Budget Trip ke Tasmania, Australia (Part 1)

Berlepas ke Melbourne dengan pesawat AirAsia tercinta dan tiba di Tullamarine Airport sekitar jam 9.15pagi. Lepasni starting November 2018, takkan ada lagi korang mendarat di Tullamarine airport kalau menunggang dengan AirAsia. Harap maklum semuanya akan ditukarkan ke Avalon Airport yang terletak 45 minit dari Melbourne city. Jauh hokey. Tapi, apakan daya, kita hanya menurut perintah Pak Tony.

 Me + Bie, ready to fly high

Baiklah, back to our journey tadi. Kami disambut mesra oleh penduduk sementara airport Melbourne iaitu Kak Mah dan Ecah yang dah sampai awal 1/2 hari dari kami. Nak taknak, dorang haruslah tunggu dekat 12 jam di airport. Habis satu airport dorang dah tawaf rasanya. That’s why bila datang sambut ketibaan kami, penuh dengan gilang-gemilang ya. Cargas!

 Hi Melbourne, I’m back! (again)

 Since flight lambat lagi, kita makan puas-puas jom. Noodles ni HALAL Jadi, apa lagi?

Menanti giliran ambil makanan, self-service

Portion kongsi 2 orang, harga pun mengancam jugeks

Dah macam pencarian Gadis Noodles ke tidak?

Lepas perut dah kenyang, kami ke surau di tingkat bawah


Alhamdulillah, sempat jamak solat sebelum berlepas ke Tasmania #kakmahbukanpenunggang

 Hi MAS!

 And my baby bump ready to fly

 Dara yang membawa kami

 Dapat crackers sebagai alas perut #syukurselalu

Tepat jam 4pm, flight domestic pulak membawa kami ke Hobart yang hanya terletak 419 km dan laut Tasman menjadi pemisah antara Melbourne dan juga Tasmania. Since kami pergi musim sejuk jadi sekitar jam 5.30pm itu dah macam panggilan maghrib di Malaysia. And memang dah masuk Maghrib dah pun. Mendarat pada jam 6pm dan guess what? Operator car rental kami dah tutup woiii! Ya ampun, memang ingatkan sempat ye nak catch dorang before 6pm. Tapi apakan daya, kami tiba agak lewat beberapa minit dan tepat-tepat 6pm baru landed di airport Tasmania yang mujur kecil sahaja. Kalut itu harus tapi relax je, selaku pemegang amanah menjaga kesejahteraan jemaah-jemaah, aku harus tenang.

 Terpisah dengan lautan

 Hobart airport, kecil sahaja. Tak perlu jalan jauh-jauh

Aku mula mencari operator lain yang masih available. tapi nasib memang tidak berpihak kepada kami. Semua operator car rental dah sold out. Laku keras nampaknya bisnes kereta sewa di Tasmania. Aku cuba juga check Uber, tapi kena bayar pakai credit card. Alahai, malasnya nak masukkan details credit card. Cuba alternative lain, aku cari taxi yang boleh membawa kami ke accomodation yang pertama untuk malam itu. Apa-apa pun tanya dulu harga tambang. Maklumlah, dalam dollar ni kita jangan buat main. 1AUD pun harus berkira kan.

Aku cuba nego harga tapi driver taxi ni cakap, better naik uber lagi murah. Like 20AUD cheaper, sebab tempat yang aku nak pergi takdelah jauh mana. Dalam 10 minutes je. Aku cam tak caya sebenarnya. Bukan pasal how much I can save but seriouslah mamat taxi ni siap tolong aku untuk berjimat dengan ambil Uber.

Kalau kat Malaysia khususnya, pemandu taxi tersangatlah happy kalau dapat customer takde makna nak cakap pasal Uber ke Grab and so on. Kalau kat Bandung pulak, lagi zalim, nak dipukul Uber driver aku suatu ketika dulu. Silap-silap aku pun sekali dia balun, punyalah amuk sebab aku taknak guna Blue Bird, duk nak jimat pakai Uber. Sumpah aku culture shock sesorang tepi taxi mamat ni.

Aku terus berlari masuk semula dalam airport (sebab sejuk dia tak kelakar ye) dan cari credit card aku untuk masukkan details. Try my luck to find Uber driver and tadaaaaaa! Jumpaaaa sorang yang sudi bawa kami check in di accomodation pertama di Tasmania. Nama pemilik Uber Hyundai yang membawa kami adalah Mike. Beliau asalnya dari UK dan berpindah ke sini selepas beberapa tahun menetap di Tasmania.

 Alhamdulillah, settle masalah. Murah pulak tu

Soalan pertama kami pada beliau adalah : Pernah tengok Aurora Australis tak? Dia cakap tak pernah lagi so far. Hahah, yang duduk bertahun pun takde gigih nak nengok pon tau. Yang terkedek-kedek dari Sungai Gadut ni ha gigih kumpul duit demi nak tengok aurora di Tasmania. Dalam 10 minit duk tengok kiri kanan tingkap kereta mengamati view malam bumi Tasmania, akhirnya kami sampai jugak di single storey house letops cantik ini.

Kami ucapakan terima kasih kepada Mike yang siap offer untuk free ride for tomorrow untuk collect kereta sewa kami di airport. Katanya, on the way nak pi kerja tu, lalu je rumah kiteorang and office dia pun kat airport je. Itu memang rejeki nampaknya. Namun, bila kawan kau lupa nak tukar simcard setting dalam phone pun tak rejeki juga. 

Sebabnya Mike ada bagi phone number dia untuk kami Whatsapp confirmation nak tumpang die ke tak, tapi malangnya message tu tak sampai ke Mike, jadi temanya kat sini, reply yang kami tunggu tu hanyalah 1 way communication kekdahnya. Call dia pon tak dapat jugak. Dah simcard not working kan. Ok back to our accommodation, since kami takde kereta, jadi makanan pun non hado jugak kekdahnya. Tak dapat lah nk beli-belah barang dapur untuk aktiviti masak-memasak kat sini. Takkan nak makan Maggie, no-no. Jadi, masalah itu kami utarakan kepada owner rumah sejurus selepas check in bahawasnya  kami takde kereta nak gi grocerries and dont have any food to eat. 

 Nampak tak kakak kawasan check segala perkakas? Bagus Bie ni

Memahami masalah kami, beliau pun cepat-cepat bawak kami ke dapur dan bukak satu pintu besar dan al-kisahnya, bapak banyak gile leftovers barang-barang dapur yang disedekahkan oleh traveler sebelum ini. Umpama Doraemon yang membawa Nobita dan kawan-kawan ke impian masing-masing menggunakan pintu masa hadapan, beliau terangkan satu persatu barang-barang yang kami boleh masak. Ya ampun, nampak je Basmathi Rice pun kami dah happy inikan pulak crackers bapak sedapp gile. Uish semuanya lengkap la!

 Syurga makanan untuk kami, terima kasih Allah.(Gambar macam shaking, mungkin time tu excited semacam)

 Our first dinner, tema : Dinner Anak-Anak Dara Tersimpuh Gitu. Mujur ada tambahan lauk dari Malaysia, Ikan Bilis Cik Bie

Rezeki Cik Pora dan rakan-rakan memang melimpah ruah, lepas ucapkan terima kasih pada owner, terus sinsing lengan baju, apa lagi, merewanglah kami beramai-ramai duk masak lauk-pauk untuk malam pertama di Tasmania. Habis dinner, semua masuk tido, nyorok dalam selimut, what a long day for us. Jadi, harus berehat cukup-cukup untuk hari yang baru esoknya.

 All I want for tonight is, katil empokkkkkk vono segala

 Ada chocolate bentuk fish, boleh lah buat jajan before tidor gamaknya

p/ s : Malam tu aku terjaga dalam jam 3 pagi dan sempat selak langsir sebab nak tengok langit kat luar. Subhanallah, penuh dengan bintang. Memang cantik sangat. Macam tak percaya yang aku sedang menikmati view langit terindah di sini. Sumpah cantik tak tipuu.. Cuma aku pelik, kenapa berani sangat selak langsir jam 3 pagi ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *