BIRTHDAY CELEBRATION ON QATAR AIRWAYS

11.09 – Tahun ini memang special sebab dapat celebrate birthday di atas langit, bukan dengan kerajaan langit tapi dengan Qatar Airways. OMG, memang excited sangat sebab dah lama teringin nak naik WORLD’S BEST AIRLINES in 2019. Memang dah kepingin tau. Akhirnya tercapai hasrat.

Elok pulak tengah survey tiket ke Zurich, semua date mahal meloncat-loncat. Akan tetapi bila tarikh keramat 11.09 terus jadi murah, apa lagi nikmat yang ingin anda dustakan? Kita book terus dan terbanglah Cik Pora ke bumi indah Switzerland bersama 2 lagi travel buddies – Kak Cah & Fakhrul.

Melangkah sahaja masuk ke departure gate, ground staff dah start wish. Since flight malam, from KUL – DOH,masuk je flight, take off terus kita tertidur lena. Sear yang selesa ditambah pulak dengan in-flight entertainment yang dipancarkan melalui screen 13′ inch besar, diperhidangkan pula dengan makanan lazat, apa lagi kita nak buat kan, lena dibuai malam indah lah.

Bila dah nak sampai di Doha je, tetiba barisan cabin crew yang friendly sangat datang bawa kek sambil nyanyi lagu ‘Happy Birthday’. Actually dorang datang awal dah, tapi al-maklumlah bila usia meningkat, mudah ngantuk so tak sampai hati mereka nak kejutkan. Tu yang hantar jugak even dah nak landing. Cepat-cepat kami habiskan sebab we are preparing for landing pun. Sedap ye dessert tu. Thank you sangat Qatar Airways.

                                                            My first birthday cake & celebration in Qatar Airways

Sambutan hari jadi tidak sahaja terhenti di Doha (walaupun masih ada saki baki 30 minit sebelum 12 September, itu yang bestnya celebrate birthday naik flight, panjang sikit hari jadi kiteww), nampaknya sambung menyambung sehingga ke ruang angkasa menghala ke Europe. Connecting flight ke Zurich, baru je duduk, supervisor cabin crew terus datang mencemar duli ucap Happy Birthday. Ya ampun, terharu beta, eh? *pengsanlah yang membaca*

Sid, that’s his name. Beberapa minit selepas take off, dia datang bawa kek dengan chocolate. Kek kurma ye. Sangat konsep timur tengah. Mujur dia tak berbisik Yusuf Taiyoob time bagi kek tu. Aiyo! Aku masih terkejut sebenarnya. Layanan Qatar Airways untuk first timer macam aku dan sambut pulak birthday di ketinggian 40,000ft, terlalu indah pengalaman seumpama ini.

Sedap kek kedua Cik Pora, yang ini dia memang dah prepare awal-awal sebab lepas take off terus je dia persembahkan

 

 Kasi chance

Bukan itu sahaja, semua cabin crew under Sid, kena datang kat aku untuk wish birthday. Siap minta cabin crew from Malaysia greet dan bagi apa sahaja yang aku nak. So, hot chocolate and Godiva you get  birthday girl, exclusive from cabin crew name Yana. Goodness, what a beautiful birthday celebration I had with Qatar Airways.

This hot chocolate, really good

 

 Pstt.. they served Godiva for Business Class, siap Chopard pouch diberi PERCUMA

Overall, Qatar Airways deserved the title for the Best Airlines in 2019. Their service and hospitality was superb. Seat, in-flight entertainment (movies were up to date), meal, baggage allowances and wifi on board (for all my flights) were provided in excellent conditions. Flight was smooth.

Their cabin crew were friendly and welcoming. And the birthday surprise, definitely one of a kind experience, an unforgettable moments from Qatar Airways. Will I fly again with Qatar Airways? Definitely, it’s already in my favorite airlines list. I memang recommend sangat untuk korang especially yang travel with kids, please travel with Qatar Airways. Service grade A. Till next flight with you!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *