Budget Travel ke Australia : Melbourne Part 3

Salam 1 Malaysia semua! Apa khabar anda semua? Dah ready ke nak sambung citer balik? Haa…Kali ini aku akan sambung balik cerita tentang journey aku ke Australia. Aku harap sangat semua info yang aku bagi dapat sedikit sebanyak membantu korang semua yang memang plan nak ke sana. Aku pun pernah rasa perasaan nak tahu semua benda before kite sampai ke destinasi idaman. Kalau boleh semua info nak bawak and ingat dalam kepala ni haaa…So, inilah tujuan blog ni dihasilkan. Sebagai panduan uols, weols and iols jugak…Dah…dah…jom kita sambung balik cerita Part 3 pulak
——————————————————————————————————————-

Korang masih ingat tak kes kiteorang takut kena saman tu? Haaa…Inilah nak sambung cite balik. Bangun pagi tu, kami memang ceria habis. Konsepnya, redha dengan apa-apa pun. Tak kiralah apa nak jadi lepas ni, kami redha dengan segalanya. Tapi, Shima ada jugak suruh call office East Coast, mana tahu, boleh tanya berapa saman yang kiteorang kena…But, pada pendapat aku, dah alang-alang rasa kena saman tu, biarlah esok je kiteorang tahu time nak pulangkan kereta. Barulah gempak kan? So, untuk hari ni, bak kata PUTERI, kite enjoy dulu! Usah dipikirkan benda dah jadi, alang-alang nak sedeh, baik kita happy dulu 🙂


Since kami dah sepakat untuk ‘lepaskan’ Mornington Peninsula and Philips Island, plan hari ini adalah sepatutnya plan hari ke-4. Tapi, kami tak kuasa nak drive lagi dah. Sudah Cukup Sudah bak kata Nirwana Band. Letak je kereta tu kat parking MH, senang cerita. Jadi, selepas bersiap pagi tu, kami terus bergegas ke Puffing Billy dengan menaiki train. Perjalanan dari Malaysia Hall ke Puffing Billy mengambil masa lebih kurang 2 jam. Directions : From Malaysia Hall, kami naik tram sampai ke Flinders Street. And then from Flinders tu, kami amik train sampai ke Belgrave (tak silap platform 2). Since time itu ialah hari Ahad, jadi kiteorang pun hanya spent dalam 3.50AUD aje untuk transport. Jadi, kiteorang memang jimat habis lah pada hari tu…


Tips : Travel dengan public transport on weekend – 3.50AUD (unlimited zones). Boleh visit website MyKi untuk more info 🙂


Top up our MyKi pass dulu

Vandalisme even dalam train

Me and Shima looking damn tired


Sampai di Puffing Billy, kiteorang hanya berjalan di sekitar kawasan train lama tu je. Takdelah pulak nak naik bersiar-siar dengan keretapi wap fesyen lamo-lamo ni. Dapat bergambar pun dah kire okaylah tu kan…Yang penting, posing atas train lama itu, harus ada yaaaa…Harga yang dikenakan untuk naik train itu ialah 22AUD/per person. So, kalau korang berminat untuk rasa experience macamni, better korang beli aje ticket tu.


Tips : From Belgrave Station, korang kena keluar dan pandang kiri untuk cari line biru yang merupakan jalan shortcut ke station keretapi lama itu.


Belgrave station line 2

Follow this blue line. Tak payah nak keluar dari train station

Inilah train berwap di sini

This officer tengah check something before depart

Driver sedang tengok telatah passengers

Inilah train yang boleh keluar-keluar kaki tu

Jangan pelik sangat la adik-adik. 

Sambil kiteorang jalan-jalan and posing tu, kami terserempak pulak dengan kaum Malaysia. Ha….apa lagi kan, berborak tak ingat dunia laaa…Macam-macam kiteorang tanya. Kata, jumpa kaum-kaum kan? Rupanya dorang ni pun pergi GOR semalam and sewa kereta kat East Coast jugak. Ish, kalau tahulah, memang dah lama ajak dorang carpool aje. Mesti best kan?

Time borak-borak tu, kiteorang ada lah cerita sikit tentang kes GPS berbunyi sebab over the limit tu. Then dorang pun cakap, eh kiteorang banyak kali kot berbunyi tapi takde apa-apa pon. Wah, nampaknya peluang kami cerah untuk terkeluar dari saman due to speeding. Tapiiiii, kami ade buat beberapa lagi kesilapan. Bawak slow, duduk lorong tengah and then lagi satu tu, RAHSIA lah heheh *please jangan gelakkan kebodohan kami tau*


Then, dorang cakap, takde apa-apa kot. Haaaa…yakin lah jugak dalam 10%. Tapi lagi 90% tetap tak boleh lupa. Hmmm takpelah, kite kena move on walau macamane pun! Habis berkenalan, kiteorang pun terus make a move to Belgrave train station. Next destination adalah my super favorite spot in Melbourne selepas GOR. Tempat ni memang relax and calm habis. Sesuai untuk jiwa kacau macam kami ni. Hahahahha…

Met Malaysians in Puffing Billy

Souvenirs for herself

Postcard for me



Jadi, from Belgrave, kiteorang tukar train di station Richmond dan amik platform no.2 ke Sandringham line untuk menuju ke Brighton station. Yeahhh! We are going to Brighton Beach pulak. Kat sini, korang boleh feeling-feeling macam kat Mornington Peninsula yang famous dengan Colorful Bathing Box. Memang terbaiklah. Tak payah pergi jauh-jauh pun. Semuanya hanya guna public transport sahaja. Dan orang di situ kata, kalau kita nak berjalan from St.Kilda to Brighton Beach pun boleh. Mesti view dia lagi terbaik kebabas kan..

Sampai sahaja di Brighton station, kami keluar dari train, cari jalan ke pantai and kami terus bukak bekalan yang memang kami bawak sebab temanya di sini ialah ber-picnic di tepi laut. So, sambil jalan-jalan menikmati angin sejuk-sejuk tu, kiteorang sempat kunyah chips and biscuits. Kat sini, suasana die sangatlah tenang! Ramai jugak tourist yang datang untuk bergambar dengan bathing box tapi orang-orang Australia tetap dengan aktiviti wajib mereka iaitu – bersukan.


Dorang ni kat mana-mana pun, kalau ade peluang, mesti dorang akan bersukan. Sukanya cara hidup yang macamni. Dahlah cuaca korang best *mungkin autumn jelah kot best* So memang I is jealous lah! Dekat sini jugak, korang boleh tengok macamna local spent their time with family. Memang seronok tengok cara hidup dorang ni. Especially bila dorang layan pets and kids. Very sopan santun gitu. Penyayang kekdahnya dorang ni.

Sila turun di sini untuk tukar ke Sandringham line

Syahdu je cuaca time ni…Tapi bila angin, non-syahdunya

Dalam train

Once arrived, you need to cross the road using this tunnel

And here we are

Please beli benda ni…Sedap giler! *credit to Mr. Syahdu yang belanja kiteorang*

Di tepian pantai

Spot this : Jellyfish *besar giler*


Looking at the view *breathtaking*


I love these birds, dorang macam proud bird katanya


Aku dah Shima memang sakan bergambar kat sini. Sambil-sambil tu kami berangan jugak if satu hari nanti ada pantai di Malaysia yang sudi adapt this idea untuk attract more people to visit Malaysia. I bet mesti ramai yang nak beli and buat corak yang super creative.Kalau tanya aku, haruslah aku nak buat gambar Britney Spears kan. Mesti meleTOP satu pantai! Siap ada lagu Oops I Did It Again lagi sebagai lagu tema bathing boz tu.. Dah jangan mengarut…


#ootd katanya

Yay! Sudah sampai



Ini rumah ketua kampung, so die jauh sikit from the rest *tipu je*

Macam main rumah-rumah time kecik

Satu-satunya rumah yang ada orang

Ha inilah rumah-rumah kecil yang ada di sini

My first photo with this bathing box

Shima and kangaroo

Ini pun cute


Color block jugak temanya

*ini gambar verangan*

Poser in Brighton Beach

Australian wannabe

Me and orange+purple box

Oh, this is my favorite! Serious ini paling bombastic


Ini pun


Since Melbourne sekarang tengah mengalami musim luruh, jadi pukul 5.30pm, hari pun sudah gelap gelita. Sebelum gelap, kiteorang pun berlalu meninggalkan Brighton Beach. Memang tempat ni sangat tenang untuk chillax bersama kawan-kawan atau yang tersayang. Kalau ada kesempatan ke sini, please datang sini tau. Bukan buat Marketing ye, tapi sekadar berkongsi.


Kami turun di station Flinders selepas beberapa minit berada di dalam train. Sampai je Flinders, kami terus ke Melbourne Visitor Centre untuk collect Great Ocean Road booklet. Bukan apa, buku yang dipinjam kepada kami, dah ‘membanjir’ dalam bag Kak Mah. Die ni memang ratu tumpah air dalam bag. So terpaksalah ganti yang baru. Nasiblah Melbourne ni sangat tourist friendly, so semua pamphlet/ fliers and booklets free untuk tourist di sini.


Sampai sahaja di MH, kami terus contact Abang Aznil untuk mintak tolong dia temankan kami isi minyak dan tunjukkan jalan untuk ke East Coast Car Rental office. Ha mungkin ramai yang dah tahu and lagi ramai yang nak tahu tentang proses sewa kereta di sini. Kalau pinjam kereta tu, korang akan diberikan full tank. Jadi, time nak pulangkan tu, silalah isi full tank jugak. Jangan mengada nak isi sikit-sikit. Dan the trickiest part, pam minyak di sini harganya tidak standardize. Dia ikut tempat jugak. Jadi rajin-rajinla bertanya kalau nak jimat.


Before keluar, Abang Aznil ajar kami minum Soda Melbourne Style


Abang Aznil teman us ‘habiskan’ minyak dulu then isi balik

Nasib kami memang baik pada malam tu, harga minyak murah sikit dari sebelum ni. Kami isi di Coles pam station. Jadi, kami hanya isi 42 AUD sahaja untuk penuhkan terus tank tu. Balik je isi minyak, terus park kereta kat garage and tido. Esok pagi-pagi kena bangun hantar kereta pulak. Keputusan tentang kena saman or tidak itu akan tahu pada jam 9.00am esok. Haaa, dah macam nak tahu keputusan pilihanraya tau debarannya. Apa-apa pun, kenelah tido dulu. Esok semuanya akan tahu samadaaaa….


Super complicated parking signboard in CBD

Federation Square at night

Dalam 7E in Federation Square

Isi minyak penuh-penuh


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *