Journey to Leh, India : Part 1 (New Delhi)

September oh September. Ia datang lagi! And it’s a must for me to travel during my favorite month. Biasalah, dah bertahun-tahun praktikkan acara berjalan di kala hari lahir Cik Pora. Alhamdulillah, tahun ini tidak ketinggalan. But, why India? Actually, tell you the truth, aku plan nak ke Srinagar, akan tetapi, aku lebih berat untuk ke Ladakh. Padahal aku dah booked houseboat di Dal Lake, Srinagar. Siap bargain pakej seminggu kat sana dengan local tour guide.

Namun, the best planner ialah Yang Maha Esa. Entah apa yang aku pikir sampai aku terus book hotel, hostel, tour guide for permit untuk ke Ladakh without cancelling my Srinagar tour (yang mana sebenarnya aku terlupa). A week before aku fly, tiba-tiba je aku dapat email daripada Srinagar tour guide suruh aku cancelkan trip aku sebab keadaan kat sana agak berbahaya. Terkejut gile okay. Apa-apa pun, aku bersyukur kerana belum rezeki ke sana but still, Pakistan masih dalam list saya.

IMG_6181Kita sis la. Bukan sir

Apa-apa pun sebelum aku bercerita tentang kisah pengembaraan ke India, dikesempatan ini Cik Pora nak ucapkan terima kasih sangat-sangat atas segala doa dan ucapan sempena Hari Lahir saya pada 11 September yang lalu. Terharu kerana dikurniakan nikmat yang paling saya syukuri sehingga hari ini. Syukur. Dan untuk birthday tahun nie, saya sangat bersyukur juga sebab saya decide untuk berhijab. Alhamdulillah. Walaupun saya selalu ‘terbang’ ke sana sini, Insyallah, doakan tudung saya tak ‘terbang’ kembali ke masa silam. Eh? Dah-dah. Kurangkan kontroversi sikit Pora. Gittuuuu.

Baiklah, dengan segala hormatnya, Pora Production ingin mempersembahkan ceritera ‘Jullay Sapora’… (Jullay, terima kasih in Ladakhi)….. Takdelah, as usual, my budget trip to Ladakh, India. *drum roll*

Pada 9 September 2016, aku telah pun ‘terbang’ bersama 2 rakan dari Kuala Lumpur ke New Delhi menaiki pesawat Malindo Air. Untuk ke India, anda harus ada visa ye. Jangan main terjah sahaja. Untuk buat visa, anda boleh buat dengan 2 cara berikut :

  1. Isi form online dan perlu bawa completed form, salinan passport, gambar ikut specification mereka (cakap je nak ambil gambar untuk buat passport India dan perlu hadir sendiri ke                                                                     G-01, Straits Trading Building, No. 2, Lebuh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur. Tel: 03-26922692, Fax: 03- 26982692, Website: www.indiavisa.com.my , Email: kl@indiavisa.com.my

atau lagi satu option untuk insan-insan seperti Sapora yang memang tidak berksempatan ke Kuala Lumpur :

 

2. e-Tourist Visa (https://indianvisaonline.gov.in/visa/tvoa.html)

Okay yang ini adalah visa yang boleh anda apply online dan approval semua pon online. Dapat salinan visa pun dalam email sahaja. Tapi, ada yang perlu korang pertimbangkan before apply for e-VISA. Ianya harus : – Tourist Visa and it’s valid for 30 days only. Tu contoh visa Cik Pora

e-visa

Dalam flight, kami dihidangkan dengan Nasi Briyani dan air PERCUMA sehingga mendarat. Flight mengambil masa 5jam 30minit. Sepanjang dalam flight, kami duk layan seleksi movie yang ada. Terkejut dengan pilihan yang disajikan. Sangat limited. Nasib baik sempat layan Air Mata Syurga (Indonesian movie), sumpah best. Please layan sikit hahaha!

IMG_6231Yay dapat pillow!

IMG_6230Lagi sorang duduk asing sebab dia ada kawan baru, Juhi Chawla

IndiaIndiaDSC06617-0631-0441Ketika melayan Air Mata Syurga, sang mentari punnnnnn

IMG_6234Makanlah kenyang-kenyang

Satu je nak komen – Since naik flight yang ada Wifi on board, so iklan untuk subscribe wifi tu asyik pop up every 10 minutes dekat screen, sumpah mengganggu keamanan ketika menonton. Satu flight pun akan alami benda yang sama. Sekali pop up sudehhh!

Tips : For International flight, aku booked KL-New Delhi (Malindo Air) dengan harga RM1300++ with 20kg baggage. While for Domestic flight, aku naik Jet Airways, New Delhi to Leh, Ladakh dengan harga RM1000++ (actually book awal dapat around RM750). Since Kak Mah and Kak Zee book 2 hari sebelum fly, GoAir sahaja yang mampu milik. Mahal sikit dari aku. No food and terkenal dengan flight delay. Kalau jenis rushing, opt for Jet Airways. Taraf-taraf Etihad tau. Berbaloi.

Kami selamat sampai di Lapangan Terbang Indira Gandhi pada jam 7.45pm. Okay untuk hotel yang kami booked di New Delhi (just untuk 1 malam sahaja), iaitu Hotel City Centre, mereka ada sediakan airport transfer secara PERCUMA. Tapi bila dah sampai di airport baru kene call hotel untuk jemput korang. Hassle jugak macamni. Sebabnya, dekat airport ni takde wifi. Yang ada hanyalah kaunter Airtel untuk anda buat panggilan. Ianya dikenakan bayaran 5rupee/ 1minit. Kami called hotel dan mereka jemput kami di Platform 4, International Arrival. Uncle yang jaga telefon kat airtel tu kekwat. Ada ke die marah kite ambil gambar telefon die. Die suruh padam juga depan die… Kecik hati kite wak. Huhu!

IMG_6239Hello dunia Delhi

IMG_6242Taxi in India

Driver sampai 10 minit kemudian dan kami terus ikut beliau ke parking untuk naik van. Memang India style habis weyy. Tapi part yang die lalu jalan shortcut nak masuk hotel tu adalah something yang buat kiteorang kecut perut. Dahlah kami bertiga semuanya wanita tulen. Berlabuh pulak di negara India. Lalu pulak kawasan construction dipenuhi lelaki-lelaki yang sedang lepak pakai kain angkat separuh lutut bagai, tak jauh macam dalam filem gangster. Aku berserah jelah. Stay positive walaopun Kak Mah dan Kak Zee dah peluk-peluk takut gituu. Nasib baik van meluncur laju terus masuk parking hotel. Memang scary gaklah hotel ni. Ceruk habis. Aku tak sarankan korang book if anda wanita solo. Yang TRIO pun ada yang gegel-gegel, inikan solo kan…

IMG_6244Free shuttle deyyyy!

Check in bilik, receptionist bagitahu nak BACKUP CALL tak? Mampu? Slang paling epic. It’s actually WAKE UP CALL. Maapkan telinga kami. Tapi memang nak pun. Sebab flight aku ke Ladakh esok adalah pukul 6.40am. Dan perlu ada 2 jam awal di airport. So 3am would be the best time. Masuk bilik, memang tip top habis. Walaupun kat luar macam Chow Kit, interior kat dalammacam Mandarin Oriental uols. Dapatlah repack segala bag sebab Kak Mah dan Kak Zee terlebih kilo. Untuk domestic, hanya 15kg sahaja dibenarkan. So, dari 23kg, yuk kite pack sampai jadi 15kg. Malam tu, tido kejap je. Sekadar melepaskan lelah sahaja.

IndiaIndiaDSC06622-0681-0491          Nampak selesa kan? Sekali bila korang dah landing, rasa macam tido atas surat khabar. FLAT HABIS!

IndiaIndiaDSC06623-0691-0501                                                                                                  Uish bersih uols

IndiaIndiaDSC06624-0701-0511                                                          Bag masing-masing penuh dengan air mineral je sebenarnya

IMG_6246Sorry tau, awak semua saya bawak sampai Delhi je 🙂

Kami bangun setelah alarm berbunyi kencang memecah bunyi. Duk jugak tunggu BACK UP CALL tu, ternyata JANJI DELHI memang lain macam haha! Turun ke lobby dan terus naik van. Bye City Centre hotel. Insyallah saya tak datang lagi tau. Sampai di airport 10 minit kemudian disebabkan lokasi hotel ni dekat sangat dengan airport. Since Kak Mah dan Kak Zee ambil GoAir, so mereka harus ke Terminal 1 manakala Jet Airways akan depart from Terminal 3 (certain airlines for Domestic International yang baharu).

IMG_6248Taken with iPhone

IMG_6251Kita depart dulu ye warga Delhi

Tips : Untuk ke Terminal 2 from Terminal 3, korang kena naik FREE SHUTTLE. Jauh jugak journey. Simpan flight ticket untuk pengesahan. In case korang tak bawak/ print the boarding pass, masih boleh naik shuttle tu. Tapi harus bayar 150 rupee. Untuk ambil shuttle dari Terminal 3, korang perlu naik di tiang no.10 dan nanti dia akan bagi resit. Simpan resit tu. While from Terminal 1 or 2, lepas ambil luggage, terus ke kanan sajok sampai nampak kaunter kat bawah. Kalau tak sure, tanya sahaja pada staff airport.

WhatsApp Image 2016-09-30 at 9.10.29 PM

to be continued….

4 thoughts to “Journey to Leh, India : Part 1 (New Delhi)”

  1. cik pora,

    tumpang tanya ya..mmg kena bawa mineral water sesiap dari sini ke? blh tahu kalau di sana tahap mana kebersihannya especially bab minuman dan makanan?

    tq

  2. bestnya tgk cik pora travel ke india,
    act;y nk tnya lama dh.
    cik pora keje ape? ke keje sendiri smpi leyh g travel slalu ni.hahahahha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *