Teh Safura Berkongsi Tips Travel Untuk Nona TV3

Assalammualaikum buat pembaca semua. Alhamdulillah untuk pembuka tahun 2018, Cik Pora berkesempatan untuk berkongsi tips travel di rancangan wanita No.1 di Malaysia – NONA. Dengan pengacara baru yang cun letops siapa lagi jika bukan Mira Filzah, Cik Pora rasa bangga dapat kongsi pelbagai ilmu travel dengan harapan dapat membantu anda semua untuk mengembara ke seluruh dunia.

Tips yang diberikan untuk minggu pertama adalah tips berjimat dan minggu kedua pula adalah bagaimana pilih lokasi percutian. Kalau bab bercakap ni, memang favorite Cik Pora lah. Bercakap, menulis dan menyanyi – Ini adalah benda yang paling Cik Pora minat daripada kecil sampailah sekarang.

Dulu sewaktu di asrama, bila waktu rehat je, Cik Pora akan berdiri depan papan hitam dan bercakap di depan kelas berangan jadi pengacara Malaysian Idol. Walaupun hanya separuh kelas je suka tengok, yang lain mungkin menyampah kot hahaha, tapi bila Cik Pora bercakap di Nona baru-baru ini, ada yang text Cik Pora, “Tercapai hasrat mu nak bercakap dalam TV”. 

Terus Cik Pora rasa cam… Aku pun dah lupa kisah aku duk bercakap depan kelas tu. Hahah! Tapi teman-teman akan selalu ingat tentang impian aku. Haih, sweetnya ada kawan-kawan macamtu. Ianya terus buatkan aku terfikir, dalam hidup ni, setiap dari kita pasti ada impian. Jangan sesekali lupa akan impian tersebut, work for it. Insyallah, dengan usaha dan keredhaan-Nya, akan tercapai juga impian itu.

Bila benda macamni jadi pada diri sendiri, I dare to dream big. I don’t care. Nothing is impossible, sky is the limit. Untuk anda di luar sana, bayangkan seorang gadis cik pong dengan uniform pengawas hijau di sekolah yang duk bercakap depan kelas dan selalu imagine rakan-rakan kelas tu sebagai penonton setia beliau, kini beliau bercakap tentang tips travel untuk seluruh Malaysia. Think about it 🙂

 

Tonton NONA TV3 pada 4 & 11 Februari 2018, jam 2 petang untuk tips travel yang lagi POWER dari Cik Puan Teh Safura Azahar, ahaks!

 

Muah:)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *