Surat Untuk Bakal Suami Daripada Gadis Travelkemana

Hai Bakal Suami,

Lamanyaaaa saya tunggu awak untuk hadir dalam kisah hidup saya. Flight delay ke? Mungkin flight delay, saya rasa. Itulah jawapan yang selalu saya bagitahu pada mereka yang selalu tanya soalan panas, “Bila nak kahwin?” Nampaknya itu sahaja yang mampu saya jawab.

Akhirnya… Muncul juga. Dan saya yang awak pilih untuk jadi suri hati awak. Mungkin ramai pulak yang akan sibuk tanya, nak kahwin dengan perempuan kaki travel? Tak takut kena tinggal ke nanti? Reti ke nak buat kerja rumah? Asyik berjalan je, nanti rumah tak terurus.

Awak, buat pertama kalinya dalam hidup, saya nasihatkan supaya awak tak payah dengar semua cakap-cakap orang tu. Bila awak decide untuk mulakan kehidupan dengan saya, awak mesti dah tahu yang saya memang takkan boleh duduk diam di satu-satu tempat dan sentiasa ada keinginan untuk explore sesuatu tempat. Awak mesti tahu yang favorite website saya haruslah semua airlines seantero dunia, favorite jualan MEGA SALE besar-besaran adalah MATTA Fair, FREE Seats SALE and the only thing I can’t live without is my passport.

Harus ke mana sahaja

Minat saya pada travel bukan bermaksud saya tak pernah terfikir untuk tamatkan zaman ‘bebas’ saya. Dan apabila saya sedar yang saya harus mulakan kehidupan baharu dengan seseorang yang saya sayang, saya nak mulakan dengan cara yang berbeza. Berbeza daripada apa yang mereka selalu lakukan bila mulakan hidup baru.

Husband, semua pengalaman travel yang selalu saya ceritakan sebenarnya sedikit sebanyak telah menjadikan siapa saya pada hari ini. Setiap tempat yang saya pergi, orang yang saya jumpa, pengajaran yang saya dapat dan duit serta masa yang digunakan untuk travel banyak mengajar saya tentang cara hidup sebenar. Saya selalu gelarkan travel ini merupakan sekolah kehidupan. Melalui pengalaman mengembara ini, saya menjadi matang dalam membuat setiap keputusan dalam hidup.

Namun, apabila awak hadir dalam hidup saya, tujuan kita mengembara mungkin menjadi sedikit berbeza. Ianya bukan tentang destinasi lagi. Ia lebih kepada pengalaman dan memori. Saya mahu kita cipta memori manis, pahit, indah, sedih, tawa dalam keadaan yang paling unik, yang boleh kita kenang dan bercerita kepada anak cucu kita nanti. Kerana apabila kita mengembara, kita akan lebih mengenali antara satu sama lain dalam apa keadaan sekali pun. Dan kita mula belajar banyak perkara yang mungkin kita tak pernah tahu.

Kita akan explore destinasi yang kita tak pernah pergi. Cipta pengalaman baru bersama dan memori indah di setiap destinasi pilihan kita berdua. Walaupun mesti kita akan ada masalah dengan senarai tempat yang saya dah pernah pergi, namun, biar jelah. Bumi Allah ini luas. Masih banyak keindahan-Nya yang bakal jadi tatapan kita dalam mengagumi ciptaan Yang Maha Esa. Pasti kita tak sabar untuk plan for our new adventure kan?

 To explore new places and spaces

Dan tak perlu kita letakkan rules jika tempat itu saya dah pernah pergi dan awak tak perlu pergi. Ada ketika semasa saya explore sesuatu tempat yang cantik, saya pernah pejamkan mata dan terus imagine bestnya kalau tempat ni dapat saya explore bersama orang yang saya sayang. Walaupun pada ketika itu, awak belum ada dalam kisah hidup saya namun keindahan matahari terbit di Kampung Komodo, Flores akan tampak lagi indah kalau saya dapat saksikan sekali lagi bersama dengan awak.

 Still my favorite sunrise – Kampung Komodo, Flores

My love, pasti ada masanya saya akan mengembara tanpa awak. Tapi jangan risau, saya akan pulang ke pangkuan awak and make sure to update you with every single activity I did. There will be a time when I’m out of coverage, saya akan masukkan semua cerita tu dalam our travel journal untuk awak baca bila saya balik nanti. You’ll be the first to know all my stories. Fresh from oven. Siap complete package dengan expression muka dan body language lagi. Suara speaker masjid time bercerita tu pun awak kena hadap juga ye 🙂


Dalam train with my travel journal

Semua gambar yang ada dalam phone dan camera akan saya tunjukkan pada awak. Perfect photo atau gambar yang bergegar pun awak akan tengok juga. And I’m sorry if I make you feel bad. But I promise, if this place is something you really want to go, I’ll make another plan and itinerary tailored-made special for you. Because deep in my heart, every single place I go without you, it feels empty. That’s where the purpose of travelling after I get married would be different. The reason is because I want to share every moment with you.

Even bila kita travel pun, tanggungjawab saya untuk sediakan makanan takkan pernah terhenti. Saya akan sediakan makanan untuk awak – breakfast, lunch and dinner. Get ready to eat whatever meal I will prepare. Please jangan request sambal belacan ataupun sambal ikan bilis bila kita berada di London pulak nanti. Menangislah nak mencari belacan made in UK. Sebab kat dunia ni, Malaysia je yang diturunkan nikmat dapat makan belacan tau. Ahaks. Jadi bila kita travel, kita akan makan apa yang ada sahaja, sesuai dengan bahan yang dibenarkan dan Halal. It’s okay, kita diet beberapa hari je. Once we’re back, marilah kita adakan sesi menumbuk sambal belacan selumat-lumatnya okay?

Apalah makna travel tanpa bergambar, selfie atau swafoto? Ada kalanya, saya perlukan awak untuk ambil gambar saya dengan bermacam-macam gaya. Gaya Cik Peace, Pose Sakit Perut mahupun post melompat tinggi melangit. Sorrylah, if awak terpaksa layan macam-macam pose dari saya. Macam-macam video yang awak kena ambil. Especially bila saya nak tengok gambar saya, then macam tak okay, awak kena ambil balik. Layankan je please sebab saya janji saya cakap elok-elok dan komen sikit tentang skill photography awak. So, we learned to capture better photos next time. Deal?

Semasa mengembara, kita akan jumpa bermacam orang dengan bermacam perangai. Don’t you ever judge them. Open your mind. Accept people the way they are. And in case, something happened to us when we’re on the road, calm down. Things happen for reasons. With travelling, you have to keep going. No matter what, you have to face it. Sama juga macam apa yang akan kita lalui sebagai suami isteri, ups and downs, just ride it like a roller coaster. Might be scary a bit but once we managed to go through, we’ll be super okay 🙂

 Family angkat in Sapporo, Japan

The fact that I will reward myself every year for a birthday trip is something I always excited about. I have my own style of ‘blowing candles’ and countdown for one year wiser. Saya prefer naik van berjam-jam untuk sampai di tasik terletak di ketinggian 4,350m atau tak kisah jika terkena Acute Mountain Sickness semasa hari lahir saya mahupun terjun dari jambatan 43m dengan hanya kaki diikat. Drama tak?

Celebrating my twenty-something birthday with this view – Yogyakarta, Indonesia

Don’t worry, bila kita dah kahwin, I’m still okay kalau kita ke mana-mana pun as long as we take a break just to celebrate our birthday. Dan bila saya bercakap tentang our birthday, you’ll get your own birthday trip too. So, every year, dapat je calendar baru, kita memang kena mark our birthday in our calendar. Birthday trip for 2 please.

Bila setiap kali saya tengok TV and discover tempat baru yang cantik dan belum lagi diterokai ramai orang, awak akan dengar statement, “Masyallah cantiknya tempat ni, we should go there”. It’s a hint that we should plan for a trip to explore the place. Jangan takut kalau waktu tu, kita mungkin perlu prioritize perkara lain yang lebih utama. Sebab we can always put that in our bucketlist. Dream. Believe. Reality. That would always be my travel quotes. And yours too 🙂

Handbag mahal beribu-ribu, gelang Pandora ataupun set mekap Urban Decay bukanlah antara benda yang awak perlu beli untuk happykan saya. Dan awak tak perlu beratur pukul 3pagi just to get me an exclusive shawl. No need okay. I would rather you sign me up for a photography class, Thai cooking class, take me for a trekking trip or an impromptu weekend trip together. Tak perlu fancy or luxury style, cukuplah sekadar chalet atas bukit menghadap laut di Pulau Perhentian ataupun ATV ride di sekitar Kemensah pun takde masalah. As long as we do it together and challenge each other.

Oh but exception for Maldives, manalah tahu our 1st anniversary nanti awak nak hadiahkan pengalaman duduk di atas air di Pulau Maldives selama 3hari. I know Maldives would cost you the bomb, but once in a lifetime experience, why not? Ini adalah kerana apa yang saya kisah hanyalah pengalaman bukannya barangan.

And I know setiap dari kita pastinya ada impian. I believe you would have your own dreams to achieve. So do I. I have big dreams, in fact bigger than travel. Saya nak tulis buku. Saya nak belajar berenang dan menyelam. Saya juga nak mahir berbahasa Mandarin. Teringin nak belajar bermain alat muzik Sarawak, sape’. Surround myself (and you) with people who inspired me. With positive people who always look forward to try new things.

Akan ada masanya bila saya nak sangat mencuba aktiviti ekstrem. Scuba diving, skydiving, bungee jumping dan macam2 lagi. Satu sahaja yang saya perlukan, iaitu izin dari awak. Dan bila saya dah dapat keizinan tu, for sure I will ask you to join me as well. In case, you’re too scared, don’t worry, let’s hold our hands and motivate each other. Orang kata, kuasa cinta yang halal ni lain macam sikit.

Oops I did it! Jumped over 43m Kawarau Bridge in New Zealand

Bila bercakap tentang budget pulak, ini boleh saya katakan antara advantage bagi orang yang suka travel secara budget. If I can travel the world in small budget, that means I know how to manage our financial in a smarter way. Every month, we must allocate certain portion for our travel savings. Tak kisahla if kita kena ada tabung ayam atau tabung buluh. Yang penting, portion tersebut hanya boleh digunakan untuk travel sahaja. In case, tak cukup, inilah masa untuk kita gunakan kreativiti dan skill yang ada bagi mencari duit lebih. Saya boleh menulis tentang pengembaraan di majalah atau pun surat khabar. Mungkin awak boleh teruskan bisnes online dan rancakkan marketing di sana 🙂 Insyallah rezeki orang dah kahwin ini hebat.

Oh-my-suami, andai selama ini mungkin saya hidup berdikari ke sana ke sini dan bebas membuat apa sahaja keputusan tanpa perlu memikirkan orang lain. Tapi, kini saya setuju untuk pilih awak sebagai ‘soulmate’ saya untuk sama-sama kita teruskan hidup, berbincang dalam setiap keputusan dan lengkapi satu sama lain. Mungkin dari keluarga yang kecil ni, kita akan berkembang sebagai satu team yang lebih besar. Yups, perkahwinan adalah umpama satu teamwork. Great things are done by a team of people. We help each other to win. To win in akhirat. That’s our goal kan?

We never know what this life will take us to. But one thing for sure, you’ll never get bored when you’re with me. To exciting adventures in life, let’s do it!

Love you,

Gadis Travel-Kemana

One thought to “Surat Untuk Bakal Suami Daripada Gadis Travelkemana”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *