Farm In The City – Syurga Anak-Anak Menikmati Suasana di Ladang Bersama Haiwan

Dah lama sebenarnya Cik Pora dengar tentang kewujudan Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan ini. Ianya menawarkan pengalaman yang berbeza untuk pencinta haiwan khususnya anak-anak. Kalau sebelum ini, Cik Pora bawa Esfahan tidur di ladang yang terletak di Tasmania, Australia.

Beratur dulu ikut SOP
Mari kita masuk

Memang di sekeliling kami semua adalah haiwan-haiwan ladang yang sangat friendly. Siap dapat tour ladang sekali. Happening habis! Cuma waktu tu, Esfahan baru 5 bulan je. Dan itulah first and so far last (when the pandemic hits us) untuk dia. No more overseas travel dah. Jadi, marilah kita hargai

Apa yang bezanya dekat sini?

Banyak benda yang menarik di sini. Kalau nak bandingkan dengan Zoo Negara, iany lebih kepada kepelbagaian haiwan di seantero dunia di bawa dalam satu kawasan. Lebih unik dan besar.

Kalau di sini, kebanyakkan haiwan lebih kepada haiwan peliharaan di dalam ladang. Yang paling best, korang boleh bagi haiwan-haiwan ni makan tau. Ianya dibebaskan di dalam kawasan yang penuh dengan redupan pokok-pokok dan juga air tasik buatan manusia yang mengalir di kiri dan kanan.

Kalau anda yang tak tahan panas, yelah mesti ada spesis yang tak boleh kena direct sun tapi tetap cintakan haiwan, ini memang port terbaik korang. Selain dari tu, jenis-jenis haiwan di sini semunya jinak.

Untuk anak-anak yang dah mula berjalan dan kenal haiwan-haiwan, memang sangat sesuai untuk anda bawa ke sini. Sejenis happy bila korang tengok respons dorang bila dapat tengok lebih dekat haiwan-haiwan tu semua.

Baru bangun tidur terus kena lawat ladang

Untuk Esfahan pulak, luckily at the age of 1year 8months dia dah mula kenal haiwan-haiwan. Everytime Cik Pora sebut je, dia akan make a sound. Thanks to Youtube lah citenya. Hahah!

The giant
Kura-kura with Esfahan
Paling berani nak bagi kambing makan. Sekali yang datang…

So, bila dia dekat sini, bila dia tengok animals yang dia kenal, terus dia buat sound. And the best part, Esfahan tak takut. Kalau budak lain, I believe memang akan menangis takut.

Sebab trip ke Farm in the City ini turut disertai anak buah aku, Qaila Ammara. Memang asal nampak any animals dekat je, dia akan takut sangat-sangat.

Qaila in pink dress and Karl Esfahan

Ini antara gambar haiwan-haiwan yang ada di Farm In The City:

Dalam sejam lebih macamtu, korang dah boleh habis round tempat nie. Itu tak masuk kalau korang ada nak join aktiviti. Yang kaki bergambar, aku yakin, setiap sudut pun korang mesti nak posing. Tak gitu?

Kebanyakkan haiwan-haiwan kat sini memang jenis yang tinggal dalam lading. Janganlah korang compare dengan Zoo Negara pulak. Eh kenapa sini takde rimau mak? Mana pulak kandang gajahnya mami.

Anak-anak, meh sini Kak Pora nak cakap sekali lagi. Harimau dengan gajah tu haiwan liar yang tinggal dalam hutan. Kat ladang hanya ada ayam, itik, burung, keldai, pony dan seangkatannya.

Untuk yang nak bawa anak-anak anda ke sini, bolehlah Waze Farm In The City, harga tiket dalam RM38 (adult) dan RM32 (kanak-kanak atas 11 tahun). PERCUMA untuk kanak-kanak 90cm ke bawah.

Selamat berkunjung semua!

FARM IN THE CITY

Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *