Journey to Leh, India : Finale

Bersambung daripada ceritera sebelum ini…

Kami bangun seawal 6pagi pada 14 September sebab nak kena check out dari Padma Guesthouse dan meneruskan perjalanan ke Nubra Valley dan sekali lagi kami akan tidor di campsite. Weeehoooooo!!! Dah macam seronok pulak bila dapat tido di dalam khemah sekali lagi. Excited sebab mengenangkan experience kami di Tso Moriri. Mungkinkah akan samaaaa? Okay jom kite layan dulu journey kami.

Tepat pada masanya, Brother Dorjey jemput kami di Padma. Janji Ladakhi, memang punctual. Sebelum masuk ke dalam van, kami siap-siap breakfast di cafe hotel dulu dan ianya PERCUMA ye. Ya ampun, sedapppp gile hash brown dorang buat. Bukan yang macam kite makan dekat McDonalds itu ye. Tapi die masak sekali dengan massala. Omg! Memang sedap gile… Siap mintak resepi, tapi balik Malaysia lupa.

Turun semula ke bilik dan ambil barang serta serahkan kunci sebelum Brother Dorjey datang keseorangan beridir di depan bilik kami. Duk jengok-jengok jugak mencari Kesang, namun untuk hari tersebut, Kesang tak dapat ikut. Hanya Dorjey sahaja. Apa lagi, die cakap bahasa Ladakh, aku cakap BM. Then sama-sama gelak dengan kepandaian diri sendiri. Itu barulah dinamakan HARMONI terok!

Perjalanan pada harinie akan menelusuri laluan darat tertinggi di dunia iaitu Khardulang Pass. Jalan nya berbukit yang jenis berliku-liku. Hanya sehala ye. Kalau ada kereta dari arah lain tu, kau redha jelah. Give and take sajok. Terkadang tu aku terpikir, jalan ni memang tak boleh digunakan buat umat-umat Melayu jenis melatah. Kalau sekali kau naik dengan driver melatah, buatnya tetiba muncul kereta lain dari arah bertentangan… Mau ke gaung kite. Memang bahaya. Dan di sini juga, kau akan nampak lambakan typo error yang terpampang di batu-batu gunung. Contoh – Horn, Wel Come dan macam-macam lagi. Tapi kite paham je kan? So takde hal lah.

IndiaIndiaDSC07781-12251-12061Yayyy! Mari kite explore this beautiful bumi together

IndiaIndiaDSC07785-12291-12101Bas camni pun mampu naik bukit-bukau tau

IndiaIndiaDSC07786-12301-12111Tapi asap dia memang menusuk kalbu dan lihatlah betapa tepinya bus itu. Di tebing jeee

IndiaIndiaDSC07798-12421-12231The viewwwww – Lihatlah awa-awa semua

Aku menggantikan tempat Kesang duduk di hadapan. Memang lah seronok sebab nampak view palin jelas. Tapi sejujurnya aku agak seram bila die buat lap corner baring versi Ladakhi Menjerit gitu. Ade one time tu aku jerit je suh die bagi HORN, sebab even aku duduk sebelah passenger pun, aku memang tak nampak langsung kenderaan dari arah lain kalau dah jalan die yang berpusing-pusing sorok dek gunung. Tepi aku dah lah gaung, berserah sahaja lah. Sumpah rasa macam naik roller coaster wey.

Pit stop pertama adalah Kardhungla Pass, jalanraya tertinggi di donia yang boleh diakses oleh kenderaan bermotor, iaitu 5,359 meter dari paras laut. Dah kata, jalan tertinggi, jadi altitude die memang hampir mencecah langit. Van berhenti je, aku bukak pintu terus cari toilet. Cuaca kat sini? Sumpah sejuk dan kelihatan salji membaluti seluruh gunung yang kelihatan di sini. Bayangkan air yang dalam tong dram kat luar toilet pun hampir membeku. Fuh ini memang tak dapat aku imagine kalau time winter, mau cuaca jadi – (negative)

Aku gigih beratur untuk ke toilet walaupun cuaca sejuk ya’amat. Bila turn aku, masuk je dalam toilet yang tak besar mana itu. Aku terus nganga, bukan sebab kotor ke apa, tapi sebab view melalui tingkap kecil toilet tersebut yang sangat mengasyikkan. Nampak macam poster gambar gunung, tapi bukan ye. Ini kalau masuk toilet Premium RM5 Garden Mid Valley pun memang tak dapat view cenggini. Kekdahnya, duduk dalam toilet sebesar jamban karaoke itu duklah snap gambar beriya. Ha, itulah perangai Sapora kalau terjumpa dengan benda-benda takjub di donia ini.

IndiaIndiaDSC07802-12461-12271Dapat juga jejak kaki di Khardungla ini

IndiaIndiaDSC07804-12481-12291Tandas di tebing gunung sahaja, urusan jangan ganas-ganas. Kang terbang sekali dengan tandas

IndiaIndiaDSC07805-12491-12301Sila tunggu di luar

IndiaIndiaDSC07806-12501-12311Air untuk cebok pun dah mengeras

IndiaIndiaDSC07810-12541-12351Look at the viewwwww di dalam tandas ini. Bukan wallpaper tau. Itu dibawakan secara langsung

Habis urusan, aku keluar dan terus mencari rakan-rakan seperjuangan. Nak lah bergambar di sini walaupun sejuk die kemain. Snap beberapa keping, kami pun terus mencari tempat perlindungan. Bukan apa, bila kite deal dengan mereka-mereka yang berkasta pelbagai ini, kita seakan dipinggirkan macam kite ni invisible je. Mungkin itu budaya mereka. Takpelah, kite beransur pergi dulu. Mari kita layan Hot Chai dengan harga 30 sen satu cup. Cukuplah untuk panaskan badan yang sejuk ini.

Maksimum masa untuk anda berada di Khardungla ialah sekitar 20-25 minit sahaja. Kerana kedudukannya yang begitu tinggi, better korang ikut je apa yang diberitahu. Kita bukan paham sangat dengan keadaan body kalau berada di tempat baru. Kang kalau dah kene culture shock cam Cik Pora and the geng tempoh hari, mau nangisss! Kami menaiki semula van dan meneruskan perjalanan ke Nubra Valley. Kelihatan jalan ke sini lebih sibuk berbanding semasa kami ke Pangong Lake dan Tso Moriri tempoh hari.

IndiaIndiaDSC07818-12621-12431Wow!

IndiaIndiaDSC07820-12641-12451Bendera sembahyang mereka menghiasi Khardungla Pass

IndiaIndiaDSC07822-12661-12471Ambil giliran bergambar katanya

IndiaIndiaDSC07827-12711-12521Hai bendera. Ini adalah post police yang tertinggi tau

IndiaIndiaDSC07849-12931-12741Jangan cakap kite tak bagitahu tau

IndiaIndiaDSC07853-12971-12781Penat tunggu giliran, tapi uncle kat sebelah tetap nak join kiteorang.

IndiaIndiaDSC07855-12991-12801Yang nak pam tayar, silakan

IndiaIndiaDSC07863-13071-12881Cepat cari apa maksud Khardungla

IndiaIndiaDSC07864-13081-12891Bhaiyya, chai 1

IndiaIndiaDSC07865-13091-12901Menu yang sangat mudah dipahami

IndiaIndiaDSC07869-13131-12941Kita panaskan badan dengan chai

Di sini, siap ada traffic jam lagi. Yang aku nampak, ianya disebabkan lori-lori yang membawa batu dan pasir duk keluar masuk. Ada jugak yang tengah buat jalan. Dan rata-rata masyarakat di sini juga dilihat duk ketuk batu tepi jalan. Aku tertanya, kenapalah dorang ni duk kumpul batu yang diketuk dan susun herlok-herlok. Bukan lelaki sahaja yang bekerja dalam habuk berdebu itu, tetapi kaum hawa jugak turut mencari rezeki duk ketuk batu. Aku tertanya, tapi bila pandang Brother Dorjey, die ni bukan paham pun. Satgi kalau aku tanya, memang muka palin tak susah nak explain. So, kita buat assumption sendiri jelah.

IndiaIndiaDSC07795-12391-12201Ini dah macam Jalan Tun Razak ni

Tapi yang paling aku salute, dalam duk ketuk batu tu, bila kami berselisih dengan mereka, pasti mereka melambai kepada kami. Senyuman tetap terukir di bibir. Bagaimana mereka mengumpul segenap kekuatan untuk terus riang walaupun hidup dalam serba kekurangan ini? Haihhhh! Tak perlu cakap orang, diri sendiri je cukup, bila kene marah dengan boss, muncung akula palin panjang. Siap monyok bagai. Kalau ada yang tegur, memang nasib kurang baiklah. Padahal kerja duk menaip keyboard laptop je. Tapi, lihatlah mereka. Bertukul batu dalam cuaca yang extreme. Confirm lebih daripada 2 jam mereka duduk kerja di tepi gunung kan? Hidup dalam kesusahan, tak tahu samada mereka dibayar atau tidak untuk ketuk batu gunung ini (batu gunung ye, bukan batu semban), namun, mereka tetap senyum seikhlas jiwa apabila berjumpa dengan manusia. Oh Ladakhi, you made me realized how awful I am. Kita harus bersyukur, tak kire apa berlaku, kita adalah kejadian Allah yang terbaik.

Ada beberapa stop yang kami singgah termasuk di gunung glaciers (uishhh ini memang cantik letops) dan juga singgah untuk makan tengahari. Tak makan pun cuma lepak-lepak minum air. Apabila sampai di area Nubra Valley, kami harus mencari Majestic Meadow Camp. Di situlah tempat untuk kami tidor malam ni. Apabila tiba sahaja di camp tersebut, aku serahkan booking receipt kepada owner. Namun, menurut beliau, kami sebenarnya tersalah camp. Whatttt?

IndiaIndiaDSC08001-14451-14261Macam berada di angkasa lepas

IndiaIndiaDSC08008-14521-14331Mana satu gunung yang kita akan rentasi Bang Dorjey? *krik krik* Abam Dorjey tak paham

IndiaIndiaDSC08015-14591-14401Kedai minum

IndiaIndiaDSC08020-14641-14451Co-pilot view uols

IndiaIndiaDSC08028-14721-14531Lega bila ada kereta di hadapan, at least takdelah terkejut beriya

IndiaIndiaDSC08036-14801-14611Bhaiyya buat meeting tepi jalan

IndiaIndiaDSC08040-14841-14651Inilah tempat favorite saya. Sumpah sini cantik gile

IndiaIndiaDSC08041-14851-14661Kalau ada masa, boleh je kite buat rafting

IndiaIndiaDSC08042-14861-14671Subhanallah, sila tengok view yang terindah di sini

IndiaIndiaDSC08045-14891-14701Bila ternampak Abang Dorjey jumpa kawan

IndiaIndiaDSC08061-15051-14861Kat sini jelah kita rasa kerdil, kalau tempat lain haukkk!

G06786382Kite selfie sikit

IndiaIndiaDSC08072-15161-14971Pinjam motor bhaiyya untuk posing je tau. Tetiba dia nak jugak inter frame tapi terus malu. Kite in character je tau, bukan betul-betul

G06886511Pabila kita layan peminat mintak sign, ahakssss!

IndiaIndiaDSC08076-15201-15011Mari kita teruskan perjalanan yang pasti indah

IndiaIndiaDSC08081-15251-15061Ada perkampungan di bawah

IndiaIndiaDSC08117-15611-15421Sudah memasuki keindahan yang dinanti

IndiaIndiaDSC08119-15631-15441Kita mendaki lagi ye…

IndiaIndiaDSC08122-15661-15471View macamni bukan everyday kita dapat tengok

IndiaIndiaDSC08142-15861-15671Akhirnya, Nubra Valley yang dinanti

 

Katanya, memang ada 2 nama yang sama akan tetapi camp yang lagi satu tu, terletak di Sumur. Sumur tu agak jauh sedikit dari Nubra Valley. Berlainan arah. Dan kene keluar balik dari Nubra valley, diskit dan terus menghala ke Sumur. Nampaknya, kami memang kena jugak ke Sumur. Oleh itu, Brother Dorjey hantar kami terus ke agenda utama mengapa kami ke Nubra Valley iaitu – Two hump camel. Ini memang dah masuk dalam wishlist aku sejurus selepas habis research pasal Ladakh.

IndiaIndiaDSC08143-15871-15681Salah tu Pora

IndiaIndiaDSC08144-15881-15691Tapi cantik sangat jalan kat sini – Nubra Valley

IndiaIndiaDSC08151-15951-15761Okaylah, since dah salah tu. Kita ke Sand Dunes

IndiaIndiaDSC08155-15991-15801Gunung, sungai, pokok dan langit yang indah. Apa lagi maumu?

Camel ini hanya ada di Nubra Valley sahaja. Uniknya kerana ia mempunyai 2 bumper. Dan tempat ni memang cantik, sebab ada gunung, pokok-pokok. Manakala, disebelah sana pulak ada padang pasir, sungai yang mengalir dan cuaca yang syahdu. Bila kami bertiga merentasi bumi Nubra Valley ini, terasa seperti kerdilnya diri ini jika diapit dengan pemandangan yang selama ni kite lihat dalam TV sahaja. Kini, aku dah berdiri di bumi ini dan realitinya lebih indah daripada yang diidamkan.

Sebenarnya dalam duk layan jiwa tu, kami mencari manalah camel ni pergi? Berjalan dah jauh tapi tak jugak muncul. Bila kami duk lalu kat pokok-pokok yang seakan taman, tetiba nampak bonggol-bonggol bergerak. Terus berlari mencari dan tadaaaaaa. Ini tempat korang bersembunyi yeee… Penat den carik sampai terserempak dengan orang kencing merata pun ada tau. Penuh liku-liku hidup betul nak jumpa camel ni. Kami duk lah berjalan dalam kawasan tu sambil menghampiri camel yang sedang enak bercengkerama. Macam berada di safari. Bebas beramas mesra bersama unta-unta ini. Dan sila layan gambar-gambar kat bawah :IndiaIndiaDSC08162-16061-15871

IndiaIndiaDSC08168-16121-15931 IndiaIndiaDSC08170-16141-15951 IndiaIndiaDSC08177-16211-16021 IndiaIndiaDSC08187-16311-16121 IndiaIndiaDSC08221-16651-16461 IndiaIndiaDSC08225-16691-16501 IndiaIndiaDSC08230-16741-16551 IndiaIndiaDSC08257-17011-16821 IndiaIndiaDSC08259-17031-16841 IndiaIndiaDSC08274-17181-16991

Kalau anda nak menunggang camel, hanya 200Rupees sahaja dikenakan untuk 15 minit. Kalau anda nak gambar-gambar boleh je. Tiada caj dikenakan. Di situ kami berjumpa dengan seorang biker. Die ni aku perasan sebab ade sekali time van kami duk lalu kat jalan gunung-ganang Khardung La tu, die berhenti tepi jalan and makan slumber je. Sempat gak pandang die. Bila kat camel tu, aku rasa macam die. Tapi segan nak tegur.

Since kiteorang takde gambar bertiga lagi, kiteorang ada mintak tolong mamat ni ambilkan boomerang. Lepas tu terus borak sakan dan memang sah itu die. Nama dia Nabil dan berasal dari Dubai. Duk jelajah Leh ni dengan motorbike secara solo. Fuh hebat. Die stay lama jugak daripada kami. Sampai after 16 sept. Sebab nak tengok FULL MOON in Pangong Lake. Bila tengok dia naik bike ni, sumpah nak repeat Ladakh naik bike. Jom merempit nak? Ahaks!

IndiaIndiaDSC08277-17211-17021Awa semua dah kena bertugas tau. Get ready!

IndiaIndiaDSC08290-17341-17151Semua pun dah ready nampaknyaa

IndiaIndiaDSC08280-17241-17051Dalam ramai-ramai, ada yang degil tak mau kerjaaaaa. Babab dia!

IndiaIndiaDSC08284-17281-17091Kekdahnya dia macam suka posing je

IndiaIndiaDSC08288-17321-17131Layankan unta yang manjaa ini

IndiaIndiaDSC08292-17361-17171Ramai yang duk naik unta di sana

G07086901Kami dan Nabil

IndiaIndiaDSC08304-17481-17291Okay, kami dah nak pulang

IndiaIndiaDSC08305-17491-17301Vroom-vroom jom

IndiaIndiaDSC08321-17651-17461Di padang pasir yang tak perlu berebut

IndiaIndiaDSC08343-17871-17681Kita lanjewww sekeping #selfie buat yang rindukan kami hahah! Anyway, teman-teman saya ni masih single semuanya. Kalau ada yang berminat, PM sis #promotekawansunyi

Habis berborak, kami pulang ke pangkuan supir Dorjey kami. Next stop ialah Monastery tapi kami tak singgah pun. Just ambil gambar dari dalam kereta. Terus lanjut ke Sumoor. Sepanjang perjalanan ke Sumoor, memang takde kereta langsung dan susah sangat nak jumpa kelibat manusia. Kecut perut jugaklah dua beradik Norzi and Shima bila keadaan jadi camni. Mereka rasa cam Nubra Valley takde lah se-scary gini. At least ade camel uols. Yang ini memang kosong je sepanjang jalan. Tak yakin jugak dengan pilihan hotel tour guide kami. Bila dah sampai di campsite ni, nampak juga wajah-wajah lega mereka sebab akhirnya nampak juga kelibat umat-umat Sumoor. Aiyoooo, verangai teman-teman saya yang lahir pada bulan March ni memang tauuu! Hahah… To me, apa-apa yang terjadi dalam travel kan, aku selalu cakap kat diri aku, we plan, but Allah the best planner. Dan indeed, we love the campsite so much.

IndiaIndiaDSC08365-18091-17901Diskit, kita lalu sahaja

IndiaIndiaDSC08354-17981-17791Sumoor yang sexy

IndiaIndiaDSC08362-18061-17871People? Tak jumpa-jumpa

IndiaIndiaDSC08369-18131-17941Kudaaaa. Awa cantik sangat

IndiaIndiaDSC08374-18181-17991Sunyi nya Sumoor ni

IndiaIndiaDSC08375-18191-18001Mentari yang muncul menyambut kami

IndiaIndiaDSC08376-18201-18011Dah nak sampai baru nampak manusia

Majestic Meadow Campsite Sumoor, itulah campsite kami yang sebenar. Sembah ratu sahaja di sini, kami disambut oleh seorang manager yang kami sangkakan berbangsa India. Akan tetapi die cakap die adalah orang Nepal. Angkut segala bagasi kami, terus kami bertiga dibawa ke khemah yang disediakan. Bila die tanya kami asal daripada mana, and bila cakap je Malaysia, terus die cakap yang die pernah ke Malaysia before. Fuhh apa lagi jom kite speaking Melayu sikit. Barulah umphhh! Ternyata lepas je tahu kami orang Malaysia, terus beliau berikan kami layanan tip top.

IndiaIndiaDSC08378-18221-18031Jauh jugak nak masuk ke dalam

IndiaIndiaDSC08380-18241-18051Terima kasih bhaiyya yang tolong angkatkan bag saya

IndiaIndiaDSC08383-18271-18081Our campsite dikelilingi kebun bunga

IndiaIndiaDSC08385-18291-18101Selesa-nyaaaaaa… Inilah khemah yang sesuai untuk kami

IndiaIndiaDSC08386-18301-18111Katil untuk insan ketiga

IndiaIndiaDSC08388-18321-18131Kita singkap sekejap

IndiaIndiaDSC08387-18311-18121Bathroom

IndiaIndiaDSC08394-18381-18191Hai cantiknya tempat ni

IndiaIndiaDSC08395-18391-18201Bilik kami – 205

IndiaIndiaDSC08407-18511-18321Alaaaa… Kalau tahu cantik cenggini, siap-siap bawak sari nak menari lambak kat sini

IndiaIndiaDSC08409-18531-18341Bukan musim pun kembang macamni, kelesss!

IndiaIndiaDSC08411-18551-18361Tengok bunga terus lapar

Dan waktu kami sampai, memang lapar gile tau. Yelah, dari breakfast tadi, memang kami takde proper meal pun. Kami pun check dengan manager Nepal tadi, jam berapa dinner nanti? Dia cakap 8malam. Alaaaaaa… Laparrrr! Nasib baik Kak Zee sempat merengek kat Abam Nepal dia. Terus dia buatkan potato and brocoli goreng. Dapat alas perut yang dah berkeroncong. Tapi the highlight of this moment adalah bila dapat berborak dengan manager ni dalam Bahasa Melayu. Pong pang habis laaaa duk bercerita. Macam jumpa orang kampung uols. Siapa sangka, Sumoor yang paling sunyi dalam destination kami nie, boleh jadi paling meriah bila jadi camni hahah!

IndiaIndiaDSC08448-18921-18731Chai dari kekasih Nepal Kak Zee, ahaks!

IndiaIndiaDSC08449-18931-18741Bersyukurnya kami dengan makanan ini

IndiaIndiaDSC08450-18941-18751View dari meja makan kami

Habis makan, kami bertiga masuk ke dalam khemah. Ada juga kami berselisih dengan group bikers dari India yang stay di Sumoor. Senyuman yang kami beri seikhlas hati dibalas dengan wajah ketat metat. Mungkin kasta kami tak sama. Takpelah, nanti malam kita tengok kasta princess Langkasuka keluar menerangi bumi Sumoor. Sabaqqq naa!

Kesempatan yang ada untuk menanti jam 8 kami luangkan dengan bergossip di dalam khemah. Tepat jam 8 malam, kami mengatur langkah untuk ke dining hall yang disediakan. Menu malam tu memang lazat habis. Ditambah pulak dengan layanan terbaik dari kawan Nepal kami. Memang rasa macam duduk dekat resort 5 bintang uols. Okay, to be frank, korang pernah ke cam ada kawan Nepal yang korang lepak kat area Pavilion ke, ajak lepak makan kedai hipster ke? To me, aku memang tak ada. Nak lepak lagilah! Tapi aku tak pernah pulak kutuk or buat jahat kat dorang. So, sambil duk makan tu, aku cam terus pikir, bile kite travel nie, kite terus akan layan semua orang sama rata tanpa mengira bangsa dan darjat. Yang penting, kita tak akan judge orang tu walau siapa dia. Hanya hati murni sahaja yang jadi sandaran.

Okay, kite sambung borak dengan Nepalese friend yang petah berbahasa Melayu ini. Dia bagitahu yang dia seronok bekerja di sini sebab orang sini semuanya jujur. Kalau kau tertinggal phone ke wallet ke, diorang akan berusaha untuk cari dan pulangkan. Kalau di Malaysia, teman kami ini pernah dirompak semasa berjalan di Mydin Klang. Habis duit beliau diambil padahal kejadian berlaku di tepi jalan. Sejak daritu, beliau tak berani nak jalan bawak duit yang banyak. Cukup untuk naik turun bas.

Kalau ramai dari kita yang cakap, bersyukurlah Malaysia masih selamat dan aman. At least nak lepak di luar masih boleh lagi jika dibandingkan dengan negara yang berperang. Luaskan sedikit pemikiran anda. Konteks aman dan selamat itu sangat luas. Kebanyakkan negara yang bahagia tak lepak rata-rata sampai lewat malam. Mereka banyak spend masa bersama keluarga dan teman di rumah. Dan sebenarnya tanpa kita sedar, kita berperang sesama sendiri. Tipu dan rompak each other. Aniaya sesama kita. Bergaduh dan bertelingkah kerana perkara kecil. Tak perlu negara luar datang hantar kereta kebal bagai. Tu sebenarnya jauh lebih bahaya daripada negara yang sedang dibedil.

Dah Pora, jangan bebel. Anyway, selepas dinner kami pulang ke khemah yang redup lagi tenang. Barulah aku tahu, kenapa destiny kami di Sumoor dan bukan di Nubra Valley. Di sini, kami tenang sangat. Hanya alam dan kami. Sesekali keuar bunyi Yak, Moo-Moo or even Donkey. Terasa macam bermalam di safari. Cuaca tidak begitu sejuk dan takde ruang pun dalam hati nak rasa takut bagai.. Tapi, yang aku pelik aku boleh mengigau sampai jerit-jerit. First time in India ye mengigau cenggitu. Okay part jerit tu aku terjaga sebenarnya. Sebab rasa seluruh tenaga aku gunakan untuk jerit nak bunuh orang gila. Terus urut dada dan beristighfar. Then, sambung tido balik sebab takut ya’amat. Esok pagi aku bangun dan terus bukak paip untuk cari air panas. Syukurlah, di sini air panas disediakan. So ada wangi sikit bai!

Tips : Electricity hanya disediakan dari jam 6pm-11pm. Selain dari itu, nadaaaaa.

Sambil duk bersiap tu Kak Mah ada cakap, semalam die dengar something time tido and terus terjaga. Biasalah, kalau dah siang-siang macamni baru berani nak confess benda-benda mistik kan? Time die terjaga, die tengok semua orang tido nyenyak. Tapi die rasa cam ada orang masuk dalam khemah kami dan jerit bahasa Ladakhi kuad gile. Aku cam tanya die balik, apa yang orang tu jerit. Die cakap bahasa tu macam bahasa Ladakhi. Die tengok zip pintu khemah, tak terbukak. Tak mungkin ada orang masuk sebab keadaan khemah okay. Disebabkan takut sangat, dia terus buat upacara ‘pagar’ khemah siap sembur lagi, sorang-sorang ye, di kedinginan malam Sumoor.

Hebat tak Tok Mah kita? Pastu aku pun mengadu, semalam aku pulak mimpi ada orang gila kacau aku dan aku nak bunuh orang tu. So aku cam jerit kuad-kuad cakap BUNUH DIOOO sampai terjaga. Aku pelik kenapa aku yang tak pernah-pernah cakap bahasa Kelantan, mimpi terus keluar bahasa jiwa bangsa? Then, dia pandang aku, babeeeeeeee… Itulah bahasa Ladakhi yang die dengar. Aku cammmm…. What? Kiranya kejadian kawan baik aku jadi bomoh khemah semalam adalah sebab onar yang aku cetuskan. Aku bantai ketawaaa. Then sempat dia tanya, kenapa lepas aku jerit aku tido nyenyak je die tengok. Dah kalau aku wayang pejam mata kuad-kuad umpama tido nyenyak… Memanglah. Alahai, sejujurnya, aku takut ya’amat.

IndiaIndiaDSC08460-19041-18851Bangun pagi gosok gigi, nampak view gini

IndiaIndiaDSC08462-19061-18871Di pagi hari, udara bapak segar

Siap-siap breakfast dan kami pun aturkan bagasi untuk check out. Sumoor oh sumoor, sesuatu yang membuatkan kiteorang rasa cam tak nak balik. Asal tido dekat khemah je, mesti rasa taknak pulang. Mungkin diri nie dah selesa jika tido di dalam khemah besar gini. Kami mengucapkan bye-bye kepada teman kami di Sumoor. Sungguh mulia hati beliau melayan kami. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik dan keikhlasan anda. Kalau ada rezeki ke Malaysia, nanti Kak Pora belanja Nasi Lemak Sisthur Dara Baik Punyaaaaa… Van menyusur laju keluar dari daerah Sumoor, kelihatan view gunung itu seakan glaciers yang membanjiri kaki gunung. Indahnya bumi Ladakh ini. Menangis weyyy!
IndiaIndiaDSC08464-19081-18891                               Dalam tempat pedalaman cenggini, tetiba ada dunia berbeza. Unbelievable!

IndiaIndiaDSC08480-19241-19051Sumpah ini paling sedap

IndiaIndiaDSC08481-19251-19061Sesapa fefeling Britney Spears, bolehlah makan ni

IndiaIndiaDSC08482-19261-19071Yang persis Kareena Kapoor tu, sila makan yang ini. Sedap gile fried puri ni. Memang sampai sekarang teringat-ingat

IMG_67701Kita hadiahkan beliau satu jalur gemilang sebagai kenangan. Maklumlah, beliau rindu teruk dengan Malaysia 🙂 Terima kasih teman baru, anda memang tulus ikhlas memberikan hospitality kepada kami. Teruskan bekerja seikhlas ini. Terus kami rasakan Sumoor itu satu tempat yang terindah sepanjang perjalanan kami.

IndiaIndiaDSC08472-19161-18971Okay saya dah ready untuk move on

IndiaIndiaDSC08489-19331-19141

Don’t know if we ever meet again, tapi promise sister tau. Belajar rajin-rajin dan change the world. Protect your country from mereka yang nak ambil kesempatan. Promise tau!

IndiaIndiaDSC08493-19371-19181

Selamat tinggal Sumoor!

IndiaIndiaDSC08508-19521-19331                                     Favorite sangat dengan interior dorang. Sangat klasik dan memenuhi citarasa

IndiaIndiaDSC08513-19561-19371                                                                       Abam Dorjey bawak jalan shortcut. Cepat je sampai!

IndiaIndiaDSC08521-19641-19451

Yang tiba-tiba muncul dari semak

IndiaIndiaDSC08527-19701-19511

Tetiba ada gerai kecil di situ

IndiaIndiaDSC08528-19711-19521

Tetap menunggu bus untuk ke sekolah tak kira di gunung mana pun

IndiaIndiaDSC08532-19751-19561

No regret lah!

IndiaIndiaDSC08558-20011-19821

 Negara paling indah pernah saya pergi. Gurun yang sangat tinggi

IndiaIndiaDSC08567-20101-19911

Ha sapa nak tolak ansur ni?

IMG_67761Lantaklah kat luar nak tolak-tolak ke, nak senggol-senggolan ke, yang penting, kat dalam, ‘nganga’ enak di belakang

IndiaIndiaDSC08583-20261-20071

Sampai tersentuh awan nano itu

IndiaIndiaDSC08590-20331-20141

Along the way, ternampak ini

IndiaIndiaDSC08599-20421-20231

Dan ini jugak. Hi cutie!

IndiaIndiaDSC08602-20451-20261

Yay! Lagi sikit hari je ni nak fully covered

IndiaIndiaDSC08621-20641-20451

Macam-macam view korang akan nampak bila kat sini

 

IndiaIndiaDSC08628-20711-20521

Lihatlah geng Gadut, jom kita. Janji tau kite pergi eh 🙂

 

IndiaIndiaDSC07874-13181-12991

Sambung tengok gunung lagi

IndiaIndiaDSC07902-13461-13271

Hey hey ini sangat indah hokey!

IndiaIndiaDSC08644-20871-20681

Semakin tinggi, semakin penuh pulak salji di tepi gunung

G07588121

Berhenti untuk kibarkan bendera Malaysia. Depan tu, inspired by Azwan Ali ke?

IndiaIndiaDSC08653-20961-20771

Yang senyap-senyap beku ni kenapa?

Perjalanan diteruskan lagi selama 5 jam. Kami berpatah balik melalui jalan yang sama sewaktu kami pergi. Cuaca harini lebih sejuk daripada semalam. Semakin tinggi kami mendaki, semakin indah pemandangan. Yang penting, bila tiba sahaja di Khardungla, salji turunnnnnnn! Kau mampu??? Berlari lah masing-masing, tapi memang dah siap pakai winter jacket bagai. Sakanlah kami bila dapat merasa salji uols. Habis bergambar, kami terus naik balik van dan pulang semula ke Leh City (35km sajok dari Khardung La ini). Tiba di Padma Guesthouse dan tibalah masa ucapkan selamat tinggal kepada Dorjey. Tugas beliau sudah selesai. Untuk jalan-jalan di Leh City, kami hanya perlu berjalan kaki. Okay bhaiyya, terima kasih di atas service tour anda yang sungguh mengagumkan. Gituu.

Wifi di seluruh Ladakh masih belum dibaiki. Kekdahnya, kalau dah tak tahu nak buat apa, terus ajak kawan-kawan jalan-jalan ke Leh City untuk topup simcard. Tak jauh mana berjalan kaki dari Padma Guesthouse. Jumpa kedai topup, siap-siap topup dan hubungi keluarga tercinta di Malaysia. At least selepas beberapa hari mendiamkan diri, kami akhirnya menyalurkan berita kepada Malaysia. Lepas dah call keluarga, sempat jugak hantar postcard dan cuba hubungi teman baru yang kami jumpa di Tso Moriri, Stanzin.

IndiaIndiaDSC08654-20971-20781

Dari kejauhan dapat tengok Leh City

IndiaIndiaDSC08662-21051-20861

Yuk kita check in

IndiaIndiaDSC08657-21001-20811

Akhirnya sampai jugak Padma Guesthouse

IndiaIndiaDSC08658-21011-20821

Kita snap-snap dulu

IndiaIndiaDSC08660-21031-20841

Katil untuk kami bertiga. Bilik yang sama

Tapi, tak hangkat puleks. So, berjalan la kami bertiga menjamah mata. Bandar Leh ini memang cantik. Sebab ianya dihiasi gunung-ganang dan bendera agam mereka. Dan paling aku kagum ialah bila dapat lihat masjid di sini. Indah hasil seni bina nya. Masjid di sini ada 2 – Sunni dan Shia. Yang paling besar Sunni. Ada terdapat kedai halal di situ, tapi tak mampu nak makan. Sebab keadaan kedai dia agak cedeh.

IndiaIndiaDSC08663-21061-20871

Kedai ni memang grab attention aku betul. Same-same but different. Mudah je nak ingat!

IndiaIndiaDSC08664-21071-20881

Lapar woi tengok menu gini

IndiaIndiaDSC08665-21081-20891

Menuju ke Leh City

IndiaIndiaDSC08674-21171-20981

Kedai kek dan cookies

IndiaIndiaDSC08678-21211-21021

Leh City view… Different feeling bila anda berada di sini

IMG_6790Kita nak topup tau, jangan pandang camtu

IndiaIndiaDSC08680-21231-21041

Buat yang minat outdoor gears, please datang kedai ni tau. Murah!

IndiaIndiaDSC08686-21291-21101Dan ini untuk saya. Borong sakan weyyy!

IndiaIndiaDSC08692-21351-21161

Well maintained Jama Masjid, Leh since 350 years ago. Inilah lambang Islam memang wujud di Ladakh sejak ianya dibawa oleh Shah-I-Hamdan.

IndiaIndiaDSC08694-21371-21181

Tetap stylo okay!

Dalam duk berjalan tu, tetiba aku cam terpandang di sebelah kanan kami dan terus rasa macam kenal je mamat ni. Bila otak dah proses, apa lagi, jeritlahhh, Stanzinnnnn…. Haaa, bila dah rezeki nak berjumpa tu, memang semuanya akan dipermudahkan. Memang tak sangka habis kami akan berjumpa dengan Stanzin yang tengah melepak di tengah bandar Leh bersama rakannya, seorang monk di situ.

IndiaIndiaDSC08722-21651-21461

Stanzin, yang sentiasa baik membantu kami

IndiaIndiaDSC08724-21671-21481

Halal Restaurant di belakang masjid

IndiaIndiaDSC08730-21731-21541

Penimbang buah apple zaman dolu-dolu

IndiaIndiaDSC08735-21781-21591Boleh buat sambal lado ni

IndiaIndiaDSC08736-21791-21601Mentari yang hampir berlabuh

IndiaIndiaDSC08699-21421-21231Postcards for myself 🙂

IndiaIndiaDSC08701-21441-21251Yang terpengaruh

IndiaIndiaDSC08702-21451-21261Masih belum ditemui

IndiaIndiaDSC08703-21461-21271Rata-rata peniaga di sini campur-campur. Ada Tibet, ada Pakistan, ada Ladakhi. Semua harmoni.

IndiaIndiaDSC08705-21481-21291Sambung tengok-tengok tau

IndiaIndiaDSC08711-21541-21351Fresh apple, anyone?

IndiaIndiaDSC08714-21571-21381Sebuah lagi masjid di bandar Leh

IndiaIndiaDSC08716-21591-21401Macam zaman dolu-dolu, perniagaan macamni 🙂

IndiaIndiaDSC08721-21641-21451I heart your natural pinky cheek babyyy

IMG_6789Mari kita membeli almond

Terus happpyyy wey. Sebenarnya kami dalam misi mencari kedai Halal yang ada dimaklumkan kepada kami. Tapi, kne CHING. Kedai tu tak HALAL ye. So, apa kami buat… Pergi cari cafe hipsthur TIBET yang direkemenkan oleh Stanzin. Segalanya FRESH di sini. Untuk kami yang dah biasakan lidah duk makan benda separa FRESH dan penuh kemikel, memang ada yang boleh terima, ada yang tidak boleh terima. Lama jugk kekdahnya kami lepak dengan beliau. Sempat juga membeli beberapa buah tangan untuk dibawa pulang buat sanak saudara di Malaysia.

Tips : Please shopping Himalaya products banyak-banyak. Murah habis!

Kami pulang ke guesthouse selepas penat lelah berjalan. Ucapkan selamat tinggal kepada Stanzin yang sudi membawa kami berjalan-jalan. Penuh dengan cerita-cerita menarik yang sangat riang. Sampai di Padma, Wifi pun dah okay. Senyum lebar masing-masing. Tapi, sendu nyaaaaaa…. Memang slow habis. Nak web check in flight pun sangat menguji. Berkampung aku kat opis Padma dengan seorang pakcik yang pernah bekerja di Kuala Perlis. Baik gile uncle tu. Aku rasa terharu betul bila jadi rakyat Malaysia. Kita dihargai di seluruh dunia sebenarnya. Mungkin tidak di Amerika, tapi di tempat lain kita dihargai dan sentiasa disambut meriah. Malam tu, kami tak keluar ke mana-mana pun. Hanya makan besar di cafe Padma Guesthouse. Order macam anak raja Sumoor masing-masing. Last-last yang kami hadap sampai repeat order adalah Tom Yam resepi bhaiyya Ladakh tau. Sedap hingga menjilat mangkuk. Fuhhh memang toobaik.

G07688421Bergambar kenangan bersama teman kami, Stanzin

IMG_6795Pinjam laptop office Padma untuk operasi check in flight esok. Tetapi tak berjaya. Internet sesuci siput sangat

IMG_6800

Kami packing barang sebab esok dah nak say bye-bye to our unforgettable journey. 20kg for domestic flight esok pagi. Gigih tengok kawan-kawan duk sibuk packing walaupun dah tahu mesti lebih 20kg. Seawal jam 3.30pagi, kami dah ready untuk check out. Sedehnya rasa di hati. Bhaiyya Dorjey dah datang untuk ambil kami dan bawa ke airport. Tak sampai 20 minit driving, kami pun tiba di airport. Aaaaaaaaaaaaa… Taknak balik. Kami ucapkan selamat tinggal kepada Dorjey dan mula memasuki kawasan airport.

Aku dan teman duk sorong troli untuk masuk ke dalam airport, tapi kami dihalang sebab yang menaiki GoAir kena ikut pintu belakang. Hanya JetAirways sahaja ikut pintu utama. Aku cam tergamam. Dah kenapa ikut pintu lain-lain? Takkan sebab GoAir adalah budget airlines dan kena ikut pintu belakang? Takpela, ikut saja apa yang ditetapkan. Aku pun masuklah ke dalam airport seorang diri. Scan barang-barang dekat kastam dan tiba-tiba nampak kelibat Kak Mah dan Kak Zee. Sama-sama kami lalu lorong scan itu. Apa lah motips asingkan pintu kami tadi? Takkan sebab kasta budget airlines lain sikit banding dengan JetAirways. Matilanak!

Habis scan segala, kami terus check in mengikut kaunter airlines masing-masing. Aku siap request untuk duk seat belakang-belakang belah kanan. Tepi tingkap. Manakala di airlines sebelah sana, masalah bag berlebihan tetap jadi agenda utama. Nasib baik di Ladakh, mereka tak kenakan charge extra baggage. Memang mereka aware cuma mereka takkan charge langsung. Wahhhhhh! Ini sudah bagus. Lepas dah settled tiket, kami nak masuk ke departure area. Kaunter untuk scan badan dipisahkan lelaki dan wanita. First time aku masuk airport yang macamni. Siap ada lane ikut gender. Yang menyambut kami pun, wajah persis Angelina Jolie. Santek habis. Lepas habis scan badan, scan pulak hand carry. Mesra nyaaaa pekerja kat sini. Suka mereka apabila dapat bendera Malaysia.

Habis segala scan, kami pun bergerak mencari tempat duduk. Mengantuk weyyy! Tapi, aada announcement bagitau yang dah masuk departure area tu, kami kena pergi verify baggage pulak. Disebabkan GoAir akan take off dulu, so bag dorang dah siap-siap diletakkan di tepi dan proses untuk verification dibuat manual sahaja. Akan ada staff airport standby and asingkan bagasi anda mengikut tiket penerbangan. Untuk JetAirways, staff mereka pun memang sangat professional dan pantas buat kerja. Tak sombong pun. Memang rasa macam kau sangat dihargai di negara mereka. Negara cantik, orang pun baik. Itulah Ladakh. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan yang naik GoAir. Semoga selamat tiba dan jumpa diIndira Gandhi airport ye. Tak lama kemudian dipanggil untuk beratur dan get readyyy.

Kaum wanita dan kanak-kanak diutamakan dan dibenarkan untuk naik ke pesawat terlebih dahulu. Alahai Ladakh, kenapalah di saat-saat begini pun, nak buatkan aku rasa lagi sayu mau ninggalin kamu? hentak kaki! Aku melangkah kaki menuju ke tangga pesawat yang tersedia sambil memerhatikan pemandangan yang pastinya selepas ini dapat dilihat melalui gambar sahaja. Seakan tak percaya yang I’m going to leave this amazing place.
Aku hulurkan tiket penerbangan aku kepada pekerja bertugas. Die senyum dan aku bagitahu dia, “Ladakh is beautiful, you’re lucky”. He said, “Thank you miss”. Girang terus dia. Okay taknak pandang belakang, nanti makin rindu. So look forward. Aku duduk di tempat yang dipilih, 30D dan menatap pemandangan di tingkap. Orang masuk ke, nak letak bag ke, aku malas nak hiraukan. Yang aku tahu, aku akan rindu Ladakh.

IMG_68341Dah nak take off 🙁

IMG_68601Merenung keluar jendela pesawat ite

IMG_68771Jamah apa yang adoo

Penerbangan aku pulang ke New Delhi, baik-baik aja. Aku sampai di Terminal 3 dan mencari sign nama aku. Oh ya, since flight pulang ke Kuala Lumpur adalah pada jam 8malam, kami gunakan waktu siang di Delhi dengan upacara jalan-jalan kenali Delhi. So, aku dah siap-siap book tour dengan Shamim (pilot di Delhi kami) untuk bawak kami pusing-pusing. Cadangnya nak ke Taj Mahal, tapi hari Jumaat taj Mahal tutup dan rasa rugi pulak if dapat pergi kejap je. Setelah pikir baik-baik, kami hanya pergi ke area yang dekat-dekat sajok iaitu :

  • Lotus temple
  • India Gate
  • President House
  • Qutub Mina
  • Sarojini Market

Harga untuk airport transfer pergi balik ialah Rp1500/ car

IMG_6886Disambut mesra ke tidak?

IMG_6889Kesesakan yang saling tak tumpah seperti bandar besar di negara lain

Berbalik pada cite aku tadi, nasib baik Shamim tu tunggu kat luar airport. Tapi yang pelik, patutnya Kak Mah and Kak Zee dah sampai dulu tau. Dan bertemu dengan Shamim sebelum aku tiba. Tapi kelibat dorang tak muncul-muncul. So, aku borak-borak dulu dengan Shamim while waiting for the girls. Time borak tu, ada satu bus yang melintasi platform International arrival kami dan terperasan pulak yang mereka berdua tengah berdiri di dalam shuttle bus. Alahai, baru sampai kah? Bila jumpa heboh lah masing-masing. Rupa-rupannya GoAir delay tak sudah. Pergi dan balik pun delay. Fuh, nasib baik lah aku book flight pulang ke Kuala Lumpur tu malam, kalau beberapa jam je, memang menangis la korang. Okay, malas nak bising-bsing pasal GoAir, tibalah masa untuk Discover Delhi.

Jem gilerrrr yeee! Pastu panas. Terus campak jauh-jauh winter jacket tadi. Dah lah jem dekat sejam. Rasa cam lainlah dunia kat sini. Terus hati terindu Ladakh yang sangat tenang. Dahlah Pora, move on cepat. Sejam selepas harungi taffic yang mencabar, kami tiba di Lotus Temple. Kat sinilah aku burn kaw-kaw sebab cuaca yang sangat panasssss. Tak tertahan, tapi sebabkan dah sampai, ku seret jugak kaki ini.

IndiaIndiaDSC08765-22081-21891Lotus Temple, New Delhi

IndiaIndiaDSC08774-22171-21981Sekali imbas macam Istana Budaya

 

IndiaIndiaDSC08775-22181-21991Kolam renang di dalam Lotus Temple

IndiaIndiaDSC08778-22211-22021Buke kasut dan letak dalam bag yang disediakan

5 Perkara Tentang Lotus Temple Yang Perlu Anda Ketahui :

  • Dikenali juga sebagai Bahai House of Worship or Bahai Mashriqul-Adhkar Temple. Ianya dibina oleh arkitek dari Iran, Fariborz Sahba dan memilih bentuk bunga teratai sebagai lambang keagamaan. Senibina ini turut menerima anugerah daripada GlobArt Academy, Institution of Structural Engineers dan byk lagi
  • Siap dibina pada tahun 1986 dan mempunyai sembilan pintu menuju ke ruang tengah sembahyang yang boleh memuatkan seramai 2,500 orang.
  • Pelbagai agama dijemput untuk ke sini kerana mereka mempercayai konsep SATU TUHAN,
  • Temple ini menerima seramai 4 billion pengunjung setiap tahun,
  • Untuk membina kuil ini, pada tahun 1953, Ardishir Rustampur of Hyderabad, telah mendermakan savings beliau untuk menjadikan ia satu realiti. Namun hanya pada 1986, arkitek Iran tersebut muncul untuk mereka bentuk struktur kuil tersebut.

Alamat – Lotus Temple Road, Shambhu Dayal Bagh, Bahapur, Kalkaji, New Delhi

Contact No. –011 26444029

Masa lawatan:  Lotus Temple opens at 9.30 am for visitors and shuts down by 5.30 pm in winter, and in summer the timings are 9 am to 7 pm. It remains open from Tuesday to Sunday and is shut on Mondays. There are 15-minute prayer sessions held in the temple at regular intervals every day.

Charges yang dikenakan: There is no entry fee or any restriction for anyone to enter the Lotus Temple. There is space for parking which is free too.

Sampai je kat kawasan Lotus temple, kami ambil gambar and terus pulang semula ke kereta. Kemudian, mintak Shamim cari tempt nak makan. Sempat tertido dalam kereta duk melayan kesesakan dan bunyi hon merata di Delhi. Kami sampai di Chimney Restaurant. Tempat ni antara yang bersih dan halal. So, kenduri ayam dan daging la kami kat sini. Fuhhhh! Lama sudah tak rasa makanan ruji ni. So, bersilatlah kami duk makan. Memang sedap dan harga sangat berpatutan.

 

IMG_6890Berminat? Bolehlah datang makan kat sini. Harga standard macam Northern Indian Restaurant kat Malaysia

IndiaIndiaDSC08790-22331-22141Please try Butter Chicken, marvelous!

IndiaIndiaDSC08792-22351-22161Tandoori berminyak kaw!

Habis bersantap, kami menuju ke Sarojini Market untuk shopping barang-barang murah katanyaaaa… Walaupun cuaca agak membahang tapi girls being girls. Panas ke ribut ke…Kena raid dengan polis ke…Tetap yeeee… Hahah! Yes, di Sarojini lah aku cam nak gelak tau. Punyalah aku semangat nak shopping tapi… Setiap kali aku nak beli dan memilih, mesti bhaiyya yang niaga tu akan packing barang and lari laju-laju. Sebabnya polis sentiasa datang raid dan kejar semua peniaga harammm.

Padahal mereka ada je kedai yang proper, tapi tak tahulah kenapa, mereka akan berlari. Tapi, takkan setiap kali kami nak beli je, dorang lari berkoyan-koyan? Haihhh! Nasib badan betul. Sampaikan Shamim sendiri pun tergelak. Ada one time tu, yang berlari depan kiteorang siap sempat pasang strategi arah mana nak lari. Kekdahnya dorang nak split, sorang lari arah sana, sorang lari arah sini. At least kalau kena tangkap takde lah rugi mana kot. Aiyoyoyo, memang survivor betul. Untuk kami, dapat je sari, terus berangkat pulang dan menuju ke destinasi seterusnya, India Gate dan President House.

IMG_6891Tiba di Sarojini Market

IMG_6892Comel kuih ni, rasa tak tahu la

IMG_6893Bergelumang dalam dunia memilih sari, tapi tak se-hot yang kat bawah

IMG_6897Pandai cakap Melayu youols!

IMG_6899Okay, hakak chow dulu!

President House – Kawasan ini saling tak tumpah macam Putrajaya dan Paris. Jalan yang bersih dan lapang. Bila kau di India Gate, kau akan encounter beberapa manusia yang datang nak selfie dengan anda. Memang benda ni normal kat India. Kalau yang jenis kaki selfie, hati-hatilah. Ada juga beberapa blog yang bagitahu, kekadang kau akan nampak wajah anda di laman web xxxxx. That’s why korang hati-hati lah ye. Janganlah ingat korang ada kacuk Aishwarya Rai pulak yang sampai berkejar dorang nak selfie ye. (In fact, di Ladakh juga kami ada terserempak dengan orang India yang nak sangat ber-selfie dengan kami, mampu?) Kami habiskan tour sejam awal dan terus menuju ke airport sebab nak packing bag sebesar gajah ini. Phewwww! Nasib baiklah decide pergi airport seawal ini.

IndiaIndiaDSC08793-22361-22171Shamim selaku escort terhormat kami

IndiaIndiaDSC08795-22381-22191Indah? Kalau dapat bau tasik ni, berdarah hidung

IndiaIndiaDSC08804-22471-22281Dikawal ketat

IndiaIndiaDSC08807-22501-22311Tadaaaa. India Gate yolss!

IndiaIndiaDSC08822-22651-22461Monumen tersergam indah

IndiaIndiaDSC08838-22811-22621President House

IndiaIndiaDSC08853-22961-22771Tukang kebun hakak presiden

IndiaIndiaDSC08855-22981-22791Macam di Putrajaya kan?

IndiaIndiaDSC08857-23001-22811Close-up sikit – Meletopppp senibina kat sini

IndiaIndiaDSC08908-0541-23321Jalan-jalan di bandar

IndiaIndiaDSC08912-0581-23361Banyak gile bukuuuuu, naik gile memilih

IndiaIndiaDSC08915-0611-23391Dah la tu, kite gerak dulu!

Bukan apa, dah awal macamni pun, kami terpaksa ber-marathon macam tempoh hari sewaktu kami di KLIA. Baru nak check in, tetiba je ada announcement, FINAL CALL for flight Malindo Air ke New Delhi. Kau ghase? Berlari sakan lah bawak bag 12kg ke departure gate. Bila sampai je, masih ada dalam 30 minit lagi. Aku memang hangin betul. Dan sekali lagi, Malindo Air lakukan itu kepada kami. Sewaktu kami check in di airport Delhi, pekerja Malindo tu die cakap pada kami, guys, please run.

Your flight is about to take off. Boarding in 10 minutes. Sumpah aku cam cuak gile. Padahal ade lagi 30 minutes kot. Memang muka paling kalutlah bila menuju ke immigration. Dahlah queue panjang giler. Ini baru kaunter pertama. Ada yang kedua lagi. Ya ampunnnnn! Time nak scan segala benda ni, kiteorang duk merayu kat semua orang supaya bagi kami potong queue. Muka paling manjewww duk merengek tepi kaunter.

Nasib baik semua pun memahami. Tak kira bangsa dan agama, semua bagi peluang kami ber-marathon dalam airport. Lepas satu halangan, Kak Mah angkut segala barang aku (ala-ala pass baton) dan berlarilah aku seorang diri. Kiranya, adalah wakil jemaah yang duk tahan kapal terbang nanti. Memang palin laju lah aku berlari. Yang paling tak boleh nak hadam, kenapa stewardess Malindo Air tak lari beriya macam aku?

Dorang catwalk je cam biasa. Yang aku ni? Dah macam nak pengsan duk berlari. Dalam 5 minit duk marathon solo beriya ni, aku sampai jugak di kaunter yang ditetapkan. Aku tengok yang naik flight sekali masih ada lagi duduk dan beramah mesra. Aku yang tercungap-cungap terus tanya kat staff yang ado, dah terlepas ke flight? Die cakap oh ada masa dalam 30 minit lagi. Sumpah rasa nak duduk atas lantai and hempas-hempas badan. Korangggg ni kenapalah buat kiteorang camni? Katalah aku ni berlari beriya. Yang lagi 2 gegadis tu? Aku tunggu jugak dorang dan sempat duk patah balik separuh jalan nak angkut barang aku.

Mereka tiba dengan muka palin mintak nyawa. Aku terus bagitahu yang flight tak terbang lagi pon. Ada je park dekat situ dan belum bersedia untuk berlepas. Mesti Kak Zee and Kak Mah hangat hati kan? Hahah! Dugaan kita. Aku ingatkan kami bertiga je jadi mangsa, rupanya ada lagi seorang gadis Malaysia yang kena macam kami. Yang sadisnya, beliau pakai heels ye.

Kalau dikira tahap gigih, beliau memang peserta palin tabah. Kami terdiam sambil duk layan-layan perangai passenger yang lain. Apabila pintu dah dibuka, kami pun ready untuk boarding. Tiba-tiba muncul pulak pekerja kaunter Malindo Air tadi… yang bikin onar datang kepada kami. Katanya kami tertinggal sticker baggage kami. Terus aku cakap dengan dia, OMG, we run like crazy, dont do this anymore.’ Die pun akui kesilapan dia dan masing senyum tanda – ABAIKAN sahaja. Kekadang best jugak duk lari-lari camni, bila lagi kan? Ahhaha!

Naik sahaja pesawat, kami disambut oleh semua stewardess Malindo Air memang friendly habis. Siap berborak pasal trip kiteorang bagai. Bila nak take off, kami pun layan movie and tido. Movie of the day – Cerita Ketuk Batu sebab nak buat jalan. Gigih habis kami bertiga tengok movie tu sampai habis. Barulah tahu dan paham kenapa orang duk tepi jalan ketuk batu time di Ladakh. Rupanya untuk beri laluan kepada kami. Terasa besarnya pengorbanan mereka untuk mempermudahkan perjalanan kami. Memang aku salute habis. Yang pasti, sambil tengok movie kiteorang makanlah Nasi Vege. Mampu? Nasi Beriyani dah sold out. Rasa nak nangis time makan Nasi Vege ni. Ini akan terjadi bila sang perut mula buat confession, Cukup-Cukuplah Nak ber-vege bagai.

Alhamdulillah. Kami tiba di KLIA tepat pada waktunya. Jam 4 pagi. Phewww! Terlalu banyak memori untuk trip kali ini. Tak sangka, walaupun kami bertiga gegadis, tapi berjaya jugak harung bumi Ladakh yang sememangnya indah. Kalau kau tanya pada aku, selamat ke if nak ke sana? Walaupun anda solo jeeee? Bagi aku, memang selamat! In Shaa Allah. Dan aku rasa lebih selamat di sana berbanding di negara yang SYUKURLAH, MASIH SELAMAT ini.

Orang-orang di sana, rata-ratanya sangat jujur dan baik. Tak pernah judge kau siapa. Yang mereka tahu, anda manusia dan semuanya sama sahaja. Dan dengan ini tamatlah sudah Birthday trip saya ke Ladakh. Syukur, it went well. My final ride being 20s. Next year, kalau ada rezeki dan umur yang panjang, maybe aku akan ke FAVORITE DESTINATION di hari lahir nanti. In Shaa Allah, doakan tau. Cik Pora nak gak merasaaaaa ke destinasi itu. Muah.

DCIM103GOPROG0578408.

Next post – Itinerary, budget and tips. Tungggguuuuuu!

Part 4

Part 3 

Part 2

Part 1

6 thoughts to “Journey to Leh, India : Finale”

  1. Patut extend beyond Sumoor sampai ke Turtuk. Hidden gem of Ladakh for me. Huhuhu.
    Anyway, good sharing. Terubat rindu dkt Leh/Ladakh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *