Budget Travel ke Australia : Melbourne Part 2

Pagi tu kami bangun dalam keadaan badan yang sangat letih. Tak larat sungguh nak bukak mata, tapi kiteorang harus gigihkan jugak badan ni. Jangan mengadalah nak landing lama-lama atas katil, ni baru hari ke-2 kan…We have 7 days more to enjoy Australia. So, get up and terus mandi!

Nasiblah semua barang-barang kami dah pack. So takdelah kelam kabut sangat pagi tu. Al-maklumlah, nak ber-road trip jauh ni. Semua stock makanan kena ada secukupnya… Kalau tak, mana nak dapat tenaganya kan? After dah ready, kami keluar dari bilik sebab kami kena pergi ambil kereta di East Coast pada jam 9.00pagi.


Tips : If korang nak ambil awal/ return lambat sikit, dia akan ada extra charge tau!


Bila keluar dari bilik, memang rezeki kami pagi tu, dapatlah merasa Nasi Tomato Ayam Masak Merah resepi khas dari orang yang dah bermastautin di Melbourne. Wah keles gitu! Disebabkan Abang Aznil ada urusan di city, jadi die dengan baik hatinya tumpangkan kiteorang ke sana. Terima kasih ye abang. Jasamu kami kenang sampai KL. hehehhe!


Membawa bekalan sedap untuk roadtrip ke Great Ocean Road


Sampai je di office East Coast, kami terus settlekan urusan pinjam meminjam. Satu je yang nak pesan kat mereka yang bercadang untuk pinjam kereta. Card credit itu harus ada dan dibawa bersama sebagai security. Die tak kan charge korang apa-apa pun. Cuma sebagai salah satu procedure di situ. So, jangan lupa bawak credit card yang nombornya timbul. Debit card non-boleh tau. Ingat ye 🙂

Tengah tunggu turn untuk bersidang bersama staff di sini

Pamphlet untuk para peminjam

Settled semua pembayaran, kami turun ke basement untuk collect kereta. Kiteorang dapat kereta Getz 3 doors…Nampak pelik tapi redha je lah kan…Bila dah tengok condition kereta tu, terus kiteorang rasa puas hati sampailah ternampak yang kereta ni sebenarnya manual transmission…Haaaa, ini bukan seperti yang kiteorang book. Even dalam confirmation letter pun, dia tulis Automatic and kiteorang dapat Swift instead of Getz. Patutlah nampak pelik kan?

Kereta Getz yang hampir jadi mangsa kami


Kalau nak redha pun memang tak boleh. Sebabnya, Kak Mah tak boleh drive manual. Giler kalau Cik Pora je yang drive sorang-sorang. Mau kena tido tepi laut lah kekdahnya. Jadi, tanpa membuang masa lagi, kiteorang terus cakap kat staff tu yang kami memang book automatic transmission even dalam surat yang die dah sign tu pun cakap automatic. Terus die cakap, “It will cost you more”.

Haaa… Cost more? Itu perkataan sensitive. Hahhaha…Takdelah sensitive sangat tapi kalau boleh kena lah jadi pengguna yang bijak even outside our territory kan. Mana taknya, dalam surat kata automatic transmission, dah siap sign sume. So takkan nak redha je. Kami pun cakaplah elok-elok kat die, so die terus tengok system. Yes, memang betul pon. Mungkin die terkejut sebab dapat Swift tapi bayaran murah. Haaaaa…Rezeki kami lettewww!


Akhirnya dapat Swift jugak

Hampir sejam jugak ye menguruskan pasal kereta ni. Baru nak sewa je, belum lagi nak beli kereta kat sini. Apa-apa pun, sebelum bertolak, korang boleh mintak tolong staff di sini settingkan GPS supaya laluan korang tu avoid any tolls. Itu bisa diubah yeee…So jangan risau pasal toll dah. Bila semua dah settle, let’s hit the road. We are going to Great Ocean Road bebeyhhhh!

Oops, before lupa. Bila nak keluar dari bandar tu, korang janganlah pulak lupa nak belajar cara untuk buat hook-turn. Ianya adalah sangat penting dan senang once korang tahu conceptnya…Dan hook-turn ni hanya ada di Melbourne sahaja. Ianya adalah disebabkan oleh laluan kereta berkongsi dengan laluan tram. So, inilah uniknya memandu di bumi Melbourne *Thanks to Pradeesh for your tips on hook turn*


Tips : Boleh open video kat Youtube —> Performing Hook Turn – untuk belajar buat hook-turn or korang boleh perhatikan cara buat hook-turn ni di area city before korang drive tau! Be on the left lane and bagi signal untuk ke kanan. Maju ke depan sikit. Duduk tepi diam-diam sampailah lampu merah, then turn right. Simple je. But careful ya 🙂


Dengan bacaan Bismillah, kami pun memulakan journey pahit manis meredah Great Ocean Road. Menurut kata Abang Aznil, instead of going to Apollo Bay, adalah lebih baik kalau kiteorang pergi ke Port Campbell melalui Colac. Sebabnya, perjalanan ke sini adalah sangat panjang. It takes about 4 hours just to reach the first peak point (which was true). Then, kalau kiteorang lambat, kiteorang mungkin tak sempat nak tengok the most spectacular view, 12 Apostles. And bila dah lewat, jalan balik ke melalui Colac tu agak gelap kalau dah malam. So better do Melbourne Style lah. Barulah berjaya!


Lagipon, kalau nak ikut logic, takkanlah nak patah balik once korang dah tengok 12 Apostles kan? That’s why la wujudnya jalan ke Colac tu. Dan aku rasa, agak bahaya if korang nak jalan situ malam-malam. Which is confirm dah gelap lah bila nak balik. Even kami lalu siang pon, jalan dia tak banyak kereta sangat. Lalu hutan-hutan gitu


In ze car with Shima


M1 Highway


Kereta banyak jugak at this time


Follow M1 Princes Highway or to Geelong


Since kiteorang mendengar kata dari yang pakar, kiteorang terus set GPS ke Port Campbell via Colac. Bila dah pegang aje stereng kereta tu, aku memandu dengan penuh hati-hati disebabkan speed limit yang pelbagai di satu-satu kawasan. Australia pulak kan, memang terkenal dengan undang-undang jalanraya yang boleh menusuk kalbuku. Jadi, korang memang harus berhati-hati. Tetapi, itu semua hanyalah sementara aje…Sedang aku leka memandu (sambil mata tak pernah putus-putus terlepas dari meter kelajuan) tiba-tiba keluar bunyi macam hon lori from our GPS. Punyelah terkejut gile, sampai boleh nampak meter turun ke 30km/j.


Haaaaa, katanya aku dah lebih speed limit. Seingat aku, speed limit kawasan kat situ ialah 80km/h. Tapi dalam GPS tulis 70km/h. So aku dah terlebih 6km/h ni. Ha sudahhhhh! 300AUD sudah dalam tangan. Bukanlah nak cakap apa, kat Malaysia pun tak pernah kena saman, takkan choy sangat sampai kena saman kat sini. Berdebar uols! Tak boleh pikir sudah at that time!


Laluan kami = CBD-Geelong-Colac-Port Campbell

Sejak bunyi tu keluar, aku terus rasa down and hilang mood untuk drive. Since aku ni sungguh dramatic, time tu dah terbayang muka ibu, opah and ayah di kampung (ha over kan?) terus nak cakap sorry, alamatnya tak dapatlah Pooya nak bawak balik Koala Bear…Gigihlah pulak nak kena cari kat Petaling Street mana-mana bear yang seakan Koala. Hmmmm, sampai ke situ terus aku pikir. Memang down giler time tu. Nak ngadu pun, Kak Mah jelah yang sudi dengar 🙁

Disebabkan satu badan dah blur, aku mintak jasa baik Kak Mah untuk drive from Colac sampailah ke Apollo Bay. Ha jauh kan? Gigih Kak Mah dapat sahabat macam aku. Mulanya plan, aku drive pergi, tapi dah jadi camni, aku jadi fobia nak bawak kereta. Al-maklumlah, buatnya kalau terkena lagi saman menyaman itu, mau pokai segala-galanya. Bukan boleh diskaun-diskaun kan? Ha, mintak simpanglah!


Tapi, apa yang kiteorang suka pasal trip ni, even dah macam redha je if kena saman, kiteorang tetap have fun. Temanya, kami tetapkan rule sendirian berhad, di mana no sedih-sedih. Enjoy dulu then baru pikir. Since dah letak rule macamtu, kiteorang tetap meneruskan perjalanan selama 4jam ke Port Campbell. Scenery di sini memang terbaik. Ditambah pulak dengan cuaca yang awesome kebabom, kami terasa bersyukur sangat sebab diberi kesempatan untuk lihat sendiri.


Follow Colac signboard

Here we are, in Colac 


Lembu-lembu comel tengah bersidai

The highest speed limit numbers I can see

Awan kat sini sangat cantik

Ini pun lawa jugak. Tapi time kat sini memang terasa kereta bergegar sebab terlalu windy

Jom menuju ke Port Campbell

Sunyi sepi jalan kat sini, tapi cannot speed

Aku rasa Windows dapat idea buat wallpaper kat sini kot….Macam sama tapi bukan dia


4 jam berlalu dengan begitu pantas apabila kami nampak signboard Port Campbell. Maknanya, kami dah semakin hampir dengan 12 Apostles. Wahhh! Gembiranya hati. Tapi, disebabkan takut sesat, kami stop kat tempat naik helicopter untuk lihat 12 Apostles dengan cara berbeza penuh kemewahan. Ha gituuulah kekdahnya.


Tujuan turun bukanlah sebab nak booking naik heli (Mahal sangat pun). Tapi kami singgah situ sebab nak tanya, dimanakah letaknya 12 Apostles. Ha mampu? Padahal dari tepi jalan dah boleh nampak tau, ombak menghempas batu-batu. Tapi, malu bertanya sesat jalan kan?


Itulah sebabnya kena turun jugak. Time tanya tu pulak, pekerja situ, alhamdulillah can do. Baik pulak tu. Satu je aku perhatikan, orang sini, kalau bagi direction, dorang harap sangat kita dengar betul-betul. Jangan interrupt apa yang dorang cakap tu. Korang dengar betul-betul. Sebab dorang sangatlah ikhlas bila time nak explain tu. So, listen listen listen!


Lepas tanya tu, aku terus menuju ke kereta sambil perhatikan permandangan di tempat naik helicopter  yang memang awesome! Tapi hangin die boleh tahan hawau. Kuat yang amat sangat. Kalau angin biasa-biasa takpelah. Ini bawak sekali kesejukkan Antartika tu. Mau menggigil kalau duduk lama-lama. Since tak tahan dengan kedinginan di situ,  Kiteorang terus start engine and bawak kereta menuju ke 12 Apostles.


Our car for only 1 day

View yang best tapi angin rasa nak terbang


Tapi kiteorang tak terus jumpa 12 Apostles… Bila drive dalam beberapa minit tu, kami jumpa Loch Ard Gorge yang pernah dikenali sebagai London Bridge..Tapi sekarang, london bridge is falling down…falling down…Haaa kan. Aku pernah tengok di Travel & Discovery channel. Kat sini ada sejarah romantik iaitu tentang kisah ‘two survivors’ bernama Tom Pearce & Eva Carmichael yang terselamat di pulau tersebut semasa kapal mereka karam. Dalam program tu, dorang interview lah cicit si Eva ni. Memang cite ni real tau. Bukan buat-buat. Nasiblah Tom selamatkan Eva…Kalau tak, tak berkesempatanlah Eva nak bercicit kan?


Information for Loch Ard Gorge


Read this before you go further

On my way too….

Here it isssss

Kalau nak mandi, boleh turun bawah

Last pose sebelum berangkat ke 12 Apostles


Habis bergambar di sini, kami meneruskan perjalanan ke lokasi pujaan ramai! Di mana lagi kalau bukan di 12 Apostles. Kami park kereta and terus berjalan menuju ke 12 Apostles. Sambil-sambil jalan tu, sempat jugak perhatikan, ramai sungguh orang kat sini. Memang now everyone can fly lah! Sampai sahaja di tempat look out point tu, subhanllah. Cantiknya tempat ni. Unik! Tak tahu nak gambarkan macamane dah… Memang worth it kalau drive jauh-jauh untuk dapatkan view yang macamni. Tak rugilah! So jom layan gambar2 yang sempat disnap sebagai kenangan bersama….

Inilah yang dinanti-nanti
Jom tengok di sana

Berjalan lagi untuk lihat permandangan yang cantik giler

Tapi snap satu dulu

Pokok-pokok gersang gitu

Finally

People in this place

Me and Shima

Tempat ni sangat perfect kalau dia dekat aje dengan CBD

Naturally stunning

Sampai rambut orang sebelah pun masuk dalam gambar, betapa kuatnya angin

Kami berjalan further up to get this view


And this too

Dah settle di area 12 Apostles, kami teruskan perjalanan ke Apollo Bay. Mengikut kata GPS, ianya hanya 1 jam 20 minit sahaja. Tetapi, sampai ke 4.50pm barulah kami sampai di area Apollo Bay. Memang hazab sungguh memandu dalam speed limit yang boleh membunuh. Bukan sebab laju, tapi sebab terlalu perlahan.

Yang aku pelik, rakyat-rakyat die boleh pulak bawak laju. Potong kiteorang relax je sambil buat ‘M’ finger. Sampaikan at some points tu, kiteorang berhenti tepi jalan bagi orang yang bawak laju lepas dulu. Kalau tak, memang beratur macam nak beli Mc’Donalds drive thru time bulan puasalah dorang kat belakang. Meriah cam konvoi pun ado. Tinggal tak pakai ribbon je, kalau tidak memang meriah sepanjang jalan.


Entahlah, sometimes aku fikir, kiteorang memang mengamalkan sikap masuk kandang kangaroo, lompat-lompat, masuk kandang koala, sumpah tido 20jam, buat tak endah je dengan bunyi honk kat belakang tu ha. Dalam hati, memang nak tunjuk skill drift ala-ala Fast n Furious. Tapi mengenangkan saman yang berkepuk-kepuk, aku hanya bawak umpama nak ambil lesen kat Imkeda je. Sabarlah Sabariah. Inikan negara orang. Kita kena nyanyi lagu REDHA beramai-ramai


Since Shima pun jadi seorang yang sangat-sangat berhemah, sepanjang jalan tu, mata aku hanya tengok GPS untuk jaga speed limit. Mata die pulak duk tengok meter kereta. Kalau terlaju sikit, mulalah aku jadi pegawai JPJ. Bila aku ingat balik, sumpah terseksa batin bawak kereta dalam keadaan takutkan speed limit. Aku lebih rela jalan kaki dari duduk dalam kete ni. Tapi nak buat macamana kan, ini yang kami pilih, so telanlahhhh….



Castle Cove Lookout point



Hitch a ride anyone?


Sampai je di Apollo Bay, hari pun dah mula gelap macam nak Maghrib. Nak parking pun satu hal jugak. Korang kena make sure yang parking tu betul-betul FREE or kalau berbayar, jangan ingat boleh kawtim ye. Sana memang main tarik terus. Tiada belas kasihan uols. So hati-hatilah ye. Sila baca papan tanda yang diorang sediakan before park kereta anda. And chop! Nasiblah sebelum datang sini, kiteorang dah ikut kuliah parking dari Professor Abang Aznil. Kalau tidak, memang slumber giler park merata. Saman pun merata lah kan?


Kat sinilah kami terpaksa berhenti untuk bagi laluan kepada yang lain jalan dulu

Hari dah nak gelap



Tapi jom tengok dulu apa ada kat sini


Hello Apollo Bay


Posing dulu before back on ze road

Kami hanya berhenti beberapa minit je untuk bergambar dan teruskan perjalanan sebab dalam kepala memang nak sangat sampai di CBD more less pukul 10.00pm. Kalau lewat-lewat takut lagi teruk sesatnyaaa…Perjalanan dalam keadaan gelap memang mencabar. Ditambah pulak dengan selekoh tajam berbukit-bukau. Kalau Bukit Putus tu korang boleh kata, hardcore gile. Korang harus try jalan kat sini dulu. Barulah meletop!

Tapi kami bersyukur sangat bila dah masuk ke highway di Geelong. Dekat sini, jalan agak sistematik sedikit jika dibandingkan jalan kampung mereka yang dikelilingi hutan. Segala perit sumanya habis bila nampak highway. Tapi, seksa tu taklah habis sampai kat situ aje. GPS kami ni memang ada masalah jiwa dan raga agaknya. Ada ke dia suruh kiteorang lalu jalan-jalan kampung kat Geelong tu. Tapi signboard kat luar tunjuk highway M1 straight je…


Since yakin pada signboard, kiteorang ikut je sampailah jumpe signboard Melbourne CBD. Pemanduan di highway pulak lain ceritanya, speed limit signage merata jugak. Disebabkan kami ni slow driver, kami pun apa lagi, duduk lah kat lane paling tengah.


Tapi yang peliknya, bila kami berada di tengah-tengah, keluar lagi bunyi dalam GPS kami di beberapa kali. Weyyy, adakah kami akan disaman bertalu-talu? Sumpah stress sebab tak tahu apa yang terjadi sebenarnya ni. Cluelesssss! Takde siapa yang nak explain sebab kami berdua dah terdiam. Takkan bawak slow pun kena saman? Boleh jadi jugak kan? Macam di New Zealand katanya, mengamalkan procedure begitu. Stress betullah!


Kami teruskan jugak perjalanan kami sebab dah tak sabar nak sampai ke Malaysia Hall. Disebabkan kami memandu di bawah speed limit yang ditentukan iaitu 100km/h, jadi ramailah yang mula kuang hajar nak potong-potong. Sebagai penyewa kereta yang bersopan santun, kiteorang tak honk balik pon. Kiteorang terus ke tepi. Ha baik tak? Takpelah you all sume. I can accept this. Wah gitu…Dalam hati, ‘Kau tunggulah, kita jumpa kat trek Sepang. Time tu baru korang tahu, siapa Safura Rossi


Bila sampai di satu simpang tu, kami terpaksa exit ke kiri sebab kami dah berada di lane kiri. Ha itulah rule die! Sapa suh duduk lane kiri, kan dah kena keluar ikut lane kiri. Kalau duk lane tengah pulak, kena honk. Nak taknak, kami akur ajelah. Bila dah sampai ke situ, mungkin kami terlalu penat dan confused dengan GPS yang menggila tu. Jadi, kami telah melakukan lagi sekali kesalahan di jalanraya. Kesalahan apa? Biarlah kiteorang je yang tahu hehehe…


Disebabkan terlalu takut and terkejut, kiteorang terus berhenti di petrol station untuk bertenang.Since kiteorang takde sapa-sapa kat sana, Abang Aznil jelah yang kiteorang contact. Dahlah orang tu tengah syok layan Iron Man 3, kiteorang pulak call sambil cakap,”Kiteorang rasa kiteorang dah banyak kali kena saman ni…And then macamane eh nak drive balik Malaysia Hall?” Time tengah cakap tu, memang menggigil nak bagitau semua tuuuuu…


Bila pikir balik, kesian pulak kat Abang Aznil. Tapi die tolong tenangkan kiteorang and mintak kiteorang balik cepat ke Malaysia Hall. Lepas dah reda sikit, aku dan Shima pon terus bergegas balik. Tapi si GPS hawau ni, die pergi tunjuk jalan ke Docklands and masuk highway balik untuk ke Geelong. Dah kenapaaaa lah sewel ni. Disebabkan kiteorang avoid untuk msuk highway, terpaksalah kami berpusing-pusing.


Sampaikan kami terpaksa berhenti di satu kawasan and call balik Abang Aznil. Time tu dia berada di Chapel Street. So die suruh kiteorang key in dalam GPS. GPS ni memang dah hukum wajib campak Yarra River ni! Takleh pakai sungguh. So dengan hati yang kusut tu, kami berdoa supaya dipermudahkan segalanya. Dah buntu sangat-sangat ni…


Elok pulak time kami duduk dalam kereta tu, ada dua orang mat saleh nak masuk kereta. So dari situ, die pun guide kiteorang macamna nak pergi ke Chapel Street. Dari situ, kami kena u-turn. So punyalah tak yakin even mamat tu cakap boleh u-turn kat depan traffic light tu. So apa kiteorang buat, lepas uncle tu blah, kiteorang still lagi duduk dalam kereta… Tujuannya adalah nak observe samada boleh atau tidak buat u-turn kat situ. Bukan apa, kami taknaklah kena kejar dengan Mr.Police kan


Bila nampak ada yang buat, so dari situ, kiteorang ikut je macamane uncle tu cakap. GPS? Terus campak dalam dashboard, sambil cakap, kau boleh duduk diam-diam. Terima kasih di atas kerjasama anda! Sambil kiteorang ikut jalan yang die direct, akhirnya kiteorang jumpa Flinders Street. Since dah jumpe tu, kiteorang tak nak berlengah lagi. Kami teruskan perjalanan menuju ke Flinder Street instead of Chapel Street. Better this way kan? Kalau sesat lagi banyak…lagi kusut kepala…


Akhirnya, kami sampai jugak di hadapan pintu parking Malaysia Hall. Tiada apa yang kami tuturkan selain syukur ke hadrat Ilahi. Sesungguhnya, non hado lah kami nak drive lagi di sini. Bukan give up, tapi kami sendiri yang tak ready. Kalau masuk Amazing Race ni, akulah yang paling dramatik, terkeluar awal dan buat ucapan paling panjang! Takpelah, mungkin next time kalau drive kami dah pro habis. Tapi untuk kali ini, kami simpan je kereta tu bawah garage MH. Dengan ini, aku isytiharkan, no Philip Island untuk trip kali ini. Buatnya pergi, bertambah-tambahlah saman *pada ketika itulah*


Balik je, masuk bilik, terus mandi and tido. Kiteorang pun dah sepakat untuk letgo Philip Island. Better kiteorang move itinerary Day 4 to Day 3. Takpela. Aku tak kisah atau rasa terkilan pun bila tak pergi Philip Island. Harus dingatkan, aturan Dia lebih baik dari segalanya. Jadi, selamat malam dan tido dalam keadaan gundah gelana.


9 thoughts to “Budget Travel ke Australia : Melbourne Part 2”

  1. Salam, how I wish I'm Melbourne now and forever hehehe, but nope, I'm not… My friend cakap weather sekarang makin sejuk. You planning to go there?

  2. wau…best gila uoll kan..slamber jer redah GOR dgn kereta sendiri.. i dah beli pakej GOR dpt complimentary Philip Island..tak dapat nak baca review phillip island nmpknye…

  3. Hi, nak tanya cane experience sewa kete dgn east coast?
    servis dorang ok x start dari deal booking, amik kete and pulangkan kete?
    thanx

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *