SOLO Budget Trip ke Sapporo 2017 : Otaru

Pagi-pagi aku bangun dan terus kemas barang, check out dan mintak izin untuk tumpang barang di hostel. Aku hanya dapat duduk sini 1 malam sahaja disebabkan bilik semua FULL. Panas-panas pun laris habis okay. Untuk malam seterusnya, aku harus check in hostel lain pulak. Jadi, sebelum kita check in, better aku ke Otaru dulu. Harini aku akan bertemu dengan pakcik Pakistan- Mr. Mughal yang tinggal di Jepun selama 10 tahun bersama keluarga beliau.

Aktiviti wajib kalau di mana-mana train station. Make sure bawak travel journal anda.

Awal-awal lagi aku dah email dan inform beliau untuk bertemu di station Otaru pada jam 10 pagi. Perjalanan dari station Sapporo ke Otaru hanya mengambil masa selama 30 minit dengan express train. Since aku nak gerak awal-awal pagi, jadi aku ambil yang train yang berhenti-henti (LOCAL train) dan ambil masa lebih kurang 50minit. Express train selalunya mula beroperasi pada jam 10 pagi dan ke atas.

Ke Otaru kita

Menanti dengan penuh debar, ah giteewww!

Dapat duduk, 50 minit to go!

Otaru, bandar di tepi laut

Untuk ke Otaru, anda boleh gunakan kad Kitaca (works like Touch N Go), tengok platform yang ke Otaru dan beratur menunggu train. Train ni non-reserved seats, so siapa cepat dia dapat. Jauh perjalanan, kalau berdiri, boleh lenguh ye. Tiba di Otaru station, aku terus Whatsapp Mr.Mughal. Tak lama lepas tu, beliau tiba dengan 2 anak lelaki beliau di depan station dengan sebuah kereta Toyota.

Tiba sudah

Ramai juga orang Pakistan di sini

Classic sangat

Stesen Keretapi Otaru

Walaupun stesen ini tidak sebesar di Sapporo, tapi tetap cuba membantu tourist

Hello Otaru!

Since 1999

Flavor rock melon, sedapppp!

Jam di dinding terus berdetak ak ak ak….

My ayah angkat, Mr. Mughal

Mari teruskan perjalanan

Beliau kenalkan diri dan kemudian offer untuk ambil gambar di hadapan station Otaru. Menurut kata beliau, you’ll be my guest today. Aku pun angguk sahaja. Dalam hati sempat jugak terdetik, ini kalau ibu tahu aku jumpa dengan strangers, mau dia tarik aku balik Malaysia. Apa-apa pun di setiap langkah solo ku ini, aku sempat berdoa supaya Allah temukan aku dengan insan yang baik-baik di sini. Dan sentiasa dilindungi. Aku bertawakal sahaja 🙂

Beliau jemput aku masuk ke dalam kereta. Sempat berkenalan dengan 2 orang anak beliau – Faiz dan Mohit. Mr. Mughal yang kelihatan dalam usia 40an, sempat kenalkan diri kepada aku. Beliau cakap hari ini beliau akan bawa aku jalan-jalan sekitar Otaru. Jadi, destinasi pertama adalah Otaru Aquarium. Tapi aku tak masuk pun aquarium tu. Tak cukup masa. Jadi, alternatifnya adalah, aku menikmati pemandangan di tepi laut yang sangat indah.

Ferris-wheel di Otaru Aquarium

Tiba sudah, panas lit lit

Epic view

Overlooking the aquarium

Bergambar kenangan di sini

Walaupun cuaca agak panas, namun ianya tetap cantik. Aku sempat bergambar di situ sebelum Mughal ajak aku masuk ke dalam kereta kerana panas sangat katanya. Dia pun tahu panas ye. Dalam kereta, beliau hulurkan aku sandwich yang disediakan oleh isteri beliau. Aku yang sebenarnya kenyang sambut dengan penuh rasa syukur.

Beliau jemput aku untuk menjamah sandwich yang siap balut dengan aluminium foil. Katanya, isteri beliau buat special untuk aku. Aku terus baca bismillah, bite and makan sampai habis. Terharu. Aku jarang habiskan makanan yang aku makan. Tapi kali nie, aku makan sampai habis. Kenyang camne pun, aku harus hargai setiap keikhlasan insan lain yang sanggup sediakan semua ini untuk aku. Terima kasih Allah.

Sandwich hasil masakan isteri Mughal

Tadaaaaa… yums!

Kami berlalu pergi menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Otaru Beach di mana tempat rakyat Jepun bersantai pada musim panas. Panas betul tau. Tak tipu. Camane dorang boleh bersidai kat situ? Aku hanya bertahan beberapa minit je kat luar, itu pun dah rasa cair bagai lilin. Mampu? Nasib baik Mughal memahami uols.

Orang kaya China tuuu

Yuk ke pantaiiii

Dinikmati oleh keluarga Jepun

Die pun ajak aku ke tempat lain. Kali ini beliau tunjuk office dan kemudian bawak pula aku ke rumah beliau untuk bawak anak perempuan beliau temankan aku jalan-jalan. Mungkin nampak lebih selesa jika gegadis bersama. Aku dibawa ke rumah beliau yang terletak tidak jauh dari station Otaru. Rumah beliau nampak kecil dari luar tapi luas dan sangat selesa. Beliau kenalkan aku dengan isteri dan anak perempuan beliau.

Semuanya memang friendly habis. Sempat berborak. Tapi bila isteri dia tanya kenapa aku nak sangat pergi masjid, dia pelik. Mughal jawab, sebab aku Muslim dan nak solat di situ. Bini die terus pelik and tanya aku. You Muslim? Aku cam terus pegang tudung, rasanya tak tercabut lagi dek tiupan angin tepi laut tadi. Okay confirm masih berjilbab. Aku pun menjawab soalan beliau. Yes I’m Muslim. Dia terus cakap, thought you’re Japanese. You look like them.

Aku hanya mampu tersenyum. Mungkin dia dah hari2 lihat wajah Jepun kot. Aku pun dia nampak macam Jepun jugak. Aku diberikan air apple yang sumpah sedap. Sambil tu, aku tunggu isteri Mughal untuk ikat tocang anak perempuan dia. Teringat pulak zaman aku kecik-kecik, setiap kali nak keluar, Opah selalu ikatkan tocang aku. Haih rindu pulak nak naik tocang ni. Eh?

Bila semua dah siap, kami pun mintak diri dan kali ni anak perempuan Mughal jadi peneman aku. Kami bergerak menuju ke beberapa tempat dan Mughal ternyata bersemangat dan ikhlas bawak aku jalan-jalan seperti aku anak beliau sendiri. Siap belanja main slide okay. Aku memang terharu jugak ye. Sebab aku dah lah datang nak jumpa beliau. Tiba-tiba dia datang bawak jalan-jalan siap belanja, siap masak segala. Kalau duduk hotel 5 bintang pun, kau takkan dapat hospitality macamni, serious you won’t!

Kami ke Tenguyama, di sini ada cable car. Kalau nak naik cable car, naik sehala je. View turun lagi awesome. Tapi aku tak try pun. Sebab aku tengok macam sesak-sesak je dalam tu. Hanya 4 minit sahaja perjalanan menaiki cable car dan anda akan dihidangkan dengan view seluruh Otaru. Korang kena datang sini sebab view dia memang cantik. Katanya jika waktu malam lebih indah. Betul ke? Nanti nak try lah pergi.

Tips : Tenguyama ini sebenarnya adalah ski resort. Kalau musim panas, korang datang time malam, nampak view seluruh Otaru. Kalau musim sejuk, lagi umpphhh!

Grass sledge di Tenguyama

Nampak fun di situ

Bayaran 500 Yen sajok utk adult, kita try kejap lagi. Jalan-jalan dulu tengok apa ada di Tenguyama

Wah ada cable car rupanyaaaaa

Mughal awal-awal dah pesan jangan upload gambar muka anak dia. Kalau dari belakang okay kot. Betapa dia jaga anak perempuan dia, salute!

Mari kita tengok chipmunk!

Berjalan pulak ke sini, ambil gambar dengan Mohit, anak bongsu Mughal

Tarikh 15 July, tapi tahun ni sesuatu. Aku rasa itu mesti tahun dalam calendar Jepun

 Cable car boleh naik dari bawah atau dari atas, atau return trip, ikut kemahuan dan kemampuan

 So nice, warna merah mak ngah uols! Musim panas gini, memang view semua hijau

Tadaaaa, the view dari look out point Tenguyama. Kalau korang naik guna cable car, view lagi awesome.

Kita tengok pulak apa yang ada di dalam

Proud dengan hockey ice mereka ya

Dan ini juga

Okay dah settle jalan-jalan di cable car, kita sambung impian main grass sledge.

Terpetik tanpa sengaja

Ke sini pulak kita

Tadaaa Glass Studio Otaru, untuk lihat pembuatan glass di sana. Mohit jadi tourist guide saya

Panassssssssss! Ini cara pembuatan glass rupanya. Patutlah bila gelas pecah, ramai akan terkejut dan selalu kaitkan dengan superstitious

Sis dah survey, harga mahal yeeeee!

Suka bunyi dari gelas ni

Selesai urusan di Tenguyama, aku singgah pula ke masjid di Otaru. Dari tadi lalu lalang je kat sini, nampak dari tingkap kereta, now betul-betul boleh berhenti dan masuk ke dalam. Masjid di sini ada beberapa tingkat. Untuk ruang solat, kaum wanita di tingkat bawah, manakala lelaki pulak di bahagian atas. Ianya bebentuk compact. Tak macam masjid di negara kita yang luas melebar.

Pembinaan masjid Otaru ini adalah hasil daripada sumbangan penduduk Muslim di sini sendiri. Betul-betul mereka berusaha untuk mendirikan masjid di sini bagi memudahkan umat Islam di sini untuk beribadat. Namun, azan tidak dibenarkan berkumandang di sini. Aku melangkah masuk ke dalam masjid dan tujuan untuk solat nampaknya terpaksa bertukar ke rumah Mughal sahaja atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Dapat jejakkan kaki pun aku dah bersyukur. Ukiran masjid ini cantik dan keadaan di dalamnya juga bersih. Aku berkesempatan naik sehingga tingkat atas sekali di mana budak-budak tahfiz mengaji di situ. Menurut Mughal ramai yang datang dari Sapporo untuk mengaji di sini. Dan mereka tido juga disini.

 Masjid Al Noor Otaru

Islam di Jepun 🙂

Ruang solat utama

Kami beransur pulang dan sempat Mughal berhenti tepi jalan untuk petik daun pudina. Ya ampun, segar bugar okay daun tu. Ini kalau aku dapat tanam kat depan rumah, hari-hari aku buat Teh O Pudina. Perghhh, terbaik! Jam menunjukkan pukul 3pm sudah. Alamak lewatnya. Mughal pun cakap, yang family beliau di rumah tunggu untuk makan tengahari bersama-sama.

Alahai, lewat sudah. Kesian pulak mereka tunggu aku. Sempat kami singgal di MaxValue untuk beli barang-barang. Macam-macam mereka kenalkan barang-barang grocerries kat aku. Comel sungguh keluarga ini. Yang paling aku salute, haruslah bila seorang ayah boleh pilih barang dapur bagi pihak isteri. Aku tak mahu compare dengan mana-mana ketua keluarga di negara mana-mana pun, tapi yang aku lihat di sini, inilah realiti kehidupan mereka.

 Gemuk habis daun pudina tepi jalan ni. Makan dengan laksa memang aummm la

 

 Sini murah compared to Sapporo. So boronglah di sini

 Mughal perkenalkan aku dengan semua barangan di sini. Anak dia pun join sama. So comel this family.

 Salmon pun boleh tahan fresh

Bayar pakai kad sajok

Kaum wanita, duduk di rumah, jaga makan pakai. Suami bekerja, beli nafkah dapur, kasih sayang, tanggungjawab untuk keluarga. Tiada masa untuk menjeling wanita lain barangkali. Kerana kasih sayang itu hanya untuk yang halal sahaja. Kalau 24 jam sehari diaturkan dengan penuh rasa tanggungjawab, bahagia itu akan muncul. Itu yang aku lihat dalam keluarga yang penuh dengan kesederhanaan ini. Tapi kasih sayang dan keikhlasan mereka lebih dari segalanya.

Kami tiba di hadapan rumah Mughal, kali ke-2 berada di sini, masuk pun tak janggal. Buat macam rumah sendiri. Mungkin perasaan selesa itu mula terbit. Aku masuk ke dalam rumah beliau. Anak perempuan beliau, Shireen, terus ke dapur tolong mak beliau. Yang lelaki dah duduk di meja. Aku pula masuk ke bilik utama untuk jama’. Selesai je, makanan sudah penuh meja style Jepun mereka. Aku segan sebenarnya. Dahlah aku tak bawak apa-apa. Kalau tahu, memang siap-siap pack macam-macam makanan dari Malaysia, bagi pada anak-anak beliau.

Aku dijemput duduk bersila. Aku ada ke dapur untuk tolong wife and anak beliau, tapi kena pujuk duduk depan. Alaaa segannya. Maka, duduklah aku dengan kaum-kaum lelaki. Bila semua dah duduk, kami mula makan. Weh aku ye yang harus mulakan aktiviti ceduk makanan. Kata mereka, tetamu harus didahulukan. Ya ampun, dalam perasaan segan tu, aku gagahkan jugak. Sedar-sedar je, banyak betul makanan dalam pinggan aku.

Nasi Briyani Ayam uols! Dimasak dari warga Pakistan ye. Sumpah sedapppppppppp! Yang ni aku tak tipu. Rempah semua memang kick. Sebab aku pun minat masak, aku tanyalah, mana dapat rempah ni semua kat Jepun? Mughal cakap, mereka memang bawak dari Pakistan. Semua rempah ye. Dan rempah ni sumpah pedas gile. Lauk pauk dorang pun agak pedas. Nasib baik lah aku sudah mula hargai makanan pedas. Kalau tak, kemam je lah semua makanan ni. Ahaks!

Tiba di rumah Mughal

Kita kasi close up sikit

Yogurt

Kuah meatball sedap woi

Tetamu dan kaum muslimin dah siap di meja makan

Bila makan ramai-ramai macamni, seronok. Macam-macam boleh sembang sambil makan. Tak kurang jugak bila isteri dia duk nak tambah nasi aku. Baiknyaaa… Tapi dalam banyak-banyak momen, bila aku letak meatball dalam pinggan untuk makan dengan capati, then aku cam nak cubit je meatball guna capati. Bini dia halang ye. Bukan cinta terhalang, tapi niat dihalang. Dia ambil sudu, dia belahkan meatball aku tu sampai kecik-kecik. Katanya, mudah untuk makan.

Rasa nak menitis airmata wanita tulen anak jati Kuala Lumpur ni woi. Sejenis moment sweet yang hanya aku dapat sewaktu aku kecil je. Yelah time kecik, ibu selalu potongkan makanan aku kecik-kecik supaya tak tercekik. Kau gila apa bila dah besar macamni, ada lagi insan yang baru kau kenal sanggup buat begitu. Kasih sayang apakah ini yang cuba Allah tunjukkan kepada aku? Ya Allah, indah sangat ni. Aku terasa diri terlalu kerdil untuk semua yang aku terima.Syukur Ya Tuhan.

 Dipotong kecik-kecik khas untuk Sapora. Touching!

Selepas main dish, tibalah masa untuk dessert. Okay yang ini memang terbaik. Manis lemak manis. Bila kau yang cedok dulu, haruslah kau yang perlu rasa dulu. Tetamu terhormat. Dan bila aku suap je ke dalam mulut, semua mata sudah memerhati untuk melihat response aku. Dorang tunggu je apa yang aku nak cakap. Bila diberi peluang camni, aku pun feeling Maria Tunku Sabri – Wow! This is super nice. Indeed, memang sedappp untuk pencinta gula tegar. *muncung kelas kau Maria harus ada sekali*.

Ni sumpah sedap cuma aku tak daya nak tambah lagi. Die buat sendiri ye. Fresh!

Aku makan dan cuba untuk bantu mereka kemas meja. Dorang tak bagi aku tolong langsung. Suruh aku berehat, borak-borak dengan anak lelaki. Dihidangkan pulak dengan buah-buahan sebab time kat MaxValue tadi Mughal tanya, nak makan berry Hokkaido tak? Aku jawab jelah jujur, NAK! Terus dia beli. Balik rumah, makan. Sumpah aku terharu.

 Mughal beli untuk aku tau. Manisss!

Kami bersembang panjang sampaikan tak sedar yang jam dah lewat. Aku perlu ke Otaru Canal dan old town untuk round-round di situ. Cuaca sangat cantik harini. Maka, aku taknak lepaskan peluang untuk berjalan di sana. Mughal akan hantar aku ke tempat-tempat tersebut. Beliau akan jadi photographer aku dan tourist guide jugak. Tapi aku tak mau susahkan beliau sebab beliau bawa isteri, Shireen dan Mohit untuk join aku sekali.

Sembang 3 beradik

Kebun di hadapan rumah. Tanam sendiri je semua benda

Biskut ni Mughal bawa dari Pakistan. Sedap weyyy. Dorang suruh tapau bawak balik Sapporo.

Sebelum keluar rumah, mereka bungkuskan makanan untuk aku. Part ni aku sumpah touching. Never had a family in Japan. In fact takde sedara terdekat yang duduk di luar negara untuk jadi reason aku kerap ke overseas. Tapi bila direzekikan bertemu dengan insan-insan baik seperti mereka membuatkan aku terlupa yang aku sebenarnya adalah Gadis Solo Travel yang menumpang beberapa hari di bumi matahari terbit bertemankan tawakal kepada Allah dan restu ibu bapa.

Berkesempatan berada di dalam kereta Mughal menuju ke canal dan menyaksikan kasih sayang yang ada sesama mereka. Kehidupan mereka simple. Tidak terlalu mewah namun tidak pula sederhana. Mughal nampak tegas namun tidak pula mengeluarkan kata-kata yang kurang enak aku dengar. Anak-anak beliau terlalu hormatkan mereka. Tidak meninggi suara. Tidak pulak mengada-ngada. Hentak-hentak kaki jika tak dapat sesuatu.

Mohit belikan ice cream Yubari King (rock melon) yang sumpah power

Sedap tahap gaban. Aku cari kat Sapporo takde. Kat Otaru je ke ada? Kejam tauuuu.

Bila Mughal dan isteri berborak, anak mereka tidak interrupt. Tunggu sehingga mereka habis cakap. Mereka bergurau berdua di hadapan kami. Terpancar kasih sayang. Tapi tidak terlalu menunjuk. You know what I meant. Hanya keikhlasan yang aku lihat. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Bercinta selepas kahwin. Kemudian Mughal migrate ke Japan untuk bekerja. Apabila sudah selesa, beliau bawa pulak seluruh keluarga ke Japan.

Dalam duduk menganalisa keluarga Pakistan ini, aku sudahpun sampai di Otaru Canal. Cantik tempat ini. Romantik. Aku diturunkan pula ke old town. Aku jalan sendirian. Sengaja tidak mahu susahkan Mughal. Since hari sudah lewat, aku hanya dapat enjoy sekejap je old town ni. Aku harus catch express train jam 6.10pm di Otaru station. Tapi, nampaknya macam tak sempat.

Menuju ke Otaru Canal

Sini G-Shock murah weyy

Boleh minum ni

Cantiknyaaaa Otaru Canal ni.
Feeling jelahhhh walaupun penat gils!

Waktu petang kat sini romantik tau. Bawaklah pasangan anda. Gituu!

Berjalan pula ke Old Town di Otaru. This is my favorite. Make sure check forecast dulu ye!

Yeahhhh!

Bangunan di sini semuanya vintage style gitu. Jadi, ramai yang datang feeling terus tukar ke zaman-zaman dolu

Unik dan antique

Tak jauh mana berjalan from end to end, lebih kurang 1km je aku rasa.

Aku baru lepas makan ice cream so kite boleh abaikan sebentar.

Yang inilah yang aku cariiii

Nama buah ni – Yubari King. Nikmatnya kalah durian king woiii! Mahalnya pulak? Gulppp! Inilah the most expensive fruit in the world.

Sambil makan, sambil nikmati petang nan syahdu di Otaru

I wish I could stay here longer. Itu sebenarnya aku nak ckp!

Kaget

Si pembawa beca

Dorang letak loceng glass tu, bila kena tiupan angin, sejenis tenang

Satu yang aku perasan, kat sini makanan die agak murah. Cuma jangan kau tanya halal ke tidak pada aku.

Restoran paling gah di sini

Hari dah makin gelap

Mughal ada offer untuk hantar aku ke Sapporo. Tapi, sumpah aku segan. Siap cakap, lusa kalau pergi Furano, pergi dengan dia satu keluarga je. Tak perlu naik train. Aku menolak baik-baik dengan alasan tiket sudah pun aku beli. Aku segan sangat. Sudah banyak kebaikkan yang beliau berikan kepada aku. Walaupun mereka baru ku kenali beberapa jam tadi, tapi kebaikkan mereka umpama keluarga sendiri.

Since aku dah terlepas train di Otaru station, mereka sungguh-sungguh mau hantar aku ke station selepas Otaru iaitu Otaru-Chikko station. Kereta beliau berhenti di situ dan aku keluar dari kereta Mughal. Aku bersalaman dan peluk wife dan Shireen. I don’t know when can I meet them again but I truly enjoyed my special day in Otaru. Aku ucapkan terima kasih dan aku hulurkan duit sebagai balasan kepada Mughal sekeluarga.

Tapi apa yang keluar dari mulut beliau buatkan aku nangis dalam senyum.

“No… keep your money. I don’t want. You can pay me back, but in your doa. Pray for me and my family. That’s how you repay me.”

I will miss her. Beliau masak sumpah sedap

Tak sangka, aku travel sejauh ini, Tuhan kurniakan aku sebuah keluarga. Family potrait di hadapan train station

Aku angguk. Lambai mereka di tepi station dan berlalu pergi berlari sungguh-sungguh untuk kejar train. Takut terlepas. Pheww nasib baik ada 3 minit lagi sebelum train sampai. Aku duduk dan memegang bungkusan makanan yang diberikan oleh keluarga Mughal. Aku tutup muka dan menangis. Aku sumpah sedih. Aku kesat air mata aku. Malu la wey kat orang Jepun. Tapi pedulik!

Aku termenung. Apa yang berlaku harini, tidak pernah sekali pun terlintas dalam fikiran. Even dalam mimpi mahupun impian. Terlalu unik. Tidak berlaku dalam trip aku sebelum ini. Yang selama ini aku pikir travel solo itu scary. Tapi sebenarnya travel solo is the best thing ever happened in my life. Sumpah aku tak tipu. Ia akan buatkan kau mahu jadi lebih baik supaya kau akan bertemu orang baik-baik, Insyallah.

Syukur. Bekalan yang sangat bermakna buat aku 🙂

Bila berada di dalam train, semua silent phone dan baut hal masing-masing. Bila sunyi sepi begini, aku pun terus nak tertido.

Last view in Otaru

Aku pulang ke Sapporo dan kembali ke hostel semalam untuk ambil baggage aku. Terus naik train untuk ke hostel seterusnya. Kali ini kena naik subway. Mudah untuk cari. Aku check in dan berkemas sebelum berehat. Penat. Esok masih ada. Destinasi lain pula akan ku terokai. Selamat malam donia.

 Pulang ke Sapporo

Di hostel, duk teman dorang ni main kad puleks. Tapi dorang respect aku yang berjilbab. So dorang suruh aku duduk tepi je.

Okay mari kita tido

One thought on “SOLO Budget Trip ke Sapporo 2017 : Otaru

  1. Love this entry Pora! huwaa i yg baca pon terharu terok la dgn sikap family Mughal to stranger. Sumpah ada lg rupanya org2 yg baik hati mcam ni. Alhamdulillah smooth je solo journey youu 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *