Special Edition Selangor Meets Sarawak #tsdayout : Part 2

Sambungan dari Part 1 : Special Edition Selangor Meets Sarawak #tsdayout

Call time untuk hari kedua adalah seawal jam 4.00 pagi. Kami perlu bersiap sedia untuk turun ke lobby Empire Hotel Subang pada jam 5.00 pagi untuk sambungan trip kami ke Sarawak Bumi Kenyalang. Mengantuk yang amat sangat tapi hidup perlu diteruskan. Bas yang membawa kami ke KLIA2 tiba di parking bus airport pada jam 6.00 pagi. Group kami dibahagikan kepada 2 different flight time – 7.45 pagi dan 8.15 pagi. Untuk flight group kedua kami akan ditemani oleh representative dari AirAsia. Sejurus selepas geng flight pertama settled, tibalah masa untuk group kedua pulak check in. 

Kaunter self-check in 

Alangkah happy yippie nya aku sebab dah tak sabar rasanya nak jejakkan kaki semula ke Sarawak. Last pergi pun dengan family pada tahun 2013. Kebanyakkan tempat yang kiteorang cover pun semuanya berkonsepkan kekeluargaan yang harmoni sangat. Tapi kali nie, konsep lain pulak, konsep jiwa remaja gitu. Semua aktiviti yang akan dijalankan ada unsur-unsur adventure gitu. So, inilah peluang untuk kita cipta kenangan sisa remaja kita di Sarawak pulak… Disebabkan itulah, hati semakin tak sabar nak ke Sarawak. Namun, atas disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, kami terlepas flight jam 8.25am tersebut. 

Wajah-wajah tertinggal flight


Tiket baru harus dibeli on the spot dan kami hanya dibenarkan untuk naik pesawat pada jam 12.35pm. Siap hot seat lagi tau… Apa-apa pun, what happened in KLIA2 stays in KLIA2 yaaaa… Kiteorang memang takde hal pun sebab inilah sebenarnya peluang yang ada untuk merapatkan hubungan sesama geng blogger. Tak gitu rakan-rakan? And untuk group pertama yang sudah pun tiba di Sarawak, mereka berpeluang untuk join city tour yang telah dirancang sementara menunggu geng blogger yang tertinggal pesawat katanya….


Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 3.00 petang ++ dan disambut meriah dengan upacara pemakaian rantai tradisional Sarawak. Rakan-rakan yang ada menunggu kami since morning pun turut meraikan kami. Seakan baru pulang dari belajar tak balik 3-4 tahun gitu… Ahaks! Dengan tibanya kami di airport, maka lengkaplah group #tsdayout dan barulah awesome untuk kita ada group photo. Yeehaaaa! Usai semua, naik bus dan kami terus menuju ke Imperial Hotel, penginapan terindah kami di bandar Kuching. 

Teman yang terpisah akhirnya bertemu di Sarawak, bumi kenyalang!

Hotel terletak tidak jauh dari airport. Sampai sahaja di hotel, kami dihidangkan air mango untuk sejukkan tekak dan terus diberikan kunci untuk check in. Roomate setia  saya dari Selangor ke Sarawak masih lagi sama iaitu Miss ThatsoFarah. Jadi, amik je check in card, masuk bilik, letak bag, tak sempat nak ada sesis lompat-lompat atas katil, terus keluar semula. Perut memang lapar. Elok pulak keluar je dari lift, kami terserempak dengan wartawan nombor 1, Media Hiburan, Hairul dan Wan. 

Waaaaaa, cantik sangat bilik Imperial Hotel Kuching

Setiap bilik ada wifi (Unifi) lagi

Rasa nak tutup langsir rapat-rapat, then tidoo

Toiletries 


Dorang memang plan nak cari food pun. And makan sekali kat mall yang terletak betul-betul di sebelah hotel kami. Tapi masa seakan tidak mengizinkan kerana, tepat jam 4.00 petang, bas akan bergerak ke waterfront. Namun, usah diabaikan perut yang meronta ini, kemahuan harus diusahakan, jadi bergegaslah kami mencari kedai roti untuk buat alas perut. Habis shopping roti, kami terus menuju ke lobby. Nampak je ahli jemaah yang lain, terus naik bus and menujulah kami ke Waterfront.        


Perjalanan dalam 10 minit dan tibalah kami di hadapan waterfront yang juga merupakan antara salah satu tarikan utama untuk pelancong ke Sarawak di mana pengunjung dapat melihat sendiri view terbaik Sungai Sarawak. Dan antara tarikan utama di sini ialah sunset cruise yang akan membawa anda round-round laluan sungai utama. Sunset cruise info boleh anda check seperti di bawah –


Harga per pax :  RM60 (dewasa) RM30 (kanak-kanak) – ada discount 48%

Masa : 5.30 pm

Journey : 1 jam 30 minit

Extra : Kek lapis dan air jus ada disediakan


Tips : Naik cruise awal-awal (around 5.15 petang and book port tingkat atas, ada table disediakan and enjoyyyy!

Before kita naik cruise, jom makan kuih di waktu petang. Sedap tauuu!

Sebelum berlepas, kita wefie dulu

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di tepi Sungai Sarawak

Hari yang cantik

Matahari nak labuhkan tirai

#tasdayout #crew #cruise #feeling #anak #datok #habis

Photographer untuk gambar di atas nak masuk jugak

Tarian di atas cruise

Barisan penari yang menghiburkan

Barulah sempurna 🙂

Night view – AWEEESOME!

Habis bercruise, kami semua dibawa pula untuk makan malam di Topspot (bukan topshop ye). Tempat ni ada 6 tingkat dan rata-ratanya kebanyakkan kedai banyak menjual makanan laut. Untuk penggemar seafood, inilah peluang keemasan untuk rasa seafood Sarawak pulak. In case, kalau anda taknak tunggu lift lama, naik sahaja tangga yang disediakan. Bila sampai sahaja di tingkat atas, anda akan lihat deretan kedai yang menghidangkan makanan yang enak-enak. Memang terliuq sakan tau. Untuk kami, segalanya telah ditempah khas. Maka kami harus perlu menuju ke gerai no.25 and tadaaaaaa… Duduk dan terus jamu selera ye. Memang nyaman habis makan kat sni. Saya bagi 4 bintang.


Selesai makan malam, tibalah masa untuk kami pulang semula ke hotel. Memang tak sabar rasanya nak baring atas katil yang empok kalah tilam Vono. Ternyata segala penat lelah untuk hari tersebut berbaloi sejurus berehat di bilik. Memang selesa sangat hotel ini. Mereka juga ade amat utamakan security di mana hanya mereka yang adeaccess card sahaja boleh naik ke bilik. Kalau anda bukan guest di sini, anda tidak akan boleh access masuk ke dqlam lift. Cengginila best!

Ditempah untuk kami. Thank you 🙂

Before menjamah, yuk kite!

 
Apa-apa pun, malam itu aku tidur nyenyak! Daebak.
Menarik tentang Imperial Hotel Kuching
  • Terletak 5 minit sahaja dari Kuching International Airport
  • Terletak di atas Boulevard Shopping Mall – mudah untuk anda yang memang suke sangat jejalan di mall
  • Complimentary in-room WiFi and Hypp TV pon adeeee
  • Bertaraf 4 bintang
  • 339 guestrooms

3 thoughts to “Special Edition Selangor Meets Sarawak #tsdayout : Part 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *