Budget Travel ke Australia : Melbourne Part 4

Untuk hari ke-4, kami bangun seawal yang mungkin supaya tak stuck dalam traffic jam and terpaksa hantar kereta lambat. So gigihlah kami berdua bangun and bersiap pepagi tu…Since Shima pun dah naik fobia nak pegang kereta sewa kami, aku terpaksalah drive dari MH ke East Coast office. Kami sampai di depan office East Coast 7 minit sebelum pukul 9.00am. So, Shima terpaksa berlari ke dalam ofis untuk tanya kat mana perlu kiteorang park kereta ni. Aku terpaksalah tunggu dalam kereta sebab bukannya boleh parking sesuka hati macam kat Dataran Merdeka tu kannnnn…

Bila Shima keluar dari ofis East Coast, die terus berlari masuk kereta and bagitahu yang kiteorang kena park kat tempat yang kiteorang amik. So die kene buat satu round lagi and park kat dalam bangunan tu balik (basement tempat collect kereta). Kat situ, memang ada staff die akan tunggu siap sedia dengan iPad. Jeng…jeng…*serammm*


Bila dah stop, aku terus matikan enjin siap-siap untuk keluar dari kereta dengan perasaan blur tak sudah-sudah. Hanya Tuhan yang tahu perasaan kiteorang time tu. Aku dan Shima diam je tanpa sebarang kata. Kalau apa-apa nak jadi lepas ni, kami redha uols! Sebelum keluar tu, sempat jugak aku kutip 2-3 kulit kuaci yang bertaburan atas seat kereta. Punyalah takut nak buang kat luar, jadi aku simpan saje dalam handbag uols. Manalah tahu, kalau sebab kuaci ni pun kene denda ke kan (sebab korang kena make sure bersih macamane condition korang pinjam tu). Memang aku pakai rambut palsu, nyanyi lagu Pasrah tepi kereta Swift tu


Aku serahkan kunci kereta pada mamat yang bekerja di situ. Die terus check semua benda and pegang iPad die sambil check-check something. Aku memang tak pandang langsung muka mamat tu, buat-buat macam tengah tengok side mirror. Motif sangat kan? Then, mamat tu bukak document dalam system iPad and terus baca something. Aku lagilah nervous tak ingat…


Tiba-tiba, mamat tu bersuara, “Okay done, case close! Thank you”. Haaaaaa? Case apa yang close? Aku and Shima dah memang di Persimpangan Dilema ni, boleh pulak buat kejutan macamni! Aku pun cakaplah, ‘Oh, that’s it?” Die pun dengan senyuman yang paling manis menjawab, “Yes that’s it!”


Ya Allah, aku bersyukur yang teramat sangat dengan confirmation yang mamat ni berikan. Terus aku peluk Shima sambil cakap, babe, we are free from any penalties!!!! Rasa nak bagitahu the whole world. Kiteorang terselamat dari upacara saman-menyaman. Resah gelisah 2 hari kami akhirnya terjawab jugak. Syukur! Lega.Gembira.Jom shopping…


Haaaa…giler tak happy? Aku rasa, penyeksaan tu masih terasa sehingga ke hari nie tau. Aku tak akan boleh lupa betapa clueless nya kami sepanjang 2 hari di sini. Even dalam hati tu, sempat jugak tanya, confirm ke tak da apa-apa ni? Yup. Itulah gundah gelananya kami berdua bila deal dengan kereta sewa hahahah! Jadi, semuanya dah terjawab! Jadikan itu sebagai satu pengalaman paling manis yang akan aku ingati sampai bila-bila. Phewww!


p/s : Mungkin none of us pernah driving outside Malaysia and terlalu risau dengan macam-macam. That’s why lah jadi macamni. Anyway, untuk mereka yang taknak drive ke GOR. Korang boleh ambil public transport to GOR dengan V-Line. Tak silap aku, hanya ada weekdays je. For more info, please visit this link —> V-Line


Orang kata buang yang keroh, ambillah yang jernih. So inilah masa untuk kami sambung misi untuk explore dan explore. Kami terus memulakan langkah keluar dari basement dan menuju ke jalan besar. Hari ni, kami memang taknak keluarkan satu sen pon duit transport. Sebabnya kami nak berjimat sakan. So apa kiteorang buat, kiteorang ambil sahaja City Circle Tram untuk ke mana-mana destinasi idaman. Since East Coast ni sangatlah dekat dengan RMIT and Victoria Library, kami terus menuju masuk ke dalam 2 bangunan tersebut.


Pay and charge your phone 

Unique sungguh

Information board near library



Uniknya RMIT ni


Jom melintas untuk ke library


Victoria Library


Whatchu looking’ at?


The interior makes me waaaa! I like it


Too early for library? Not for Melbourners


I’m in action


Well-known Indonesian Cuisine


Gong Cha in La Trobe


Chinatown

Lepas dah round-round area situ, kami terus berjalan untuk mencari satu grafitti yang betul-betul menarik perhatian aku sebelum datang ke Melbourne lagi. Nasiblah aku sempat snap gambar graffiti tu and nama ‘lane’ di mana letaknya lukisan tersebut. Since malas nak lost and found area city ni, aku terus tanya dekat staff INFORMATION yang sentiasa ada di sekitar bandar untuk tolong tourist yang hilang arah macam kiteorang ni.

Inilah yang aku puji tentang bandar Melbourne. Kalau kita sesat atau ragu-ragu tentang jalan kat sini, korang boleh cari mereka yang memakai uniform merah. Selalunya mereka ni adalah warga emas yang sudi membantu tourist sambil bagi map FREE. Best kan? So, jangan risau kalau korang tak hafal jalan pon. Dorang pasti membantu orang-orang yang penuh dengan keraguan macam kami 🙂


Out of 3, only 1 uncle knew about the graffiti


Us with them

Dan seperti yang information people guide, kami akhirnya jumpa jugak graffiti yang sungguh menarik minat aku. Aku gelarkan art ni sebagai Mohon Doa Restu. Haaaa…jangan main-main. Bahasa Melayu ada sampai ke Melbourne hokey. Even aku tak sure samada ini adalah hasil seni orang kita atau dari negara jiran, tapi kite tetap serumpun dalam memartabatkan bahasa jiwa bangsa. Ha nampak tak, betapa bangganya aku bila tengok hasil seni yang macamani? Okay, korang dah boleh vote I untuk next calon yeeeee…

Oh I forgot the name of this shopping mall which led us to Exploration Lane

And here we are

No.117 and let’s Mohon Doa Restu

Thanks to the bike as my additional props

And I just can’t get enough of this



Heading to where we belong but lost in Chinatown

Why you guys so so so creative?

Habis berjalan kat area situ, kiteorang terus ambil free tram untuk ke Harbour Shopping Mall. Al-maklumlah, bila semua dah terjawab, barulah berani nak tengok price tag. Time kat sini, memang rambang mata habis. Kiteorang ingatkan Harbour Town ni adalah salah satu DFO kat sini. Rupanya bukan ye…So habis je round kat area situ, kiteorang terus bergegas ke DFO SOuth Wharf. Utk ke sini, korang boleh ikut direction di bawah:
1) Naik City Circle Tram and turun di World Trade Centre/ Victoria Police Museum or berhenti kat Stop D5
2) Dari situ lintas jalan ikut traffic light yang ada
3) Jalan dalam few steps and korang akan nampak footbridge (Yarra River) menuju ke satu bangunan
4) Bila dah habis jalan atas bridge, korang perlu belok ke kanan.
5) Tadaaaa! Nampak je signboard DFO SOuth Wharf, silalah masuk dan sediakan duit banyak-banyak untuk shopping kaw kaw!


City Circle Tram stop near Melbourne Central Mall

Most of them are tourists, teens and senior citizen

Me and Shima in the City Tram

Harbour Town

Banyak factory outlet kat sini

All 50%

Souvenirs shop tapi tak beli sebab kat Queen Victoria lagi murah

Stop here for DFO South Wharf

Melintas ke arah sana

Until nampak this bridge, belok kanan

Rugi tak naik basikal nie 🙁

Bike is everywhere tapi yang ini betul-betul unik

Korang KENA try this dessert yang aku beli dalam DFO. Harga : 4.50AUD. Awesome!


Kiteorang memang seronok tengok barang-barang yang ada kat sini. Semuanya murah-murahlah. Sempat jugak aku beli jam tangan Fossil dengan harga yang memang takkan korang dapat kat Malaysia even ada sale pon. So, be prepared bila korang masuk DFO ni. Untuk kaum-kaum ibu, pinggan mangkuk pun ada jugak. Jangan lupa beli baggage banyak-banyak bila datang ke Melbourne. Memang berbaloi-baloi.


Selepas membeli belah di DFO, kami teruskan perjalanan dengan menunggu FREE tram yang akan membawa kami ke Flinders Station. Disebabkan tema harini ialah FREE of charge on public transport, katanya nak sangat explore the city by foot. Jadi, dengan bangganya, kiteorang akan berjalan from Flinders Street terus ke Malaysia Hall. Haaaa, kalau nak seribu daya, taknak seribu dalih. Tapi, aku sarankan jangan buatlah. Unless, korang memang fit, travel slow and steady. Or else, 1 jam berjalan tu, mau meraung tapak kaki.

Sebelum mulakan perjalanan tu, kami memang dah siap-siap beli fast food yang quite famous di kalangan orang Malaysia. Ianya tak lain tak bukan, LORD OF FRIES. So nak jugaklah kami merasa fries yang menjadi pujaan ramai ni kan. My personal view on this fries (wah! Macam Maria Tunku Sabri gitu) – Kalau korang memang suka benda-benda berlemak cream disukai ramai, ini adalah pilihan yang sangat tepat. Kalau bukan penggemar benda-benda yang seangkatan dengannya, aku rasa better korang beli yang kecil and kongsi ramai-ramai. Insyallah, kemuakkan-nya akan dirasai beramai-ramai. Sekian itu sahaja review tentang Lord of Fries.


Sempoi-ness LOF staff

Medium portion for 2



Perasmian oleh Kak Mah

Ready for a long walk with Lord of Fries?

Pass by Alexandra Gardens

Our late lunch and early dinner for 2 venue

In love with this leave



And this is our complete meal of the day

Sambil-sambil kami jalan tu, sempat jugak kami stop di Royal Botanic Garden untuk menjamah bekalan yang dibawa dari MH pagi tadi. Ha, bekalan pagi tadi, tapi dah nak gelap baru kami mula berselera untuk menjamah selera. Memang kami kurang makan bila berada di sana. So, bila betul-betul lapar sahaja baru bukak bekalan. Time tu, suasana pun dah nak gelap. Jadi, memang kami pantas je bergerak dari situ. Habis makan, terus berjalan pulang ke Malaysia Hall. Perjalanan dari Flinders ke MH adalah straight je. So memang senang untuk kami hafal jalan untuk pulang. Sampai di MH, kami terus masuk bilik and zzzzzzz *ha, time nilah baru terasa sengal sungguh kaki berjalan jauh* Nak sangat kan?

9 thoughts to “Budget Travel ke Australia : Melbourne Part 4”

  1. babe…this is the most informative blog abt Syd+Mel I ever read..most places yg i nak pergi using public transport u ade cerita…i loike da very lah..tenkiu sgt2

  2. uolz… camner pergi RMIT tu?ala2 dekat sgt ke dgn Victoria Library bagai tu..naik tram turun mane?ape landmark dia?sng x nak cari

  3. Hi Anonymous,

    RMIT nie memang dekat sangat! Melintas jalan sahaja, dah boleh sampai. Kalau nak naik FREE Tram, turun sahaja di La Trobe…. Kat situ betul-betul berhenti tengah-tengah jalan. Nanti boleh nampak RMIT and library. Kalau unsure jugak, die dekat jugak dengan Melbourne Central.

  4. tenkiu uolzz…ade soalan tambahan berbunyi begini:
    1) uols punya gambar very da cantik2 kualitinya..guna kamera ape ek?brand ape?

    2) klu nk ronda2 city CBD beter on Ahad ke weekday biasa? sbb i punya days di Mel very da sekejap temanya..i cuma allocate Sunday+Mon+Tues utk Mel. GOR tu nk pegi Mon.so antara hari Ahad and Selasa tu nk spend utk city (including QVM+grafity alley,etc).hari.mana lg best utk discover city dan sekitarnya?

  5. Sama-samaaaaa… ini pulak jawapan kepada soalan tambahan itu :
    1) Terima kasih! Pakai digital camera je. Sony….
    2) Better ronda hari Ahad, sebab kan, Ahad boleh pakai MyKi pass dengan hanya 3.50AUD pergi je mana2 zone… Bayar banyak tu je..Hari lain boleh naik City Circle kalau nak jimat dekat MyKi Pass.

  6. salam…
    best sangat baca your blog. plan nak g melbourne next year. probably during autumn. thanks for the details, sangat2 informative and pictures pun semua cantek2.. rasa nak print jer as our guideline masa kat sana nanti. boleh tak? (ni nak mintak permission ni.. 🙂 )
    p/s: mood sedih sbb MH dah naik harga..

  7. Boleh…gunalah as your guidelines, nanti senang kalau kat sana nnti. And don't worry orang-orang sana semuanya helpful… Oh ya, harga MH tu memang naik betul-betul lepas kiteorang balik tau. Harga baru still okay I rasa. Sebab ada dengar-dengar Tune Hotel Melbourne nak bukak with starting price 147AUD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *