Budget Travel ke Australia : Melbourne Part 5

Wow! Terlalu pantas masa berlalu sekarang. Sedar tak sedar kita dah nak sampai ke penghujung bulan Mei. Ini petanda aku kena settlekan jugak post-post travel ke Australia secepat yang mungkin. Lagipun, ramai jugak yang katanya nak pergi Australia dalam masa terdekat nie? Wah! Wah! Baguslah kalau semuanya dapat berjalan ke sana. Luas permadangan, luas lagi ilmu yang kita dapat. Okaylah, jom kite sambung-menyambung kisah aku di Melbourne untuk hari ke-5.
———————————————————————————————————-
Pagi itu, kami bangun awal sebab nak catch early train to Queen Victoria Market. Early? How early we were? Ha, 6.30am ye…Kalah mak-mak yang nak pergi market awal pagi macamni. Ahaks! Lagipon, ini adalah hari terakhir kami di bandar Melbourne. So, kami kenalah awal sebabnya kami nak manfaatkan harini sebaik-baiknya sebelum bertolak ke Sydney pulak.

Keluar dari Malaysia Hall, kami terus ambil tram ke Flinders Street dengan harga 3.50AUD per tag. Turun di Flinders station, kami terus ambil tram no.75/57 untuk ke laluan Queen Victoria Market. Sebenarnya if nak lagi senang, korang boleh naik City Circle Tram je. Lagi mudah and PERCUMA lagik. Tak payah nak pening-pening kepala fikir tambang bagai kan? Cuma, korang kena lewat sedikit lah dari kiteorang yang awal sangat nie.


Since kami ni always dalam keadaan confused, dalam train, kami tak segan silu untuk tanya seorang auntie  tentang stop Queen Victoria Market yang kebetulannya die pun nak pergi market jugak. So die terus cakap, ‘Follow Me’. Haaa…memang dorang ni baik tau! Of course I will follow you…hehehe… Sampai saja di station Queen Victoria Market, Auntie ni terus ajar kami macamane nak pergi ke souvenir shops. Memang aku berterima kasih sungguh sebab berjumpa dengan orang yang suka membantu antara satu sama lain. Terbaik!

Inilah Queen Victoria Market

Sebenarnya, kami sampai terlalu awal di QVM. Semua kedai pun tak bukak lagi. Jadi, apa kami buat, kami berjalan-jalan sambil survey-survey harga barang ‘basah’ di sini. Nampak fresh giler bila tengok ikan, daging, ayam and cheese dorang. Jealous lahhh tengok barang-barang dorang ni… Kalau aku duk sini, mesti aku lah yang paling rajin pergi market and paling handal dalam masak memasak. Tapi apakan daya, aku hanya mampu verangan tak sudah-sudah…

Apa yang aku perhatikan, memang pasar ni sangat-sangat bersih. Kalau bawak budak-budak yang jenis suka baring tunjuk perasaan atas lantai tu, ha eloklah suh dorang landing kat sini. Bersih dan suci gitu. Jauh beza if nak compare dengan tempat kita yang agak berbau dan berlecak meriah siap boleh slide bagai. Suasana dan keadaan di sini lebih sistematik. Bagi aku, memang tenanglah kalau nak membeli barang-barang…


Fresh meat

Cheese dia memang bombastik!

Bread shop

Cili gantung

Tea shop

Vegesssss. Fresh sungguh

Tak mampulah posing camnie kalau kat pasar kita

Outside got cafe

Entering souvenirs area

Sambil kami bersiar-siar dalam pasar, tak perasan yang jam telah menunjukkan pukul 10.00am. Jadi, kedai-kedai yang menjual souvenirs dah mula punggah-punggah barang untuk start menjual. Aku and Shima pun duk sibuklaaah jadi tukang survey harga-harga barang dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Memang korang kena jalan, survey and bargain before nak beli sesuatu. Kalau tak buat macamtu, nanti korang akan menyesal bila korang boleh dapat harga murah tau. Memang confirm korang akan rasa, alaaaaaaaaaaaa!

Tips : For fridge magnet, the cheapest you can get is 8pcs-10AUD. T-Shirt I Love Melbourne : 1pc for 5AUD. Kalau sweater Australia with hoody, ada 1 kedai ni jual 10AUD je untuk 1pc.


Souvenirs

Kena take note operating hours dia ye

Kat sini, memang syurga untuk mereka yang suke sweater, trench coat or even cardigan. Murah uols. Since memang aku pasang niat nak bagi Opah sweater, aku pun singgahlah kat satu kedai uncle yang aku sangkakan Cina Malaysia. Tapi die sebenarnya orang Vietnam. Bila aku dengar je Vietnam, aku terus tanya,

Safura : “Which part of Vietnam are you from?”

Uncle : “I’m from Saigon”
Safura : ” Hey, I went to Saigon last year”
Uncle : “How do you find Saigon?”
Safura : “Errrr, to be honest, orang kat sana agak kurang sopan *aku dah siap-siap translate*
Uncle : Yes, agreed with you.

Waaaaa! Aku ingatkan aku je ada experience camtu, rupanya orang dia sendiri pun cakap benda yang sama. Bila dah start conversation, macam-macam cerita die bagitahu kat aku. Especially, cerita pasal perang dengan US and kisah die jadi pelarian di Australia. Betapa susahnya hidup dia bila mula-mula sampai di sini. Nak mulakan hidup di negara orang bukannya senang. Macam-macam dugaan yang die terpaksa tempuh. Tapi, sekarang semua tu hanyalah tinggal kenangan pahit dalam hidup dia. Sekarang hidup dia lagi better jika dibandingkan dengan dulu.


Sempat jugak dia kata yang dia sangat suka cara pentadbiran demokrasi di Malaysia. Aman dan sentosa gitu. Paling die salute adalah sewaktu Malaysia di bawah pimpinan Tun Mahathir kita. Sempat jugak dia bagitahu yang dalam negara Asia, Vietnam patut contohi Malaysia compared to negara yang lain. Terus aku rasa bangga jadi rakyat Malaysia. And korang pun patut rasa macamtu jugak tau…


Boleh tahan lama aku dan Shima berborak dengan uncle tu. Dalam borak-borak tu, aku ada tanya jugak, tak nak ke balik Vietnam and dalam masa yang sama you can spread the Australian culture in your society kan Die terus gelengkan kepala sambil tersenyum. Mungkin dia lebih selesa di negara Australia yang mungkin dianggap lebih bagus dari negara asal beliau. Lagipun, dah berpuluh tahun hidup di perantauan, mungkin dah terbiasa dengan cara hidup di sini. Betul tak?


Habis berborak, aku pun terus beli sweater untuk Opah. Over lah kan, dah borak sikit punya lama, then tak beli pulak. Propa sangat tau. Sebelum aku bergerak, aku sempat cakap kat dia, All the best to you. Ikutkan hati, nak berborak panjang lagi. Tapi apakan daya time is so jealous with us. Jadi, berlalulah kami dari kedai uncle tu dengan satu perbualan yang takkan aku lupakan.



Uncle Vietnam yang aku ceritakan

QVM FREE Bus shuttle 

Tempat lepak pasar ni dah macam kat Publika


So, habis bershopping, kiteorang terus menuju ke Malaysia Hall untuk hantar barang-barang shopping ke bilik. Since masa pun dah pukul 1.00pm, kami hanya tinggal 5 jam je sebelum waktu gelap *ha, motifkan kira lagi bapa jam nak gelap*…Kami cepat-cepat bergegas keluar untuk ambil tram yang menghala ke St. Kilda.


Dari MH tu, korang hanya perlu ambil tram yang menuju ke St. Kilda bernombor 96. Hanya beberapa minit perjalanan, korang akan sampailah di St. Kilda stop. Memang dekat giler lah. So turun je dari tram, kami terus berjalan ke area St. Kilda Beach. Time turun tu, kiteorang nampak jugak Luna Park, satu taman tema yang sangat popular di Australia. Tapi malangnya, time kami datang tu, dorang tengah renovate. Jadi, kiteorang pun tak boleh masuk. Tengok dari jauh aje lah nampaknya ni…


Menunggu tram di sini

Waiting for tram style


Tram dah sampai but not for St.Kilda route

BEWARE or AWAS. Can you spot it?

Luna Park tengah pakai braces


Snap few pictures, kami terus menuju ke St.Kilda Pier pulak. Temanya, nak jalan-jalan sampai hujung then boleh lah lepak tepi batu-batu sambil tengok penguin sekali lagi. Tapi, takde rezeki untuk tengok kali ke-2. Dorang tengah renovate jugak tempat tu. Dengarnya, dorang tutup sampai bulan September 2013? Betulkah? Nanti korang tolong confirmkan balik lah. Tapi, apa-apa pun, nasiblah first day kat Melbourne dah merasa tengok cutie pie penguin ni. Kalau tak, tambah lagi reason nak me-repeat Melbourne ni.


Me and grass konsepnya

Shima dan walkaway katanya


Hanjing tidak dibenarkan pada….Harap maklum


Apa yang aku perhatikan, suasana petang kat sini boleh tahan meriah. Macam-macam activities boleh buat. Main pasir, jalan-jalan, fishing and berenang *kulit apa korang pakai swimming tengah-tengah sejuk ni* Memang setiap saat kat sini, mesti dorang penuhkan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Untuk kami? Haruslah lepak, borak-borak sambil makan kuaci and chocolate tepi beach. Itu dah jadi activity wajib setiap kali stop untuk berehat. Kuaci is a must!


Selesai melepak di pantai, kami berjalan pulak ke St.Kilda street. Di sini, lagi meriah uols. Siap ada small shopping mall di mana letaknya our favorite grocery shop, Coles. Wey korang! Kalau berkesempatan datang kat Australia, wajib tau masuk Coles. Best giler! Rambang mata tengok barang-barang dapur dorang. Tapi yang tak best, kene baca ingredients untuk avoid segala benda yang HARAM. Memang penat ye nak identify si 403 dan adik beradiknyaaaa….


WAJIB beli chocolate nie. Sedap tak terkata

Bought from Coles


Suasana di sini

View yang mengagumkan


Under construction -_-

The signboard

Tapak Sulaiman yang ditangkap oleh orang Vietnam 


The pier

Shima in action

Awesome view at St.Kilda


Boleh buat cover album tak?

Dessert shop in St.Kilda


Spotted! Proud lah


Way to Coles 

Balik dari St. Kilda, kami terus bergerak pulang ke MH. Barang-barang kena kemas sebab esok pagi dah nak bergerak ke Sydney pulak. So lepas siap pack barang, lepak-lepak dulu dengan warga MH Melbourne yang memang friendly habis. Yelah, bukan selalu dapat melepak macamni, tambah-tambah di Melbourne. Terus terasa macam kami berada di rumah sendiri. Bila cukup time, kami terus balik bilik dan tido.


Oh lupa nak bagitahu, untuk transfer from MH ke airport, kami book kat Starbus. Kami sempat book semalam time kami di Melbourne Central. Elok pulak time tu, kami berada di Melbourne Central dan ada WiFi FREE. So kami google pasal Starbus and terus call dorang sambil bagi details seperti nama and pick up address. Satu yang korang kena ingat, Starbus ini akan extra-punctual jemput korang depan pintu. Wajib keluar 10 minutes before waktu yang korang janji suruh die pick up. Itu pasti ye. Kalau tak, sia-sia je kena tinggal. Tentang bayaran, bila dah naik, korang terus kena bayar 25AUD.

So, malam terakhir di Melbourne…Inilah cerita kami di sini. Baru beberapa hari, dah macam-macam yang jadi. Apa pulak cerita kami di Sydney? Boleh ke kiteorang survive di bandar yang agak berbeza dari Melbourne? Haaaa…Nantikan cerita berikutnya pulak ye!

8 thoughts to “Budget Travel ke Australia : Melbourne Part 5”

  1. salam ade nk tanye ni.we cannot cook at malaysia hall rite?i read somewhere mention that we have to pay for the meal.do u know exactly the price for the meal?

    thank you

  2. Menarik sungguh story awl pasal Melbourne nie, xsangka jmpa shima kt blog nie,sy kwn skolah dia dlu.ape FB Shima erk.. mmg tgh servey2 nk ke sana ni..InshaALLAH,thanks 4 ur info. menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *