baik saya pernah jumpa kat Brussels


Bila dah start nak sampai di Grand Place tu, kami akan melalui kawasan-kawasan restoran yang penuh betul degan pelancong. Ramai sungguh manusia weyyy… Semua duk beratur nak makan hitu hini. Kiteorang masih lagi membontoti makcik Brussels tadi. Die pun baik giler duk nak ensure kiteorang ada je kat belakang die. Sampai lah tiba di Grand Place, die terus tunjukkan kami Grand Place and cakap okay. Kami pun berterima kasih banyak-banyak pada makcik tu. Hanya Tuhan saja yang bisa membalas jasa baik beliau.

Bila dah sampai tu, dapatlah kami rasa perbezaan antara Bruges dan Brussels. Memang amat berbeza. Kalau Bruges, sangat tenang. Manakala, Brussels mungkin penuh dan sesak dengan pelancong. But both korang kene visit. Yeahh!! Kami snap-snap photos and kiteorang start explore area-area situ sambil duk singgah kedai waffle lagi. Kali nie, lagi murah sikit dari di Bruges. Hanya 1 EURO tau. Topping tambah dalam 0.50EURO sajok. Murah kan? Memang best giler. Kami siap lepak depan kedai tu untuk enjoy waffle terbaek. Dalam duk makan tu, sempat jugak aku perhatikan tourist lain yang duk bawak paperbag Primark merata-rata. Mesti ada Primark kat sini. Better aku tanya.

Yeahhh Grand Place

Bangunan diorang ni aduhai, meletops!

Weather memang terbaek time kiteorang pergi

Sekeliling kami hanya bangunan sajok

Lihatlah para pelancong

Kenangan yuk!

All

Waffle again? yessss! Only 1 EURO untuk yang basic tu

Eskem weyyy! 

Jom ikut misi carik Primark

Big place kata orang Brussels

Anyway, Primark ni adalah gedung pakaian yang sangat murah di London. Ada jugak aku survey outlet die di area Paris dan Amsterdam tapi jauh sikit dari city centre. Tetapi rezeki kami bila di Brussels, dapat jugak singgah sekejap. Nak masuk pun beratur. Sempatlah kiteorang sambar leather jacket yang sangat berkualiti woi. Dalam 20 EURO sajok. Barang-barang dalam Primark murah giler eh. Aku cam nak giler duk rushing beriya. Rasa nak beli semua. Akan tetapi, aku muhasabah diri balik, this is only your 2nd country tau. Nak hangkut segala sampai last destinations? Hawauuuuu!

Lepas dah sambar segala benda, kami duk berlari terus ke Grand Place. Memang jauh berjalan kaki kalau dari Grand Place. Tapi demi Primark yang dah jadi port shopping idaman, aku relakan jugak duk lari-lari gini. Fefeling bawak paperbag Primark jelah tapinyaaaa… Then lari-lari cam Devil Wears Prada gitchew! Anyway, t-shirt pun 5 EURO, handbag 10 EURO. Kau tak nangis ke kalau semua tu tukar dalam RM. T-shirt RM5, handbag RM10?? So, you know what I feel now kan. Heaven!

Beratur sakan nak masuk Primark

Kami tiba di Brussels Central around 3.15pm dan terus beli tiket untuk ke Brussels Midi dengan harga 4 EURO sehala. Amik bag, packing-packing sikit and terus ke Brussels Nord pulak. Tujuan ke Brussels Nord adalah untuk amik bus (Eurolines) terus ke Amsterdam. Kami tiba awal pulak di Brussels Nord dan untuk ke Eurolines nya kaunter tu, korang kene turun ke bawah. Ia terletak di bawah tangga. Kat situ korang kene check in then dapatlah tag bags korang bagai.

Yang paling menariknya, staff Eurolines offer kat kami if nak naik bus awal sikit aroun 4.15pm. Aku pun taknak menolak uols. Better sampai awal di Amsterdam dari sampai malam. At least senang sikit aku nak mencari apartment yang aku dah siap-siap book di Amsterdam via Airbnb. Bila sampai awal sikit, mudah la sikit. So, die pun arrange kan untuk kami and die akan panggil kiteorang nanti. Bila die dah duk jerit-jerit macam bus kat Pudu je, kiteorang pun terus menuju ke tempat naik bus. Tepi jalan sajok.

Tips : Untuk tiket Eurolines, aku book awal-awal bila date kami dibuka. Terus sambar sajok tiket berharga 11 EURO per person. Korang boleh pilih time yang korang prefer. Book here – http://www.eurolines.com/en/

Chop tempat and uruskan baggage segala, Shima duduk bersama kakak aku. Aku pulak duduk di sebelah seorang Mat Saleh. Perjalanan amik masa around 5 hours. So, tido bangun tido bangun tu dah macam rutin naik bus dah. Sometimes dapat jugak tengok view kat luar yang penuh dengan padang rumput hijau dan juga kincir angin. Dah masuk Netherlands la kot. Aku rasa la. Tapi memang kincir angin pun sangat sinonim dengan Netherlands kan? Memang view sangat umpphhhhh!

Kalau die jerit number 3, gegas dan pantas sikit berlari ye

Ramai yang gunakan service Eurolines ni. Murah uols!


Kami tiba di Amsterdam dan kiteorang kene turun di station bus Duivendrecht. Dari situ korang kene amik train untuk ke Amsterdam Central. Harga tiket around 2.50 EURO untuk satu jam punya validity. So bila sampai di Amsterdam Central tu, hari pun dah mula gelap. Aku tanyakan kat dorang, nak naik train or taxi je senang? Sebab kite bukan carik hostel tau, kite carik rumah orang. Even owner rumah dah bagi direction dalam email untuk naik taxi or tram, but I still feels naik taxi lagi better. Selepas dah diusulkan kepada ahli jemaah, mereka pun setuju. So keluar je station, terus carik taxi.

Sebelum berhenti di sini, bus ni ada stop kat Rotterdam. In case kalau korang nak ke sana lah

Bukan di Amsterdam Centralle ye

Penat seharian. Muka semua rabak!

Taxi yang muncul adalah Mercedes Benz uols. Time tu, bolehlah feeling konon driver jemput. Aku tunjukkan alamat apartment kami itu dan terus beliau pandu ke lokasi kejadian. Ahaaaa… Dapatlah lalu red light district versi tepi jalan, terkejut kawwwww… Control culture shock sikit-sikit Cik Pora. Taxi tersebut berhenti dan bayaran yang dikenakan hanya 11 EURO sajok. Kongsi 3 orang, jimat! Sampai di depan rumah tu, die memang dah sediakan arahan untuk amik kunci. Rumah kami ni terletak di area Marnixstraat, tram station number 17.

Masalahnya, kiteorang krik-krik tau. Tak paham sangat. Sebab owner kurang fasih berbahasa Inggeris, so segala arahan adalah Google translate. Actually, aku ada book apartment yang lagi bagus in terms of location and price, tapi 15 days before aku gi Amsterdam, die cancelkan booking aku. Airbnb memang ada refund, but within 15 days in peak season, celah mana nak dapat hostel yo? Memang semua dah sold out.

Tips : Peak season di Amsterdam memang peak gamaknya. So book lah accomodation korang awal-awal.

Last communication aku dengan owner rumah ni adalah dalam bus tadi. Dalam Eurolines ada wifi ye. So, memang terbaek! Dalam email conversation kami, dia ada duk bagitahu pasal kunci, katanya die simpan dalam volt dengan password. Aku ni duklah carik benda alah tu, tak jumpa. Ke aku yang bodoh English, volt tu apa nyah? Aku rasa cam voltage je, entahlah bahasa Belanda lain kot. Apa-apa jelah. Kami ada jugak tekan bell, no reply, call die, tak angkat, SMS tak jawab. Memang samdol betul die ni. Tapi kite harus sabar. Doa banyak-banyak. Dengan harapan ade jiran-jiran yang nak gi party turun. So kiteorang boleh masuk.


My last conversation with the owner

Tetiba muncul perempuan Asian berambut panjang paras punggung turun. Muka garang, mata sepet, kening Kak Ziana, aku cam nak tanya, die ni orang kan? Seram betul. Dahlah kawasan rumah die sunyi takde orang. Tetiba die ni muncul, misteri nusantara di Amsterdam sangat weyyy. Aku tanya lah, boleh ke kiteorang masuk? Die cakap no. Kalau apa-apa jadi, die yang kene. Okay, die jawab soklan aku dengan alasan munasabah, sah die manusia. Phewww!

Aku pun slow talk dengan die explain everything and aku tunjuk email conversation aku dengan owner tu. Last-last die percaya and die tunjuk aku mana volt tu. Lah…. Benda alah ni ke? hahahah! Bengong betul. Masuk je password terus ada kunci. Aku pun ucapkan terima kasih kat die. Die pun terus berlalu pergi. Please jangan die jiran kiteorang. Aku memang takleh tido kenangkan muka die. ‘

Hazab nak dapatkan kunci sudah berakhir, namun hazab nak angkut bag kiteorang naik ke tingkat 4 pulak bermula. Oh ya, tangga kat sini bukan macam tangga kecemasan di Malaysia ya. Luas bangat. Siap boleh buat isap rokok bagai. No-no. Aku rasa tangga die memang muat-muat badan aku je. Even nak angkut baggage, kau takleh letak tepi badan ye, kene junjung ala-ala jual jamu kawwwww…naik tangga junjung bag kat Amsterdam. Oh checked! *caruts*

Berlapis-lapis, bertingkek-tingkek = GIGIH

Memang sempit gile tau. And can you imagine 4th floors? Oh myyyyyy… Sumpah rasa nak campak je segala bag aku tu. Dah lah owner siap pesan, tak boleh buat bising  langsung time naik tangga. Korang imagine lah naik tangga sempit dan tinggi gile  bawak segala barang. Tangga kayu pulak tu. Camane nak naik senyap-senyap. Aku rasa pencuri pun mintak pencen kalau macamni. Memang seksa sungguh weyyy. Bila dah sampai di depan rumah die tu, kiteorang cam rehat sekejap untuk kawal breathing. Penat sangat.

Bila dah bukak kunci rumah tu, kami pun masuklah bertiga ke dalam rumah apartment kami untuk 3 malam. Masuk haruslah gelap gelita kan. Wey, mana lampu??? Mengagau carik. Bukak flashlight handphone pun tak jumpa-jumpa. Puas aku masuk setiap sudut, pulas segala benda boleh pulas tak jugak jumpe tau. Sampaikan bilik air pun aku spotcheck, memang takde suis lampu. Ada jugak die tinggalkan notes kat meja TV, tapi tak pulak die cakap pasal suis lampu. Yang die duk highlight pasal Wine dari Spain. Die bagi hadiah kat kiteorang. Alahai, lampu lagi penting tau dari wine kau ni.

At last aku jumpe jugak lampu die tau. Rupanya ianya terletak kat tepi suis heater. Nangis. Bila jumpa, aku nyalakan. Tapi lampu pun malap-malap gitu. Die ni bagi sewa rumah untuk duduk ke rumah untuk jumpa bomoh? Haiyoooo! Lampu die takleh terang lagi ke hape? Nasiblah ade TV and lampu dapur tu kiteorang bukak je sepanjang tinggal kat situ. Kami letakkan semua barang dalam satu-satunya bilik yang die ade. Rumah die konsep studio, so ada 1 bilik je. Katanya, die pun sewa sajok dengan owner asal. Tapi brilliant sungguh die, buat rumah ni jadi Airbnb. So, dapat extra income. Tapi in case, kalau owner die buat spot check, kene ngaku sedara mara die tau. Untunglah aku ngan yang lain ade muka kacuk Belanda uols.

Bila dah settle masalah lampu, aku pun kemas-kemas barang dan kakak aku pulak nak mandi. Masalah bile nak mandi pulak ialah tempat mandi die transparent and menghadap tingkap utama yang non boleh tutup. So next hazab, cari segala kain buat langsir yeee untuk tutup tempat mandi tu. Dah macam kawasan construction pun ade aku tengok. Memang setinggan habis rumah die ni dapat kat kiteorang. Bukanlah nak buat perangai sangat, tapi tak sanggup ye nak jadi pekerja Red Light District kat rumah ni. Kau giler nak mandi dalam keadaan tingkap terbentang luas? Kang viral, malu lah kat mak apak kat kampung tu ha….  #cedeh

Ini kalau feeling nak jadi tukang jahit kat rumah ni, memang 2jam terus rabun ayam tau

Langsir separuh je baru. Tak sempat aku nak snap pattern langsir setinggan kami. Kalau tak, memang ramai yang mintak design tu untuk raya nanti


Malam tu, lepas prepare dinner, kami terus rehatkan badan and tido dalam keadaan yang tenang dan aman. Even 1 katil, muat tau uols. Mungkin badan makin mengecil. Ahaks. Apa-apa pun 3 countries in 1 day, sapa tak penat kan? Tu yang tido pun siap mimpi indah. Okay, sambung later ya!

xoxo


To be continued….

5 thoughts to “Euro Trip : Brussels Part 2”

  1. Safura, i think dia nak cakap 'vault' kot. tu macam peti besi yang simpan barang kemas atau cash tapi yang ada kat bank camtula. Btw I dah lama jadi peminat your blog! First time baca last year masa plan nak pergi trip to new zealand. Blog ni banyak tolong :))) thank you! from RN

  2. salam dear..just nak Tanya..when we book Thalys..ada part kena fill in phone no..time tu I scroll down the table takde plak +60..just leave it blank and fill in standard code dlm empty box ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *