Budget Euro Trip (Part 13) – Ljubljana to Sarajevo

Bersiaran kembali dari bumi Ljubljana. Kami check out paling awal dan sempat breakfast di hostel before seret bag terus ke train station Ljubljana. Since kami dah beli tiket semalam, so terus refer sahaja timetable dan platform number segala di papan kenyataan untuk maklumat lanjut. Untuk ke Sarajevo, train akan lalu di Zagreb, Croatia sebelum menuju ke Sarajevo. Jadi, anda perlu tukar train di station Zagreb dan amik pulak train ke Sarajevo. untuk tiket, beli one time je. Semuanya dah dimasukkan sekali semasa membeli tiket di station Ljubljana. Tak silap, memang ade satu train sahaja sehari. Kalau nak lagi covenient, naik sajok bus. Tido dalam bus. Then esok pagi sampai di Sarajevo. Mudah!

Untuk kami, since dah bayar hotel untuk 2 nights, pilihan yang terbaik adalah menaiki train sahaja. Kalau naik bus, rugi pulak duit hostel yang dah dibayar itu. Jadi, bergeraklah kami ke station kerana train akan bertolak pada pukul 6.15 pagi dan dijangka sampai di Sarajevo around 6.18 petang. Long journey kan? Yes 12 jam weyyy dalam train di siang hari pulak tu. Nangis lah pinggang kite duk bertahan 12 jam. Lenguh segala semua ada. Apa-apa pun pertukaran platform di Zagreb adalah sangat mudah jika dibandingkan pertukaran platform di Western Europe yang membunuh itu. Sampai ke harinie, masih tak percaya yang aku pernah survive dari ditinggalkan train. Phewww!

Bye Lubljana, I will miss you 🙂

 
Melangkah masuk ke dalam train

 

One last time, tengok sat


Untuk perjalanan yang menghala ke area Ljubljana and Zagreb ni, selalunya mereka akan letak platform arrival dengan departure dekat-dekat sajok. Kene consider jugak size station keretapi mereka yang agak kecil. Tapi on brighter side, mudah lah untuk aku yang dah tak larat nak kejar berlari-lari iya-iyalah ni duk sakan no penat bagai hanya duk kerana train tau. So, bila train dari Ljubljana menuju ke Zagreb tiba, maka bermulalah journey separuh hari kami pada 14 May 2015. Separuh hari tauuu dalam train. Journey yang agak lama sebab kena paksa mata aku tido dalam train even di siang hari yang panas membahang. Aiyo kepo sungguh Cik Poraaa kan?

Okay, sepanjang perjalanan akan ade beberapa pitstop yang menyebabkan train berhenti macamtu je. Ini adalah disebabkan kami akan melepasi border sesebuah negara especially bila dah masuk border Croatia di Zagreb. Pihak imigresen mereka akan masuk ke dalam train dan mintak anda hulurkan passport. Agak kerek ye tapi buat lek buat peace dah lah. Kite kan orang luar. Ni negara dorang uols, saya hormat ye.Maka aku serahkan passport dengan wajah palin suci. Ahaks!

Conteng sana sini


Macam-macam soalan juga yang diutarakan kepada kami. Tapi jawab dengan tenang dan senyum palin manih je kite sedekahkan pada mereka ini. Lepas hazab menghadap orang-orang Croatia, tak lama lepas tu, imigresen Slovenia pulak naik untuk cop passport kami jugak. Kirenya dorang akan buat sekali arong la. Lepas dah settle dengan urusan imigresen tu, train terus bergerak semula untuk menuju ke Sarajevo. Cuaca time tu panas tau. Aku dah siap salin baju tukar pakai tshirt bagai. Sumpah macam cuaca Malaysia tau. And jangan verangan train nak ade aircond, bukak tingkap hokey. So cik keti pasti merecik-recik dengan cuaca gini.

 
View indah dari tingkap keretapi
 

Semasa on the way to Zagreb tu, ada seorang rakyat Kosovo masuk dalam gerabak kami. Sebab di train macam bilik-bilik gitu. So, die duk lah peratikan kiteorang berborak sampailah di tegur, U Muslim? Lepas je jawab ya, terus friendly habis. Bila die tahu je kami dari Malaysia, toksah cite la… Sampai gambar anak bini pun die tunjuk. Die ni tak berapa pandai berbahasa Inggeris, tapi die cuba sedaya upaya untuk bercerita jugak. Memang kalau ade orang record cara kiteorang borak, nangis eh if tengok balik. Memang lawak.

Tapi antara perkataan paling terkesan yang beliau ucapkan secara tiba-tiba ialah PROTON. Kau giler? Punyalah dekat sebulan aku tak dengar orang cakap pasal Proton, tetiba pakcik Kosovo ni cakap pasal PROTON. Terbahak aku gelak… Bila tanya dari mana die tahu pasal Proton? Lagi complicated die nak cerita sebab batas-batas bahasa beliau. Ahaaaa.. Apa-apa pun bila aku dah Google, rupanya Proton ada bukak office kat Kosovo sana tuuu… No wonder la die kenal brand tersebut. Menarik!

Pakcik Kosovo yang baik giler

Bila duk borak dengan die, memang lupa terus segala kepanasan dalam train ni. Die ade jugak tanya kalau-kalau die nak keje kat Malaysia jadi pembakar roti, in Euro, berapa boleh earn? Aku pun duk lah calculate, aku cakap dalam 400 EURO je la kot. Then die cakap, die keje kat Macedonia, dapat 1200 EURO. Bila die tahu yang baker (keje makan gaji) in Malaysia earn banyak tu je, terus takde minat die nak ke Malaysia. Ahaakksss! Better die duk Macedonia je. Lagi asyuk-asyuk, betul tak? Apa-apa pun palin aku sentap die earned lagi banyak dari gaji dak-dak Degree pas grade. So, pikir-pikirkan lah.

Bila kami tiba di Zagreb, beliau tunjukkan terus train yang akan menuju ke Sarajevo. Paltform hanya sebelah menyebelah sahaja. Tak perlu berlari-lari macam ke hampir tertinggal train ke Zurich. So, mudah sangat. Dan untuk train menuju ke Sarajevo ini, ianya lagi mencabar compared to train tadi. Apa-apa pun naik sajok. Kali ni conquer terus satu row kerusi untuk aku letak segala bag atas kerusi terus. Dan kalau aku tepuk kerusi tu, pasti keluar ‘bedak talkum’ yang memenuhi ruang kusyen kerusi tersebut. Bertabahlah kami semua.


Platform untuk ke Sarajevo
 
Train hampir tiba

 

Inside the train
 
Chop pink bag dulu

 

Then kita landing baik punya


Tips : Untuk train info, aku memang banyak refer pada web popular ini – http://www.seat61.com. Time aku study pasal route ni, ada yang cakap kene stay kat Zagreb segala. But sebenarnya tak payah. Cuma journey naik train adalah sangat lama. Personally aku rasa, better korang naik bus kalau tengok pada timetable laaa.. If keselesaan segala, aku tak boleh nak komen apa-apa sebab aku naik train.

Cuaca memang panas gile, tapi sabar je la. Apabila dah masuk negara Bosnia, train sekali lagi akan stop di satu stesen dan ade seorang pegawai imigresen yang datang and mintak passport korang. Time die mintak, die bukan cam tengok ke apa, die terus bawak turun train. Korang rasa? Semua passport orang dalam train die hamik hokey. Aku dapat lihat semua cam takut jugak, buatnya kalau train jalan, tapi passport masih lagi ade pada pegawai tersebut yang bawa semua passport kami ke satu bilik di stesen keretapi tu.

Aku pon takut jugak lah temanya…kalau apa-apa jadi, camne kan. Buatnya train jalan. Mau nangis aku takleh balik Sg Gadut. Ahaksss…Kalau selalu positive pon tak leh gak tema-nya. So, bersidai lah aku tepi tingkap sebab nak jugak kepochi tahu apa yang berlaku. Sebenarnya dorang akan bawa passport tu untuk dicop di dalam balai bilik mereka. Kemudian, lepas 5 minit gitu, dorang akan naik train dan pulangkan semula pada korang semua. Memang macamtu kot process nya? Ke kami je yang kene gitu? Apa-apa pun, bila die bagi balik passport tu, lega ye!

Selepas semua passport dipulangkan, train bergerak terus ke Sarajevo. Tepat pada waktu yang diberitahu, kami akhirnya tiba jugak di Sarajevo. Memang kalau aku pikir balik, camne lah aku boleh survive dalma train yang takde aircond, tempat duduk pon berdebu, toilet die palin sedeh selama 12 jam dengan cuaca yang agak panas? Tido bangun tido bangun pon tak sampai-sampai. Tapi, sampai jugak hahaha! Itulah pengalaman paling takleh lupa.

Pakcik kastam Bosnia bawak passport kami ke dalam
 

 

The view

 

Kawasan kampung

 

Station sebelum Sarajevo

 

Sarajevo station

 

Train yang membawa aku ke bumi Sarajevo

 

Station Sarajevo


Tiba di train station Sarajevo, aku terus carik tempat untuk tukar duit sebanyak 50€ ke dalam matawang Bosnia (KM). Dapatlah around 96KM. Cukup untuk kami naik tram, toilet break, beli air, telur and bayar duit hostel. Time kami sampai train station tu, memang macam kawasan tinggal sangat area bandar dorang. Kalau jalan sorang-sorang ni, memang aku nangis sambil lari tau. Kelam dan muram sahaja suasana yang menyambut kehadiran kami.

Turun tangga and this is my welcome view

 

Hi Sarajevo!

 

Izlaz di sini

 

Sarajevo town

 

Tukar duit di sini

 

Simple je
 
Okay bye!

 

Tram ticket


Orang-orang die pon apabila pandang kami, seakan satu pandangan yang sangat asing. Tapi gagahkan jugaklah pandang balik, apa ingat awak sorang je ade mata, amboi Cik Pora fefeling lak nak naik taring kan. Haaaa…. Bukan apa, aku pandang dorang sambil senyum sebab nak tanya mana nak tukar duit. Itu je haa… Kedai pon banyak tutup. So, bila tanya tu, dorang suruh pergi post office yang terletak di sebelah train station berwarna kuning. Masuk je terus beratur and cakap nak tukar berapa KM. Die terus akan bagi receipt and korang kene sign. Passport jugak diperlukan untuk setiap pertukaran di tempat-tempat gitu.

Selesai tukar duit, inilah masa untuk naik tram pulak. Segala instructions untuk ke hostel kami telah pon aku screencapture dalam phone. Kalau nak jalan kaki ke hostel memang boleh, tapi amik masa 45 minit. Kalau dengan bag segala aku rasa mau sejam lebeh. Better amik je tram. Tiket boleh dibeli pada kedai newspaper yang terletak betul-betul kat station menunggu tram. Beli kat die murah 0.20KM dari beli dengan driver tram. Aku haruslah beli kat tingkap kedai newspaper tu je. Senang cerita.

Tips : Untuk tiket tram, korang boleh beli kat station tram, ala-ala kedai jual newspaper and gula-gula jugak. Nampak oldschool but itulah hakikatnya. Tiket die boleh beli bila-bila pun. if nak naik tram esok, boleh je beli harinie. No problem.

Untuk penginapan di Sarajevo, kami menetap di Doctor’s House dan dah siap-siap booked hostel with 6 bedrooms melalui booking.com. Sejujurnya, aku tak berapa sarankan pada orang sangat hostel ni. Sebab korang memang kene mendaki bukit yang very the steep. Tapi bila pergi tengok view dari dalam bilik, memang marvellous giler tau. Cantik sungguh. Ala-ala view dari rooftop gitchewwww. Aku amik hostel ni pon sebab view la. Tapi hazab ye kalau nak mendaki. Boleh gaduh gak lah bile time nak naik bukit tu. Lantak lah fit camne pon, kalau ade tinggal barang, memang tak return dah.

Untuk ke hostel kami atau kawasan Old Town, kami naik tram nombor 1 dari train station dan pesan siap-siap kat driver suruh inform kami kalau dah sampai station Cathedral. Yelah, Cik Pora baru je sembah ratu Sarajevo, haruslah amik masa nak paham and kenal tempat baru sikit kan. Tapi beruntungnya kami bile driver ni pon baik siap bagitahu awal-awal next stop is your stop. So, awal-awal kami dah Standby depan intudah. Senang sikit nak turunkan segala barang ni.

Bila kami turun dari tram, terus krik krik. Nak gi arah mana ni eh? Ada jugak tanyakan pada seorang budak tu, gaya macam fluent English. Tu yang aku duk aim die untuk ajukan soalan tersebut, tapi die memang tak tahu. Tetiba muncul seorang makcik tegur kami dan tanya ke mana kami nak pergi. Bila aku bagitahu yang kami nak pergi ke Doctor’s house, die terus tengok alamat and tunjukkan kami jalan. Die cakap kene naik bukit ni and terus sajok sampai jumpa hostel tu di sebelah kiri. Thank you makcik, jasamu ku kenang sampai bila bila.

Bila tiba di Doctor’s House, owner tu terus welcome kami dan tunjukkan bilik kami yang aku dah book untuk 6 bedrooms. Sebab bilik ni lah yang ade view letops gile tu. Owner ni seorang mat saleh dari USA dan die sangat friendly, banyak membantu kiteorang bagi tunjuk ajar tentang Sarajevo di samping recommend kan jugak tentang tour yang patut kami join. Die siap cakap take a deep breath and relax first, pastu barulah turun bawah untuk urusan check in. Memang separuh nafas tau uols. Penat gile punya. Ini kalau ade orang usik sikit je, boleh bikin kena parang hokeyyyyy. Seyes tak tipu.

Bila aku turun tu, aku memang plan cam nak tukar hostel je. Sebab aku rasa cam tak larat tau if nak mendaki gini hari-hari. Die baik giler and paham kiteorang. Siap die recommend hostel yang sangat strategik untuk kiteorang. Then, die cakap, die takleh terima duit dalam Euro. Even dalam booking.com memang tulis bayar dalam euro, tapi die hanya boleh terima dalam Bosnian Mark je. And die cakap if dah tukar baru bayar. Actually hostel die ni dekat dengan seua attractions. Kalau nak makan semua, takyah turun bawah pon takpe. Area atas-atas tu pon hado.

Bila dah dengar explanation die, aku bincang balik dengan kawan-kawan aku and rasa biar jelah stay kat sini. Kalau tak larat sangat naik sajok taxi. Standard rate dari city tu around 3Km je. Oh ya nak cakap sikit pasal taxi kat Sarajevo kan. Kebanyakkannya memang suka ketuk tourist tau. Dorang akan charge kaw kaw if korang tak tanya rate dorang, That’s why owner tu cakap, die memang akan recommend taxi yang boleh dipercayai sajok. Kalau selain dari tu, tak payahlah korang naik okay.

Selepas dah discuss segala, kitorang decide nak stay kat sini sajok. So, kemas jelah barang dan siap-siap mandi untuk dinner. Dinner malam tu, aku masak nasi, prepare Brahims and goreng telur sajok. Even terpaksa kongsi dapur yang sangat kecil itu, tapi asalkan aku buat keje aku tak kacau dorang, should be fine. Kami makan kat ruang tamu bawah, asalnya nak makan kat luar, tapi lepas 10pm memang takleh duduk luar. Ala ala sekolah asrama sangat. So, lepaklah kami kat reception area.

Kenyang segala terus kemas pinggan and time to sleep. Even terpaksa tido kat atas, tapi aku selesa je. Maybe sebab penat kot. Apa-apa pun, roomate kali ni semuanya saling hormat menghormati gitu. Mereka pun datang dari pelbagai negara, sempat juga berkenalan dengan mereka malam tu. Dan rata-ratanya memang traveler yang memahami gitu. So takdelah bising- bising sangat. Dan tidolah aku dengan lena sebab penat seharian duk melayan journey yang panjang. Esok mak explore Sarajevo gitu…Janji?

View from the top

 

Rumah dorang atas bukit gitu

 

Tapi pendakian kauuuuuu… mengah!
 
Dinner saya

2 thoughts to “Budget Euro Trip (Part 13) – Ljubljana to Sarajevo”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *