FIRST TIME TRAVEL SOLO : Ini tips untuk anda!

Mungkin ramai yang teringin sangat nak travel secara solo bagi menerokai pelbagai tempat menarik di muka bumi yang luas ini. Travel solo selalunya dianggap sebagai ultimate goal untuk seseorang traveler itu bagi mencabar diri sendiri dalam sejauh mana mereka mampu untuk travel seorang diri di bumi asing ini. Untuk anda yang dah lama simpan angan-angan untuk travel solo tu, percayalah anda tak pernah keseorangan. Ramai je di luar sana yang turut pasang impian yang sama. Dengan itu, sebagai persiapan untuk trip SOLO pertama anda, anda boleh hadam tips yang dikongsi ini :

1. Destinasi yang selamat
Perkara pertama yang anda harus fikirkan sebelum mulakan perjalanan SOLO anda adalah destinasi yang sesuai dan selamat. Selalunya negara-negara yang mempunyai kadar jenayah yang rendah dikategorikan sebagai negara yang selamat untuk dikunjungi. Terutamanya traveler wanita suci terpelihara macam kita semua ni, adalah wajib untuk buat research secara terperinci tentang tahap keselamatan. Antara negara yang Cik Pora boleh sarankan adalah – Jepun, Hong Kong, Australia, New Zealand, Finland, Switzerland, Singapore, Indonesia dan Thailand.

2. Masukkan tempat-tempat menarik dalam itinerary anda
Bila dah pilih destinasi yang selamat untuk dikunjungi, tibalah masa untuk kita buat itinerary. Berjalan sorang-sorang ni selalunya kita boleh kunjungi tempat yang jadi tourist spot. Di situ, pasti ramai orang dan possibility untuk bertemu dengan traveler yang lain juga tinggi. Masukkan sahaja tempat-tempat tarikan pelancong dalam itinerary anda. Kalau ada charge yang dikenakan make sure korang cari tips-tips macamana nak dapat murah. Kadang-kadang, beli awal dan beli di online lebih murah.

 

3. Tempat untuk anda stay
Ini juga antara perkara penting untuk trip solo anda kerana rata-rata dari traveler solo senatero dunia, mereka memang memilih untuk tinggal di hostel. Bila anda stay di hostel, anda akan bertemu dengan lebih ramai solo traveler. Jadi, inilah meeting point solo traveler dengan solo traveler yang lain. Memang mudah untuk anda mulakan conversation bila tinggal di hostel. Samada ketika kemas barang dalam bilik, masak di kitchen mahupun time tunggu turn nak mandi. Memang takkan rasa sunyi. Percayalah. Yang penting anda juga janganlah kekwat. Open your mind. Untuk yang mahukan kedamaian, boleh je ambil private room. Untuk facilities lain, apa lagi, sharing is caring.

 

4. Aktiviti yang anda nak buat – tour
Di setiap negara pasti akan ada pelbagai aktiviti yang mereka tawarkan untuk traveler. Bagi mendapatkan pengalaman yang menarik, untuk solo traveler korang boleh join beberapa tour yang menarik seperti FREE walking tour, Nightwalk Tour dan macam-macam lagi. Samada PERCUMA atau berbayar, inilah peluang anda untuk berkawan dengan traveler lain. Jika rasa sunyi sekalipun, make a conversation with the guide, mereka selalunya adalah orang yang terbuka dan sedia menjawab apa sahaja persoalan. Personally, I love this kind of activity. Macam kau letak ‘wanderer’ around the world in one group and you could be whoever you want to be. Trust me 🙂

 

5. Make sure passport, tiket kapal terbang semua ada copy
Apabila semua research dah buat, tiket flight pun dah beli, ini adalah next step yang perlu anda buat. Make sure passport anda belum expired & masih valid, tiket kapal terbang pun dah beli, hostel pun dah book, lokasi dari hostel ke tempat-tempat menarik pun dah research, itinerary dah siap dan email kepada semua ahli keluarga mahupun teman-teman. Kalau boleh, anda share jugak segala aktiviti yang anda nak buat kepada seseorang. At least apa-apa jadi, seseorang itu pasti akan tahu segala informasi tentang perjalanan anda.

 

6. Travel Insurance
Ramai daripada kita yang anggap insurance ini sesuatu yang tidak penting. Sesungguhnya, selepas passport, insurance adalah sangat-sangat penting. Satu statement yang aku harus keluarkan – You can’t afford to travel when you don’t have any travel insurance. Seriously, malang tidak pernah berbau. Jadi, perkara-perkara seperti flight delay, baggage missing, kemalangan ketika travel, kena pickpocket semuanya tak pernah kita minta ia berlaku dan tak pernah pun orang tulis dalam itinerary, apa nak buat kalau hilang segala benda. Maka, travel insurance adalah perkara yang korang harus consider before pergi travel. Especially bila korang berjalan sorang-sorang, banyak perkara boleh berlaku. Jadi, super please ambil insurance, print policy, simpan number phone customer service insurer anda. Travel insurance yang aku boleh suggest – AIG atau AXA.

 

7. Barang-barang berharga
Barang-barang seperti duit, kamera, passport, kad pengenalan, barang perhiasan, komputer peribadi mahupun jam tangan berjenama. Pastinya ini adalah antara barang yang wajib kita bawak ketika travel. Bila berjalan secara solo ini, kita harus lebih peka dengan barang-barang kita dan jika duduk di hostel, janganlah korang dedahkan barang-barang tersebut. Tak perlu nak show off ataupun terlalu terbuka. Sebab tak semua orang ada niat yang baik terhadap kita. Caranya adalah anda perlu berhati-hati, simpan di tempat yang selamat. Kalau ade locker, make sure bawak padlock, lock dan barulah keluar. Kalau berada di luar pulak, asingkan duit tu siap-siap di beberapa tempat berasingan. Duit yang nak buat makan atau beli barang, simpan di tempat yang senang nak ambil dan make sure kita selalu check. Berjaga-jaga itu penting.

 

8. Strangers or ….
Memang bila kita travel berseorangan, kita perlu bersifat lebih terbuka dengan apa sahaja yang kita lihat mahupun alami. Tapi terbuka pun ada batasnya terutama apabila kita bertemu dengan orang yang baru atau lebih dikenali strangers. Tak semua strangers itu baik mahupun semuanya jahat. Simple term, yang kau kenal puluh tahun pun boleh tipu kita inikan yang entah dari negara mana dia membesar tapi boleh jadi rapat dalam beberapa jam sahaja. Perlu lebih berhati-hati. Kalau ada yang tetiba buat baik nak hantarkan ke sana ke sini, especially perempuan sila tolak secara baik. Unless kita memang kenal dan tahu tentang orang tersebut. Kalau setakat, hello sis LONG (hai kak long kalau kat Malaysia lah), better elakkan. Banyakkan membaca tentang scam-scam popular di sesebuah negara tersebut untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.

 

9. Update ahli keluarga tentang lokasi terkini
Sejujurnya bila kau travel sendirian, kau akan ada satu perasaan homesick yang light-light gitu. Jadi, untuk hilangkan segala perasaan ‘lonely’, rajin-rajin update keluarga dan sentiasa keep in touch dengan mereka walau di mana anda berada. Beritahu lokasi anda, aktiviti yang akan anda lakukan, nama tempat penginapan dan macam-macam lagi sebagai langkah-langkah keselamatan juga. Bukanlah nak minta benda yang tak baik terjadi, tapi ianya amat penting. Dan saat-saat macamnilah ianya keakraban anda akan lebih erat. Tak caya? Cubalah!

 

10. Travel sebagai ambassador negara anda
Tips yang terakhir ini adalah lebih kepada berpesan-pesanan. Bagi saya, apabila kita keluar negara, samada secara solo atau pun berkumpulan, bila ingin memulakan sesuatu conversation, soalan wajib adalah, “Anda dari mana atau where are you from?”. Nama mahupun soalan yang lain tentang diri anda, jatuh hukum kurang wajib ditanya. Nampakkan betapa pentingnya asal usul negara kita tu? Tatkala keluar sahaja dari negara, automatic kita semua adalah ambassador negara kita sendiri.

Jadi, bila berjalan ke negara orang tu, janganlah kau bawak perangai buruk tu sekali. Behave lah sikit. Kalau sebelum ni jenis buang sampah merata, cuba kita ikut cara atau budaya sesebuah negara yang jenis simpan sampai dalam poket. Yang jenis bawak kereta laju macam Dominic Toretto, bawa-bawalah mengucap, kalau kena saman, bukan dalam ringgit, dalam dollar woi. Siapa yang rugi, kau jugak! Yang jenis berak merata, tolonglah jangan buang segala jenis najis tu dekat tempat tak sepatutnya, bukan sahaja malukan negara dan diri sendiri, malah effect traveler lain yang tak berak merata hokey.

Bila travel solo ni, kau akan memberi gambaran awal tentang negara kau sendiri. Berjumpa sahaja dengan traveler lain, automatic mereka akan judge negara tersebut dari diri anda sendiri. Jadilah traveler yang bertanggungjawab dan yang mencerminkan identiti baik-baik. Tak minta banyak, itu je. Apa-apa pun untuk anda yang ingin memulakan perjalanan solo anda, jangan takut. Yakin dengan impian anda, rasa pahit, sedih, gembira, manis semua anda yang rasa. Inilah yang akan menjadikan siapa anda selepas pulang nanti. Percayalah, travel solo adalah the best experience yang anda akan alami. Try it before it’s too late!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *