5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menginap di Houseboat Bila Travel Ke Kashmir

Kashmir, bukanlah satu tempat yang asing terutamanya untuk orang kita yang selalu mendambakan pemandangan yang terbaik di sana. Buat anda yang tengah plan untuk ke Kashmir, kami nak sarankan supaya anda menginap di houseboat at least satu malam. Kenapa? Jom baca 5 sebab kenapa anda perlu menginap di houseboat untuk trip ke Kashmir :

1. Unik

Houseboat adalah sebuah penginapan yang berbentuk seperti boat/ kapal yang besar dan mempunyai semua kelengkapan seperti anda berada di hotel. Cuma yang berbeza ianya seakan terapung di atas tasik yang terkenal di Kashmir iaitu Tasik Dal mahupun Nageen. Dan itulah keunikkan yang ada pada houseboat jika dibandingkan dengan penginapan yang lain.

Tido di atas tasik, dengan ukiran houseboat yang eksotik, inilah keunikan houseboat

2. Naik shikara

Bila dah tinggal terapung di atas tasik tu, satu-satunya pengangkutan yang menyambung anda dengan darat adalah Shikara, iaitu boat kecil yang memuatkan 4-6 orang pada satu-satu masa. Pemandu shikara akan mendayung dari jeti terus ke houseboat. Mula-mula macam gayat, tapi percayalah, bila dah 2-3 kali naik, anda akan rasa seronok ditambah dengan view tenang tasik di sini.

 Shikara di Kashmir ini bukan sebarang boat kecil ya. Hiasan mereka memang wow. Siap bantal selimut bagai

3. Tinggal dengan local

Selalunya houseboat ini adalah tempat tinggal owner itu sendiri. Inilah peluang anda untuk merasa tinggal dengan local people of Kashmir yang terkenal dengan hospitality terbaik mereka. Cara hidup mereka memang berbeza dan selalunya memang ada class!

 Dapat berkenalan dengan local people. Beramah mesra lagi

4. Dapat rasa local dishes

Part ni yang paling best. Bila menginap di houseboat, korang boleh book sekali dengan makan. Dan setiap houseboat memang ada tukang masak yang akan masak untuk tetamu. Dapatlah merasa macam-macam local dish – Mutton Briyani, Dhal, Dosa, Rista dan macam-macam lagi. Jangan lupa request for Kahwa Tea. Memang terbaik!

 Terlalu nikmat bila dapat mutton and chicken briyani begini

5. Dilayan bak maharaja & maharaja

Zaman dulu-dulu, Kashmir terkenal sebagai tempat beristirehat maharaja. Disebabkan itu, kalau korang tengok hiasan dalaman houseboat selalunya diinspirasikan umpama dalam istana. Tatkala anda melangkah sahaja masuk, pasti feeling maharaja dan maharani itu datang. Layanan yang diberikan pulak selalunya memang kelas A. Siap ada butler khas untuk anda. Inilah masa untuk anda feeling jadi maharaja pulak.

 Berlangsir bagai di tepi katil

Untuk yang dah plan nak ke Kashmir, inilah peluang keemasan anda untuk book penginapan anda di houseboat. At least satu malam pun jadi, sebab pengalaman itu terlalu berharga. Bukan selalu tido di atas air kan?

Untuk yang masih mencari travel buddies ke Kashmir, jom kite!  Korang boleh date mana yang sesuai untuk kite sama-sama backpacking ke Kashmir :

25 Julai – 1 Ogos 2018 (Limited seats)

17 -24 October 2018

21- 27 Feb 2019

7 – 13 March 2019

21 – 27 March 2019

3 – 10 April 2019


Xo,

Safura

One thought to “5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menginap di Houseboat Bila Travel Ke Kashmir”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *