Budget Trip ke Tasmania, Australia (Part 2)

Aku bangun awal gile, kejutkan ahli jemaah yang lain, message Mike yang nak tumpangkan kami tu tapi taklah balas-balas entah kenapa mamat ni, unfriend ngan kami ke? Call pun tak dapat. Haih, nampaknya kena usaha cari uber sendiri untuk collect car rental kami di airport. Aku dan Kak Mah ditugaskan untuk settlekan perihal kereta sewa while Cah dan Bie tolong settlekan breakfast. Barulah apa yang penting kerjasama kan…

Uber kami tiba tepat pada masanya di hadapan rumah kami. Dalam kereta, mamat Uber ni banyak bercakap. Mungkin sebab excited bawa tourist jejalan bandar Tasmania kot. Slang driver ni sumpah berabuk laju macam bullet train, terkadang boleh tangkap kekadang rasa cam apooooo… Lantaklah, jawab je, okay mate! Driver ini seorang pakcik yang memang orang local dan beliau sangat arif tentang tempat-tempat menarik di sekitar Tasmania. Siap cakap, on Sunday, there will be snow in Mt. Wellington. Aku cam…OMG, semoga masinlah mulut pakcik ni. Amin.

Good morning mate!

Awwww! Just lovely

Sampai di port car rental kami, terus settlekan segala urusan pinjam-pinjaman dan bergerak semula ke area rumah kami, sebelum singgah ke Coles untuk beli segala barang dapur yang diperlukan. Shopping ala kadar je dulu untuk dapatkan barang-barang asas sebelum ke next destination Then, kami pulang terus ke rumah, amik Ecah dan Bie, check out and let’s hit the road babeyhh! Antara lokasi yang kami dapat cover adalah :

  • Eaglehawk Neck
  • Tessellated Pavement
  • Port Arthur Historic Site

 

 My driver of the day – Kak Mah

 Masuk je Coles, memang akan serbu terus bahagian sayur segar bugar dorang

 Keles ayam ikut kita kat mana-mana

 Mujur niaga susu sampai ke sini, dapatlah travel sana sini

 Penuh troli ke tidak tu?

 Yeay dah sampai di Eaglehawk

 Ke sini pulak kita

 Formation of batu yang unique

My travel buddy – Bie

 Dah macam Feminin dah aku tengok

Can we just grow old together like this? *ala kita pun nak jugak*

Ecah layankan sajok Cik Pora. Mekasih tau!

4 gadis take Tasmania

Nyaman sekali takde orang kat sini

 Me and my plus one

 Okay, jom kita!

 

Bila dah sampai di sekitar kawasan Port Arthur, kami cuba untuk masuk ke trail untuk ke Cape Hauy ataupun Cape Raoul. Jalan menuju ke trail tu memang tak rata habis, maka harus slow-kan kereta. Di kiri kanan haruslah hutan banat ye kawan-kawan. Sunyi sepi. Kalau nak terserempak pun, hanya dengan bas tourist yang jarang-jarang lalu di situ. Mula tu, cam nak patah balik, tapi dah ala-alang seluk kasam, apa lagi moh lah kita. Cik Pora selaku co-pilot tetap meyakinkan Kak Mah, sebagai pilot serta ahli jemaah lain (Bie and Ecah) untuk teruskan juga sehingga sampai ke hujung. Pantang anak Melayu mengalah, ching!

Lepas 30 minit, sampailah hujung yang kami nak sangat tuju tu, ghupenyaaaaa… Hanya campsite menghadap lake. Nak masuk pun kena AUD24 untuk sebijik keta. Amboi, caj mahai-mahai nak pi mana? Kitaorang hanya turun sekejap je untuk tengok apa yang ada sebelum pulang semula ke Port Arthur. Waktu kami on the way untuk pulang tu, memang kena lalu semula jalan yang sama tau. Hutan banat temanya. Tengah-tengah jalan tu, ada seorang uncle (lewat 60-an) tahan kereta (hitch hiking) kami untuk tumpang sampai ke parking Port Arthur Historic Site.

Sebenarnya takut juga nak tumpangkan orang ni, bukan apa, hati manusia lain-lain uols. Tapi kami tawakal je wak! Mujurlah pakcik ni baik. Dia pun banyak bercerita tau pasal hiking dia. Rupanya dia 3h 2malam duduk dalam hutan tu untuk mendaki ke Cape Huay. Sorang-sorang ya. Seorang yang gigih dan kental ye uncle ni. Dia hanya bawa 1 bag je, makan semua dia cari dalam hutan. Dia juga sempat tunjuk gambar view letops-letops dari atas cliff Cape Huay. Oh I’m so jealous dengan uncle ni. Dalam usia 60 tahun ni, dia boleh buat aktiviti gitu sorang-sorang. Tapi elok jugak kan, dari dia duk kedai kopi, mengopi tak sudah cite pasal orang, baik buat aktiviti gitu kan.

Sampai di carpark, beliau ucapkan selamat tinggal pada kami. Dah settle urusan hantar uncle tu, kami terus check in accomodation kami yang hanya terletak 5 minit je dari Port Arthur historic site. Check in je, terus buat aktiviti masak-masak and petang tu agak free, jadi tercetuslah idea untuk naik helicopter dengan harga AUD145/ pax dan dapat lihat pemandangan yang super indah. Kami book dulu seat untuk esok sebab katanya weather esok memang nice untuk kita fly sambil menyaksikan Cape Houy, Cape Roaul and Port Arthur Historic Site daripada atas. So, sementara countdown untuk esok, kami lepak-lepak sambil dalam motel sambil rehat-rehat. Lama betul tak travel slow and steady camni. Just enjoy the mood of travelling in foreign country. Takde rushing nak ke mana-mana, itulah feeling time travel yang korang akan enjoy habis.

 The langit, ah-mazing!

 Okay kita siap-siap book dulu

 Sempat discover local groceries shop. Ini ala-ala kedai runcit kat kampung-kampung tapi takde owner in person

 Senarai harga untuk rujukan

  Ada siap dengan CCTV, so dia pantau kat situ jelah. Jika berlaku apa-apa. Cik Pora panggil kedai ni kedai jujur

 Ke tasik kita, belakang hotel je pun

Petang tu, kami sempat jugak berjalan di sekitar tasik yang ada di situ. Dapatlah tengok air Pulau Tasman yang luas terbentang indah itu. Ini kalau berenang boleh sampai New Zealand ye. Bolehlah fefeling kan jerit-jerit ‘Kia Ora’ beriya-iya. Namun, yang aku perhatikan sepanjang 2 hari di sini, memang sunyi ya Tasmania sebenarnya. Aku rasa untuk harinie, beberapa orang je baru aku jumpa. Apa entah lagi bila aku berjalan bersama ahli jemaah di sekitar motel kami, memang non-hado orang jugak ye. Sepi. Kiri dan kanan, hanya bertemankan riuh-rendah anak-anak Malaya dan angin bayu Pulau Tasman. 

Kami stay di luar sehinggalah mentari melabuhkan kelibatnya. Pulang semula ke motel dan mulakan aktiviti rewang malam tu. Habis masak, makan, hujan mula turun di luar. Nampaknya, kelibat Aurora Australis mungkin tak kunjung tiba. Maka, tidurlah kami dalam kamar masing-masing lena habis yeeeeee.

 Murah dan sedap pulak tu

Sweet potato ni nak buat apo?

 Menguli di dapur travel mungkin

Maka, terjadilah kuih keria in Tasmania, gigih melayan selera teman-teman

Even tengah pregnant, tetap on duty. Simple dinner is ready gais, jom makan

Kenyang perut, apa lagi, good night

*to be continued

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *