SEBAB KENAPA KORANG PERLU MASUKKAN BALI DALAM BUCKETLIST ANDA

Bila sebut sahaja Bali, pasti korang dah terbayangkan keindahan panorama yang terbentang luas, budaya dan kesenian yang amat unik serta lokasi-lokasi romantis lagi mempesonakan. Betul tak? Disebabkan itu Bali selalunya jadi destinasi utama untuk mereka yang nak pergi honeymoon mahupun yang nak mencari ‘sweet escapes’ bersama kawan-kawan. Memang meriah tau kalau ke Bali ni, macam-macam tempat unik yang kita boleh explore.  Antara tarikan menarik yang Cik Pora suggest untuk korang pergi :

  1. Pantai Kuta
  2. Kecak Dance at Uluwatu
  3. Tanah Lot
  4. Nusa Penida
  5. Pura Ulun Danu Bratan

 

Amacam, tertarik ke tidak tu? Ha… Ini baru sebahagian sahaja tempat-tempat menarik yang ada di Bali. Ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang perlu korang terokai. Dan selain dari tempat menarik yang ada di Bali, antara sebab kenapa korang masukkan Bali dalam bucketlist korang adalah kerana Traveloka akan memudahkan lagi perjalanan anda dengan feature terbaru yang menawarkan carian kombo Flight & Hotel dengan harga yang sangat-sangat berbaloi.

Kalau sebelum ini, bila nak travel je, Cik Pora harus cari satu-persatu. Mula-mula buka website macam-macam airlines untuk cari flight, cari satu-satu, mana yang murah, then buka pulak website lain untuk tengok and survey pasal hotel. What a longgggg process kan. Tapi tidak lagi. Dengan adanya feature terbaru dari Traveloka, perancangan untuk trip ke Bali Cik Pora jadi super mudah!

Untuk yang suka travel, amatlah rugi kalau korang takde aplikasi Traveloka dalam phone korang tau. Sebab macam Cik Pora, app Traveloka ni dah jatuh hokum wajib ade ya. Jadi, apa yang Cik Pora buat untuk merancang trip ke Bali kalinie?

Cik Pora hanya perlu guna aplikasi Traveloka pada handphone ataupun layari website Traveloka dan masukkan destinasi dan tarikh travel korang. Ia akan bandingkan harga dari pelbagai airlines dan hotel yang ada. Jadi, trip korang akan lebih flexible sebab korang boleh pilih mana-mana airlines dan hotel yang sesuai dengan plan korang waktu travel. Mudah kan?

Yang lebih menarik tentang ciri-ciri baru yang ditawarkan Traveloka ini adalah info yang lengkap tentang destinasi yang korang nak pergi. Kalau macam Cik Pora nak tengok recommended itinerary ataupun tempat-tempat makan yang best di Bali, Cik Pora boleh tengok kat aplikasi atau laman web Traveloka dan semua maklumat yang Traveloka sediakan memang padu.

Dan kalau nak tahu rahsia macamane kaki-kaki travel boleh dapat dengan budget yang berbaloi? Selalunya apabila korang book tiket flight & hotel sekali, anda akan dapat penjimatan yang lagi awesome! Contoh bila Cik Pora cuba cari flight dan hotel untuk upcoming trip ke Bali, terus keluar ye senarai dan harga keseluruhan. Bila Cik Pora buat kira-kira balik. Memang jimat!  Kalau tak percaya, korang cepat-cepat cuba di Traveloka.

Bukan itu sahaja, bile Cik Pora dah jumpa tiket flight dan hotel yang sesuai, time nak buat pembayaran, Cik Pora diberikan pilihan untuk buat pembayaran dalam pelbagai cara, samada secara direct debit, points, credit mahupun debit card. Jadi, takdalah Cik Pora pening nak fikir extra charges yang dikenakan especially bila ada perbezaan currency. Memang mudahlah guna feature terbaharu Traveloka.

Jadi, tiada sebab lagi untuk korang hold mana-mana trip yang dah lama masuk bucketlist tu. Toksah pening-pening kepala nak arrange trip yang bakal tiba tu. Dapatkan aplikasi Traveloka ataupun layari laman web sekarang dan mulakan carian untuk trip anda. Semuanya ada. Jom cuba sekarang okay dan jangan lupa checkout Bali Tour Packages di Traveloka!

Tak travel-lah, kalau tak guna Traveloka!

 

p/s : Untuk kombo flight + hotel dalam aplikasi Traveloka, buat masa ini hanya available untuk pengguna Android. Jadi, iPhone user, korang boleh layari laman web dulu 

 

3 thoughts to “SEBAB KENAPA KORANG PERLU MASUKKAN BALI DALAM BUCKETLIST ANDA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *