Best of 2017 (Trip Cik Pora Sepanjang 2017) – Mari Kita #throwback!

2017, cepat sungguh kau berlalu. Rasa baru semalam tengok bunga api kat tingkap rumah ni ha. But sekarang, 2017 sudah mahu berlepas, tinggalkan aku dengan kenangan yang sangat bermakna. Fuh, macam tak percaya. Macam-macam memori khususnya travel yang berjaya aku cipta sepanjang berada di tahun 2017.

Benda yang aku tak pernah cuba, aku cuba. Perkara yang aku tak terpikir, aku buat. Trip yang tak pernah aku sangka aku berani buat, aku redah. Betapa 2017 mengajar aku untuk lebih matang dan gila kentang. Ahaks! Pertambahan usia yang mendekatkan aku dengan Maha Esa. Itu yang paling utama dalam hidup aku.

Jadi sebelum kita ucapkan selamat tinggal pada 2017 dan mulakan kisah baru di tahun 2018, meh rapatkan saf dan kita throwback sama-sama cerita travel Cik Pora. Mari kita!

1.Bario, Sarawak

Kemenangan Instagram contest organized by Malaysia Airlines telah membawa Cik Pora dan blogger ThatSoFarah ke Bario, Sarawak. Satu tempat yang sangat unik penuh dengan seni & budaya yang dikekalkan dari dahulu sehingga sekarang. Paling best adalah weather kat sana, sejuk sampai 11 Celsius ye. Itulah sebabnya ia lebih dikenali sebagai Kelabit Highlands, di mana Kelabit tribe merupakan penduduk majoriti Bario. Mereka juga terkenal dengan tradisi telinga panjang. Jujur cakap, Bario memang best. Masih virgin lagi. Sesuai untuk anda yang sukakan nature.

Pengalaman tak boleh lupa – Trekking dalam gelap, masuk hutan untuk ke Prayer Hill.

2. Surabaya
Last minute plan dengan teman-teman gym. Thanks to AirAsia FINAL CALL Sale yang berikan aku tiket semurah RM120/ pax untuk terbang ke Surabaya. Memang berbaloi. Walaupun trip last minutes, tapi we managed to cover most of the attractions yang ada di Surabaya. Short and sweet – PENAT dan LEMAU. Sebab perjalanan yang jauh dan semuanya nak cover dalam short period. Hiking, trekking, jeep-ing semua all-in dalam trip Surabaya. Surabaya cantikkk woi!

Pengalaman tak boleh lupa – Berada di Madakaripura yang sangat magikal!

3. Bandung
Berkesempatan berkunjung ke Bandung bersama team Pejabat Agama Islam Langkawi selama beberapa hari. Bandung ni memang best. Kalau selama ni, orang asyik pikir Bandung tempat shopping. Sebenarnya lebih daripada shopping ye. Macam-macam ada di Bandung. Cik Pora pun teruja habis tengok tempat-tempat menarik yang baru sepanjang berada di Bandung. Kalau ditanya nak repeat lagi ke? Haruslah NAK!

Pengalaman tak boleh lupa – Ukhwah yang tercipta. Walaupun tidak pernah bersua muka
4. Kota Kinabalu
Trip bersama dengan 22 orang warga GEMILANG yang memang FUN HABIS! Tak sangka, sumpah tak sangka. Teh Safura boleh bawa 22 peserta warga emas ke Kota Kinabalu dengan jayanya. Alhamdulillah. Bila tengok dorang enjoy setiap attractions yang Cik Pora bawa, journey yang kami lalui bersama, sumpah best feeling ever. Sebab seeing them smile and tak boleh move on tu, memang satu feeling yang awesome. I’m glad, I did it. Kepercayaan mereka pada Cik Pora tu lagilah macam tak disangka-sangka. Yayy!

Pengalaman tak boleh lupa – Bila van kami mengundur di Mesilou, semua keluar dari van, terus berdoa, tadah tangan ramai-ramai. Aku yang tinggal dalam van, perati je. Nak gelak ke nak tutup muka ni? Comelnya lahai!

5. Bangkok
Business trip to Bangkok dan duduk di hotel Le Meridien Bangkok dengan santapan pagi yang selalu dinanti. Itu adalah highlight kepada trip ke Bangkok yang aku rasa paling heaven. Pagi-pagi bangun, memang menantikan saat keluar dari bilik dan terus sarapan. The best breakfast in town, itulah yang disajikan kepada kami sepanjang berada di Bangkok. You should try too.

Pengalaman tak boleh lupa – Setiap pagi, keluar bilik, serbu restoran untuk air kelapa freshhhh!

6. Sandakan
Berkesempatan ke Sandakan di bulan Ramadan tahun ini. Trip hanya 2 hari sahaja, sempatlah bersahur di KL dan berbuka di Sandakan. Awal ye 🙂 Dapat pulak makan seafood di Sim Sim, sedap ya’amat. Serious aku suka. Walaupun sempat borak dengan local people kat sana yang ada cakap, ada lagi tempat yang sedap. Next time datang Sandakan, saya tunjukkan. Seriouslah? Repeat Sandakan lah apa lagi kan.

Pengalaman tak boleh lupa – Bersahur waktu KL, berbuka waktu Sabah, makan pulak fresh seafood. Dang!

7. Hokkaido
Finally, 2017! Setelah sekian lama, aku berani buat SOLO trip to Hokkaido. Alhamdulillah, memang antara trip yang aku redah je. Beli tiket flight pun 10 hari sebelum tarikh berlepas, without proper plan and this was the trip that I enjoyed the most. Met so many people, lepak with strangers, dapat family baru in Sapporo, tried new thing and got to witness the beautiful lavender farm. Wangiii. Hokkaido trip has changed me in so many ways. Banyak bezanya bila travel secara solo berbanding secara berjemaah. Memang power solo travelling ni. Oh Hokkaido, I will remember you sampai bila-bila. Thanks for the memories.

Pengalaman tak boleh lupa – Kebaikkan dan keikhlasan keluarga Mughal, berderai ayaq mata cheq sebab Allah hantar mereka dalam kehidupan Cik Pora. Syukur Yang Maha Esa.
8. Jakarta
Transit untuk beberapa jam sebelum ke Bandung,sempat melawat masjid terbesar di Indonesia yang terletak berhadapan dengan church. Jakarta itu sinonimnya dengan macet. Tapi waktu aku di sana, mujurlah supir kami plan perjalanan baik-baik saja. Dapat avoid waktu macet yang nauzubillah.

9. Kashmir
Bayangkan bila tiba sahaja di Kashmir, kau disambut umpama ‘Welcome Home’ instead of ‘Welcome to Kashmir’. Hospitality dari orang Kashmir itu sendiri yang buatkan kau akan rasa macam satu family. Ditambah pula dengan keindahan alam semulajadi Kashmir yang mengagumkan, pasti buatkan hati korang semua tak keruan. Tapi serious talk, memang Kashmir best gile! Macam-macam ditawarkan oleh Kashmir untuk para traveler. Masukkanlah Kashmir dalam bucketlist anda. Untuk yang nak follow Cik Pora next year ke Kashmir – Julai 2018. Meh contact kita 🙂

Pengalaman tak boleh lupa – Snowfall di Sonamarg, menggigil sampai kena buat step zumba kat kedai Maggi Masala

10. Agra
Dah alang-alang berada di India, Cik Pora lanjutkan perjalanan menuju pula ke Agra di mana letaknya Taj Mahal. Pertama kali menghentakkan kaki di bumi Agra, memang lain rasanya. Gitu. Sepanjang hidup memang aku selalu sangat dengar tentang Taj Mahal dan akhirnya berjaya jugak aku jejakkan kaki di salah sebuah keajaiban di dunia. Sangat gah dan suci. Ternyata Agra ada banyak tempat menarik yang perlu anda terokai!

Pengalaman tak boleh lupa – Termakan dessert yang sumpah kami takleh terima. Rasa dia, aih takleh nak habaq mai, memang korang kenal ia melalui bau je selama ni. Siap kenakan jemaah lain hahaha!


11. New Zealand
Bukan lagi rahsia yang Cik Pora tersangatlah suka dengan New Zealand. Siap ada yang cakap, memang tiap-tiap tahun kena pergi ke? Errrr, kalau 2 kali setahun boleh? Aha.. Alhamdulillah berjaya menjayakan open trip ke New Zealand untuk bulan April dan November 2017. Dua-dua trip pun semuanya dengan geng gila-gila. Meriah terus suasana di New Zealand sepanjang kami di sana.

Macam-macam tempat baru dan lama yang kami dapat explore bersama-sama. Tak kurang juga dalam menyaksikan bunga lupins yang cantik, anjing laut duk bersidai di tepi batu dan burung Kea yang terbang bebas. Dan satu lagi perkara baru Cik Pora lakukan adalah ber-camping di New Zealand. Memang dah lama nak cuba, tapi akhirnya betul-betul Cik Pora buat. Surprisingly, I love it. Yes, something I should do in other countries jugak, kan?

Pengalaman tak boleh lupa – Decide nak buat bungee jumping lepas tahu yang skydiving tu beberapa saat je terbang. Bayar mahal. Duit pun krik-krik. So, pergi jelah terjun. Lagi berbaloi dan I’m glad I did it!

Alhamdulillah, 365 hari di tahun 2017, itulah yang berlaku pada travel diary Teh Safura atau nama cik pongnya – Pora. Walaupun pada tahun 2016, Cik Pora plan yang 2017 ni hanya nak fokuskan pada kerjaya dan sekufu dengannya, siap nak kurangkan travel, namun rancangan Allah itu lebih hebat daripada hambanya ini. Ternyata, ini semua sudah pun tertulis. Dan Cik Pora sentiasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang dilimpahkan.

Di kesempatan yang ada, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat korang semua yang sudi baca kisah travel Cik Pora dari dulu sampailah sekarang. Maaf dipinta kalau ada tersalah bahasa dan perkataan. Ampunkan sis ye? Cium tangan korang, muah. Apa-apa pun, kita tutup tirai 2017 dan adakah kita sudah bersedia dengan tirai 2018 yang bakal menyusul? Ke mana pula destinasi 2018 Cik Pora? Apakah pulak warna warni kisah travel Cik Pora, gituuuu… Zasss, nantikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *