Tips on Planning Your Budget Euro Trip

1. Angan angan
Semuanya akan bermula dengan angan-angan tau. Betul tak? Kalau takde angan-angan camne korang nak ada plan. So berangan-anganlah anda dengan bumi Eropah. Ada yang mula berangan apabila anda tengok  movie, tengok dokumentari, tengok kengkawan yang dah feeling pergi or stalk instagram artis-artis yang duk travel sana sini. Tak salah if kite tengok-tengok dulu, then dalam hati akan cakap, bila ah aku dapat pergi ni? Kan? Okay, benda tu semua aku memang dah alami. Aku memang start pun dari duk berangan-angan nak guna duit Euro tau. Ahahah! Dan untuk post kali nie, memang aku akan cuba list down kan segala benda yang aku boleh bantu dalam merealisasikan harapan anak Malaysia ke Eropah, propa kan?

2. List down negara
Lepas penat duk angan-angan,  take action sikit dengan Google – google sikit negara mana yang korang idamkan tu. Bukak aje map Europe and then tick kan mana satu idaman kalbu. Untuk cover semua tu, aku pun nak. Tapi memang impossible kalau dipikirkan balik especially tentang masa dan budget. Memang cannot. So, lepas dah list downkan negara/ tempat yang korang nak pergi, back to reality, cukupkah duit dan masa…. Ahaaa, jangan duk sedap tick sana sini, tapi tabung ayam hanya ade 1000 hengget je. Ingat tau, makin bertambah tahun, makin mahal cost untuk travel. Takkan mungkin makin murah. So, list down kan cepat-cepat hokey!


Macam aku punya journey : Paris – Brussels – Amsterdam – Prague – Salzburg – Switzerland – Venice – Ljubljana – Bosnia – Istanbul = 26 days

Map yang boleh korang refer untuk plan your trip


3. Plan your journey and decide bila nak pergi
Lepas dah listdown kan segala negara idaman and intai intai sikit budget serta masa yang ade, maka dengan segala hormatnya, anda memang kene allocate banyak masa anda kat sini. Agak crucial but once korang dah jumpe tune die, insyallah okay. First thing first,negara mana korang nak start masuk from Malaysia. Mengikut research yang aku buat, selalunya Paris agak murah berbanding London, Istanbul pun tidak kurangnya…. Dengan itu. Sesambil duk tick sana sini tu, sila survey jugak ticket flight yang ade. Mungkin sedikit sebanyak membantu dalam memulakan plan untuk perjalanan anda.


Decide bila nak pergi pun akan mainkan peranan penting dalam journey korang. Let’s say korang nak pergi dalam musim Spring, so anda semua dah boleh start survey weather segala. Untuk activities pun agak berbeza ikut musim. Semua benda pun harus dipertimbangkan dalam tentukan bile korang nak pergi. For ticket flight pulak, sometimes beli awal memang akan jimat, sometimes beli 5 months before pon takde hal jugak. Macam aku, aku plan dulu journey, then 4 months before fly (one way tix to Paris), dapat tiket murah terus rembat je. And for tiket balik dari Istanbul, aku beli time 3 weeks before aku fly. Kalau boleh korang janganlah ikut macam style aku. Aku ni memang main redah je.

P/s: Antara flight yang selalu buat sale – Etihad, Emirates, MAS, Qatar. So rajin-rajinlah sign up newsletter dorang untuk be the first to get better deals. As for me, aku guna Skyscanner, added few tickets to watch in case ade sale, dorang akan send notifications. Which is very helpful for me. You guys should try too. Untuk aku, flight dari Kuala Lumpur to Paris = RM1800. Manakala, from Istanbul to Kuala Lumpur = RM900. Kedua-dua route tu aku naik Etihad sajok.


Etihad Airways 


Dan untuk trip kali nie, aku memang sengaja pilih untuk travel dalam bulan 4 dan 5. Memang favorite agaknya. Since pergi Melbourne 2 tahun lepas pun, aku akan pilih bukan 4 dan 5 untuk travel. Untuk Europe, kalau travel dari bulan 3 to 5, if singgah ke Amsterdam, korang boleh lah layan bunga tulip kat Keukenhof yang dah macam surga bunga sangat. Kalau untuk anda semua, apa kata korang try survey event-event best jugak, mana tahu kan, ada event best di Europe yang korang boleh join.

4. Your itinerary
Journey dah ade, date pun dah ade, so kite move to next part iaitu itinerary untuk setiap tempat yang anda sudah shortlisted kan. Nasihat aku, kalau boleh setiap negara yang korang pergi, please spend at least 2 full days. Then, barulah korang cam tak rushing sangat-sangat. Memang setiap attractions dalam city centre (ada sesetangah city) tu boleh je habis dalam masa sehari but takkanlah korang tak nak explore non-touristy punya tempat kan. Harus lah nak jugak jadi explorer.

Dan dengan cara inilah yang boleh buat korang undestand sikit dengan sejarah tempat tu dan orang-orang mereka yang totally different dengan culture kite. I know, 2, 3 or even a month takkan cukup untuk cover setiap tempat yang kite nak pergi. But at least to get a glance of the feeling, one must at least know basic kan.. Jadi, apa salahnya, cut number of countries and focus on your activities itu. Mesti korang rasa best sangat nanti. 


Ini contoh itinerary yang aku buat. Hari-hari tau tengok benda alah ni. Dan macam-macam version pon ada. 


5. Booking
Ini part penting jugak. Bagi aku, kalau 2-3 negara bolehlah sorang punya keje buat, tapi kalau lebih dari 5 negara aku rasa, adalah lebih baik beberapa orang yang nak pergi tu bagi pendapat. 2 is better than 1. Sebab korang kene tahu yang booking bukan sahaja kene tahu lokasi hotel, berapa bintang bapa banyak review segala, tetapi kalau korang memang travel guna public transport, adalah penting untuk korang amik tahu tentang nama-nama station untuk depart and arrival. Di Europe, nama hampir sama, tapi hujung lain. Contoh kalau di Kuala Lumpur, station Abdullah Hukum, next station Abdullah Hukuman, next station Abdullah Hukuman Sabit Kesalahan, ha itu contoh sajok.

Tapi itulah hakikatnya. Macam kami di Brussels, sampai dari Paris, turun Brussels Midi, naik Eurolines di Brussels Nord. Kalau hang jenis tak peka tu,  mau tinggal bus dibuatnya. So please extra careful dengan setiap pemilihan booking. 1 more thing, untuk train or bus, selalunya dorang akan buat early bird price yang memang murah giler. Korang kene book 60/ 90 days before departure date/ before latest date untuk booking. Barulah murah. Aku sampai set alarm, tengah hari orang duk lepak time weekend, aku sadai kat rumah, booking segala benda,and semuanya berbaloi.

Satu lagi, mostly transaction adalah dalam kad kredit. Sila bawak kad kredit tersebut untuk tujuan pengesahan. Selalunya dalam train, dorang akan mintak ye kad kredit tu and dorang akan swipe/ scan. So, kalau boleh bawak jugak kad itu, okay?


Dan lagi satu tips, please book your hostels/ hotel secepat yang mungkin. Especially macam peak season, selalunya top reviews accommodations akan cepat sold out. So, perlu diingatkan yang korang pun mestilah nak jimat sambil dapat duduk tempat yang best kan? Inilah antara cara yang senang untuk korang grab segala hostels terbaek. One more thing, selalunya accommodations in Europe dorang akan deduct siap-siap. Make sure you make right decisions on locations, price and be a smart traveler. 

Ini list of hostels aku dengan harga die sekali tau


6. Packing
Bila hari semakin tiba, maka bermulalah episod lain pulak. Episod nak pakai baju apa,  meletop ke tidak baju kite, episod nak beli memory card ber-gb2, powerbank nak yang macam generator pasar malam, monopod paling panjang….segala Low Yat pun kalau boleh, nak dibawak ya hahah.. Tapi hakikat yang sebenar jika anda dah decide untuk backpack to Europe, adalah lebih baik tinggal sajok benda yang membebankan kita. Contoh, kalau kita nak pergi time musim spring, bawakkah sekadar satu jacket, then inner dalam tu bawaklah lebih sikit.

Tapi susah jugak nak cakap pasal packing ni, korang kene consider few things like :

  • Berapa hari
  • Season and weather
  • Mode of transportation (if public transport, please jangan bawak benda berangkai rangkai and luggage tu, janganlah bawak paling gorgon dalam dunia. Sebab kalau macam kat Paris, semuanya tangga je yang ado, maka dengan itu, acara angkat luggage sajok yang berlaku, lainlah kalau korang sado beriya-iya kan).
  • Kasut adalah paling penting, bawak sneakers yang super comfy. Sebab korang nak berjalan jauh kan… Tinggalkan sajok kasut fancy anda. Bawak satu kasut + flip flop (untuk pakai dalam hostel) cukup! 
  • Travel adapter – bawak yang boleh masuk semua negara paling senang
Packing light la sangat. Semua bag berat-berat gitu

7. Document penting
Selepas segalanya sudah siap, tibalah masa untuk anda flyyyy. Mesti excited kan…tapi jangan lupa dokumen penting seperti passport, photocopy passport anda, credit cards, flight ticket, train tickets, bus tickets, travel insurance, hotel booking, itinerary dan tips tips untuk panduan korang. Okay, untuk travel insurance, aku ada jumpa yang agak murah – AXA Travel insurance. Korang boleh pergi kat website – .https://digital.axa.com.my/travel-insurance-malaysia. Aku pilih yang ini sebab die boleh cover untuk banyak negara. Mudah untuk aku yang travel banyak countries dalam 1 masa.


Kalau boleh segala benda buat 1 lagi copy either hard copy or soft copy. Sometimes, kalau korang lupa print, korang boleh tunjuk je dari phone korang. Macam train ticket Thalys, kiteorang terlupa print satu lagi ticket, terus bukak email and die scan dari situ je guna QR code. Mudah hidup dengan teknologi gini. So, ingat tau, korang jangan amik mudah dengan semua document yang penting. Even time aku pergi tu, aku rasa cam nota exam sangat aku bawak, tapi semuanya berguna ya. Take note!


Aku siapkan semua document dalam bentuk gini sajok. Sebabkan aku pergi sebulan, aku keluarkan 1st 2 week punya document, letak kat tempat senang nak amik. While for the second batch punya trip, aku letak kat tempat lain. Mudahkan keje.


8. Tukar duit
Part ni pun aku nyampah jugak. Sebabkan nature of business dorang memang jual lain-lain harga untuk matawang. Namun, aku tetap bersyukur sebab, time aku pergi, duit Euro turun sampaikan below 3.95. Ramai yang cam, wey, you are so lucky. Go Europe time currency dorang tengah drop. Ahaaaa… Memang rezeki Cik Pora di situ. Okay, nak citer sikit pasal pertukaran matawang nie, untuk Europe, memang mudah dapatkan Ringgit ke Euro. Tapi ada sesetengah negara yang tak pakai Euro. Contoh Swiss, Prague, Bosnia dan Istanbul.

Untuk negara-negara di atas, hanya Swiss (CHF) sahaja yang boleh tukar di Malaysia. Yang lain tu, aku tukar bila dah sampai kat negara itu sendiri. Macam Prague, aku tukar sajok di train station dorang. Tapi mahal giler tau. Cuma, tukar sikit jelah sebab nak naik keretapi, dorang taknak Euro. So selebihnya tukar sahaja di dalam city centre yang rate nya lagi murah. 

Untuk di Bosnia pulak, aku tukar duit kat Post Office yang terletak di sebelah Railway station dorang. Aku mula-mula cam blur, biar betul tukar duit kat Post Office kan, tapi memang betul tau. Rate die pun okay. Selebihnya kami tukar di bank, takde lah mahal mana. Tapi kalau duk nak carik murah mahal segala, aku pikir balik, bukan RM1juta pun aku tukar. So, setakat rugi few cents, usahlah duk kira sangat kan. Yang penting kite enjoy sudah.

Kalau boleh, korang asing-asingkan duit kat beberapa tempat tersorok seperti di stokin. Especially kat Paris. Memang perlu ye. Bahaya sangat kat sana. Kes copek dan colek adalah kes paling popular kat Paris. Adalah lebih bagus kalau kite berhati-hati semasa kat sana. Sorok segala duit dan barang-barang berharga anda okay. Untuk aku, aku bawak bag yang sangkut kat leher tu, then sorok sajok dalam baju. Gi mana-mana pun aku akan ke depankan bag aku. Kalau bawak sling bag, lagi senang. So, doa and tawakal okay.

9. Makanan
Disebabkan kami memang nak masak semasa di Europe, kami memang bawak segala ‘peti ais’ sepanjang trip nie. Sambal ikan bilis adalah benda PALIN penting sekali ye. Kedua, haruslah makanan dari pakcik Brahims yang meletop. Seterusnya kami hanya bawak tuna, perencah nasi goreng, kiub tomyam, CHILI SAUCE. Oh itu paling penting. Tiada istilah chili sauce in Europe. All ketchup. Kalau korang memang lahir-lahir tak makan chili sauce, so berjayalah korang redah tanpa chili segala. Bagi aku yang memang pure darah Melayu ini, tak mungkin lengkap tanpa chili sauce di tepi pinggan. Ahaaaaa…. over kan?

Terima kasih Kak Zee atas pemberian bermakna di KLIA. Ikan Bilis Kak Zee yang marvelous. I love you. Kami makan dengan roti pun dah kenyang.


Anyway, korang takyah risau bab makanan if landed in Paris. Die tak se-over Aussie and NZ. So, usah beriya nak sediakan segala document tentang ingredients itu. Mudah saja di Europe ni. Tak strict mana pon. Untuk yang nak masak-masak tu, kalau boleh carilah accommodations yang ada kitchen sekali ye. For barang-barang pulak, usahlah bawak bawang,serai segala dari Malaysia udahlah tau. Insyallah semua tu ada je kat sana. Except ikan bilis. Ahaksss… Beli perencah sudahlah uols. Jangan susahkan diri sendiri.

Main masak-masak kat Valley Hostel, Lauterbrunnen, Swiss



10. Lain- lain
Uish kalau aku listkan miscellenous items yang perlu korang ingat,memang panjang habis tau. Hahaha… Bukan nak takut takutkan korang,  cuma kat Europe ni, korang memang kene experience sendiri,  barulah korang learn and take note segala benda. Yang jadikan kite cam extra cautious segala benda mungkin sebab matawang euro yang tinggi. So kalau tertinggal train ke, bus ke, menangis jugaklah weyyy… Tinggi sangat tau mata wang die.

Okaylah, bila dah fly tu, kalau boleh rehat-rehat lah dalam flight, sebab salunya kalau korang sampai pagi-pagi kat destinasi idaman,  korang akan terus berjalan-jalan sekitar city. Tentunya korang nak pakai banyak tenaga kan. So jangan buang masa duk tahan mata dalam flight. Kalau boleh tido eh sekurang-kurangnya10-14 jam yang dihabiskan dalam flight tu, takde lah sia sia sajok. Apa-apa pun terjadi, jangan down and give up. Things happen. Kalau kene tourist scam ke apa ke, korang kene keep positive. If orang kat Europe treats korang badly pun, korang jangan ambil hati. Tak semua orang had a good day kan. Semua pun manusia je. So, just keep calm and enjoy your #eurotrip darlings 🙂


Ini baru tips untuk nak plan for your Euro trip je tau. More tips and stories on each country will be updated soon. Stay tuned everyone. Cik Pora gonna rock your world with my own travel stories. I love you!

When I was in Prague 🙂

8 thoughts to “Tips on Planning Your Budget Euro Trip”

  1. teruskan menulis. bila baca tu rasa ada kt sana jugak. gmbr pun cecantik sgt smpi masa baca ur trip ke nz ternganga jeee.. info pun sgt2 helpful^^ lps ni nk baca ur europe trip plak. thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *