Budget Travel ke Australia : Melbourne Part 1

Australia. Akhirnya aku datang! Haaaaa…boleh tak nak jerit kuat-kuat camtu? Kalau boleh, nak jerit time nak boarding tu hehehe… Bukan apa, cuma aku memang rasa happy sangat bila aku dah berjaya mengembara ke negara yang memang menjadi idaman aku selain beberapa negara yang sudah aku senaraikan dalam bucket list aku. Dan dengan kurang dari setahun buat plan semua nie, aku dan Shima, my faithful travelmate, berjaya mengharungi pelbagai rintangan untuk pergi ke sana.  And we made it 🙂 *Even though kami takde kenalan pun in Melbourne or Sydney*

Untuk pengetahuan semua, macam-macam yang kami lakukan sendiri untuk trip kali ini. Al maklumlah, kami pergi berdua je, so cost tu kenalah bahagi dua. Sometimes kami rugi and mostly kami untung jugak, especially in terms of timing and flexibility. Tentang safety, which is the most important part, kami bersyukur sangat kerana tiada apa-apa yang berlaku di sana. Even though berjalan dua orang sahaja malam-malam tapi terasa macam selamat sahaja. Kadang-kadang tu pelik jugak, dekat negara kite sendiri pun, kita tak akan rasa camtu. Mungkin doa family kami dan nasib menyebelahi kiteorang berdua sepanjang berada di sana. 


Apa yang menarik tentang trip kali ni, aku berpeluang menaiki 3 airlines yang berbeza dalam satu masa. Untuk route dari KL to Melbourne, aku naik Airasia-RM500/per way. Manakala untuk Melbourne to Sydney, kami memilih Tiger Airways-RM200/person (kalau budget lebih, better korang opt for something else). Since ticket balik AirAsia from Sydney to KL agak sama dengan rate MAS, jadi apa lagi kan, inilah reason terbaik untuk naik MAS-RM1458. Selesa and memang berbaloilah!


Okay, jangan mengomel panjang-panjang sangat ye Cik Pora. Semua dah ready ke nak layan stori mori trip Australia aku ni? Haaaa….tanpa melengahkan masa lagi, terimalahhhh….jeng jeng *drumroll* Budget Travel Stori Cik Pora ke Australia :


Flight yang membawa kami ke Australia bertolak pada pukul 10.30pm dari LCCT. Boleh dikatakan flight full dengan pelbagai jenis manusia yang belum pernah aku jumpa sebelum ni. Nasiblah aku dapat duduk tepi tingkap, at least dapat jugak aku tido bersandarkan cermin. Tips untuk tido dalam flight, korang kena make sure keje keras beberapa jam sebelum naik flight. Haaa, barulah boleh tido dengan separuh nyenyak, sebabnya kita dah terlampau penat kan?


Since badan pun dah penat, dapatlah aku lelapkan mata beberapa jam sehinggalah flight attendance mula menghidangkan Nasi Lemak Pak Nasser. Waktu makan, mestilah hilang ngantuk kan. Heavennya bila pikirkan balik, bangun je tido terus makan and tido balik. Best lah kalau anda dalam misi menternak lemak dengan meriahnya…hahahha!


Macam biasalah,  bila nak ke negara luar ni, korang diminta untuk mengisi borang visa departure and arrival. Dan part nilah yang paling aku geruni. Menurut kata beberapa otai yang telah ke sana, Australia is the most strictest country in ze world. So semua benda korang kena declare even kasut yang korang bawak or pakai. Katanya ada soil dalam kasut tu, so must declare. Paling worst penah aku dengar ialah kalau kasut korang ada mud pun, korang kena tahan. Ha? Boleh jugak macamtu kan?


Kalau dah kasut pun kene declare, bab makanan pulak jatuh hukum wajib. Benda nilah yang paling merunsingkan aku and Shima. Untuk langkah berjaga-jaga, kiteorang siap sediakan list of ingredients untuk kesenangan kastam di sana dan tidak lupa pada kami yang super pemalas nak punggah-punggah barang di airport. So tak payahlah nak bukak-bukak bag dah, terus bagi je kan? Habis cerita. Tak banyak songeh. Senang kan if gitu?


Korang boleh tiru format ini untuk kesenangan bersama

Tapi nasib kami memang baik. Sampai je di airport, jangan terkejut pulak bila ada anjing paras pinggang jalan tepi korang untuk check bag and sebagainya… Just relax okay…Sebab itu memang normal procedure bila nak masuk ke Australia. Bila dah habis pasal hanjing, kiteorang terus bergegas ke kaunter kastam plak. Dekat sini pun, kiteorang tak kena soal apa-apa pon. Even ETA tu pun die tak tengok. Die cop passport and kiteorang kena beratur lagi sekali jika ada apa-apa barang yang perlu di-declare. 

Time die tengok aku ada tandakan barang yang nak dideclare, die akan asingkan korang ke laluan khas. Aku ni memang dah siap-siap keluarkan kertas ingredients tu. Manalah tahu die nak tanya, camana aku masak Sambal Ikan Bilis ni…haaa, bolehlah bukak cooking class dekat airport. Tapi belum sempat aku bukak mulut, seorang petugas di sana terus tanya, did you bring any eggs, meat, vegetables or bla la bla….confirm-confirm la aku tak bawak semua barang-barang raw tu. Yang aku bawak cuma Tuna, biscuits, roti, ikan bilis (ini wajib bawak ke mana-mana sahaja okey) and bubur nasi.


Since kiteorang jawab NO kat officer tu, die terus benarkan kiteorang berlalu keluar dari airport mengikut laluan yang diarahkan. Time tu, toksah nak cakaplah, kami bersyukur sangat-sangat. Lepas satu beban yang dipikir-pikirkan hampir sebulan sebelum sampai ke sini. Lega selega-lega nyaaaaalah….Fuh, selamat satu masalah!


Bila dah keluar dari pintu airport tu, kiteorang terus bergegas mencari Starbus yang merupakan airport transfer paling convenient untuk sampai ke Malaysian Hall. Kami dah budget yang kami akan dikenakan 20AUD. Nak cari pick up point die senang je. Korang hanya perlu tunggu di bus stop zone 5 saje. Kiteorang tahu pun, sebab kami sempat bertanya pada seorang abang baik dan murni hatinya, yang sudi menjawab pelbagai persoalan yang kami ajukan. And chop! Kenapa aku kata die ni murni orangnya?


Haaa, time kiteorang stop him and asked about Starbus, die terus tunjukkan bus stop tu dengan bersungguh-sungguh. Bila dia dah habis explain, die terus tegur Shima tentang sesuatu. Since Shima bertudung, die tegur Shima, tolong jangan sinsing lengan baju tu, it’s not good for you. Thank you miss. Ha…terus kiteorang cam terkejut. Baiknyaa la abang ni. Very good person. Mungkin die orang Arab yang datang berhijrah ke sini. That’s why die tahu tentang semua tu. Terima kasih ye bang 🙂


Safely arrived in Tullamarine Airport babeyh

Dimanakah saya perlu pergi?

So jom sambung balik citer pasal Starbus ni. Bile kiteorang dh tanya-tanya, die cakap tambang yang dikenakan untuk ke Malaysia Hall, kami akan dicharge sebanyak 25AUD. Alaaaaa…mahal la pulak. Jadi, pengajaran di sini, better korang beli online. Sebab 20AUD tu harga online. So korang kenalah jadi pengguna yang bijak. Even 5AUD pun, kalau korang convert, tak ke banyak tu? Haa…better book je online. Lagi jimat tau! 

Tunggu kat sini untuk dapatkan Starbus direct to Malaysia Hall Melbourne

Since kiteorang rasa cam mahal, kiteorang terus tukar plan untuk ambil Skybus aje-17AUD untuk sampai ke Southern Cross station. Ambil train dari station ni untuk ke Flinders Street. Bila dah sampai Flinders Street, korang kena keluar dari station tu and ambil pulak tram no. 6 untuk ke High Street arah Glen Iris. Mana-mana train yang pergi ke St. Kilda atau Glen Iris akan lalu di stop Malaysian Hall (MH) which is stop no.27. Ha ingat tau, dekat tram ni agak tricky but once korang dah paham, teramatlah senang untuk ke sini. 

Tips : Take tram no.6 line Glen Iris/ no.96 line St.Kilda and stop at no.27 (High Street)



Ambil Skybus from airport to Southern Cross Station

Power bank dalam vending machine? Only in Melbourne

Sampai di station Southern Cross, sila ambil platform 9 or 10 untuk ke Flinders Station

Inilah station yang menghubungkan airport dan city centre

Sampai sudah di Flinders

Jom naik tram beramai-ramai


Nak cari MH ni sangatlah mudah, tapi untuk first timer macam kiteorang, agak pening jugaklah. Hasil research dalam Internet, ramai yang cakap turun aje stop no.27, korang kene berjalan sejauh 50 meter. Yes it was right. Cuma berjalan ke arah manakah yang 50 meter itu? Sebabnya stop ini macam tengah-tengah tau. Nasiblah time kami termangu-mangu kat stop tu, ada dua orang pelajar Malaysia yang bagitahu. Bila dah jumpa tu, memang mudah sangat-sangat. Terbaik lokasi Malaysia Hall ni.


Stop kat sini

Sila jalan ke arah sana


Tips : Korang kena melintas ke arah Deaf Children Australia building (ada signage kat depan). And then bila dah berada betul-betul depan bangunan tu, korang kena jalan depan sikit. Ha cuba pandang kanan, mesti korang akan nampak Malaysia Hall Melbourne. Kalau tak sure jugak, depan Malaysia Hall ni ada Coffee Shop tau.



Ada signboard kecil – Deaf Children Australia dalam gambar di atas 


Yabedabeduuuu! It’s Malaysia Hall Melbourne

Bila dah sampai depan pintu MH tu (11.30am), kami disambut mesra oleh chef di situ iaitu Abang Aznil. Since waktu check in ialah pada pukul 2.00petang, kami hanya boleh letak barang je dulu. Tukar-tukar baju and kami dijemput menjamu selera oleh Abang Aznil. Terima kasih banyak-banyak ye. Semasa makan tu, Abang Aznil ada terangkan jugak pasal Melbourne nye maps and transportation. Barulah kami paham sikit-sikit especially untuk MyKi pass.

Paling tak boleh lupa, bila Abang Aznil cakap, Melbourne ni berbentuk petak. Ha…sempat jugak belajar Geografi kan? Meriahlah kiteorang. Memang itulah yang kiteorang ingat sampai sekarang. Yes, we agreed with him. Melbourne berbentuk petak. So kalau sesat tu, memang terasa jumpa jalan yang sama. Tapi sebenarnya tidak ye.


Time borak-borak tu, sempat jugak kami bagitahu yang kami akan drive esok untuk ke Great Ocean Road. So apa yang merisaukan abang tu ialah, none of us pernah drive in Australia. Haaa..apa yang die risaukan tu lah yang menjadi memori paling diingati oleh kiteorang! Takkan boleh lupa sampai bila-bila..Nanti aku akan stori tentang driving in Australia dalam episod seterusnya!


Selepas berguru dengan Abang Aznil, kami pun memulakan langkah keluar dari MH menuju ke tram station yang terletak beberapa meter sahaja. Cuaca pada hari kami sampai tu memang awesome. Bak kata seseorang kepada kami, cuaca yang sangat sayu dan syahdu gitu. Sesuai untuk beribadat. Yes, Melbourne sangat begitu.


Since kami dah beli Myki pass dengan harga yang mahal giler. It supposed to be 12AUD for ticket price and credit balance of 6AUD. Aku rasa mamat cashier 7E ni bagi balance salah. Patutnya harga MyKi ni hanyalah 12 AUD. Tapi die bagi kami balance kurang. So jadilah harga pass kami tu 17AUD. Benda ni bukan berlaku kat Melbourne je tau. Kat Sydney pun kami kena jugak time nak beli Fish and Chips di Circular Quay. So korang make sure check balik balance tu kalau beli apa-apa pun. Okay?


Sampai je tram, kami terus tag MyKi pass and berhenti di Flinders Station. Make sure korang tag ye. Kalau kantoi naik FREE and elok pulak nasib kurang baik, 5 orang pegawai datang saman, alamatnya papa kedana la korang di sana. Memang ada certain people yang tak tag. But mungkin dorang bernasib baik compared to kita kan? Apa-apa pun, biarlah fikir camni. Jangan malukan negara kita di mata masyarakat lain, boleh tak?


Tujuan kami ke Flinders Station ni adalah untuk mencari office East Coast Rental Car. Sebabnya ada beberapa hal yang kami nak settlekan sebelum urusan pinjam meminjam kereta ni. Satu lagi, buatlah kami sesat time nak cari pagi esok, dah buang masa banyak sangat. So, sebagai persediaan awal, kami teruskan pencarian dengan berjalan-jalan di area Flinders Street.


View from Flinders Station


And this is Flinders Station

Jalan-jalan naik kuda, anyone?

Untuk mereka yang nak sewa kereta di East Coast, korang boleh naik FREE City Circle Tram dan turun di La Trobe di mana letaknya Melbourne Central Mall. Senang je. Very strategic. Tapi kiteorang ni gigih terlebih! Kami berjalan kaki from Flinders ke La Trobe. Sambil-sambil tu, kami singgah di Optus untuk beli simcard yang berharga 30AUD dengan data sebanyak 500MB (tak cukup sebenarnya).

FREE Tram yang memang berguna untuk people on budget

Flinders Station dari side view

Wedding boutique promo

Lebih kurang 30 minit lepas tu, kami pun tiba di depan pintu East Coast Melbourne Office. Pekerja kat sini memang tabah melayan kerenah kiteorang. Untuk pengetahuan mereka yang nak guna servis mereka ni…Memang sangatlah reasonable in price. It just that, lagi awal korang book, lagi murah. Since kiteorang ni gatal sangat buat few amendments. So kami dah ade 2 booking number tau. *silap kiteorang jugak*


East Coast office in front of Melbourne Central

Satu yang murah, satu lagi haruslah yang mahal. Jadi inilah sebabnya kami kene jugak datang sini untuk selesaikan masalah yang merundung jiwa kiteorang berdua. Selepas menunggu beberapa minit, dorang pun came out with solutions. Dengan itu, dorang telah tolong kiteorang buat 1 final booking details dengan harga yang paling the best diorang boleh bagi. Jadi, kami hanya perlu bayar AUD 146 untuk 2 hari sewa siap dengan GPS segala. Murahlah dari AUD186 untuk second booking number dan mahal 7AUD from our first booking. Fuhhhh!!! 

Tips : Lagi awal korang book, lagi murah price die. So make your itinerary betul-betul and fix with your booking date. Jangan ubah-ubah ye 🙂


Bila dah settle tu, kami pun berlalu untuk ke tempat lain pulak. Barulah seronok nak round the town kan? Kami menuju ke Melbourne Visitor Centre untuk collect beberapa maps untuk ke Great Ocean Road dan Philips Island. Tak lupe jugak kutip maps untuk public transport di dalam bandar. Itu wajib yaaaa…Especially on FREE City Circle Tram.




I love this view

Jom kutip segala fliers and booklets selagi boleh


Then kiteorang pun berjalan mencari Graffiti Street yang merupakan satu icon di Melbourne. Even some people might called this vandalisme, tapi for me, dorang creative. Sebab cantik giler hokey! Elok pulak time tengah jalan-jalan tu, ada sorang mamat tengah siapkan graffiti die. Wahhh! Semangat betul bila tengok orang-orang seni ni bekerja. Cara dorang berbeza gitu…


Subway to station?

Cycling in Melbourne City

Siap pakai headphone nak focus punya pasal


Meow Graffiti 

I’m in love with the colors

Habis berposing sakan di Hosier Lane (terletak betul-betul depan Federation Square), kiteorang terus melintas untuk ke Federation Square. Situ seronok lah uols. Posing-posing sambil baring. Sampailah kepala rasa pening sebabnya terasa bangunan bergerak. Haaaaa… Kami terus bangun and make a move to other places pulak.

Asalnya nak tunggu FREE shuttle, tapi dah lewat sangat ni



Us – Playing around with GoPro at Federation Square



Suka this building


Since terasa nak munch something yang light and sweet, kami bergerak menuju ke Yarra River pulak untuk berehat. Kat situ, kami lepak tepi sungai sambil bukak bekalan makanan yang memang dibawa untuk lepak petang-petang. Suasana di Yarra River memang terbaik. Since hari tu Jumaat, which is orang pun baru balik dari ofis, kiteorang sempatlah tengok macam-macam gaya muka balik kerja. Sama je pun macam orang Malaysia. Tapi, yang bagusnya, even balik kejer pun, still bersukan. Itu yang aku salute orang sini. Dorang dah jadikan exercise tu sebagai culture untuk dorang. Wajib tiru kalau balik Malaysia nanti.


Yarra River

Kat signboard pun ada conteng-conteng

Me and Yarra River

Look at the view…Ah-mazing

And the city


Habis lepak, kami terus naik tram untuk pulang ke rumah. Letih berada dalam flight selama 8jam pun tak hilang lagi. Dahlah esok nak ber-road trip ke GOR. Memang kena rehat puas-puas ni. Tapi, baru teringat yang kiteorang ada Penguin Date malam tu. Haa….bila lagi kan nak merasa tengok penguin secara live…So memang kena balik awal, rehat-rehat and bersiap untuk tengok penguin pulak. 


Sampai di MH, kami terus menuju ke bilik untuk berehat, menunaikan perkara wajib dan bersiap-siap. Bila dah duduk dalam bilik tu, mesti catit segala macam perbelanjaan yang kiteorang guna sebagai panduan supaya tak overspend. I bet most of us pun buat benda yang sama right? Takpe, benda tulah yang membuatkan kita tahu untuk berjimat especially bila deal dengan currency 3 series.


Seperti yang dijanjikan, kami menunggu Abang Aznil yang sudi untuk bawa kami ke St.Kilda. Kalau korang sewa kereta, memang lokasi St.Kilda ni tersangatlah dekat dengan MH. Dan dah alang-alang kat sini, tolong jangan lepaskan peluang untuk ke St.Kilda. Tempat ni memang ada keunikkan tersendiri especially time nak senja. Masa tulah korang boleh nampak sendiri penguin pulang petang. 


Perjalanan hanyalah mengambil masa lebih kurang 5 minit. Sampai je di sana, kami terus menuju ke St.Kilda Pier. Korang perlu berjalan dari parking ke jambatan panjang yang akan menghubungkan korang ke area batu-bata di situ. Then bolehlah terus tembus ke kawasan di mana letaknya koleksi penguin terhebat di St.Kilda. Sambil jalan-jalan tu, aku papat rasakan yang cuaca semakin sejuk. Nasiblah memang dah pakai jaket and kasut bagai, kalau tak mau, aku nyorok je kat batu batu tu, menahan sejuk!

Sambil aku mengomel pasal cuaca mlm tu, tetiba aku ternampak kelibat haiwan yang ketot-ketot tengah berjalan menuju ke batu-batu. Tengok sekali macam burung je…tapi bila orang Melbourne sendiri sahkan yang itu adalah…Penguin. Apa nak tunggu lagi, terus grab camera and record moment tu. Bukan senang tau nak jumpe haiwan comel ni kat Malaysia. Hanya ada di certain-certain kawasan di dunia je. So, inilah peluang kami berdua!


Penguin kat sini adalah bersaiz kecil compared to other places. Tempat ni telah menjadi habitat penguin sejak dari tahun 1970 lagi. Mereka jadikan batu-batu di area breakwater itu sebagai kolony mereka sendiri. So, sebagai manusia yang bijak dan bertanggungjawab, korang janganlah tangkap gambar guna flash tau. Ini adalah sebagai langkah untuk mengelakkan pupusnya habitat penguin di sini. Kalau boleh, korang tengok-tengok and enjoy je ciptaan Allah yang sangat unik ini.


Aku dan Shima memang bertuah sebabnya kami berpeluang buat sesi up and close with St.Kilda penguins. Mana taknya, gambar muka sebelah-sebelah dengan penguin pun dah ada. Siap berborak dalam bahasa penguin bagai dengan dorang ni. So, kami nak bagi credit to Abang Aznil yang sudi ajar kiteorang cara nak panggil penguins di sini. Mula-mula buat tu memang lawak gile sebab dah macam panggil ayam kat kampung je. 


Thanks to Abang Aznil sebab bawak lampu merah yang sangat membantu

Hey my lil penguins tengah dating

Lama-lama, memang itulah bunyi yang dikeluarkan oleh penguin-penguin kat sini. Menurut kata Abang Aznil, sekarang ni musim mengawan. So memang kite akan lihat dorang duduk berpasang-pasangan gitu. Dan yang paling best, katanya penguin ni adalah haiwan yang setia. Kalau pasangan dia mati, dia akan tunggu sampai bila-bila. They will remain faithful to each other for quite a long time. So, kepada mereka di luar sana, adakah korang loyal macam penguin? Sila tepuk tangan, tanyalah diri sendiri heheheh…

Balik dari situ, kami terus berjalan-jalan di area St.Kilda street di mana letaknya kedai kek yang memang cantik tertarik, harga memang da’bomb! Mula-mula tu, memang teringin nak merasa, tapi bila tengok jam pun dah agak lewat. Kang jadi hyperactive pulak malam-malam ni lepas makan kek. So better, kiteorang terus balik ke MH untuk rehat dan tidor. Esok akan bermulalah pengembaraan kami ke Great Ocean Road yang dikatakan one of greatest road trip in ze world? Adakah benar? Jadi, untuk dapatkan jawapannya, korang kena tunggu next post for our experience with GREAT OCEAN ROAD.

62 thoughts to “Budget Travel ke Australia : Melbourne Part 1”

  1. salam..sangat menarik story kisah melancong ke melbourne ni..tapi nak tanya sket bleh?agak2 si imegresen sana akan tanya plek2 x kalo kita prnah smpai sna..dh stay utk 3 bln..tp msih nk g lg sna sbb rndu kt sna..sbb ade sgr2 si imegresen tu akn tny soalan plek2..nnt xpsl2 kne hntr blk,,

  2. Salam, thanks for reading my post. Utk imigresen tu, I tak rasa die akan soal pelik-pelik sebab time kiteorang kan, die hanya tahan sorang Chinese from China sebab this lady alone tau. So die tanya, duduk dengan siapa kat Melbourne ni, and then the lady bagitahu, die ada aunty kat sini. If 3 months kan, that should be maximum length of stay kan? Kalau u exceeds the time given, I think itu memang problem la kot. Anyway, bila nak datang balik tu?

  3. Aah Melbourne memang terbaik. Weather die sgtlah awesome tapi during autumn lah kot…mmg plan nak pergi lagi…sebab xpuas nak explore mcm2 tempat lagi. Pergi GOR x?

  4. Bestnyaaaaaa…kaalau dapat lepak pon dah best sebab environment kat sana terbaik except few things yang involve high cost heheh…anyway, currency oz tgh drop..so better tukr duit siap2 🙂

  5. yup..sekarang winter kan..dpt g mount buller dpt la main salji..hehe..tp nk g bln 9..xsmpt..spring je la..dollar AU lbh mhl dr US..tu yg mslh sket..selagi tiket xbeli..selagi tu xboleh tukar..hehe..U ade x kwn2 yg krja sbgai travel agent bleh bwk travel ke AU ni..anyway..menarik story psl awk travel ni..menggamit memori..hehe

  6. dear, tq sgt cz u bg details yg sgt detail… im planning n flying this sept.. actually ade cuzzy kt sana, but blom contact die lg.. cume need ur help, nk taw more on documentation side.. if u dont mind, leh email kt i x.. n4nissa@gmail.com.. hopefully u can help.. tq

  7. visa tu je my concern.. other than that, xde pe kot.. owh ya, korang rent a car kan, does it require international driving license, coz non of us yg ade.. and yeah, i bru je bukak MH page td, rent per nite AUD20, wow, u dlu kne brape?

  8. Yes, kiteorang memang sewa kereta dekat Eastcoast…Korang takyah ade International license…Cuma perlu translate your license in English je…Go to JPJ and you'll be charged RM10 only. Not need to worry 🙂 Last 2 months, baru 12 AUD per person tau…with 15 AUD per person jugak tak silap for key/room apa entah…Terlupa 🙂

  9. hai…. i love the way you ceritalah (ah tetiba rasa rindu nak berblog – Padahal entri travel i byk separuh jalan…anyway)

    early sept ni nak g melbourne..duduk Malaysia Hall gak…Brother in law dah awal2 book airport transfer since dia ada anak…i dgn asben tak sure lagi camner..looking foward nk try skybus yang 20 aud tu..thanks for info yer!

  10. Salam..hye, i baru jumpa blog u..i pergi melbourne 3 julai nie..i nak tny psl mknn n sambal ikan bilis yg nak dibawa kesana? Camne prosedur yer? Then bank ape yg ada kat sana utk memudahkan urusan..my email anne_shima86@yahoo.com..

  11. Hi Anne Shima,

    For ikan bilis tue, actually takde masalah pun nak bawak. But make sure you letak dalam transparent plastic so that kalau apa2 dorang boleh nampak. Kalau bawak yg itu, tak payah declare sepatutnya. But, if you tak yakin, better declare je 🙂 And for bank tu, I tak berapa clear tentang ur question 🙂

  12. I mean local bank Malaysia(Maybank,CIMB dll) ada tak kat sana utk transaction..tq miz safura..really appreciated..:)
    -anne shima-

  13. Terima kasih sebab baca ye… I memang recommend Chef Aznil sebab die dah duduk lama kat Melbourne so he's very familiar with the place. Plus, dia boleh recommend few interesting places for you 🙂

  14. Salam perkenalan,

    Terima kasih sebab byk info. Pasal immigration yg banyak songeh tentang makanan tu, saya pernah makan bekalan makanan saya depan polis tu hehe. masa airport Uk ke europe.

  15. salam. it's me again. nak tanye, u book hotel sana kena bayar any deposit tak time check in or early check out? And most hotels i baca kat internet kena byr deposit guna credit card. thanks ye 4 your advice.

  16. Chef Aznilllll…. Thanks for reading ya 🙂 I'm so touched!
    Thanks to you…. Kalau tak jumpe abang, kiteorang tak tahu la camne kan…

    Coming home soon? Please let us know ya.

  17. I'm just read ur blog..so far,u pny coretan plg best n complete,step by step..coz i tgh plan dgn my fren utk backpack ke ausie nnt..so thanks sgt dgn u pny stori…can i get ur email..time by time maybe nak tny dkat u…keep it up sis..thanks for sharing.

  18. hii.. nice blog.. im getting really excited after reading your blog as im planning to go there this coming April.. kat sana u mostly pakai public transport (kalau u guna myki, boleh explain x, i've gone thru some blog tp still pening2 nak faham) or rental car?

  19. Hi Wawa,

    Thanks for reading.
    Mostly guna public transport and myki tu sama je macam touch n go. Cuma u kene aware macam weekend kan, die ade zone-zone yang kalau u hop on hop off, you akan bayar 3.50AUD je. Macam ada i buat tu. Setiap station akan ade tempat untuk top up your myki. Bila naik tu, u touch, turun pun you touch.

    Let me know if still unclear 🙂

  20. hye..im izza..cmne i nk contct dgn u selain dr blog nie eh..i nk pegi melbourne thun depan..i plan nk g mcm ni jgk..just that,i pening lg la bc blog u..u ad fb..?or anything yg i bole tnya direct..?watsapp mybe..?sbb u knw la bl 2 girls yg x pnah g australia nk mula our first vacation..ni email i..izzaty_kamil@yahoo.com

  21. hehe… thx for the reply pak nil 🙂 insyaAllah we'll be in touch

    family trip will be in march 16th for 5 nights, still fikir2 nk rent a car or ambik local tour jer utk ke GOR

  22. salam safura..im your silent reader..do you mind to provide soft copy list of ingredients? thank you very much for that..will be in Perth by end of this month.

  23. tq utk blog yg menarik ni.. byk tips yg boleh sy copy utk msa sy ke melbourne nti.. insyallah may 2016. cuma sy pon first time nak pegi.. harap tiada masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *