Tips Berpantang Untuk First Time Mom

Pengalaman pertama kali jadi seorang ibu memang satu pengalaman yang takkan boleh dilupakan oleh setiap wanita, betul tak? Dan untuk aku yang pertama kali nak berpantang lepas bersalin, memang sejujurnya aku blur-blur apa yang patut aku buat untuk penjagaan selepas proses melahirkan. Jadi, waktu dah nak dekat bersalin tu, sempat juga tanya-tanya dan baca tentang cara berpantang.

Tapi, tak semestinya apa yang kita baca tu, kita telan bulat-bulat. Ada yang akan ajar korang cara moden ataupun traditional. Ada juga yang akan mengecam cara tradisional dan marah dengan pakar-pakar moden di alam maya. Mana nak ikut? Itu sebenarnya terpulang pada korang juga. Macam aku, memang awal-awal dah tekan butang tradisional. Especially ini pulak anak pertama, memang harus jaga betul-betul. Untuk korang, tepuk dada, tanyalah selera okay 🙂

Cuma sebagai yang pernah melalui 44 hari yang sungguh menguji itu, aku nak berkongsi dengan korang apa yang aku beli dan guna dalam tempoh berpantang itu.

1. Set bersalin Nona Roguy – Dalam set ni ada macam-macam, memang lengkap! Aku paling suka lulur badan, minyak panas dengan mandian herba NR ni. Al-maklumlah, baby aku kena prolonged jaundice so semua yang kena makan atau minum, aku tak makan until jaundice baby okay. Tapi, memang berbaloi beli set ni. Unless korang nak repeat order, then beli mana yang korang nak je.

2. Bengkung (at least 2) – Wajib pakai hari-hari kalau dalam pantang. Sapu sikit krim or minyak panas kat area berkenaan, then pakai. Sumpah best. Kalau boleh cari yang zap-zap tu je. Senang nak pakai, tanggalkan time pi toilet ke. Beli 2 pcs, so kalau 1 basuh, ada back up lagi 1. My favorite!

3. Stokin tebal (5 pcs) – Lepas bersalin, badan akan cepat rasa sejuk especially kalau kita tak start urut, makan ubat and etc. Jadi, pakailah stokin sepanjang 44 hari tu. Even ke hospital untuk vaccines sebulan pun, usah tinggal stokin tu.

4. Minyak panas – Paling penting. Lepas mandi, before tido, please sapu kat kaki. Nanti korang akan rasa selesa sangat. Urut-urut sikit time pakai tu.

5. Pilis and param – Ada yang tak suka. Tapi aku suka sangat, rasa lega bila letak kat kepala. Kalau jenis malas nak campur air semua, korang boleh beli minyak pilis. Sapu sajok!

6. Pad – Ini jatuh hukum wajib. Kalau boleh beli overnight, long terus. Then, spare juga yang slim size or pantyliner sebab towards the end bila darah dah habis. Berguna untuk korang pakai.

7. Kain batik and skirt labuh – Ada yang dah start pakai jeans or seluar lepas 4 hari lahirkan anak. Macam aku cakap depends. Tapi, sepanjang aku berpantang memang aku spare kain batik banyak and skirt kalau nak ke hospital atau klinik. Skirt kembang or pencil itu terpulang pada korang tau yang penting bergayalah sikit walau dalam pantang kan?

8. Silicone pump – For the first time mom yang breastfeed, selain dari breast pump, benda yang aku rasa paling berguna adalah silicone pump. Sebab dalam pantang, adalah masa sesuai untuk direct feeding. Tapi, kalau baby tak reti latch or breast melecet, and time tu pulak bengkak susu, memang korang boleh demam tau. Aku dah lalui semua tu, dan aku tinggalkan ia sebagai kisah silam, gitchew.

Waktu berpantang, memang korang akan busy and penat, jadi bila kena pump susu every 2 hours adalah satu perkara yang agak leceh. Untuk mudahkan first time mom di luar sana, korang beli je silicone pump, bila baby tengah nyusu, letak pump ni kat yang lagi satu. Magic will happen! Solution yang paling I like.

9. Tukang urut, tangas, sauna segala – Yang dah menunggu hari, boleh dah survey tukang urut yang bagus. Siap2 tanya berapa rate semua then boleh book. Urut, tangas, semua ni penting untuk kesihatan dalaman korang. Badan nak pakai lama kan?

10. Sitz bath – Oh yang ini lagi satu kegunaan paling penting especially yang normal delivery. Korang boleh dapatkan di farmasi, yang mana penggunaan ini adalah untuk berendam dalam air garam suam. Elok untuk mempercepatkan luka korang kering dan penghapus kuman. Selalunya lepas mandi, duduklah dalam 5 minit atas seat bathe ni, tenangkan fikiran. Tak perlu korang nak letak ubat ke apa untuk jaga luka tersebut. Just garam dan air suam insyallah cepat sihat.

Amacam list berpantang aku? Taklah banyak sangat kan? Actually banyak lagi yang aku nak share, walaupun ilmu dan pengalaman aku hanyalah seciput sahaja tapi tetap nak share supaya korang yang excited nak jadi mak tu siap sedia dengan semua ni.

Ingat, jangan terlalu excited nak beli barang baby je. Mommies pun penting juga sebab yang nak kena cepat pulih adalah uols semua, tak gitu? Kalau ada yang nak kongsikan pengalaman bersalin korang, bolehlah share dengan Cik Pora.

p/s : Tiada iklan mahupun promo barangan berbayar untuk semua barang yang aku nyatakan di atas. Semuanya hanyalah berdasarkan pengalaman dan penggunaan sendiri je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *