Budget Trip ke Kashmir : Tulip Garden & Dal Lake

Fakta Tentang Kashmir Yang Anda Perlu Tahu?
– Jammu & Kashmir adalah wilayah yang dimiliki oleh 3 buah negara iaitu India (60%), Pakistan (30%) & China (10%).
– Ianya juga terbahagi kepada 3 jenis agama : Jammu – Hindu, Kashmir – Muslim , Ladakh – Buddha
– Jammu bermaksud winter, Srinagar pula memberi maksud summer
– Gulmarg merupakan destinasi paling popular di Kashmir. Nama asalnya adalah Gourimarg, tapi kini ditukar kepada Gulmarg.
– Terdapat lebih daripada 1 juta askar yang sentiasa mengawasi kawasan di Kashmir. Ianya direkodkan sebagai yang paling ramai di India.
– Srinagar was founded by Emperor Ashoka. Menarik!
.
.
.

Kashmir for second time. Oh Safura, again? And I said, why not? Right? Dan sebenarnya, lepas je balik dari trip October 2018, memang terus pasang impian nak tengok bunga tulip di Kashmir pulak. Yelah kalau before this kena fly jauh nun ke Amsterdam. Mahal uols. Mana mampu… Tapi bila dapat tahu yang Kashmir pun ada, apa tunggu lagi. Kumpulkan ahli jemaah jom!

Anyway, untuk Open trip kalinie, kami start plan dalam bulan 10 and 11 sajok. Dapat je date, terus beli tiket dan terus create group Whatsapp untuk plan segala itinerary dan details tentang visa. Alhamdulillah, walaupun rata-rata dari kami tak pernah jumpa, ada yang naik flight asing-asing tapi kami berjaya juga berkumpul beramai-ramai di Delhi Airport untuk misi menjejaki bumi Kashmir di musim bungaaaaa.

Stay satu malam di Delhi dan bergegas ke airport untuk naik domestik flight ke Srinagar, pertama kali naik AirIndia, ternyata nasib tak menyebelahi kami semua. Flight delayed for 3 hours. Hawau betul. Dahlah staff dorang kekwat gile. Marah-marah laks untuk check in. Walaupun baggage dia 25kg, kita tak makan umpan baggage tau. Hati terguris, gitu!

Yang lain dah lena dibuai mimpi, tinggal Kak Ecah je masih gigih berjaga

Bila pengumuman untuk berlepas diumumkan, rianglah kami semua. Bergegas masuk dalam kapal terbang walaupun duduk asing-asing. Yang aku perasan, hampir 50% penumpang dalam flight nie semuanya orang Malaysia. Memang sangat berbeza dengan trip sebelum nie. Siapa yang viralkan Kashmir nie baik ngaku cepat.

 Ready to fly to Srinagar? Let’s!

Sampaikan orang Kashmir tanya, why Malaysian people love to visit Kashmir? If you ask me, why we love Kashmir, simply because of the people. Sumpah hospitality dorang tetap win. Macam kes aku, kami satu flight dengan rombongan umrah orang Kashmir. Dorang ni mostly main duduk je seat mana-mana pun. Dan kebanyakkan daripada local people tu dah faham sangat dengan keadaan tersebut.

Nak jadikan cerita, kami satu group tak dapat duduk sekali. Aku dan rakan aku dapat duduk sekali dan ditengah-tengah kami adalah seorang auntie daripada Kashmir yang sangat pendiam. Mungkin dia tak tahu nak cakap apa dengan kami berdua. Tapi, kami cuba borak dengan dia sampailah dia tanya adakah aku Muslim. Bila aku cakap je ya. Dia terus salam and cium tangan aku. Tapi dia dah pangkat nenek. Aku cam terkedu. Dihargainya rasa. Siap doakan kami semoga mendapat rahmat daripada Allah sepanjang berada di Kashmir.

Kami tiba di Srinagar selepas 1 jam perjalanan. Isi dulu borang ketibaan (declaration) dan kami disambut oleh tak lain tak bukan, driver kami yang sudah pun viral dengan video tarian Bole Chudiyan beliau. Excited habis dia dapat sambut kami yang tiba segerombolan ini. Siap cakap, Safura, you made me viral on Youtube. Aku bantai tergelak. Muka Along kawasan tapi kena viral sebab menari di atas bukit Doodhpathri. Dia punya malu, terus taknak menari dah. Tapi, sekejap je. Hahah, bila sampai Doodhpathri, terus lupa cemuhan masyarakat Kashmir dia.

 Mereka dah ready nak explore Kashmir. Hidup #teambawang

Naik van, kami kemudiannya menuju ke houseboat dan check in. Aku kembali ke Kashmir dan stay di houseboat yang sama. Gulzar, the butler masih bekerja di tempat yang sama. Beliau yang akan melayan segala kerenah kami semua. Alhamdulillah, kali ini, 2 houseboats milik kami. Memang meriah masing-masing dapat duduk dalam houseboats dan yang pasti makan kami dijaga dengan baik. Homecooked by houseboat chef nie memang masih sama dan sumpah sedap gile. Cukup segala rasa.

 Pakcik shikara lah

 Kak Fizah and Kak Norieta happy dapat naik shikara

 Kita makan dulu

Di Kashmir, mutton adalah heaven. Jadi, sajian kami mesti ada mutton. Adalah amat rugi untuk yang tak makan tu. Sebab mutton kat sini terbaik woi. Aku yang tak berapa makan sangat pun, jadi ketagih bila kat Kashmir nie. Fresh dari ladang mungkin.

Masing-masing masuk ke dalam bilik, bersiap untuk ke next destination. Aku pulak? Berjalan-jalan duk ambil gambar dalam houseboat. Rindunyaaaaa. Teringat trip yang lepas. Alahai, cepat betul masa berlalu. Aku keluar dari houseboat dan duduk pulak bersidai sambil perhatikan keadaan Dal Lake. Masih sama. Yang berubah hanya cuaca. Jika dulu gloomy, kalinie aku dihidangkan dengan mentari Kashmir yang syahdu gitu. Tetap sejuk ye walaupun terik.

 

 Jom kite teroka bilik-bilik houseboat nie

 Cantik bilik tidur mereka

 Posing bahagia nampak

Bila semua dah siap sedia, kami pun apa lagi, serang shikara (boat kecil) yang membawa kami menyeberangi Dal Lake. Riuh rendah kalau naik shikara tu mesti ada. Sebab ada beberapa orang group kiteorang takut naik shikara. Tengok tasik macam dalam je kan. Nasib baik dekat je kalau jauh, mau macam-macam.

 Park shikara sat

Keluar semula dan terus ke agenda utama kenapa kami berada di Kashmir pada bulan April iaitu – Tulip Gardens. Tiba je di Tulip Garden, memang kami dihidangkan dengan view yang Oooo La La. Cantik ya’amat. Walaupun ianya tidak sebesar macam di Amsterdam, tapi ianya tetap menawan kalbu. Mungkin taman ini berlatarbelakangkan gunung-ganang yang menghijau yang menjadikan ia lebih aummmm. Cantik sangat. Tak caya, tengoklah gambar kat bawah :

Hello tulips!

,Eh, lupa nak introduce – Our guide, SyafiAda macam-macam warna

Bila satu trip dengan retis-retis Malaya ahaks!

Berlatarbelakangkan gunung-ganang Srinagar

 Macam koleksi kaler LUNA

 Kembang mekar waktu kami tiba di sini

Indah sangat tempat ni 🙂

Look artificial tapi ori okay

Disebabkan kami tiba sehari sebelum festival tamat, banyak bunga yang dah kembang dan luruh pun

Purple, sangat cantik. Nampak exclusive taman nie

 Melompat keriangan memasing

 #teambawang versi maskulin pun tak kurang hingka deme melompat

 

On the way pulang ke van, terjumpa baby ni. Comelnya pipi merah awak ni Siti Apiyah Khan. Okay, part nama tu, bukan nama sebenar.

Untuk aktiviti hari pertama, kami hanya jalan-jalan taman yang ada kerana masa agak suntuk. Kemudian kami ke kilang karpet yang memang jadi idaman ramai. Nak kata murah tu, takde lah murah mana, cuma kami dapat belajar cara nak buat karpet. Memang susah juga pembuatan karpet nie. Memang teliti habis. Kalau orang yang tak sabar, mau dibakarnya benang-benang tu. Hanya yang buat karpet sahaja memahami.

 Singgah lunch dulu. Kita buat sesi suai kenal perut kita perut dengan Briyani Kashmir

 Ke garden seterusnya

Shalimar Bagh

 Gegadis berposing sebentar

 Macam ada unsur-unsur monumen di Beijing sedikit

Mereka je yang mampu manja cenggini

Bila lelaki berposing… (From Mior’s lense)

Spring in Kashmir –  is all about flowers and colors

 Hady try his best to jump and grab the flowers (Photo credit : Hady)

Ke kilang karpet, kami dibawa ke tempat pembuatan karpet itu sendiri. Pakcik ni punya marketing memang kalah Azizan Osman. Power sangat cara dia terangkan pasal karpet.

 Dihidangkan dengan saffron tea yang perghhh power woi!

 Bila dihidangkan dengan karpet lembut buatan tangan orang Kashmir, masing-masing merangkak tau!

Pulang ke houseboat dan dinner beramai-ramai. Inilah keunikkan houseboat paling aku suka. Macam duduk kat rumah. Balik je rumah, ada lauk terhidang atas mejaaa woooo. Bukan lauk biasa-biasa, lauk macam lauk makan beradap kat kenduri. Kami pun duduk beramai-ramai sambil menjamah jamuan air tangan ikhlas chef houseboat kami. Selazat air tangan bonda kat kampung ye. Fuh!

Dinner di houseboat yang tak pernah mengecewakan. Malah berlebih banyak gile. Sampaikan rasa bersalah kalau tak habis makan.

Habis bersantap, kami semua pun pulang ke bilik masing-masing. What a longgg day untuk kami. Dengan flight delay segala. Tak daya badan nak lepak-lepak tengok barang jualan pedagang-pedagang houseboat. Kami nak tido je ni. Good night!

 

———————————————————————————————————————————

Untuk yang masih mencari travel buddies ke Kashmir, jom kite!  Korang boleh date mana yang sesuai untuk kite sama-sama backpacking ke Kashmir :

25 Julai – 1 Ogos 2018 (Limited seats)

17 -24 October 2018

21- 27 Feb 2019

7 – 13 March 2019

21 – 27 March 2019

3 – 10 April 2019


Xo,

Safura

3 thoughts to “Budget Trip ke Kashmir : Tulip Garden & Dal Lake”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *