Euro Trip : Paris Part 1

Alhamdulillah, aku panjatkan rasa syukur yang teramat sangat kerana telah berjaya berjalan ke bumi Eropah yang dahulu aku anggap satu continent yang sangat impossible untuk aku menjelajah selama lebih kurang sebulan. Memang aku tak sangka yang aku sebenarnya boleh je travel lelama gitu.

Cuma macam aku share before this, semasa aku berada di Amsterdam aku dimaklumkan yang Opah tersayang sedang sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Time tu, bagai nak luruh jantung. Bila berkesempatan video call dengan beliau, tak habis-habis tanya, lama lagi ke nak balik? Nanti lama lah kite tak jumpa. Hati cucu mana nak rinsek bila dengar ayat-ayat camtu kan? Huhu

Tapi keadaan Opah semakin bertambah baik apabila aku pulang kembali ke tanahair. Alhamdulillah dan terima kasih kepada kaum keluarga yang lain serta rakan-rakan yang sudi replace tempat aku untuk jaga Opah dan tak lupa doa kalian. Jasamu ku kenang sampai bila-bila okay. Muah muah.

Baiklah, aku nak mulakan cerita pengembaraan yang bagi aku agak different compared to tempat yang aku pernah pergi sebelum ini. Not only because of kedudukan Europe ini jauh, tapi ada beberapa incident yang berlaku yang telah membuka mata aku sebagai seorang pengembara untuk jadi lebih baik and bagus pada masa akan datang.

So korang semua, dah ready ke tak ni? Awal-awal nak habaq mai yang cite kali ni episod die boleh lawan cerita episod Ariana Rose segala. Sebab aku akan break into few parts and harap memudahkan korang sekiranya ingin gunakan info-info berguna sebagai panduan. So, please stay with me and enjoy jom. Some people told me I was lucky because –

  • Quit my job and won a trip to Los Angeles to catch Fast 7 Premiere
  • Right after Los Angeles trip, I went to Europe
  • Visited Europe when it was the best time to visit
  • Euro Dollar went down like crazyyyyyy
  • I’m living my life at the age of twenty-something


Yups itulah antara conversation yang aku recall bila time dalam flight from Kuala Lumpur to Abu Dhabi pada 28 April 2015 yang lepas. Aku hanya mampu bersyukur dengan segala rezeki dan anugerah yang dilimpahkan kepada diri yang tidak sempurna ini. Ini adalah jalan cerita aku yang aku pilih untuk aku sendiri. Dan ketika di dalam flight, aku tidak sendirian, aku ditemani oleh kakak aku sendiri dan seorang rakan yang dah lama tak terbang sekali.

Thanks Kak Zee sebab drop by and hantar 3 bungkus ikan bilis. Terharu teroks!


Oh ya, Kak Mah is back! Lama betul die ni hilang dalam blog aku. Tapi beliau kembali untuk menemani aku ke Eropah. So sepanjang perjalanan selama 7 jam ke Abu Dhabi itu, aku memang duk berbual sakan dengan beliau. Macam kawan yang dah lama tak jumpa. Cerita macam nanti kat Paris and next countries takleh cerita je tema die. Ahaksss… Sebenarnya excited uols.

Yay me and Kak Mah on board gitu!


Kami bertiga menaiki Etihad untuk kedua-dua flight. Sebelum depart, bacaan doa di screen muncul dan aku terus menadah tangan sambil dalam hati – KAGUM. First time gini uols, cikpong tetap kan? Time nak book tiket ke Paris, Etihad sajok yang murah. Untuk Kak Mah and kakak aku, mereka beli return trip, so dorang dapat dalam RM2300. Quite okay price-nya. Cuma kau kene transit kat Abu Dhabi beberapa jam before sambung naik pulak flight terus ke Paris. In total masa yang diambil around 14 hours.

Flight memang smooth sajok. Ditambah dengan makanan yang cukup rasa, kiteorang banyak tido pada flight yang kedua. kalau terjaga pun, terus ajak Kak Mah tengok movie. Ada sekali tu die bangun and tanya camna uols boleh survive naik 24 hours flight pergi Los Angeles eh? Die cakap, 14 jam, 2 flights pun dah macam-macam sakit. Nok, faktor usia ke apa kah? Dolu naik AAX diam je, even dalam posisi tegak bersanding atas pelamin. Okay tak baik caruts.

Kami tiba di Charles De Gaulle airport pada jam 7.20am. Nervous and excited? Itu harus. Finallyyyyyy, I’m free to do what I really want weyyyy. This is serious talk tau. No more emails, Whatsapp messages from boss or whoever. It’s only me, myself and Cik Pora who are going to enjoy this trip.


Hello airport

Sampai je airport gigih ke depankan bag

Sebenarnya, time dalam surau kat Abu Dhabi, kami ada jumpa dengan 3 gegadis dari Malaysia yang turut berada dalam 1 flight menuju ke Paris. So, kiteorang ada jugak tanya, dorang duduk kat area mana nanti di paris. kebetulan dorang pon duduk di Gare Du Nord. Oh just nice! So, apa kata kite convoy reramai dari airport ke Gare Du Nord. Senang nanti kalau ramai-ramai kan?

Seperti dijanjikan, kami sampai je airport, tunggu bag sama-sama and terus beli tiket untuk ke city centre. Harga tiket tersebut ialah 10 EURO/pax. Korang boleh beli di tingkat bawah. Korang boleh ikut sajok signboard RER-B Paris By Train. Memang mudah sajok. Then, dengan tiket tersebut korang akan terus ke city centre. Journey amik masa around 30 minit (+-) sajok. Dalam train, cepat-cepat masuk and amik tempat duduk. Ada jugak yang terpaksa berdiri, so kepantasan itu harus ye.

Okay, korang ikut sajok signboard ini dan sampailah anda di tempat beli tiket. Kami beli dekat kaunter, kene beratur sikit lah

Dah beli tiket, sila turun ke bawah and tunggu train area sini

Takdelah tinggi mana kan?


Tips : Di Paris, kebanyakkan train station mereka hanya guna tangga sajok. So kalau yang bawak luggage beriya tu, harap bertabahlah ye. Nak mudah, luggage tu ringankan and bawak 1 extra backpack and letaklah dulu barang-barang dalam tu, at least senang sikit untuk anda.

Kami tiba di Gare Du Nord train station dan terus bukak segala instruction untuk menuju ke hostel kami iaitu Smart Budget Place Hostel & Hotel. Aku memang awal-awal dah book tempat ni right after beli ticket flight. Semua reviews dalam tu cam baik-baik ajok. So, aku pun pantas terus book. Takut Sold Out. Oh tentang kawan baru kami yang lagi 3 orang itu, kami berpisah dengan dorang semasa di Gare Du Nord, masing-masing bawak haluan masing-masing. Sempat jugak selfie ken? Keep in touch okay!

Gegadis

Keluar sajok dari station tu, terus cam nganga sekejap, kenapa cantik sangat bangunan kat Paris ni weyyy? Artistik teruk punya. Even duk carik hostel tu, sempat jugak aku alert pasal segala benda benda berharga yang telah pun disorok di tempat-tempat yang kalau ada yang nak seluk sana sini, memang awas ye.Skill Silambam aku keluarkan nanti. Jangan main-main ye ahaks! Al-maklumlah, ramai betul yang suruh berhati-hati kat area Paris ni. Bukan apa, eloklah kite berjaga-jaga sebelum terkena kan?
Pasal lokasi hostel kami, memang aku blur terus. Nasib baik orang ramai yang kami tanya tu dorang baik sangat untuk membantu. So, kami berjaya jugak jumpa hostel kami yang sebenarnya sangat strategik. Alasan aku book kat sini bukan sahaja sebab strategik tau. Tapi sebab nak dekat dengan train station. Kami berada di Paris tak lama pun. Esok pagi, kami dah check out and terus naik train untuk ke Brussels. So just nice if stay kat hostel yang berdekatan dengan train station nie.
Ada jugak aku dengar yang lokasi aku duduk ni sangatlah tak safe sebab ramai orang kulit hitam dan kalau kat Malaysia dorang kata lokasi ni cam ala-ala Lorong Haji Taib. Bila aku dengar camtu, terus eeerrrrr…Alamak, lorong cik cur ke ni? Takleh lah aku bersidai sembarangan kat luar hostel malam nanti. Apa pulak kata orang kampung nanti kan, ahaks! So, untuk langkah keselamatan, kami ingat jalan ke hostel kami betul-betul. Mana lah tahu kalau sesat larat kang, memalam gini kan… kite kan gegirl lagi. Ewah!

Bila sampai je di hostel kami, kiteorang hanya boleh letak luggage je. Waktu check in adalah pada jam 2pm. So, siap-siap kat toilet dulu and terus ke kaunter reception nak tahu macam-macam info berguna. Orang die pun sangat peramah. So, mudah untuk kami communicate. Die bagitahu kalau nak Museum De Lourve, naik sajok bus dari hostel kami and terus sampai ke sana.Katanya, kalau naik subway korang takkan nampak view cantik sepanjang jalan ke sana, sangat berbeza kalau naik bus.

Hostel kami – Recommended!

Bilik kami di hujung. Kecik sajok biliknya. Tapi okay lah.
Korang boleh tengok bangunan-bangunan cantik. Ahaaa, good suggestion tu! Sebenarnya kalau tanya kat aku, aku memang tak nak tau naik subway/metro. Memang kalau boleh nak elakkan. Bermacam-macam story aku dengar dari rakan-rakan yang pernah ke sana. Kata mereka, peragut, pencopek, polis menyamar pun ramai. Siap gaduh-gaduh pun ado jugak.

Bukanlah taknak take risk tapi kalau ade better option, baik naik sajok bus betul tak? Lagi seronok. And lagi bertambah seronok bila hostel tu bagi kami free carnet ticket sebab ade traveler yang dah nak balik sedekah kat hostel tu. Rezeki kiteorang, so jimat lah. Takyah beli pun tiket tu. Kami menaiki bus bernombor 48 dari hostel kami terus ke stop yang terakhir iaitu Museum De Lourve. 

Berjalan to next block for bus station


Stop untuk beberapa bus jugak


Tiket kami


Hampir sampai


Yeah, akhirnya

Kami tak masuk pun museum tu. Masa tak cukup. Lagipun itu bukan intention yang sebenar datang ke Paris ni. Aku lebih suka jejalan and amik gambar. FREE and EASY, mystyle la kekdahnya. Dah habis posing and snap sana sini kat area museum tu, kami terus berjalan untuk cari bridge yang ade locks tu dan juga Eiffel Tower. Dari museum tu, korang boleh je jalan kaki. Cuaca pun terbaek, so just nice je untuk jalan jauh-jauh gini.
Sepanjang berjalan tu, korang memang akan kagum dengan senibina Paris ni. Macam- macam yang korang akan lihat. Macam Open Gallery tau. Bagi aku lah yang temanya first time ke Paris. Setiap sudut ade je benda yang berbeza untuk aku snap. Kalau ada 2 camera, kiri kanan aku snap. Suka lah Paris ni. Mood-mood menghargai arts mula naik dalam diri gitchewwww. 

Scroll sajok ke bawah untuk gambar-gambar :-















Dalam duk berjalan tu, akhirnya jumpa jugak jambatan yang penuh dengan kunci-kunci cinta itu. Gigih ye dorang ni kunci cinta dorang kat sini. Jauh tau. Mana lah tahu ade yang datang dari Papua New Guinea ke, bagi aku korang tetap tabah dan gigih. Kalau aku, kunci sajok kat pagar rumah tu. Senang nak cabut, tukar segala kalau karatz ke kan. Ahching!

Letops Paris nie


Pintu gerbang. Emas di atas


Nak jugak kan


Cuaca cantik. Awan gumpal-gumpal kat atas


Singgah beli roti sat


Sedeh tau. Dah kenapa kau terjatuh dalam keadaan gini?


Okay meh sekeping lagi


Favorite. Snap sajok

Lorong jalan dorang kecik je, tapi tetap muat


Bangunan gini banyak tau. So kalau peminat senibina, this is your place


Naik cruise?


Ku kunci cinta buatmu …..


Macam-macam nama pun ado


Tak kunci apa-apa pun kat sini

Anyway, kami tak lama pun kat situ. Terus bergerak mencari Eiffel Tower yang sebenarnya dapat dilihat dari tempat kami berhenti tadi. Nampak dekat sajok tapi sebenarnya kiteorang tak jumpa-jumpa tau. Lama gak duk mencarik. Setiap kali berhenti, mesti tanya orang. Sampailah kai tiba jugak kat area Eiffel Tower melalui taman tempat dorang lepak. Lepas jumpa, terus duduk dulu kat taman sebab penat duk berjalan nak carik Eiffel Tower ni ha.


The view on my way to Eiffel Tower


Kebanyakkan kereta kat Paris semua kecil kecil sajok

Kalau rumah kat sini, bukak je tingkap pandang bangunan-bangunan classic. #iwant


Gah betul building ini


Semua pun nak vogel vogel


Penuh awan kat langit


Almost… See you soon Eiffel


Kedai runcit yang letops
Time kami duduk tu, tetiba datang seorang minah France duk tanya, “Do you speak English?” sambil pegang satu kertas. Die ajukan soklan tu kepada Kak Mah. Terus aku cakap Bahasa Melayu, wey jangan layan. Ni scam tau. Nak kenekan kite. Then Kak Mah pun terus cakap NO. Die blah sambil libas kertas kat Kak Mah. Agak rude di situ tapi why bother kan? Kite relax-relax je. Dari terkena scam nanti, baiklah kite dilibas kertas gitu. Depan ni Eiffel Tower, so taknaklah marah-marah gitu. Kita harus pupuk mood-mood cinta gitu.
Kami berehat sebentar sebelum terus beratur untuk naik ke atas Eiffel Tower. Mulanya kami takdelah terpikir pun nak naik, tapi ade seorang teman yang suggest supaya kiteorang naik untuk lihat satu Paris. Kalau nak mudah, korang beli je tiket online. Tapi kalau tak sempat, it’s okay. Beratur pun tak lama sangat.Dapatlah cuci-cuci mata sikit sambil menunggu tu. Insyallah, pemandangan sangat indah. Even yang beratur sama-sama pun ada je yang indah jugak. Jangan risau.


Hello menara paling femes kat dunia


Excited hokey!


Fefeling dolu


Seperti dalam gambar
Tiket untuk ke tingkat atas sekali berharga 15.50EURO per person. Lepas dah beli, korang terus beratur untuk naik ke atas dengan elevator. Akan ade beberapa stop yang membenarkan anda untuk keluar seperti di tingkat 1,2 dan atas sekali la kan. Aku cam terus pikir, dari jauh memang tak nampak tau elevator dorang ni, nampak besi je kan. Tapi sebenarnya ade tau elevator yang membawa orang ke atas menara ini. Unik dan macam tak percaya tau. Time kami naik, ramai jugaklah orang. Tertanya jugak, pernah ke takde orang eh? Sebab cam satu dunia je nak gi tengok Eiffel Tower ni. Betul tak?

Tips : Beli online if malas beratur, especially kalau peak season – http://www.toureiffel.paris/en/preparing-your-visit/buying-your-tickets.html

Jom beli tiket

Dari bawah tower

Yuk kite naik

Dalam elevator

Anyway, time di tingkat 2, dapat jugak aku snap gambar view die. Letops uols. Tapi kami taknak lama-lama sangat kat situ, kalau boleh nak terus naik ke atas. Cuaca toksah cakap lah, sejuk yang amat tau. Even dah pakai jaket, aku tetap gigil-gigil jugak. Apa lah sejuk sangat Paris ni? Terus pegang tangan each other untuk transfer haba. Konon-konon je lah tu, padahal sejuk jugak. After 30 minutes menunggu, akhirnya sampai jugak turn kami untuk naik elevator ke tingkat atas sekali. Bila dah sampai tu, terasa gayat tau. Tinggi gile rasa. Wah wah wah! Best siot!

View dari tingkat 2

View di sebelah sana

On the way to next level

Wajah-wajah orang penting

I’m at the top of Eiffel Tower. The view, WOW! Meriahuols. Angin memang kuat time kat atas tu. Bertambah sejuk tauuuu. Tak dapat imagine kalau pergi time winter. Meraung badan. Tapi rata-rata yang pergi kan banyak couple, so bolehlah aching- aching hug each other. Bagi kiteorang, Eiffel ni takde lah seromantis yang digembar- gemburkan. Cuma tower dan lookout point untuk view bandar Paris. Puas jugak aku duk seru perasaan romantis tu tapi tak jugak timbul. Mungkin ini bukan tempat aku untuk rasa romantis kot. Apa-apa pun, pada mereka yang pasang angan-angan nak romantiskan diri di Europe, I have a place for you guys. Yang tu memang aku nya favorite romantic place. Stay tuned okay!

Yeehaaaaaaaa! Saya lah king kat atas ni

Gambar menara KL okay

Hip hip hooray

Kami tak lama pun kat atas tu, bile sampai time nak turun, kami turun sajok. Jalan-jalan kat bawah tower tu untuk amik gambar dari bawah pulak. Sambil-sambil tu cari souvenirs. Keychain Eiffel Tower yang dijual oleh street vendors memang murah. Even dorang ni ramai dari mereka yang berkulit hitam, tapi dorang boleh je negotiate untuk harga yang lagi murah. Aku dapat keychain tu 6pcs at only 1EURO. Actually kalau beli banyak boleh je murah lagi. Tapi aku kan travel lama kali ni, malas nak berat-beratkan bag dengan souvenirs. 

Air-felt tower (itu cara sebutan nya)

Kuda dan tower

Time aku duduk bawah tower tu, tetiba sekumpulan peniaga-peniaga ni berlari bertebaran ke arah subway. Aku ingat tower ni nak runtuh ke apa, which is sangat CHOY eh! Sekali nampak ade police yang berbasikal tengah duk kejar dorang ni ramai-ramai. Memang bersepah semua duk lari. Tapi takde sorang pun berjaya ditangkap. Dorang lari macam Usain Bolt pulak kan (persis pun ado), memang harapan sajok nak dapat. Aku hanya mampu tengok sajok la. Nasib baik time tu tak beli apa- apa kat dorang. Mana tahu, time die nak selamatkan diri, die terus pass semua keychains tu kat aku, dah orang tu ingat aku jual pulak kan. Meks kan negative sikit. Suka berangan-angan gitu.
Dalam duk lepak-lepak kat area Eiffel Tower tu, kami ade decide nak carik fridge magnet kat belah belakang-belakang Eiffel tu. Deretan kedai souvenirs yang agak berbaloi jugaklah. Korang boleh dapat dalam 4pcs 10EURO. Dan tak lupa jugak postcard untuk diri sendiri, itu harus ye. Anyway, tujuan kami berjalan-jalan ni adalah untuk tunggu waktu malam tiba. Kata nya Eiffel Tower akan tampak lagi cantiks pada waktu malam. Namun dah nak pukul 9pm pun, malam tak jugak kunjung
tiba.
Take note sikit

Capek bangat

Kami amik keputusan untuk pulang terus ke hostel. So dari Eiffel Tower tu, kami tanya owner kedai souvenirs tadi mana nak amik bas bernombor 48 ke Gare Du Nord and beliau tunjukkan bus tersebut. Kami beli satu sajok tiket untuk balik ke Gare Du Nord. Before sampai tu, kami kene transfer bus lain yang terus membawa kami ke station bus Gare Du Nord. Sebenarnya aku akui yang kami berada terlalu kejap sajok di Paris. Ala-ala Touch N Go and kalau diberi kesempatan, aku nak repeat lagi Paris ni sebab aku memang suka dengan Paris.
Kebanyakkan orang yang aku jumpa sangat baik and friendly. Mungkin berbeza dengan beberapa pengalaman yang aku baca tapi inilah hakikatnya. Aku bersyukur tiada apa yang berlaku. Sewaktu aku berada di sana, ada jugak rakan office lama yang turut sama berada di Paris. Namun, beliau kene pickpocket tapi nasib baik bila dieorang berjaya tangkap pencuri tu dan beliau kene escort dengan kereta polis untuk bagi keterangan. Satu pengalaman yang unik. Yelah, before this dengar orang kene gitu takkan dapat balik. Nasib die memang baik bile dorang berjaya tangkap pencuri tu WIN lah.


Lagi satu incident time kami on the way berjalan ke hostel dari bus station, ada sekumpulan polis tangkap sorang lelaki ni kat tepi train station.So, mamat tu memang cam taknak gerak, die buat acah-acah trapkan tangan die dalam pagar la, letak kepala kat traktor la…Memang hawuk tau. Aku ingat dorang main ngan kawan dorang sebab police-police tu semua gelak noks. Dorang ramai, ada dalam 6 orang. Semua gelak-gelak sambil pegang mamat tu. Aku nak stop, takut pulak, tapi tetap perlahankan speed (nampak tak perangai Malaysia dah keluar), memang dorang tangkap penjahat tau. Tapi gile tak serious. Ke memang itu cara dorang? Aku krik-krik di situ. Ha itulah pengalaman! 

Tapi aku tak tahu lah, even everything hampir smooth di Paris, ada satu benda yang aku nak habaq ni. Bila kami tiba di hostel malam tu, since hostel tu baik gile bagi kiteorang 2 bilik instead 1 bilik. Lagi selesa la temanyaaaa…. Okay bile kiteorang mandi malam tu, haruslah hot water kan. Fefeling sejuk pulak. Lepas je mandi, aku duk garu-garu satu badan. Wey, apsal gatal betul ni. Takkan aku alergik cold weather pulak kan. So, keluar bilik air terus cam tahan je. Stagi kalau merah satu badan. Naya nyah. Ni baru hari first tau.

Pastu Kak Mah pulak mandi, die pun alami benda yang sama. So, sekarang ni dah jadi pesta garu beramai-ramai tau. Die pon cakap, wey kenapa gatal-gatal pok. Aku terus suspect air kat sini memang gatal-gatal. Entah camna terus flashback pasal kawan aku yang turut datang ke Paris dan alami benda yang sama. Tapi die duduk apartment and die cakap sepanjang 1 minggu die duk Paris, die mandi air Evian ye. Kau mampu? Untunglah air Evian murah kat sini, kalau kat Malaysia, gaji kau beli Evian je tau. So, bukanlah kami je yang alami benda ni. Ada jugaklah geng yang turut sama experience camni. Tapi kakak aku tak kene. Maybe kulit-kulit yang cikpong je kot uols. Sangat sensitive. 

Malam tu aku tido sorang sajok disebabkan Kak Mah and Kak Yong kene tido sesama di Paris. Romantik lah tewwwwww! Pagi-pagi kami bangun sebab nak catch Thalys train to Brussels around 6.50pm. Jalan kaki sajok ke train station. Mudah. Pagi-pagi lagi dah gigih redah kesejukkan pagi di Paris. Hujan rintik-rintik tapi gigih je seret bag beriya. Dannnnn…… Okay, sila tunggu next update for next destinations… See ya!

p/s : Anyway, aku scale down kan sikit resolutions gambar untuk ringankan sikit page ni. Korang rasa okay ke? Let me know ya.


0 thoughts to “Euro Trip : Paris Part 1”

  1. syukur opah cik poora dah sihat. 🙂
    Tempat tunggu bas tu depan hotel i. tapi i tak tau pun boleh naik bas dr situ. Tau pun last day nak check out. grr

  2. okay je Cik Pora.
    Gambar cantik2 letops!

    Btw nak tanya, berapa lama kumpul duit utk trip ni dlm keadaan x kerja?
    Iols yang kerja ni pun tercungap2 chuols nak kumpul duit pergi trip. Sedeyyy hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *