Trip Sambil Beramal ke Banda Aceh, Indonesia

Jalinan Ukhwah Serumpun pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) pada awal tahun 2018. Seramai 19 orang pelajar UUM telah berkunjung ke bumi serambi Mekah, iaitu Aceh selama 3hari 2malam. Lawatan ini juga bagi memberikan sumbangan kepada pihak rumah Anak Yatim di Madrasah Dayah Nurul Huda. Usaha murni mereka ini memang satu benda yang Cik Pora puji sebab sumbangan yang mereka salurkan itu sedikit sebanymembantu pihak pengurusan madrasah tersebut.

Ini adalah lawatan sambil beramal pertama bagi Cik Pora. Ianya merupakan pengalaman yang amat unik kerana sebelum ini konsep trip Cik Pora lebih kepada sightseeing. Tapi kali ini, ianya amat berbeza. Usaha mereka buat research, communicate dengan local people yang boleh arrange untuk pembelian barang di Aceh dan juga mengutip sumbangan sebanyak mungkin untuk menjayakan program ini. Memang aku salute habis dengan para pelajar UUM nie. Korang awesome!

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak memberikan kepercayaan kepada Cik Pora untuk membantu mengendalikan trip ini. Ampun maaf kalau ada terkurang terlebih sepanjang  kita travel bersama. Yang penting korang semua memang sempoi habis. Moh kita layan shot terbaik sepanjang trip ke Aceh. Let’s!

 

 

One thought to “Trip Sambil Beramal ke Banda Aceh, Indonesia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *