Travel ke Flores, Indonesia – Final

I know… I knowww….You’ve been waiting for my Flores trip post since…Okay, no more waiting ya… Sebabnya ini adalah post terakhir dan yang paling excited ialah post ini aku compilekan sekali dengan budget dan contact number Pak Alyas. Saja jeee. Nak save the best for last. Gituuuu!

Dengan ini, Sapora mempersembahkan episod terakhir trip ‘Flores Indah Sangat’ ini kepada anda. Don’t worry, I will make it as simple and compact. Just stay with me 🙂

Pagi yang terakhir di Kampung Komodo kami raikan dengan mencelik mata seawal mungkin. Mengikut kata Pak Alyas, kami harus lihat sunrise di sini. Keren katanya. Bangun seawal 5 pagi dan kemudian duduk sahaja di jeti. Kekdahnya, belum sempat Pak Alyas kejutkan kami, kami dah bangun sebab tak sabar lagi nak tengok sunrise di Komodo.

Keluar dari homestay, kami ditemani oleh Rizky. Beliau pun baru je bangun, so kekdahnya, jadi 3 beradik lah ke jeti Komodo. Chop, nak jadi adik tengah! Ching…

Sewaktu kami berjalan menelusuri kampung, kelihatan ramai orang kampung baru sahaja selesai mengerjakan solat Subuh di Mushollah. Mereka pun melepak di luar untuk menyaksikan keindahan bumi yang terindah ini.

DSC01236-0441Dari rumah Pak Alyas, inilah keindahan yang aku nampak

DSC01240-0451Penunjuk arah

DSC01247-0471Selepas Subuh, jom kita berborak soal dunia dan akhirat

Sewaktu aku berada sahaja di jeti, aku terus berhenti seketika. Subhanallah, sunrise tercantik pernah aku lihat. Seakan lukisan yang pernah aku lukis suatu ketika dahulu. Ingatkan matahari camni hanyalah satu kecantikan dari imaginasi aku sendiri, namun hari ini, aku melihat ciptaanMu yang terulung di dunia fana. Sumpah indah.

DSC01245-0461Ke jeti kita

DSC01256-0481Subhanallah, matahari terindah

Rizky dan Shima sudah berada di depan mencari port untuk duduk bersantai sambil menikmati keindahan ini. Aku masih lagi terpaku sambil memicit butang kamera aku bagi merakamkan moment terbaik yang tak pernah aku lihat sebelum nie. Beberapa keping gambar aku ambil sebagai kenangan dan memori. Semoga generasi akan datang tahu akan bukti kewujudan tempat yang masih virgin.

DSC01267-0491Pakcik tu tengah betulkan boat dia,tapi moment tu cam menariks

DSC01272-0501Semakin bright, ini memang tak edit tau

DSC01280-0511Menyinar sungguh

DSC01296-0531Pink di sekitar jeti

Cukuplah ambil gambar dan video. Kini tibalah masa untuk bersantai dan menikmati setiap saat bersama sunrise di Komodo. Moment cenggitu wajib ada. Jangan nak duk selfie sakan dengan niat menunjuk di social media. Sometimes, kau kene ada niat untuk chill and hargai alam indah ini. Apa-apa pun, bagi aku bertuah sungguh orang-orang di sini. Tak perlu meredah hutan belantara, panjat bukit beriya untuk tengok sunrise setiap pagi. Celik je mata, jalan tak sampai 2 minit, dah sampai di jeti dan PRICELESS ‘show’ pun bermula.

DSC01329-0541Rizky, peneman kami

Dalam duk hargai alam tu, tetiba Pak Alyas muncul. Beliau bagitahu oh hari ini pancarannya ke sini sikit. Lazimnyew, ia akan betul-betul berada di tengah dan naik perlahan-lahan. Kiranya, ada yang lagi cantik lah kan? Cepat-cepat aku beritahu, sepanjang saya ‘berjalan ke merata tempat tak duk diam kat rumah’, ini adalah pertama kali dapat menatap mentari se’lehtops’ ini. Belum lagi dapat lihat yang begini. Flores, part of me has called you HOME.

Pak Alyas sempat beritahu tentang call-time untuk ke Taman Nasional Komodo. Jam 7 pagi kami akan bergerak. Dalam duk berborak tu, matahari pun sudah 100% memancarkan cahaya ke bumi Komodo ini. Jika tadi, ada beberapa pemuda kampung yang lepak di situ sambil berborak bersama rakan. Namun, mereka terus beredar untuk melakukan kerja setelah lihat matahari sudah terpacak. Seakan satu pemberitahuan, yang hari sudah naik, eloklah kita mencari rezeki. Terus teringat mak-mak kat kampung, anak dara, kalau hari dah tinggi tak bangun lagi, apa lah nak jadi? Okay, nasib baik bangun awal. Ching!

Kami meminta izin untuk berjalan di sekitar kampung sebelum pulang ke homestay dan bersiap. Dapat dilihat kehidupan mereka sama seperti di Mabul. Namun, tiada anak-anak yang meminta atau meniaga. Kelihatan, bapak-bapak dan ibuk-ibuk aja yang melakukan urusan itu. Anak-anak kebiasaannya hanya dilihat bersama ibubapa dan bebas menikmati zaman riang mereka. Tiada tekanan untuk mereka sama-sama menampung keluarga. Biarpun dilihat serba kekurangan, namun mereka mementingkan pendidikan dan tidak akan membiarkan anak mereka. Itulah anak-anak Kampung Komodo.

DSC01290-0521Jom balik kampung

DSC01371-0561Anak-anak Komodo

DSC01389-0571Kebanyakkan rumah kat sini semuanya tinggi-tinggi. Sebab zaman dahulu kala, komodo memang aktif masuk kampung

DSC01408-0581Surau di Kampung Komodo

DSC01409-0591Inilah Homestay Siwa

Pulang ke homestay, bersiap, sarapan dan check out. Sejujurnya, sayang sungguh nak tinggalkan tempat ini. Keramahan dorang, seriously, rasa macam balik kampung sendiri walaupun aku tak pernah merasa ada kampung. Kami dilayan sama sahaja seperti orang kampung mereka semua. Tak kedekut dalam berkongsi cerita dan ilmu. Itulah mereka, insan yang hidup di Kampung Komodo. Anda pasti saya kenang sampai bila-bila.

Melambai-lambai sakan di jeti, kami terus ke Taman Nasional Komodo. Actually, nak habaq sikit, untuk lihat komodo nie, di Flores hanya ada 2 sahaja. Satu di Rinca dan lagi satu di Taman Nasional Komodo yang tak jauh dari Kampung Komodo. Kekdahnya, kami memilih untuk pergi ke taman nasional dulu. Dalam boat Pak Alyas, kelihatan 2 orang ranger bertugas yang tumpang sekaki. Satu jalur katanya.

Tiba di taman nasional, kami turun dan sempat interview ranger yang naik sama boat tadi. Pak Abdullah namanya, manis dan soft spoken. Aku tanya die macam-macam pasal komodo. Especially part kalau komodo kejar, buat apa? Alahai Pora, jangan fefeling bimbo la. Harus kene lari lah, tapi katanya komodo lari dari pantas dari Kak Mah, acane pulak? *CARUTSSS*

Masuk sahaja ke kawasan taman nasional, kami diberi taklimat tentang aktiviti yang bakal disajikan. Ditanya tentang trek manakah yang kami inginkan? Cepat-cepat jawab, SHORT TREK. Ingatkan short trek tu dalam 5 minit je, rupanya 45 minit minimum ye. Meriahlah ketibas hakak komodo ini.

DSC01419-0601Jom kita masuk jumpa komodo

DSC01426-0611Ranger kami

DSC01431-0621Harus ada Tongkat Pemandu untuk halang komodo

Selepas taklimat diberi, kami pun berjalan kaki di dalam taman nasional itu. Ranger cakap, tengok komodo nie tengok luck. Kekadang tu ada rezeki, kekadang tu, ambil long trek pun belum tentu dapat bertentang mata dengan komodo. Kekdahnya kalau musim mengawan (bulan 6-9), memang lagi susahlah kau nak jumpa sebab mereka lebih suka kalau jumpa yang sekufu ajaaa. Senang untuk proses pembiakan. Ahaks!

Anyway, aku ingatkan trek ni macam zoo tau. Kalau kau jalan tu, ada cam pagar yang memisahkan aku dan komodo. Namun itu semua tidak yeeee… Korang harus imagine macam masuk hutan, tak tahu apa-apa. yang korang tahu, hutan tu ada 2000 lebih komodo. Jangan tipu kalau korang kata korang berani gile. Sedangkan Pak Abdullah cakap kat aku, die pun pernah terkejut tau bila komodo nyorok kat tepi pokok. Tuhan selamatkanlah kami! Amin.

Dalam hati yang berdebar-debar, aku pergi toilet dulu. Toilet takde orang, ada air. Wahhh rindunyaaaa air paip. Eh? Hahaha!Dalam hati yang girang gi toilet sorang-sorang tetiba aku terpikir, ni bukan kampung habitat komodo ke? Buatnya aku bukak pintu toilet ni, tetiba komodo adaaa.. Aaaaaaaa, sumpah tak tenang duk dalam toilet walaupun air paip bersih melimpah ruah. Baru nak enjoy kehidupan normal. Tapi tak tenang pulak. Jadi, sebelum keluar pintu toilet, kita intai pelan-pelan, bukannya mintak, tapi kalau ada. Memang pengsan ye.

Selamat berlari ke abang ranger, aku jadi semakin nerves untuk bertemu dengan komodo. Kami terus memulakan langkah-langkah yang sangat berat itu. Dalam hati aku cakap, takde rezeki pun tak apa. Yang penting niat baik. Kekdahnya, baru je melangkah masuk, rezeki pun murah. Terus nampak tau komodo yang sedang minum air. Apa lagi, ranger pun excited gile ajak kami menuju ke arah komodo. Kau rasa?

Memang haruslah aku berjalan laju gile, bukan apa, kalau boleh, nak dekat je ngan ranger. Tak sanggup berjauhan katanyaa. Sememangnya ada komodo yang sedang bersantai minum air di situ. Kami berhenti di suatu sudut untuk memerhati bersama Pak Alyas dan Rizky. Manakala ranger tersebut sudah pun berada betul-betul di hadapan komodo tersebut. Dekat gile tau. Memang salute habis.

DSC01442-0631Yesss! Komodo pertama kami

DSC01447-0641Eh ada lagi sekor tengah minum. Look how close the ranger with komodo, but tengok gambar bawah pulak

DSC01449-0651Pak Alyas dan Komodo, memang berani sangat

Beliau mengarahkan kami untuk berdiri berhampiran komodo tersebut. Kau mampu? Berdiri ajelah. Demi sekeping memori di bawah pokok bersama komodo. Ni kalau mak kat kampung tahu, memang die marah tau. Tapi apakan daya, bila ini jalan yang Sapora pilih, telan sajalah.

Usai beramas mesra bersama komodo, kami teruskan perjalanan. Di trek yang kami jalan, terdapat tapak kaki. Menurut kata ranger, baru sebentar tadi, komodo jalan kat sini. Maksudnya jalan yang aku lalui itu. Huntunglahhhh satu trek dengan komodo. Di kiri kanan kami adalah rimbunan pohon-pohon dan hutan. Beliau juga turut menambah, komodo ini haiwan yang pintar. Mereka terkadang menyamar sebagai pokok untuk menangkap mangsa. Gulp!

Kami bertemu dengan komodo yang bersidai di tengah-tengah trek dan kelihatan sedang sunbathing. Ranger tu bagitahu, komodo yang sudah tua selalunya tidak mampu menyerang lagi, mereka akan menjadi passive. Okay yang ini, akak berani la sikit nak dekat. Apa lagi posing sikit sambil tan-kan kulit itu. Kami terus berjalan sambil borak-borak. Menurut Pak Ranger, pulau ini semakin popular di kalangan pelancong selepas beberapa siri National Geographic mula menayangkan cerita tentang haiwan purba ini.

DSC01452-0661Koleksi komodo dan lidahnya

DSC01453-0671Bisa dia boleh bawak maut

DSC01457-0681Urat tengkuk dah keluar

DSC01459-0691Berdiri tegak katanya

DSC01460-0701Close-up

DSC01463-0711Bersidai di bawah panahan matahari

DSC01468-0721Jaga-jaga ada yang memerhati

Mereka sangat bersyukur kerana ini adalah suatu kebanggaan buat mereka. Haiwan ini hanya ada di Indonesia. Tiada di tempat lain. Pernah shortlisted jadi World 7 Wonder. 2 tahun berturut-turut. Bagus kan? That’s why mereka sangat menjaga habitat ini. Dan bak kata Pak Ranger, nanti kamu balik Malaysia, khabarkan pada ibu-ibu di sana untuk datang lihat komodo. Datang ramai-ramai bawak bus. Iya pak, jika komodo ada bukak gedung kain suatu hari nanti, pasti ibu-ibu dari Malaysia datang. Seloroh aku. Jangan marah ya ibuk-ibuk, saya gurau aja.

Habis pusing, kami dibawa ke area pantai pulak. Di situ, ada sebuah dapur tempat ranger makan. Weh, sampai 2 ekor komodo kelihatan duduk di bahagian dapur sebab bau makanan. Memang berduyun lah orang kat sana yang rata-ratanya mat saleh mengambil gambar untuk dibuat kenangan. Seriously, besar giler dan yang ini memang nampak agressive tau. Yang penting LAPAR. So, harus berhati-hati.

DSC01476-0731Hey Nicki Minaj, mampu ke lawan cenggini?

DSC01481-0741Inilah komodo yang sedang kelaparan menunggu di dapur

DSC01483-0751Terdampar

DSC01498-0761                                                                              Candid Rizky, anak Labuan Bajo

Habis liburan bersama komodo, Pak Alyas tanya nak sambung di Pulau Rinca? Di sana, lebih kepada savana dan komodo nya bebas. Memandangkan aku pun dah capek, aku batalkan sahaja hasrat ke sana. Dan kami harus mengucapkan selamat tinggal kepada Pulau Komodo kerana kami harus terus ke Labuan Bajo. Perjalanan menaiki boat mengambil masa 3 jam.

DSC01507-0771View dari Komodo National Park

DSC01517-0781Indo Mee Goreng sebagai santapan

DSC01519-0791Siapa sangka tempat indah nie adalah kediaman komodo?

DSC01521-0801Bye bye Komodo Island

Sebelum sampai di Labuan Bajo, kami singgah dulu di Pulau Kelor. Half of the island sudah dibeli oleh orang Australia. Alahai, sedih aku dengar. Bagi aku, tak adil. Kau beli kerana matawang kau tinggi dari kami. Penindasan alaf baru. Wah semangat nasionalisme angat. Kami lepak-lepak di situ. Memang cantik pulau ni. Walaupun kecil, tapi cantik gile, sebab die betul-betul mengadap ke sebuah bukit yang menghijau. Letopsss view kat sini. I loike!

DSC01524-0811Hijau nyaaa bukit sana

DSC01527-0821Jom ke sana

DSC01550-0831Di Pulau Kelor

DSC01572-0841Selesa di atas pokok

DSC01582-0851Moh kita pulang

DSC01587-0861Selamat tinggal Pulau Kelor

Habis bercengkarama, kami terus ke pelabuhan Labuan Bajo. Oh darat. Lama tak jumpa, gituuuu! Propa habis. Aku teruskan perjalanan di daratan dengan pergi ke Gua Rangko. Aku sendiri belum pernah mendengar tentang kewujudan gua ini, so bila sampai nanti ala-ala cam SURPRISEEE! Takpe, no plan is my plan definitely concept travel Cik Pora.

Mencari motor untuk disewa di area Labuan Bajo agak mudah. Kami hanya perlu membayar Rp75,000 x 2 motor dan let’s vroom vroom! Asalnya, Kak Mah naik dengan aku. Kekdahnya membawa awek Komodo la kat belakang. Punyalah yakin je. Manakala Pak Alyas pulak dah jauh ke depan untuk tunjukkan jalan kepada kami. Nasib baik tak jauh mana. Dapatlah Kak Diana kejar Abang Alyas. Gituuuu!

DSC01617-0871Jom sewa motor

Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan view Labuan Bajo yang saling tak tumpah macam di Sabang, Aceh. Namun, apabila kami mula masuk ke sebuah jalan yang tidak bertar, itu memang hazab gile. Bayangkanlah bawak motor and lalu jalan berbatu-bata tak rata langsung. Memang silap balance, jatuh nun mencium bumi Labuan Bajo la.

Namun, aku cuba untuk control cun sambil bawak Kak Mah yang terdiam di belakang. Sampailah satu part, bila nak naik bukit, tiba-tiba motor mengundur ke belakang woi. Sumpah mengundur kat atas jalan yang tak rata. Apa lagi menjerit la kiteorang berdua. Undur tak berhenti, panik. Nasib baik Kak Mah sempat gapai brake di sebelah kiri untuk menahan dari terjatuh. Kalau tidak, memang yang depan jatuh, yang belakang bergolek-golek seumpama nangka made in Sg Koyan lah.

Gua RangkoSorry uols, gambar tak berapa clear, ini pun screencapture from video

Nasib kami memang baik. Terus aku suruh Kak Mah naik dengan Pak Alyas. Memang seriau nak bawak orang dah. Kalau jatuh tadi, memang suster ngesot la balik KL. So, kekdahnya solo rider la sepanjang jalan menuju ke Gua Rangko. Kami tiba di Desa Rangko sebelum menaiki boat selama 20 minit ke destinasi idaman kami. Selesai melabuhkan boat, kami dikehendaki trekking selama 5 minit. And sampailah anda ke Gua Rangko.

Sebelum masuk, kami bertembung dengan sekumpulan wanita dari Jakarta. Mereka ramah sekali. Tanya aku dari mana, lantas ku jawab KL, dorang terus tanya aku balik, gi mana tau tentang kwujudan tempat ini. Alamak, camne nak jawab? Sejujurnya, aku diperkenalkan dengan gua ini melalui Pak Alyas. Jadi, jawapan aku kepada beliau adalah, saudara saya yang bawa. Tersenyum mereka. Dari soalan mereka tadi telah menggambarkan betapa ‘virgin’ lagi tempat ini. Bertuah badan dapat ke sini. Rezeki anak-anak.

Keadaan gua ini sangat unik. Tempat masuknya berbentuk bulat. Waktu palin afdhal untuk membuat lawatan adalah pada jam 3 petang. Kenapa polak? Menurut Pak Alyas, cahaya dari luar akan masuk dan seakan menyuluh kegelapan gua ini melalui pintu masuk tadi. Cahaya tersebut terus menyuluh air laut yang berada di dalam gua tersebut. Seterusnya memancarkan warna biru turquoise yang sangat cantik. Itu semua aku lihat di hadapan mata sendiri. Oh nyaman dong!

Kami dipimpin turun ke bawah kerana permukaan gua yang sangat licin. Harus berhati-hati. Namun uniknya gua ini, ianya seakan ada laluan yang telah disusun oleh manusia. Walaupun secara faktanya, gua ini baru sahaja ditemui oleh penduduk Desa Rangko pada tahun lepas. No wonder lah, neng dari Jakarta tadi rinsek bila neng baizura dari Kuala Lumpur datang sembah ratu kat sini. Haih!

DSC01631-0881Gua Rangko, cantik

DSC01633-0891Cahaya sudah mula memenuhi ruang gua

DSC01639-0901Batu-batu gua yang menghiasi dinding gua

DSC01641-0911Beautiful. Spectacular. Magnificent

DSC01658-0921Saya dah ke sini dan saya mendoakan anda semua pun berpeluang ke sini. Amin

Kami menolak pelawaan untuk mandi kerana lebih seronok melihat Pak Alyas dan temannya bermandi manda. Air masin kata mereka. Memang asli dan sangat misteri. Sehingga hari ini tiada siapa pun boleh confirmkan bagaimana gua ini boleh wujud dan baru sahaja ditemui pada tahun lepas sedangkan kampung tersebut sudah lama bertapak. Samada sudah wujud sejak zaman purba, kesan bomb ataupun memang ada orang yang pernah tinggal di dalam gua ini sehinggakan ada jalan di situ. Misteri yang belum terbongkar, gituuu!

Kami tak lama di situ, habis urusan, pulang ke Desa Rangko dan kembali melalui jalan yang sungguh mencabar minda itu. Rasa nak terbang. Tapi apabila aku terserempak dengan seorang kakak yang berkemban membawa air gigih bawak motor lalu jalan tersebut, aku terus cam… Pora, kau memang banyak alasan. Sedangkan yang nak mandi, baru nak amik air pun tak penah heran apabila terpaksa lalu jalan tu. Haiyoo!

Sebelum ke jeti, kami dibawa oleh Pak Alyas untuk melihat sunset dari atas bukit yang sangat cantik. Kalau nak pergi, korang kene naik motor then tanyalah orang ramai, sebab aku pun ikut Pak Alyas je dari belakang. Dah macam geng Konvoi Garuda hokey. Laju je masing-masing bawak motor. Terkadang tu, ada juga terserempak dengan mat-mat motor dan buatkan aku pikir. Kekdahnya, mat rempit memang ada di mana-mana. Hebat. Dalam duk ngelamun, sampai jugak ke tempat yang ingin kami tuju. Kelihatan pancaran matahari yang cantik menyinari pelabuhan Labuan Bajo dan seluruh bukit-bukit kecil. Harus pergi.

Seterusnya, kami pulang semula ke pangkuan boat kami. Sampai di jeti Labuan Bajo, ambil bag di boat, kami terus mencari hotel untuk menginap malam tersebut. Ada juga Pak Alyas bagitahu suruh tido aja dalam boat. Tapi kami rasa better ada proper toilet yang boleh kami bersiap-siap. Yelah esok petang nak naik flight ke Bali. Nak la mandi air paip, ahaks! Maka, menginaplah kami di Karishma Guesthouse.

Esok bangun lewat, mandi, return motor, Pak Alyas hantar kami ke airport. Awal 2 jam, lepak airport Labuan Bajo yang sejuk and check in segala. Jam 4pm, kami berlepas ke Bali. Oh Labuan Bajo, baru naik flight, dah kangen sama kamu. Gi mana sih? Terus browse semua gambar yang aku amik semasa dalam flight. Garuda Airlines membawa kami ke bumi Denpasar. First time naik Garuda Airlines, so agak sangkak dengan domestic flight mereka yang sangat lehtops. Itulah sebab nya aku gigih amik flight petang. Sebab harga Garuda and Lions Air tak jauh beza pun tau.

Tiba di Denpasar, kami mengambil taxi menuju ke Flora Kuta Hotel. Harga Rp120,000. Memang standard price for taxi walaupun jarak hanya 10 minit sahaja. Sampai di hotel, kami dihidangkan dengan air Fruit Punch. Hilang dahaga dan terasa nyaman. Masuk ke dalam bilik dan berehat di atas katil dan aircond yang dingin. Setelah 3 hari berada di Labuan Bajo, ianya mengajar aku erti untuk lebih menghargai segala yang ada. Maka, berehatlah kami.

Esok adalah sambutan Nyepi di Bali. Semua pun harus duduk rumah, tak boleh pasang lampu/ benda yang bercahaya dan tidak boleh keluar selama 24 jam. Kelihatan, warga Bali sedang sibuk membuat persiapan hari ini. Jalan-jalan sudah mulai macet. Patung-patung yang menakutkan sudah mula berdiri lebih tinggi dari kedai-kedai yang ada. Kami mencari santapan malam dan it’s time for relaxxx!

IMG_5709                                                             Surat Nyepi dah keluar, duk diam-diam di rumah ya

Massage and facial, that’s what I really need after lots of hiking, walking, sitting, sleeping on the boat and everything. Baru mula menghargai ‘picit-picit’. Kalau tidak, aku lah paling tak suka. While Kak Mah, die pulak buat Manicure and Pedicure. Mungkin die ade cari kayu api kot time kat Kampung Komodo senyap-senyap masa aku tido, tu die buat segala kecantikan kuku. Harga ialah Rp110,000. I’m in heaven.

Tips : Untuk yang nak kan airport transfer yang agak berbaloi (Kuta area), korang boleh contact Pak Restu. Beliau orang Muslim. Memang dah lama bawak orang berjalan-jalan. Untuk tour pulak, tak silap aku harga bermula Rp450,000/ day. Compare the price ye, ala-ala Trivago. Contact – +6285339251941 / +628179717769

Pesawat Malindo Air membawa kami pulang ke Kuala Lumpur dengan selamat. Suka betul dengan Malindo ni. Service best, walaupun mereka tak benarkan untuk buat announcement birthday Kak Mah dalam flight. Maybe stewardess tu takut nak bagitahu abang pilot kot. Takpela, next time okay. Di sini, aku nak senaraikan segala budget dan phone number Pak Alyas untuk panduan korang :

Overall Budget Kuala Lumpur + Bali + Labuan Bajo –

Flights

Flight ticket Kuala Lumpur to Bali – RM286/ return (Malindo Air)
Flight ticket Bali to Labuan Bajo – RM166/one way (Lions Air)
Flight ticket Labuan Bajo to Bali – RM 267/one way (Garuda Airlines)

Others

Hotel Dedy Beach Inn – Rp275,000
Airport transfer Denpasar to Dedy Beach Inn – Rp150,000
Makan malam Day 1 in Bali – Rp36,000
Airport transfer Dedy Beach Inn to Denpasar Domestic Airport – Rp 75,000
Simcard – Rp250,000
Hotel Flora Kuta – Rp 315,000
Airport transfer Flora Kuta Hotel to Denpasar – Rp100,000/ way
Makan malam Last day in Bali – Rp45,000
Massage – Rp110,000
Bayaran Live on Board – Rp3,500,000 (for 2 pax, private boat)
Bayaran denda ****this one we have to pay due to miscommunication**** – Rp 400,000/ pax

Total Expenses – RM672/ pax without flight tickets or RM1391/ pax inclusive flight tickets

Tips yang perlu anda ketahui sebelum merancang trip vavavoom anda ke Flores-
1. Anda boleh travel ke Flores melalui Bali atau Lombok. Direct flight kebanyakkannya dari Bali, namun untuk dari Lombok pulak, anda yboleh menggunakan Live on Board dan belayar beberapa hari ke sana. Lebih adventure. Ada juga yang mengambil public transport, namun ianya mengambil masa yang lama. Your choice is in your hands.

2. Beli simcard di Labuan Bajo sahaja. Aku tersilap kerana mempercayai pak supir dari sana yang katanya simcard Bali boleh digunakan dari Flores. Memang lah boleh, tapi call/ SMS je. Ingat aku nak call Mas Joko tiap-tiap malam kat Flores? Data tidak boleh digunakan. Rugi uols. Yang 4GB nye guna kat Bali je. Namun, kami sempat jugak tanya berapa harga untuk 2GB, tak silap dalam Rp100,000+++ saja. Itu paling maksimum. But worth it.

3. Pemilihan Live on Board adalah sangat penting. Ini adalah kerana, di situlah tempat korang, tidor, buang air, makan dan hidupppp. Jadi, pilihlah yang terbaik sesuai dengan budget dan style anda.

4. Antara Top Attractions yang perlu anda cover – Pulau Kanawa, Pulau Sembilan (jelly fish), Pulau Padar, Gili Laba, Gua Rangko, Pantai Lawang, Pantai Pink, Komodo National Park, Kampung Komodo, Rinca, Kalong (Flying Foxes), Labuan Bajo for sunset. Kalau ke area Ende, anda harus ke Danau Kelimutu, wah itu memang impian tau! Phone number Pak Alyas untuk korang :+62 82145252757 / indahnesia.trip@gmail.com

5. Kalau naik flight Lion Air, sila keluarkan semua air dari dalam check-in baggage ye. Dorang memang akan suruh keluarkan. Macam pelik, tapi itulah yang kiteorang kena buat

6. Jika berada di Komodo National Park, buat kaum wanita yang dalam keadaan ‘uzur’ sila bagitahu ranger ye. Samada korang memilih untuk tidak pergi lihat komodo atau korang harus pakai pad tebal-tebal dan sembur sikit wangian supaya komodo tidak dapat menghidu bau darah. Mereka sangat sensitive ye. Oleh itu, janganlah korang jadi santapan komodo pulak

7. Komodo adalah haiwan yang sangat agresif dalam menyerang mangsa. Boleh berenang hebat dari manusia, berlari laju persis Watson Nyambek, panjat pokok, menyamar jadi pokok dan air liurnya mengandungi bisa yang boleh membunuh. Sekadar berkongsi

8. Cuaca panas kat sana, so jangan lupa bawak air, shades, sunblock, topi dan kamera. Panas-panas pun harus posing.

9. Make sure korang ada minimum 3hari di area Komodo, Flores. Kalau tak, memang tak sempat. Nak cover Ende segala memang perlukan lebih masa lagi. Rata-rata masyarakat di Kampung Komodo semuanya Islam. Mudah.

10. Kalau korang ada peluang bermalam dalam Live On Board, please tengok langit. Serious cantik sangat-sangat. Tak tergambar ye. Kamera Cap Sony pun tak bisa mengabadikan kenangan tengok bintang kat sana. Semuanya masih unexplored.

Before pergi, janji dulu. Jagalah bumi Flores itu. Cantik sangat tempat ni.

12 thoughts to “Travel ke Flores, Indonesia – Final”

  1. Hii Poo.

    I think I saw you lah sometime ago kat konset akhak diva yuna?

    And btw, thanks for the tips and tricks.. tgh gigih merancang jugak trip ke komodo CNY tahun dpn hahaha.. lambats lagi.

    1. Hi Fida,

      Oh yeke? Kita pon nak terukir di bintang jugak temanya hehe…

      No problemo, anything buzz me here, happy to help 🙂

  2. thanks sangat2 utk info ni.dh lama survey2 teringin nk ke sana since tngk citer 100 hari jelajah indonesia kat channel pelangi. sis punya details mmg mengagumkan. bc blog je pun dah berangan2. terus google airlines tickets.thanks ye.

  3. Thanks Miss Poo for all the trips and itinerary..planning to go there this October insyaAllah…tak sabar…cantik gambar2 nya..pakai camera apa Miss Poo?? hehe..

  4. Subhanallah.. Cantik sangat sangat bumi flores ni. Tak kelip mata tgk gambar2 tu. Tapi komodo itu sangat menakutkan. Hehe

  5. Happy to read bout this place, last year lg da tercari2.. Tp time tu org tak visit tpt tu so mcm mau tak mau je travel ke sn.. But aftr readg this, trus smgt nak pegi.. Gila cantik nya view bukit bukit tu… Tapi komodo tu mmg menakutkan.. Dah la i ni jenis benci n geli semua haiwan reptile.. Huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *