KENALI SCAM DI INDIA : Tips untuk anda yang travel ke India

Tak India lah kalau korang tak kena scam!
Itulah hakikat yang setiap traveler harus terima bila datang ke India. Pasti korang akan terkena, hampir kena mahupun dah balik Malaysia baru tersedar yang anda di- scam. Seolah-olah jadi perkara wajib bila berada di sana. Jadi, apa nak buat? Sebelum korang terbang ke sana, meh Cik Pora kongsi antara scam yang popular di India.

 Welcome to my love-hate relationship

1. Hotel yang kita book dah tutup

Ini scam paling popular. Bila dah dalam flight beberapa jam, pasti korang penat. Tiba je di airport, pasti korang nak terus sampai ke hotel and berehat. Tapi, boleh pulak driver taxi bagitahu yang hotel korang book dah lama tutup. So dorang akan suggest hotel lain dan selalunya dorang akan bawak ke hotel yang mahal untuk daptat commision. Kalau korang terkena macamni, insist untuk pergi jugak hotel yang dah book. Royanlah sikit, baru berjaya.

2. Tak tahu jalan ke hotel

Yang ini pun satu lagi masalah kalau kita ambil taxi dari airport. Alasan tak tahu jalan dan terus bawak ke hotel yang dorang akan dapat commision. Suggestion aku, print siap-siapa alamat, phone number hotel korang. Make sure before naik taxi tu, confirmkan betul-betul. Kalau boleh ambil authorized meter taxi yang di luar airport Delhi (kalau Delhi lah citanya)

 Namaste bhaiyya, ke mister potato

3. Tourist attraction tutup

Datang jauh-jauh naik kapal, tetiba tutup pulak. Haih, scam yang ini pun dorang selalu buat. Terkadang tu bukan tourist attraction je. Tapi sekali tapau dengan restaurant dan juga kaunter tiket keretapi. Siap berpakaian lengkap seragam macam security guard di stesen keretapi pun ada. Mungkin menjiwai watak sangat tu. Ada je alasan menyebabkan ianya tutup. Rusuhan lah, makcik owner kedai tu sakit, satu family pergilah, kucing beranaklah… Ditambah pulak dengan keyakinan mereka yang memang aku pun tak mampu nak follow. Tolonglah kalau boleh jangan terlalu percaya jika dorang cakap tiket dah sold out, salah platform, kena beli tiket baru dan sebagainya. Better korang check dengan authorized people before buat sesuatu keputusan.

 Taj Mahal hanya tutup hari Jumaat sahaja tau

4. Peminta sedekah

Kalau korang berhenti kat traffic light je, pasti anda akan lihat ada yang meminta sedekah di tepi tingkap. Tak kira muda atau pun yang sudah berusia, memang sayu tengok muka dorang minta sedekah. Tapi paling aku sedih kalau yang bawa baby tu, kesian tau. Namun, menurut kata guide aku, rata-rata dari mereka menyewa bayi tersebut untuk meminta sedekah sebab orang akan mudah rasa kesian. Ada kadang tu, baru umur 8 tahun dah dukung baby, memang touching lah kalau tengok. Cuma nasihat aku, better jangan start bagi kalau duit korang pun krik-krik sebab anda bakal diserbu umpama Lady Gaga turun India ye. Jadi, fikirlah sebelum bertindak, gituu!

 Oops yang ini bukan peminta ye, yang ini peminat kawan-kawan dalam van saya

5. Tukaran wang palsu

Buat mereka yang lepas beli barang tu, sila check baki anda, make sure jumlah yang diberikan adalah betul dan tepat. Bukan itu sahaja, korang kena check duit yang dorang bagi itu samada duit palsu ataupun duit betul. Sebab banyak sangat kes bagi duit palsu ni, make sure korang hati-hati ok?

Actually ada banyak je lagi scam-scam yang berlaku di India yang melibatkan traveler around the world. Memang before korang pergi, akan ada satu perasaan, lecehnya kena sentiasa beware. Semua benda kena be careful supaya tidak tertipu.

Itulah juga apa yang aku rasa sebelum sampainya di sana. Tapi once kau dah sampai je India and dapat pulak elak scam-scam yang berlaku depan mata, korang akan ada satu perasaan “We are the champion” – siap tepuk bahu kawan korang lagi, good job betty bhaiyya.

Yeah, apa-apa pun kepada mereka yang nak ke India, sebelum sampai je tanah India, please banyakkan research and study tentang route yang korang nak pergi. Lagi satu, apa yang aku buat kalau ke India adalah tanam sikit perasaan curious or bahasa kasar, negative pada semua orang yang korang jumpa, tak semua tapi bila ada perasaan tu, membuatkan korang akan lebih berhati-hati. Aku tahu orang Malaysia semuanya baik hati, tapi bila berada di sana, super please jangan percaya sangat orang yang kita baru jumpa. Make sure korang ready untuk ke India. Afterall, korang akan ada love hate relationship yang tak dapat nak explain. Something unique about India.

Untuk yang nak cari tour guide di Kashmir, Agra dan Delhi, korang boleh contact Sis Pora di Instagramnya @poobritney atau pergi saja official Instagram Travelkemana @travel.kemana untuk sebarang pertanyaan mengenai tour guide. Muah!

One thought to “KENALI SCAM DI INDIA : Tips untuk anda yang travel ke India”

  1. Haa cite pasal scam memang pernah kena gak dipulangkan baki kurang dari yang sepatutnya masa beli tiket masuk taman. Dah la kemain dia ramah sembang tanya dari Malaysia, Malaysia best sangat masa membeli tiket tu…kita ni pun seronok melayan…tapi nasib baik sedar tau masa sebelum blah tu baki tak cukup!hampeh betul…huhuhu

    Tapi yang kelakar den terlalu syak wasangka, ada sekali makan kat kedai makan, orang tu beriya sembang…tapi masa tu dapat duit baki terus blah…malam sikit duk kira duit semua macam tak cukupla, terus sumpah orang kedai tu tipu kita…sekali last day, jumpa duit tu terselit dalam seluar jeans!hahahaha adoi laa…kelakar bila ingat balik…tapi betul la, pape pun still kena hati-hati walaupun syak wasangka bermaharajalela…hahahaha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *