Resepi Sagu Gula Melaka Mudah & Simple Dengan 3 Bahan Sahaja

Sejak MCO diumumkan 16 Mac yang lepas, semua di Malaysia khususnya wajib #dudukrumah #stayathome dan jangan merayap ke mana-mana jika tiada perkara penting.

Untuk Cik Pora, aku still kena work from home, but a bit challenging sebab ada Esfahan di sisi. Fuh, memang mencabar tau. Baru nak bukak laptop, dia dah tutupkan.

Haih, sabar jelah. Tapi, the beauty of working from home, we could spend time together and prepare meal in between. Ini memang favorite aku. Masak!

Siap plan tau, apa menu yang nak kena prepare hari ini. Ala-ala akak kedai siam ke tidak. Banyak menu yang aku tak pernah buat pun, aku dapat try time MCO ni. Itulah hikmahnya.

Dan hari ini aku nak kongsi resepi dessert baru yang aku cuba, Sagu Gula Melaka. Ye, aku lambat sikit nak cuba resepi ni sebab aku tak pernah rasa sebenarnya. Lame Pora lame!

Since, aku dapat discover resepi yang senang gile. Jadi, apa tunggu lagi, hanya 3 bahan penting sahaja, jimat dan mudah. Itu yang buatkan aku cuba and this is my first time rasa Sagu Gula Melaka.

Okay, resepi Sagu Gula Melaka Simple Cik Pora, bahan-bahannya :

  • Sagu 1 paket (ikut berapa banyak korang nak buat)
  • Susu cair
  • Gula Melaka jenama Tea Pot

Cara-cara penyediaan :

  1. Rendam sagu dalam air selama 30 minit
  2. Panaskan air dalam periuk, bila dah mendidih masukkan sagu yang direndam tadi. Masak hingga hilang putih-putih di tengah sagu
  3. Angkat sagu, lalukan pada air, toskan. Letak pewarna yang anda suka
  4. Ambil bekas kecil-kecil, letakkan Gula Melaka jenama Tea Pot tadi
  5. Letak sagu yang dah dimasak
  6. Siram dengan susu cair.
  7. Simpan dalam peti sejuk and walaaaa. Ready to eat. Memang sedapppp!

Ini adalah versi simple dan jimat masa. Kalau nak pakai santan atau buat gula melaka sendiri pun boleh. Apa-apa pun, selamat mencuba!

2 thoughts to “Resepi Sagu Gula Melaka Mudah & Simple Dengan 3 Bahan Sahaja”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *