Budget Travel ke Australia : TEASER

Alhamdulillah. Akhirnya, aku berjaya jugak menjejakkan kaki di bumi Australia yang sememangnya menjadi idaman sejak di bangku sekolah lagi. Bukan senang ye nak plan untuk ke sini. Tambah-tambah lagi bila hanya Shima sorang je, yang sudi untuk merealisasikan impian aku ni. Terima kasih uols! Jasamu ku kenang sampai bila-bila.


Even ticket from Kuala Lumpur ke Melbourne sudah ditempah since July tahun lepas, tapi tiket untuk pulang from Sydney hanya dibeli sebulan sebelum berlepas. Ha ini namanya plan giler-giler. Katanya nak cover 2 tempat sekali. Al-maklumlah, kata orang, dah alang-alang ke sana, kalau ade rezeki lebih, apa salahnya cover tempat-tempat lain jugak. Tapi, bagi aku, kalau nak buat camtu, kene plan betul-betul supaya semuanya in order. Kalau tidak, makin susahlah bila korang dah sampai sana.

Since aku baru sahaja sampai Malaysia pagi tadi, aku hanya boleh edit and view gambar-gambar yang mana sempat je ni. Barang-barang pun baru mula nak kemas sikit-sikit. Souvenirs suma pun aku tak asingkan lagi. Penat 8jam dalam flight tak habis lagi. Bukan itu je, saat-saat cemas bila ada penumpang yang kena stroke belakang aku, toksah nak cakaplah. Memang risauuuuuu giler! Ha itu baru dalam flight tau, belum lagi PAHIT MANIS perjalanan kami berdua merentasi bumi Down Under ni….Mau berbuku-buku citernya. Hehehe…

Apa-apa pun, aku akan mencuba sedaya upaya untuk update semua tips-tips berguna untuk korang. Mana tahu rezeki anda pulak ke sana kan? Okaylah, sebagai ‘appetizer’ untuk stori akan datang, korang boleh layan gambar-gambar yang sempat aku edit. *scroll down*













xoxo,
Safura

0 thoughts to “Budget Travel ke Australia : TEASER”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *