Budget Trip ke Kashmir : Doodhpathri & Sonamarg

Kami bangun awal pada pagi tersebut kerana tujuan hari ini adalah untuk berjimba ke kawasan pergunungan glaciers pulak iaitu Sonamarg. Memang dari mula plan trip nie, semua excited dan tasabar nak pergi ke Sonamarg. Tempat nie memang special, dengan landskapnya yang amat berbeza jika dibandingkan dengan attraction lain. Dan ianya memang tempat yang sumpah sejuk gile. Masih ada salji tebal hokey. Bersiap dengan baju sejuk berlapis-lapis, kami pun bergegas menuju ke Sonamarg.

Singgah dulu di Jama Masjid untuk ambil abe Shafie

Beautiful

Tetap membawang tak kira di mana berada

Yang depan ni pun sama

Sepanjang perjalanan memang semua rasa girang habis. Namun, kereta kami ditahan oleh polis di Kashmir, tak paham apa yang dituturkan oleh pemandu kami dan polis. Berkerut-kerut muka pemandu kami. Terus dia bagitahu kami yang jalan ni ditutup dan kita tak boleh lalu untuk menuju ke Sonamarg. Ini adalah disebabkan oleh pemberontakan local people siap baling-baling batu lagi. Which is super bahaya jugak. Pemandu kami tak berani nak ambil risiko sebab ini melibatkan keselamatan ramai. Jadi, apa yang kami buat adalah lepak tepi dulu, bincang camane.

Dah habis bincang, kami buat kata sepakat untuk pergi tempat lain rather than ambil risiko  yang boleh membahayakan nyawa. Muncung jugaklah bila plan tak boleh proceed ni. Tapi bila fikir balik, tak semua kita rancang tu akan jadi dengan sempurnanya kan? Allah lebih mengetahui semuanya. Jadi, kami harus redha dengan semua nie. Jangan buang masa, mari kita cari next destination untuk kami cover. Maka, dengan baju sejuk berlapih-lapih tu, kami pun menuju ke destinasi yang kurang sejuk iaitu Valley of Milk. Mujurlah separuh jalan je baru. Sempatlah kami nak patah balik.

 Singgah sebentar bersama ‘chai’

 Ada gazebo, berhenti untuk bergambar sat

 Aktiviti pembalakan di Kashmir

Menurut sejarah tentang Valley of Milk ini, katanya, Sheikh ul Aalam Sheikh Noor din Noorani pernah sembahyang di sini dan saat beliau mencari air, beliau ketuk tanah di sini dengan tongkat. Tetiba je, ada air susu yang keluar. Dan itulah sebabnya kenapa nama tempat ini digelar Valley of Milk. Ada juga aku perasan yang air sungai kat sini, warnanya seakan warna susu. Sesuai sangat dengan konsep susu-susuan ini.

Tips : Tempat ini hanya terletak 42km sahaja dari Srinagar

Tiba di Valley of Milk, kami mulakan penjelajahan dan penerokaan yang unik tanpa pasukan berkuda. Eh? Kali nie tak perlu naik kuda dah. Hanya jalan kaki, hiking sikit-sikit jew. Kalau anda masih ingat, trip yang lepas aku duk menari kat atas bukit di sini. Viral terus di Kashmir. Macam-macam komen aku terima. Biarlah, bukan aku paham pun bahasa dorang cemuh kiteorang. Kan? Jadi, untuk kalinie, Shabir paling excited nak menari, walaupun die dah segan gile kena bahan dengan kawan-kawan beliau.

Tapi, mungkin itu passion dan bakat beliau, so why not untuk menari for second round, betul tak? Maruah jelah jatuh sikit. Ahaks! Aku duklah ber-hiking beriya sehinggalah muncul seorang budak lelaki dengan kuda beliau duk senyum-senyum kat aku. Aku senyum jelah balik. Then, macam biasa, kita move on, alihkan pandangan untuk layan view indah di musim bunga ini. Namun, budak lelaki nie still duk ngendeng kat aku. Dah kenapa wahai anak ikan? Pandang-pandang kita? Pastu aku cam tengok je budak ni. Looks so familiar. Siapa eh dia ni?

Then, bila die bukak mulut, aku cam laaaaaa… Ini budak yang masuk menari sekali dalam video aku tu. Ya ampun, dah besarnyaaaaa! Sumpah dah nampak matang gile. Padahal tak sampai setahun aku menari dengan dia ni. Tapi yang paling sweet tu, dia ingat aku lagi. Alahai, terharunyaaaa… Dia ni memang keje kat sini bawak kuda dia untuk tourist. Aku pun tegur and borak-borak dengan dia. Even dia tak paham, aku tetap berborak dengan dia. Isa, that’s his name. Sampai di atas bukit keramat kami, apa lagi, pasang lagu dan marilah kita berdendang Kashmir.

 Mari kita trekking sikit

 Posing di sungai berwarna susu

Ada pipi merah la kat sini

 Macam rombongan meminang Puteri di Atas Kuda

 Phewwww, rehat sat, sambil layan view

 Free STYLE!

 Ke persinggahan seterusnya

 Umpama view di New Zealand dan Switzerland

Nampaknya semua pun sporting habis, tak kira laki atau perempuan. Yang penting kita semua happy giler. Tak gitu, teman-teman? Kami pulang semula ke bandar Srinagar dan singgah pula ke Masjid Pertama di Srinagar iaitu Khanqah-e-Moula, atau lebih dikenali sebagai Masjid Shah-e-Hamadan. Waktu kami tiba di masjid tu, bangunan atas sekali masih dalam renovation akibat disambar petir beberapa bulan yang lalu. Mujurlah aku ada gambar sebelum ianya disambar petir bila Oktober lepas.

Masjid ini terkenal dengan seni binanya yang sangat cantik. Bau pun wangi. Masjid inilah yang tidak membenarkan kaum hawa untuk masuk, tapi boleh je duduk di luar masjid. Rezeki kami untuk kali ini apabila berpeluang dapat melihat kenduri nikah orang Kashmir tau. Memang unik dari yang lain. Dilihat pengantin perempuan duduk bermekap cantik tunggu di luar masjid. Seperti biasa, layanan masyarakat Kashmir terhadap tetamu tak dijemput nie memang tetap win. Kami dijamu air Teh Kahwa dan biskut serta diberikan goodies bag ada kurma ye.

Geng lelaki yang dapat solat kat dalam masjid berpeluang masuk video ok. Buat wish untuk pasangan pengantin. Yang bestnya, bila pengantin sendiri datang kat kami untuk ucapkan terima kasih. Rupanya perantin lelaki itu merupakan seorang wartawan dan memilih masjid ini sebagai tempat sejarah mereka. Sweet ya’amat!

Ada seorang kawan pengantin lelaki merupakan bekas pelajar UIA dan boleh berbahasa Melayu ye. Lancar lak tu. Dah kahwin dengan orang Malaysia pun. Siap ajak pergi rumah lagi. Tapi, kami tak sempat lah nak terjah rumah dia sebab kami pun ada beberapa lagi tempat yang perlu singgah.

Memang rezeki team kami dapat menyaksikan hari bersejarah macamni. Selalunya, majlis nikah dan kenduri hanya dilakukan di rumah. Jarang sekali di masjid. Syukur, rezeki!

 Masjid Shah-e-Hamadan is under renovation

 Pintu masuk

 So cute lah datang kenduri

 Team Rewang dari Malaysia

 Bila Kahwa dituang, hati terus gembira

 Dijamu teh oleh adik ini, riang ye yang menerima itu

 Make sure finish this, kalau tak habis, letak balik. How they berjimat, jangan membazir

 Tahniah pengantin 🙂

Bila orang Kashmir bercakap Bahasa Melayu

 Bergambar kenangan dengan adik manih Kashmir

Kami pulang ke Dal Lake dan meneruskan rutin makan besar kami di houseboat. Tapi malam tu special sikit. Sebab aku dikejutkan dengan surprise pengantin baru oleh teman-teman sepasukan. Idea my brother from Kashmir – Kursheed. Terima kasih sangat-sangat atas hadiah dan cake yang sedap yaamat itu. Malam itu jugak adalah sambutan Maulidur Rasul. Maka, seluruh bandar Srinagar penuh dengan selawat yang berkumandang memenuhi segenap sudut. Satu moment yang indah untuk kami lalui.

 Thank you bhaiyya and the whole troops for the awesome cake

Kashmir, kau tak pernah tak special. . Untuk hari seterusnya, kami sepatutnya pergi ke satu lagi tarikan menarik di Kashmir namun Shabir tetap mencuba untuk memenuhi hasrat kami yang mendambakan Sonamarg. Walaupun outfit kami tidak selengkap semalam, tapi nampaknya rezeki memihak kami! Jalan yang semalam dikawan ketat oleh pasukan polis kini jadi clear.

 Bila malam tiba, peniaga datang dan aktiviti tawar menawar pun terjadi

Apa tunggu lagi. Ke Sonamarg kita. Perjalanan mengambil masa selama 2jam ++. Tiba di sana, hujan pun mula turun. Ya ampun, dengan sejuknya, dengan hujannya, gigihlah nampaknyaaaa kami semua. Duk naik kuda dalam hujan dan suhu yang super low ini. Mujurlah dapat bargain good price for jacket and boot di sana.  Memang paling labuhlah baju aku. Sebab sejuk dan basah lain macam tau. Demi-mu Thajiwas Glaciers.

 The best breakfast in Kashmir

 Bergambar kenangan sebelum check out dari houseboat

Sonamarg atau pun digelar Meadow of Gold terletak hanya 2 jam sahaja dari Srinagar. Tiada penempatan/ kampung yang ada di Sonamarg. Mereka yang kerja sebagai pembawa pony (pony-wallahs) selalunya adalah daripada kaum nomad. Bila tengok dorang, amat berbeza jika dibandingkan dengan pembawa pony di Pahalgam. Korang boleh sewa pony dari Sonamarg base terus ke Thajiwas Glaciers. Ini merupakan satu-satunya glaciers yang boleh korang access untuk berliburan gitu. Sebab yang lain tu korang kene trekking jauh gile.

Kami dapat bargain best price for horse riding dan segala wardrobe untuk tampil cantik di Thajiwas kelak. Kau mampu ke dengan harga tak sampai 1000 rupees, kau dapat baju sejuk memang cover sampai bawah lutut (Muslimah friendly katakaw), boot yang taraf-taraf H&M dan juga perjalanan berkuda secara berpasukan yang kau takkan dapat di mana-mana selain di sini sahaja. Memang berbaloi dan sangat menguntungkan ye Sonamarg kali ini. Teruja habis semua memilih busana masing-masing di samping dapat berkuda lagi.

Tanpa buang masa, kami memulakan perjalanan berkuda versi sejuk ya’amat ke Thajiwas Glacier. Sumpah sejuk gile. Dengan hujannya lagi, ya ampun, memang buatkan kiteorang sejuk kejung atas kuda tu. Hujan di sepanjang perjalanan pergi dan balik, tapi aku perasan bila hujan kat negara sendiri, punyalah berlari berteduh bagai. Bila hujan di Kashmir nie, masing-masing memang takde rasa nak patah balik atau pun patah semangat. Semuanya masih riang walaupun dah lenjun tau. Inilah yang dikatakan semangat travel membara.

 Hujan + glaciers – Not a good combination but layan je

 Amacam OOTD memasing?

Kami tiba di Thajiwas Glaciers dengan konsep ber-basah-basahan. Tapi pedulik, kalau dah di depan mata adalah sebentuk banjaran ais yang luas terbentang. Turun dari kuda, kami bergegas berjalan ke arah glaciers. Kalau yang nak main sledge tu korang boleh je main, tapi ada charge. Again, bargain lah ye. Catwalk ke Thajiwas harus hati-hati sebab jalan die penuh dengan salji dan sangat licin. Ada juga yang jual Chai Tea kat bawah pokok, fuh memang kalau pekena chai time-time salji penuh gini, boleh panaskan badan.

Kami tak lama di situ, habis feeling macam Salman Khan dalam Bajrangi Bhaijaan, kami pun bergerak pulang ke van. Memang berlecak habis van. Dengan lumpur segala. Dengan sejuk beku lagi. Tapi part yang bestnya bila our crazy driver beli kayu api untuk buat unggun api tepi jalan.

Dah semua pun kejung, bila idea itu diutarakan apa lagi, riang dalam kekejungan lah. Dapat je port tepi jalan, sambil mengadap gunung, nyalakan api guna petrol van kami (kaw mampu?), bakar kayu dan buatlah operasi panaskan badan berjemaah. Kalau kat Malaysia, tibah kau berenti tepi KESAS highway, pasang unggun api, mau kau kene heret dengan abam KESAS.

 Happy-nya Shafie dapat woods

 Park kete tepi jalan sat

 Abang Long kawasan dah mulakan aktiviti BAKOR yeob!

 Selepas beberapa percubaan

 Dapatlah berpanas lit lit sekejap selepas kekejungan

Tunggu lemang kah?

Teruskan perjalanan yang indah

Tapi di Kashmir, anda bebas lakukan semua tu. Siap pakej dengan view letops lagi. Bila semua dah hilang kejung, kami teruskan perjalanan kerana kami nak kejar Shikara Ride sambil menyaksikan matahari terbenam katanya. Tapi apakan daya, matahari pun tidak munculkan diri. Namun, harus bersyukur, masih boleh bershikara beramai-ramai.

 Mana satu pilihan?

Yang seronoknya bila buat shikara ride di Dal Lake ni, korang boleh tengok suasananya yang sangat tenang. Jangan terkejut pulak bila saat korang tengah layan view, ada je yang duk niaga dalam sampan sebelah. Dan jangan korang duk pikir ada pertukaran shikara, bila ada shikara lain yang ngendeng korang. No-no, itu nak suruh korang beli barang jew.

Antara barang yang bakal dijual adalah, saffron, souvenirs, fruits salad, kain sari, kurta kurti mahupun selendang shawl segala. Dalam bernafsu ingin berbelanja, jangan lupa pulak untuk bargain sebijak yang boleh. Cuma nak habaq mai sikit, kalau beli barang tu make sure, yang ori naa. Sebab kalau dorang duk pong pang kata ori bagai tu, kau suruh dorang sumpah, Wallahi. Kalau dorang berani tu, nampaknya ori lah. Jika tidak, awas yeee!

Habis berdayung sakan, kami pulang semula ke jetty sebab nak pergi farewell dinner. Eh, dah farewell kah? Macam rasa cepat betul masa berlalu. Macam baru semalam je flight kami cancel. Tersadai sendu di Delhi airport, makan vegetarian sandwich dan tido atas kerusi panjang. Tup tup now dah nak farewell. Yang penting, malam tu, makan besar di restoran mahal dentum-dentum tajaan bhai angkat aku.

Rasa bersyukur ya’amat. Dilayan umpama raja dan dayang-dayang di Kashmir. Makanan dia bolehlah. Yang penting choice dia banyak. Semuanya kena dengan taste anak Malaya. Masing-masing pun seronok. Dah lah kat luar hujan nan turun pun, lebat jugak. Kami pulang ke hotel dengan perut yang kenyang. Baru check in, esok kami nak check out dan harus prepare untuk pack barang segala. Apa yang aku selalu buat untuk trip ni, aku lebihkan stay kat houseboat dan selalunya last day, aku ajak tido di hotel. Merasa semua penginapan.

 Disebabkan sejuk yang terlampau, bawak sekali turun selimut sampai ke shikara

 Berhenti di pit stop pertama untuk shopping

 Dinner have-have

 

Esok pagi, breakfast di hotel, walaweh sedap. Masih teringat lagi susu segar gitu. Lepas check out, kami terus bergegas ke masjid dan juga beli souvenirs untuk dibawa pulang. Murah! Selesai segala urusan, marilah kita pulang semula ke Delhi. Macam biasa, queue on the way to airport tetap sama. Panjang ya’amat. Tapi kami berjaya
jugak sampai pada masa yang sesuai untuk lepak- lepak di departure area. Pesawat Indigo membawa kami pulang ke dunia Delhi pulak.

 Wajah-wajah teruja nampaknya

 Di Jama Masjid

Hujan again in Srinagar

Bakal imam siapa nie?

Yang berangan nak nikah dalam masjid pun ada jugak

 Bye-bye Kashmir

Tiba je di Delhi, dipandu pula terus ke Agra, check in dan rehat beberapa jam sebelum bangun semula esok pagi untuk jalan-jalan tengok Taj Mahal. Kami dikira lucky ya’amat sebab tak perlu bayar tiket Rs1000 sebab 18/04 adalah World Heritage Day. Jadi, kami masuk FREE. Yang bestnya, tak ramai orang. Rezeki!

 Aktiviti WAJIB bla tiba di Delhi

  Thanks to World Heritage Day!

 Taufiq, our guide menjalankan tugas

  Terus masuk je, tak perlu beratur untuk tiket

 Bila Taufiq berbicara

 Welcome to Taj Mahal

Bila photographer memujuk

Dan Taj Mahal mula munculkan diri dengan pancaran matahari yang ouch

I just love everything about the architecture

Indah

Gegadis berposing

 Sarung kasut untuk protect Taj Mahal

 Ladies only, NAMASTE!

Habis ber-Taj Mahal, kami pergi pulak cari souvenirs. Bila perut lapar, lepak sekejap di KFC sambung shopping dan terus pulang ke Delhi. Panas dia lain macam ye. Tak pernah rasa sepanas ini kat Malaysia. Sini dengan debu dan panas. Memang lain macam.

Sampai di airport, kami re-pack barang untuk muatkan jugak dengan 25kg baggage yang ade. Dengan flight yang berbeza-beza. Kami ucapkan selamat tinggal untuk semua. Haih, banyak betul memori manis dengan mereka nie. Trip yang panjang sedikit compared to before but memang menarik tertarik!

 Thanks for the memories!

To my #teambawang, Cikta, Kak Fizah, Kak Sha, Kak Cah, Mior, Dosh, Fara, Hady, Rizal and Kak Norieta


Untuk yang masih mencari travel buddies ke Kashmir, jom kite!  Korang boleh date mana yang sesuai untuk kite sama-sama backpacking ke Kashmir :


2 thoughts to “Budget Trip ke Kashmir : Doodhpathri & Sonamarg”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *