Front line Malaysia COVID 19 – Terima Kasih!

Seluruh dunia kini sedang dilanda satu wabak iaitu COVID-19, yang sehingga hari ini masih lagi takde specific vaksin yang boleh mengubati virus ini. Ianya bermula dari pertengahan bulan Disember di sebuah pasar haiwan eksotik di Wuhan, China.

Kemudian ianya merebak secara pantas ke seluruh dunia dan Malaysia juga turut menjadi antara negara yang tertinggi kadar pesakit positif COVID-19. Sehingga hari ini, rekod kematian akibat virus ini telah pun meningkat ke 50 orang.

Dan kerajaan Malaysia telah pun mengambil langkah yang bijak bagi mengekang penyakit ini dari telus menular dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan -PKP (almost lockdown) dari 18 Mac – 14 April 2020.

Maksudnya, kita semua tak dibenarkan pergi kerja, sekolah, jalan-jalan shopping mall segala. Anda hanya perlu #stayathome #dudukrumah. Memang satu keputusan yang bijak tapi untuk business people, memang pening kepala jugak ni.

Apa kan daya, virus ni bahaya okay. Tapi dalam kita duk mengeluh bagai, kita harus fikir pulak semua pekerja-pekerja yang bekerja di front line seperti doktor, jururawat, polis, tentera, bomba, rider-rider delivery, security guard, cashier groceries shop, cleaner dan yang terlibat di barisan hadapan. Anda hero kami!

Jasa dan pengorbanan yang sangat bernilai dalam menyelamatkan rakyat Malaysia memerangi virus ini. Sedikit ucapan yang sempat Cik Pora compile untuk anda semua wahai front line!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *